Jalin hubungan sulit TPM Australia umum letak jawatan



CANBERRA: Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce akur untuk meletakkan jawatan selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan bekas setiausaha akhbarnya sehingga wanita itu mengandung.

Pengumuman peletakan jawatan itu telah dibuat di bandar Armidale yang diwakilinya pada Jumaat.

“Saya akan katakan di bilik parti pada pagi Isnin yang saya akan letak jawatan sebagai pemimpin National Party dan timbalan perdana menteri Australia,” katanya kepada pihak media.

Beliau turut memuat naik perkara sama di laman media sosial Twitter.

Dalam postingnya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang memberi sokongan kepadanya, terutamanya rakyat New England.

Joyce turut menyatakan beliau akan tetap terus membela nasib rakyat walau dalam apa keadaan sekalipun.

“Saya akan terus memperjuangkan nasib rakyat sekalipun dalam keadaan susah dan senang. Saya akan menggunakan pengalaman sepanjang saya berkhidmat di bandar ini untuk mencapai matlamat saya bagi memastikan rakyat hidup dengan lebih baik,” luahnya.

Sebelum ini, Joyce telah bertegang urat dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull disebabkan skandal seks tersebut telah melanggar peraturan sebagai seorang menteri.

BACA: Gara-gara skandal seks, PM dan TPM Australia ‘bergaduh’

Menurut undang-undang di negara itu, seorang menteri tidak dibenarkan menjalinkan hubungan sulit dengan pegawainya.



Source link

read more

Donald Trump sekali lagi cabar Oprah Winfrey bertanding jawatan Presiden



PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi mencabar personaliti media Oprah Winfrey untuk bertanding jawatan presiden.

Kenyataan Trump dibuat setelah penampilan Winfrey dalam program popular ’60 Minutes’ yang mana bekas pengacara program bual bicara itu bertindak sebagai wartawan khas.

Trump turut mengkritik penampilan Winfrey dalam program berkenaan yang dilihat sebagai kurang keyakinan diri.

BACA: ‘Saya akan tewaskan Oprah’ – Trump 
BACA: Oprah Winfrey bertanding presiden Amerika Syarikat? 

“Soalan-soalan sangat berat sebelah dan fakta tidak betul.

“Saya berharap beliau akan bertanding (untuk jawatan Presiden) agar beliau dapat didedahkan dan dikalahkan seperti yang lain,” katanya di Twitter.

Nama Winfrey hangat diperkatakan untuk bertanding jawatan tertinggi negara itu setelah memberikan ucapan penuh inspirasi di Anugerah Golden Globes pada Januari. 

Winfrey menerusi beberapa temu ramah bersama media AS berkata beliau tidak berminat untuk bertanding.



Source link

read more

Rakyat Israel protes desak Netanyahu letak jawatan kerana rasuah


TEL AVIV: Ribuan rakyat Israel keluar beramai-ramai untuk menjalankan protes jalanan bagi mendesak Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meletakkan jawatan selepas polis mencadangkan agar dia didakwa atas dua kes rasuah.

Sumber polis pada Selasa berkata, mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Netanyahu, sekali gus menjadi tamparan hebat buat ketua negara itu sepanjang empat penggal mendominasi politik Israel.

Netanyahu, 68, menafikan sebarang kesalahan dalam kedua-dua kes dan yakin menyatakan bahawa tiada yang akan berjaya dibongkar dalam siasatan polis.

Hal itu kini diserahkan kepada Peguam Negara, untuk menentukan sama ada pendakwaan akan diteruskan.

Orang ramai menjalankan protes mereka di Dataran Tel Aviv sebagai simbol bantahan terhadap Netanyahu. - Reuters

Di Dataran Tel Aviv, sekitar 1,000 hingga 2,000 pemprotes berarak bersama sepanduk yang memaparkan kata-kata seperti “orang bersalah sila pulang” dan “menteri jenayah”.

“Kami rasa perdana menteri perlu segera letak jawatan. Dia tidak lagi boleh menjadi perdana menteri Israel,” ujar pesara guru muzik Shlomit Bar, 63.

Bagaimanapun, tiada keperluan dari sudut perundangan yang memerlukan perdana menteri mengundurkan diri dalam kes itu melainkan sudah didakwa di mahkamah.

“Dari segi moral, ini memalukan Israel. Apabila perdana menteri menjadi suspek jenayah serius. Dia harus pulang saja. Cukup!” ujar seorang lagi pemprotes, Oren Simon.

Satu tinjauan pendapat yang disiarkan pada Rabu menunjukkan hampir separuh pengundi di Israel mempercayai polis berbanding Netanyahu.

Tinjauan pendapat itu disiarkan menerusi saluran komersial Reshet, dengan 49 peratus responden menyebelahi versi polis bahawa Netanyahu telah melakukan sesuatu di luar batasan.

Baki 26 peratus pula berkata, mereka tidak tahu siapa yang harus dipercayai.

Antara kes yang dinyatakan dalam dakwaan itu adalah Netanyahu merupakan suspek yang terlibat dalam penerimaan hadiah, termasuk cerut, syempen dan barang kemas daripada golongan usahawan.

Dalam satu kes lagi, Netanyahu dikatakan terlibat dalam perbincangan dengan pihak akhbar terlaris Israel, supaya diberikan liputan menyeluruh tentang dirinya, sebagai balasan mengekang operasi syarikat akhbar pesaing.

Peguam negara dijangka mengambil masa berbulan-bulan untuk menembuat keputusan sama ada pendakwaan itu akan diambil ke atas Netanyahu.



Source link

read more

Ribuan berarak desak Netanyahu letak jawatan – Luar Negara


TEL AVIV 16 Feb. – Ribuan rakyat Israel berarak di Tel Aviv dalam tunjuk perasaan pertama sejak polis mencadangkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu didakwa atas kesalahan rasuah.

Orang ramai yang berhimpun dalam bantahan besar-besaran itu menggesa Netanyahu meletak jawatan sambil membawa sepanduk mengutuk beliau sebagai ‘Menteri Jenayah’.

Mereka turut bersorak dan melaungkan slogan ‘bye bye Bibi’ serta ‘penipu’ apabila seorang penunjuk perasaan secara sinis mengulangi kenyataan yang sering digunakan Netanyahu untuk menyangkal tuduhan tersebut.

Selasa lalu, polis meminta Netanyahu, 68 didakwa atas kesalahan rasuah, penipuan dan pecah amanah yang disifatkan sebagai cabaran terbesar pemimpin parti berhaluan kanan itu sejak memegang kuasa.

Beliau telah berulang kali menafikan tuduhan-tuduhan itu yang kononnya bermotifkan politik dan telah menolak gesaan pelbagai pihak untuk meletak jawatan.-AFP



Source link

read more

PM Nepal Sher Bahadur Deuba umum letak jawatan



PERDANA Menteri Nepal, Sher Bahadur Deuba pada meletak jawatan pada Khamis untuk membuka jalan kepada perikatan berhaluan kiri membentuk kerajaan baharu.

Selepas berucap kepada rakyat negara itu susulan satu mesyuarat kabinet pada sebelah pagi, Deuba mengumumkan peletakan jawatannya setelah selesai proses pemilihan Wilayah, Dewan Perwakilan dan Perhimpunan Kebangsaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyerahkan keputusan akhir pemilihan persekutuan dan wilayah kepada Presiden Bidya Devi Bhandari pada petang Rabu.

Pemimpin Parti Komunis Nepal, Khadga Prasad Oli dijangka menggantikan Sher Bahadur. 

Deuba telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Nepal yang ke-40 pada Jun tahun lepas di bawah perikatan dengan CPN Maoist Centre, menggantikan Pushpa Kamal Dahal.

Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Nepal dari 1995 hingga 1997, dari 2001 hingga 2002 dan dari 2004 hingga 2005.

Deuba dipecat oleh Raja Gyanendra Shah pada 2005 kerana gagal mengadakan pilihan raya dan membawa pemberontak Maois ke meja rundingan.

Walaupun gabungan dua Parti Komunis Nepal menang besar, mereka bakal berdepan cabaran untuk  melaksanakan peraturan pilihanraya baharu dalam perlembagaan.



Source link

read more

PM Belanda terselamat daripada undi tidak percaya selepas Menteri Luar letak jawatan



THE HAGUE: Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, pada Selasa selamat daripada undi tidak percaya dalam parlimen negara itu selepas Menteri Luarnya, Halbe Zijlstra, meletak jawatan kerana berbohong mengenai pertemuan beliau dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, lapor agensi berita China Xinhua.

Pemimpin Parti untuk Kebebasan (PVV), Geert Wilders, telah mencadangkan undi tidak percaya terhadap Rutte atas reaksinya terhadap pembohongan Zijlstra, dan beliau telah disokong oleh lima parti pembangkang lain.

Usul itu bagaimanapun tidak berjaya meraih undi majoriti.

Terdahulu, Zijlstra mengumumkan peletakan jawatannya sejurus sebelum perbahasan berkaitan kedudukan beliau dalam Dewan Rakyat di Parlimen Belanda.

Tekanan ke atas beliau memuncak selepas Menteri Luar berusia 49 tahun itu mengaku kepada akhbar Belanda, de Volkskrant, pada Isnin bahawa beliau telah berbohong tentang kehadirannya dalam satu pertemuan dengan Putin pada 2006.

Pada hari berikutnya, beliau telah tersalah tafsir kata-kata Putin mengenai isu “Great Russia.”

Perdebatan telah berlangsung tanpa kehadiran Zijlstra, dan Rutte terpaksa mempertahan keputusan asalnya untuk menyokong Menteri Luar itu dan sebab beliau tidak memaklumkan parlimen dengan segera selepas mendengar mengenai pembohongan Zijlstra pada 29 Jan.

Rutte mengaku telah melakukan kesilapan dan menyalahkan dirinya kerana memandang rendah keseriusan kes itu apabila Zijlstra memaklumkan beliau dua minggu lepas mengenai artikel yang bakal disiarkan oleh de Volkskrant.

Sigrid Kaag, Menteri bagi Perdagangan Luar dan Pembangunan Kerjasama, akan mengambil alih tugasan Zijlstra buat sementara waktu sehingga pengganti beliau dilantik.

— BERNAMA



Source link

read more

Presiden Bahagian Telefon Pintar Dan Peranti Berhubung HTC Meletak Jawatan – Amanz


Selain Nokia, HTC ialah syarikat yang mempunyai sejarah yang besar dalam penghasilan peranti pintar. Mereka bertanggungjawab menghasilkan peranti pertama Android. Selepas sepuluh tahun pelancaran HTC Dream, nama HTC tidak lagi segah dahulu dan kini menghadapi pelbagai masalah.

Hari ini Chialin Chang yang merupakan Presiden bahagian telefon pintar dan peranti berhubung HTC telah meletakkan jawatan. Sebab yang diberikan atas peletakan jawatan adalah hal peribadi. Hanya bulan lalu HTC mencatatkan pengurangan jualan sebanyak 27% berbanding tahun sebelumnya. Ia adalah penurunan jualan selama sepuluh suku berturut-turut. HTC masih belum mengumumkan pengganti beliau buat masa ini.



Source link

read more

Terpalit skandal rasuah Presiden Afrika Selatan letak jawatan



PRETORIA: Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma mengumumkan peletakan jawatannya serta-merta pada Rabu.

Beliau yang terpalit dengan pelbagai skandal rasuah membuat kenyataan itu menerusi siaran televisyen ke seluruh negara.

Zuma berkata beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan walaupun pada dasarnya beliau tidak bersetuju dengan arahan partinya African National Congress (ANC) untuk meninggalkan pejabat dengan segera.

ANC juga telah bersedia untuk mengadakan mengundi tidak percaya di Parlimen pada Khamis.



Source link

read more

Menteri Luar Belanda letak jawatan sehari selepas mengaku menipu



THE HAGUE: Menipu mengenai satu majlis rasmi lebih sedekad lalu, tetapi dalam tempoh tidak sampai 48 jam, Menteri Luar Belanda terima padah perbuatannya itu.

Sehari selepas mengaku berbohong mengenai kehadirannya pada satu mesyuarat di Rusia pada 2006, Halbe Zijstra ambil keputusan letak jawatan.

Pengumuman penuh emosi oleh Zijstra dibuat di Parlimen, sejurus sebelum sesi bahas bermula, di mana beliau sudah menjangkakan akan dibidas oleh pembangkang mengenai penipuannya itu.

Ia turut disaksikan Perdana Menteri, Mark Rutte.

Zijlstra, merupakan anggota VVD, sebuah parti berhaluan tengah kanan pimpinan Rutte, yang berjaya membentuk kuasa di Belanda Oktober lepas.

Sepanjang tempoh itu, beliau jadi menteri pertama dalam kabinet Rutte yang letak jawatan.

Peletakan jawatannya menyusul sehari sebelum beliau dijadual bertemu rakan sejawatannya dari Rusia, Sergey Lavrov di Moscow.

Sebelum ini, Zijlstra membuat kenyataan bahawa beliau pernah hadir dalam pertemuan di rumah persinggahan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada tahun 2006.

Ketika mesyuarat itu, Putin mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menganggap  Belarus, Ukraine and negara-negara Balkan sebagai sebahagian daripada “Greater Russia.”

Pada Selasa, Zijlstra tampil mengaku bahawa beliau berbohong dan tidak hadir di majlis itu sebaliknya mendengar ucapan Putin itu daripada pihak lain.

Mengikut jadual, Ziljstra yang menjawat jawatan Menteri Luar Belanda sejak empat bulan lalu itu sepatutnya bakal bertemu dengan rakan sejawatnya Lavrov di Moscow hari ini.

Setakat ini belum ada pengumuman mengenai siapa pengganti Ziljstra.



Source link

read more

Jacob Zuma diberi tempoh 48 jam untuk letak jawatan



PRETORIA: Kongres Nasional Afrika Selatan (ANC) memberi tempoh 48 jam untuk Presiden Jacob Zuma meletak jawatan sebagai pemimpin negara itu.

Keputusan itu dibuat susulan mensyuarat kepimpinan tertinggi parti ANC yang berlangsung selama lapan jam.

Presiden ANC, Cyril Ramaphosa menyampaikan keputusan itu secara langsung di sekitar kediaman Zuma berhampiran Bangunan Kesatuan di Pretoria setelah tamat mesyuarat parti berkenaan pada jam 10.30 pagi Selasa.

Menurut Ramaphosa, 65 tahun, mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel di Pretoria itu menyaksikan pengumpulan segala maklumat dan bahan bukti kes rasuah Zuma, dan maklumat tersebut akan disalurkan kepada semua ahli ANC.

Ramaphosa yang juga Timbalan Presiden Afrika Selatan, berkata beliau telah berbincang secara langsung dengan Zuma berhubung pemindahan kuasa.

Walaupun kepimpinan tertinggi parti mempunyai kuasa untuk perintahkan presidennya untuk mengundurkan diri sebagai ketua negara, spekulasi media tempatan menyatakan Zuma mungkin akan menolak.

Zuma, 76 tahun, diseru untuk mengakhiri pemerintahannya setahun lebih awal selepas Ramaphosa dipilih sebagai Presiden ANC pada Disember lalu selepas menewaskan Nkosazana Dlamini-Zuma, isteri Jacob.

Ramaphosa sebelum ini berjanji untuk menumpukan fokus usahanya terhadap membanteras rasuah serta memulihkan ekonomi negara.

Sejak menjawat jawatan Presiden pada 2009, Zuma dihantui skandal rasuah. Beliau sedang melawan 783 tuduhan rasuah berkenaan perjanjian senjata yang didakwa diatur oleh kerajaan bernilai 30 bilion rand (RM9.8 bilion) pada akhir 1990-an ketika beliau menjadi timbalan presiden.

Zuma juga mungkin akan berdepan undi tidak percaya di Parlimen nanti. Jika beliau berjaya digulingkan, kesemua ahli Kabinetnya juga perlu meletak jawatan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons