Janji BN Kelantan sepanjang 100 hari jika menang


KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dan UMNO Kelantan menjanjikan beberapa perkara yang memberi manfaat kepada rakyat negeri itu sepanjang 100 hari pertama jika menang PRU-14.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, antara perkara yang akan diberi keutamaan dalam tempoh itu ialah mengurangkan kadar premium dan cukai tanah selain menjanjikan perkhidmatan kerajaan yang cekap dan berkesan.

BN Kelantan juga berjanji untuk menubuhkan Jawatankuasa Hibbah dan menghapuskan tunggakan cukai pintu yang membelanggu rakyat selama ini akibat bebanan hidup, katanya.

“Ini janji kita sekiranya rakyat memberi mandat kepada BN untuk memerintah Kelantan pada PRU-14.

“Kita juga berjanji akan menghapuskan cukai kepala bakul, mempermudahkan prosedur permohonan lesen kepada peniaga kecil dan mengkaji semula kadar bayaran tempat letak kereta.

“BN Kelantan turut menjanjikan akan mewujudkan task force bagi memerangi gejala dadah dengan lebih berkesan,” katanya berucap pada majlis Pelancaran Manifesto BN Kelantan di RTC Tunjung, di Kota Bharu malam ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan barisan kepimpinan empat peringkat sayap UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan MyPPP.

Mustapa berkata, BN Kelantan mampu melaksanakan janji-janji itu sekiranya diberi kuasa mentadbir Kelantan.

Beliau berkata, manifesto BN PRU-14 ini tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’ sebagaimana gula-gula dari Pakatan Harapan sebaliknya sebagai akujanji parti yang bertujuan untuk membawa pembangunan secara komprehensif dan seimbang dari aspek duniawi serta ukhrawi.



Source link

read more

Veteran tentera usah terpedaya janji palsu


JOHOR BAHRU 16 APRIL 2018.  Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor menyampaikan sumbangan kepada veteran tentera selepas merasmikan  Majlis Jejak Veteran dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan daripada Tabung Pahlawan untuk Veteran Orang Kurang Upaya (OKU), Balu Veteran OKU dan anak-anak Veteran OKU di Dewan Produktiviti Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. NSTP/ZAIN AHMED

MO, 16/4/2018, JOHOR BAHRU: Meskipun mengundi adalah hak individu, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan tidak mudah percaya janji kosong pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berharap veteran tentera berhati-hati dalam membuat pilihan agar tidak menyesal pada masa depan.

Katanya, kerajaan yang mentadbir kini adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mencari kaedah baharu dalam penambahbaikan bantuan untuk veteran dan keluarga.

“Kita perlu berhati-hati. Ibarat kata pepatah rumput di kaki bukit yang jauh nampak lebih hijau berbanding rumput yang kita pijak tetapi keadaan adalah sebaliknya dan mungkin gersang serta ketandusan hujan.

“Gunalah kebijaksanaan ketika mengundi kerana sekiranya tersilap, kita menanggung bahana selama lima tahun dan ketika itu, penyesalan tidak berguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jejak Veteran dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan daripada Tabung Pahlawan untuk veteran orang kurang upaya (OKU), balu veteran OKU dan anak veteran OKU di Bandar Baru Uda di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Anwar berkata, pihaknya turut menghargai pucuk kepemimpinan negara di peringkat Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

“Kerajaan Pusat sentiasa prihatin terhadap hal ehwal kebajikan dan sosioekonomi veteran. Ia termasuk pemimpin yang sentiasa meluangkan masa ketika wakil persatuan ingin mengadakan pertemuan,” katanya.



Source link

read more

Satu tol pun tak hapus, lagi Guan Eng nak janji baru – Politik


KUALA LUMPUR 13 April – Masyarakat Pulau Pinang sudah muak apabila mendengar Ketua Menterinya, Lim Guan Eng terus-terusan menabur janji untuk menghapuskan tol di negeri tersebut, terutama apabila tiba musim Pilihan Raya Umum (PRU).

Apatah lagi selepas 10 tahun kepemimpinan DAP mentadbir negeri tersebut iaitu sejak 2008, tiada satu tol di Pulau Pinang pun telah dihapuskan.

Lebih menyedihkan, apabila janji yang ditabur pada PRU-12 iaitu menghapuskan tol Sungai Nyior di Seberang Perai jika berjaya memerintah masih gagal dilaksanakan hingga hari ini.

Pengerusi Perkumpulan Perempuan Pulau Pinang, Datuk Azizah Mohamad Daud berkata, setiap kali Guan Eng atau kepemimpinan DAP mengeluarkan kenyataan, penduduk hanya mampu ‘tersenyum’ kerana menyedari semua itu adalah janji-janji kosong.

“Kami menyedari semua yang dijanjikan itu tidak akan dilaksanakan, tetapi apa yang boleh penduduk Pulau Pinang buat selain mendengar dan tersenyum?

“Boleh dikira dengan jari janji-janji yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk Pulau Pinang, tetapi majoritinya mereka cakap kosong sahaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP hari ini telah membangkitkan kemarahan rakyat selepas berjanji kononnya mahu menghapuskan tol untuk semua kenderaan di kedua-dua jambatan di Pulau Pinang.

Beliau bertindak demikian selepas tercabar dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan tol bagi penunggang motosikal di kedua-dua jambatan Pulau Pinang jika Barisan Nasional (BN) memenangi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Nilai 51 janji kosong pembangkang – Najib


imageMO, 13/4/2018, PULAU PINANG  – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan penduduk negeri ini berhubung 51 janji yang ditaburkan pembangkang tetapi gagal dilaksanakan sepanjang 10 tahun memerintah negeri ini.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu bertentangan dengan komitmen yang dibuat Barisan Nasional (BN) yang mana lebih 99 peratus manifesto pada pilihan raya umum lalu berjaya dilaksa­nakan dalam tempoh lima tahun.

Malah, Najib yang juga Pe­ngerusi BN berkata, kerajaan Pusat juga tidak pernah mengabaikan Pulau Pinang meskipun berada di bawah pembangkang apabila sebanyak RM4 bilion diluluskan untuk pembangunan di negeri ini.

“Janji kita akan terus memba­ngunkan Pulau Pinang, sebab itu sebagai tambahan, saya mengumumkan BN akan memansuhkan tol bagi pengguna motosikal di kedua-dua jambatan di negeri ini sekiranya berjaya merampas ne­geri ini pada PRU-14.

“Malah, saya juga berjanji akan menambah jumlah rumah mampu milik di negeri ini daripada 65,000 unit sebagai tambahan kepada manifesto BN yang saya umumkan sebelum ini,” katanya.

Perdana Menteri berucap da­lam Majlis Bertemu Rakyat dan mengumumkan 12 projek baharu berkaitan kesihatan bernilai RM1.63 bilion di Balik Pulau di sini yang dihadiri lebih 10,000 penduduk.

Yang turut hadir barisan kepemimpinan BN negeri, dike­tuai Pengerusinya, Teng Chang Yeow dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Dalam pada itu, Najib turut menarik perhatian mengenai keghairahan Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan projek lereng bukit bagi pembangunan komersial di negeri ini.

Menurut beliau, hanya dalam tempoh 10 tahun, beliau difahamkan sebanyak 39 projek le­reng bukit diluluskan kerajaan negeri berbanding hanya empat projek yang diberi kebenaran ketika pentadbiran kerajaan BN.

“Apa yang rakyat dapat (daripada dasar DAP)? Dapat banjir. Rakyat juga dapat susah tetapi pemaju dapat projek (untung),” katanya.

Malah, beliau turut membangkitkan mengenai kenaikan tarif dan surcaj air yang dilaksanakan Kerajaan DAP Pulau Pinang sebanyak empat kali berbanding hanya sekali di bawah pentadbiran BN.



Source link

read more

Janji mansuh GST hanya penyedap manifesto


imageMO, 13/4/2018, KUALA LUMPUR  – Janji populis gabungan pembangkang PKR untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diibaratkan seperti ‘ada udang di sebalik batu’ kerana mereka tidak menjelaskan pihak mana yang paling untung sekiranya langkah itu dilakukan.

Turut mempersoalkan niat ‘murni’ gabungan pembangkang itu adalah Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw yang mendedahkan mustahil untuk gabungan pembangkang memansuhkan GST yang menjadi antara sumber pendapatan terbesar negara sekiranya berjaya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengulas mengenai perkara tersebut, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, gabungan pembangkang PKR sekadar menjadikan GST sebagai modal politik mereka dengan mengaitkannya dengan tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini.

“Gabungan pembangkang PKR terutamanya DAP memang terkenal dengan cara mereka memutar belit sesuatu isu dan menanam persepsi negatif dalam pemikiran rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita perlu sedar hakikat tekanan ekonomi yang berlaku di seluruh dunia menjadi satu daripada faktor peningkatan kos sara hidup dalam negara. Sekiranya GST dihapuskan, kerajaan akan kehilangan sumber pendapatan terbesar sekaligus menyebabkan bantuan untuk rakyat tidak dapat diberi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Tunku Abdul Aziz, gabungan pembangkang PKR cuba mengelirukan rakyat bahawa mereka akan menghapuskan GST tetapi besar kemungkinan akan melakukan pusingan U apabila berjaya menang dalam pilihan raya nanti.

Katanya, gabungan pembangkang itu akan memberi pelbagai alasan kepada rakyat untuk melaksanakan GST kerana mereka sedar bahawa sistem cukai tersebut adalah yang terbaik ketika ini dan turut diguna pakai lebih 170 negara-negara lain.

“Lihat sahaja janji gabungan pembangkang PKR kononnya akan menghapuskan tol sekiranya menjadi pemerintah. Mereka sedar tidak mampu menunaikan janji dan membuat pusingan U dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Gabungan pembangkang PKR ini menggunakan isu ekonomi kerana kebanyakan golongan yang terhimpit dengan masalah ini adalah orang Melayu. Jadi ini taktik mereka untuk meraih undi orang Melayu yang sukar menerima gabungan tersebut kerana dominasi DAP terhadap sekutunya,” katanya.

– UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pembangkang baru janji, BN Terengganu sudah laksana


14slpas.transformedMO, 13/4/2018, KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu pimpinan Barisan Nasional (BN) memperuntukkan RM6.3 juta setahun bagi membekalkan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat negeri ini.

Pemberian air percuma itu memberi manfaat kepada 100,000 kediaman di seluruh Terengganu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Johari Abu Bakar, berkata kerajaan BN komited menjaga kebajikan rakyat khasnya membabitkan bekalan air bersih.

Katanya, bekalan air bersih percuma 20 meter padu kepada rakyat membabitkan peruntukan RM520,000 hingga RM550,000 sebulan, dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, menerusi Bajet 2018 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November tahun lalu.

“Bekalan air sebanyak 20 meter padu secara percuma ini sudah dikuatkuasakan oleh Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) sejak Januari tahun ini dan tiada kaitan dengan gula-gula politik seperti didakwa pembangkang.

“Kerajaan BN sudah menguatkuasakan pemberian bekalan air percuma kepada rakyat, tidak seperti manifesto pembangkang yang hanya menawarkan inisiatif itu jika parti mereka menang dan berjaya menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) bulan depan,” katanya.

Johari yang juga pegawai khas kepada Menteri Besar berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Terengganu Healthy Unity peringkat negeri di Taman Rekreasi Bukit Besar, di sini, hari ini.

Johari berkata, selain bekalan air percuma, kerajaan negeri yang diterajui BN sudah melaksanakan pelbagai lagi inisiatif yang ditawarkan pembangkang dalam manifestonya.

“Pemimpin pembangkang membuat pelbagai tawaran jika menang pada PRU akan datang termasuk tanah untuk lot perumahan dan pertanian.

“Hakikatnya, kerajaan negeri sudah pun meluluskan lebih 1,000 lot tanah untuk rakyat di negeri ini sejak pertengahan tahun lalu,” katanya.

Mengulas manifesto BN negeri yang diumumkan Ahmad Razif semalam, Johari berkata, selain potongan tol sebanyak 50 peratus dan projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur ketiga (LPT3) dari Tepoh ke Kota Bharu, cuti secara automatik selama 10 hari kepada suami apabila isteri bersalin juga berjaya menarik perhatian golongan belia terutamanya pasangan yang baru berkahwin.



Source link

read more

Tunaikan janji suami Nora Danish Nedim Nazri bawa bayi ekzema dapatkan rawatan



SUAMI kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri tampil menunaikan janjinya dengan membawa seorang bayi yang menghidap ekzema kronik menjalani pemeriksaan dan  mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.

Menerusi entri di Instagram (IG), ayah kepada bayi tersebut, Danial Rayyan, telah melahirkan rasa syukur apabila Nedim dan Nora sanggup membantu mereka.

“Terima  kasih Boss Nedim dan Nora Danish sebab sudi membantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki kamu sekeluarga,” tulisnya.

BACA: Suami Nora Danish, Nedim mahu tanggung kos perubatan 100%
Rata-rata memuji sikap baik hati serta prihatin Nedim terhadap keluarga yang menimpa masalah penyakit itu dan mereka berdoa agar bayi tersebut cepat sembuh.

Sebelum ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram lawak_ker_der, admin page berkenaan telah memuat naik screenshot posting seorang lelaki bernama Danial Rayyan yang meminta doa buat anaknya.

Menurut posting berkenaan, Danial Rayyan menjelaskan anaknya menghidap ekzema kritikal dan perlu dirujuk setiap minggu ke hospital untuk rawatan.

Nedim pada bahagian komen memaklumkan sedia menaja kos perubatan bayi berkenaan termasuk kos pengangkutan mereka ke Kuala Lumpur.



Source link

read more

Bukan jual janji tapi laksana demi negara, rakyat – Najib


WhatsApp_Image_2018-04-11_at_12.19.44.jpeg.transformedMO, 11/4/2018, KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak menegaskan, kerajaan tidak pernah menjual janji tapi melaksanakannya untuk negara dan rakyat.

Perdana Menteri berkata, sebagai contoh pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) membuktikan kesungguhan kerajaan membawa perubahan yang dianggap transformasi besar dan pembaharuan ketara pada rakyat.

Beliau berkata, projek ECRL yang menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang ke wilayah barat akan mengubahkan landskap Pantai Timur, sama ada ekonomi dan kehidupan rakyat.

“Projek ECRL ini akan memberi 80,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sebanyak 1.5 peratus di Pantai Timur.

“Kita tidak menjual janji, kita laksanakan perubahan kepada Kelantan dan negara ini. Kalau kita nak sesebuah tempat itu maju kita mesti hubungkan wilayah itu dengan seluruh tanah air melalui pengangkutan.

“Sebagai contoh di Amerika Syarikat, pengangkutan kereta api yang menghubungkan wilayah barat menyebabkan kawasan seperti California membangun.

“Di Kelantan, kalau hendak ke Kuala Lumpur menggunakan kereta api yang akan mengambil masa selama lapan jam tapi dengan siapnya ECRL, ia memendekkan masa sehingga empat jam saja,” katanya ketika berucap di Majlis Pecah Tanah ECRL, Tunjung, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Projek ECRL sepanjang 688 kilometer bernilai RM55 bilion yang menghubungkan antara Kelantan dan Pelabuhan Klang, Selangor dijangka siap pada tahun 2024 dibangunkan Malaysia Rail Link Sdn bhd (MRL).

Setakat ini, projek terbabit sudah 13 peratus siap sejak pembinaan bermula November tahun lalu dengan hampir kesemua kem induk ECRL di bawah Fasa 1 siap dibina iaitu di Tunjung (Kelantan); Kampung Raja, Kuala Nerus, Dungun, Kemaman (Terengganu); Mentakab dan Bentong (Pahang), yang membabitkan 44 terowong.

Najib berkata, terowong terpanjang adalah di Pahang sepanjang 16.9 kilometer,

Perdana Menteri berkata jika sebelum ini kerisauan timbul pada anak muda di negeri ini yang mencari pekerjaan di luar Kelantan tapi apabila ECRL siap, ramai anak muda akan datang ke Pantai Timur untuk mencari kerja.



Source link

read more

Zuckerberg janji bersihkan kandungan bersifat kebencian dalam Facebook di Myanmar



WASHINGTON: Ketua Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg pada Selasa berkata, syarikatnya akan mengambil langkah-langkah tambahan untuk mengekang kata-kata dan ucapan bersifat kebencian di Myanmar, lapor Reuters.

Perkara itu diumumkan ketika Zuckerberg sedang memberi keterangan kepada Kongres Amerika Syarikat (AS) mengenai campur tangan pilihan raya dan ucapan kebencian di platform itu.

Facebook kini berdepan dakwaan daripada kumpulan hak asasi manusia kerana dikatakan tidak melakukan apa-apa untuk mengekang mesej berunsur kebencian dalam rangkaian media sosial di Myanmar, yang sekarang ini mendominasi sistem komunikasi.

“Apa yang berlaku di Myanmar adalah tragedi yang dahsyat, dan kita harus lakukan yang lebih,” ujar Zuckerberg dalam pendengaran selama lima jam di hadapan Jawatankuasa Perdagangan Senat dan Jawatankuasa Pengadilan Senat.

Lebih daripada 650,000 orang Islam Rohingya telah melarikan diri dari negeri Rakhine, Myanmar berikutan serangan dan penindasan oleh pasukan keselamatan, pada Ogos lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat insiden pembantaian etnik di Myanmar pada bulan lalu berkata, Facebook dikenal pasti menjadi sumber propaganda anti-Rohingya.

Pengerusi Misi Bebas Pencarian Fakta PBB di Myanmar, Marzuki Darusman, pada Mac mendakwa media sosial telah memainkan ‘peranan tertentu’ di Myanmar.

Zuckerberg berkata Facebook telah mengupah ramai lagi penurut bahasa Myanmar untuk memnyingkirkan kandungan yang membawa ancaman.

“Sukar untuk melakukan ini tanpa mereka yang bertutur bahasa tempatan. Kita perlu tingkatkan usaha secara dramatik,” ujar Zuckerberg yang juga meminta kumpulan masyarakat sivil membantu dalam mengenal pasti individu yang patut diharamkan dalam rangkaian itu.

Tambahnya, pasukan Facebook juga akan  membuat perubahan produk di Myanmar dan negara-negara lain yang berdepan masalah keganasan etnik.



Source link

read more