Jenazah Ahli Parlimen Jelebu selamat dikebumi



JELEBU: Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainuddin Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Petaseh Hilir, Pertang, di sini, kira-kira 11.50 pagi tadi.

Talkin dibacakan imam Masjid Seri Pernama Kampung Petaseh, Zakaria Ahmad Wahidi.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan tanah perkuburan ketika proses pengebumian berlangsung, yang dihadiri kira-kira 500 sanak saudara serta kenalan Allahyarham.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Villa Puteri Condo di Kuala Lumpur, pada 7.30 malam semalam akibat ketumbuhan otak yang dihidapinya.

BACA: Ahli Parlimen Jelebu meninggal dunia

Allahyarham yang pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam kepalanya pada 13 Mei tahun lepas di Hospital Kuala Lumpur, meninggalkan seorang balu Datin Roziah Yaakob serta tiga anak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Zainudin menang dengan majoriti 7,101 undi menewaskan Raj Munnil Sabu daripada Pas.

– BERNAMA



Source link

read more

Najib ucap takziah kepada keluarga Anggota Parlimen Jelebu – Nasional


KUALA LUMPUR 6 Dis. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, 57, yang meninggal dunia hari ini.

“Terima berita sedih Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail telah pulang ke Rahmatullah.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham, semoga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau malam ini.

Zainudin meninggal dunia di kediamannya di Villa Puteri Condo di sini, pada 7.30 malam.

Pada 13 Mei 2016, Zainudin menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam kepalanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke Taman Angsana, Jelebu untuk dikebumikan pagi esok di Kampung Petaseh, Kuala Klawang. – BERNAMA



Source link

read more

PM Najib TPM Zahid ziarah jenazah Ahli Parlimen Jelebu



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi jenazah Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainudin Ismail, 57, yang meninggal dunia kira-kira 7.30 malam tadi.

Najib yang diiringi timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di kediaman Zainudin di Villa Puteri Condo, Jalan Tun Ismail di sini, kira-kira 10 malam, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Khas bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO ke-71 di Menara Datuk Onn di sini.

Najib dan Ahmad Zahid turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Datin Ruziah Yaacob dan anaknya Muhammad Arif, serta membaca doa untuk Allahyarham.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tanj Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Rais Yatim.

Sementara itu, Muhammad Arif berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir semasa koma setelah menjalani pembedahan ketumbuhan dalam otak.

“Ayah mula tidak stabil kira-kira 7 malam. Keadaan semakin teruk selepas itu sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi semua anggota keluarga,” katanya kepada Bernama.

Beliau menyifatkan bapanya sebagai seorang yang tegas namun amat mementingkan hubungan kekeluargaan.

Beliau berkata bapanya menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam otak di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mei tahun lepas sebelum koma kira-kira dua bulan lepas.

Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang.

Jenazahnya akan dibawa pulang ke Jelebu malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Petaseh Hilir, Jelebu sebelum Zohor esok.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Jelebu Datuk Jalaluddin Alias berkata pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada UMNO dan masyarakat Jelebu.

Pada pilihan raya umum lepas, Zainudin menewaskan Raj Munni Sabu daripada PAS dengan majoriti 7,101 undi. — Bernama



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons