Serbuan premis dan operator judi haram, 45 individu ditangkap minggu lalu – Jenayah


KUCHING 20 Nov. – Polis Sarawak meneruskan serbuan ke atas premis dan operator judi haram dalam usaha memerangi kegiatan judi haram di seluruh negeri dengan menangkap 45 individu daripada 28 serbuan dijalankan sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, tangkapan tersebut melibatkan operator loteri haram, perkhidmatan isian semula (reload) judi siber dan gelanggang sabung ayam serta judi di tempat awam.

Katanya, serbuan itu dijalankan pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah-daerah.

“Mereka ditangkap terdiri daripada 33 lelaki dan 12 perempuan berusia 16 hingga 69 tahun termasuk seorang warga asing.

“Serbuan loteri haram adalah yang paling banyak melibatkan 24 serbuan dengan penahanan 28 individu bersama rampasan wang tunai RM4,836 dan peralatan seperti slip taruhan, kalkulator, pencetak bergerak serta telefon bimbit.

“Selain itu, pasukan JSJ IPK menyerbu kaunter menawarkan perkhidmatan isian semula judi siber di Kuching dengan menangkap tiga individu dan merampaa empat tablet digunakan untuk perkara itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dua gelanggang sabung ayam haram juga diserbu di Saratok dan Tatau.

“Kedua-dua serbuan berjaya menahan lapan individu dengan 10 ayam sabung bersama peralatan judi berkenaan.

“Selain itu, JSJ Sibu pula menyerbu hentian teksi di Jalan Khoo Peng Loong dengan menangkap enam pemandu yang sedang berjudi di tempat awam,” tegasnya.

Dev Kumar berkata, kesemua ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1962. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] JKDM gagalkan cubaan seludup rokok bernilai RM2.34 juta – Jenayah


SEREMBAN 20 Nov. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan mematahkan cubaan menyeludup tiga juta batang rokok jenama Canyon bernilai RM2.34 juta ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdullah Jaapar berkata, kesemua rokok itu dirampas dalam satu serbuan di gudang Penerbangan Malaysia (MAS) Kargo di lapangan terbang berkenaan pada pukul 6 petang, 13 November lalu.

“Nilai keseluruhan rokok yang dirampas ditaksirkan berjumlah RM240,000 dengan melibatkan cukai sebanyak RM2.1 juta.

“Semua rokok tersebut diikrarkan sebagai barangan campuran bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Ia diseludup dari Ho Chi Minh, Vietnam menggunakan pesawat EVA AIR dipercayai untuk pasaran di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mayat tanpa kepala dijumpai berhampiran Pulau Kapas – Jenayah


KUALA TERENGGANU 19 Nov. – Mayat tanpa kepala dijumpai tiga nelayan tempatan di perairan Pulau Kapas di sini petang tadi



Rahim Ramli

Rahim Ramli

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli dalam satu kenyataan, mayat yang dipercayai lelaki itu di jumpai dalam keadaan separuh reput, tanpa pakaian dan tidak mempunyai pengenalan diri pada jarak 10.8 batu nautika dari Pulau Kapas.

Menurut beliau, sebaik menerima panggilan, bot maritim yang dalam perintah operasi dan masih berada di laut telah bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang tadi.

Namun, katanya, ia mengambil masa yang agak lama untuk menemui mayat tersebut berikutan keadaan laut bergelora.

Mayat berkenaan kemudian dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) DM 9 Pulau Kambing pada 6.30 petang tadi dan telah diserahkan kepada Polis Daerah Marang untuk siasatan lanjut.

Semalam, satu mayat tanpa identiti dan masih memakai seluar trek hitam turut dijumpai nelayan tempatan pada kedudukan 11 batu nautika dari Pulau Kapas lebih kurang pukul 5.00 petang. – BERNAMA



Source link

read more

18 kenderaan disita dalam operasi bersepadu – Jenayah


KUALA LUMPUR 19 Nov. – Sebanyak 18 kenderaan disita dalam operasi trafik bersepadu yang dijalankan Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut di sini malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam operasi yang bermula pukul 10 malam itu, empat tangkapan turut dibuat yang mana tiga daripadanya melibatkan salah guna dadah manakala satu lagi dikesan menunggang motosikal curi.


“Semua yang ditahan berusia antara 16 hingga 30 tahun dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.


“Dalam operasi setakat pukul 12 tengah malam ini, sebanyak 1,400 motosikal dan 300 kereta diperiksa dan 18 daripadanya disita kerana melakukan kesalahan seperti cukai jalan tamat tempoh dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tujuh tahun tanpa cukai jalan – Jenayah


KUALA LUMPUR 19 Nov. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebanyak sembilan kenderaan termasuk sebuah motosikal yang cukai jalannya tamat tempoh sejak tujuh tahun lalu dalam Op Pengarah di Jalan Genting Klang, dekat sini malam tadi.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Ismail Mohd. Zawawi berkata, motosikal jenis Yamaha Sport tersebut ditunggang lelaki berusia 22 tahun.


“Operasi seperti ini adalah bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku kerana ia membahayakan bukan sahaja nyawa penunggang itu sendiri, malah nyawa orang lain juga.


“Setakat pukul 10 malam ini, sebanyak 1,014 kenderaan diperiksa dan 251 saman telah dikeluarkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Plagiarisme satu jenayah akademik – Sultan Nazrin



KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, plagiarisme atau penjiplakan adalah satu jenayah akademik serta perilaku mungkar terhadap ilmu dan para ilmuwan yang wajib ditangani secara tegas.

Titah baginda, penjiplakan wajib diberi perhatian serius dan pihak berkaitan wajar memformulasi kaedah pemantauan yang berkesan demi memastikan integriti serta kredibiliti sesebuah universiti terus terpelihara.

Baginda yang juga Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bertitah, penjiplakan semakin membentangkan cabaran kepada dunia pendidikan setelah bermulanya World Wide Web dengan maklumat sangat mudah diperoleh melalui Internet.

“Pada masa ini, maklumat begitu mudah disalin, ditiru dan ditampal dalam kerja kursus serta laporan yang disediakan oleh para pelajar,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-10 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Naib Canselor USAS, Profesor Tan Sri Dr. Nordin Kardi serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria.

Sultan Nazrin bertitah, reputasi kegemilangan sesebuah universiti tidak ditentukan oleh bilangan siswazah yang dihasilkan sahaja tetapi lebih kepada kualiti.

Titah baginda, kualiti diambil kira daripada siswazah yang berwibawa serta berintegriti, memiliki daya analisis, pemikiran kritikal serta berpegang kepada prinsip yang berteraskan fakta selain tegas dan berani menyatakan kebenaran.

Selain itu, baginda bertitah warga akademik sukar untuk menyemak sepenuhnya kesahihan dan keaslian kerja kursus serta bahan penyelidikan pelajar, dengan lambakan jumlah bahan yang terkandung di dalam Internet.

“Demi nama baik USAS daripada tercemar, perbuatan penjiplakan perlu dijauhi baik dalam kalangan pelajar mahupun warga akademik,” titah baginda.

Titah Baginda lagi, kebelakangan ini, perbuatan penjiplakan semakin banyak dilaporkan berlaku termasuk di luar negara.

“Di Jerman, mantan Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Parlimen Eropah, meletak jawatan selepas mereka dikesan memplagiat disertasi ijazah Doktor Falsafah masing-masing.

“Seorang pendaftar universiti di United Kingdom dikenakan hukuman penjara setelah didapati menjual ijazah palsu kepada seorang wanita Afrika sebagai imbalan untuk memuaskan nafsunya; sementara London School of Economics terpaksa menangani dakwaan plagiarisme di dalam tesis PhD, Saif el-Islam Gaddafi, anak kedua Muammar Gaddafi.

“Manakala di Pakistan, lebih daripada 140 penggubal undang-undang didapati bersalah kerana memiliki ijazah palsu,” titah baginda.

Sehingga istiadat Konvokesyen Kesembilan pada tahun 2016, seramai 2,252 graduan telah menerima diploma daripada institusi ini.

Istiadat Konvokesyen kali ini mencipta sejarah baru apabila julung-julung kalinya, USAS menganugerahkan graduan dengan ijazah.

Ia melibatkan  41 ijazah Sarjana dan 17 ijazah Sarjana Muda bersama 785 penerima diploma dengan jumlah keseluruhan 843 penerima.

Jumlah pelajar kini meningkat kepada 6,089 orang, 121 daripadanya sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah, dan 225 mengikuti pengajian peringkat Sarjana.



Source link

read more

Penduduk flat gempar jumpa janin dalam longkang – Jenayah


KUALA LUMPUR 19 Nov. – Penduduk di sebuah flat gempar apabila menemukan objek dipercayai janin di SS 8, Petaling Jaya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, janin tersebut ditemukan dalam longkang oleh pengawal keselamatan yang sedang bertugas di blok flat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pengawal keselamatan terbabit kemudian memaklumkan penemuan itu kepada seorang wanita yang merupakan ketua blok berkenaan.

“Wanita berusia 58 tahun terbabit terus menghubungi pihak polis.

“Flat berkenaan dihuni majoriti warga asing dan tiada kamera litar tertutup (CCTV). Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] Jabatan Imigresen pastikan suspek bunuh tidak bolos – Jenayah


KOTA BHARU 18 Nov. – Jabatan Imigresen akan memastikan suspek kes pembunuhan tiga beranak pada Rabu lalu tidak akan melepasi pintu sempadan khususnya ke Thailand.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya sudah menerima butiran mengenai kes itu daripada polis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya memastikan suspek tidak bolos.

“Dalam soal jenayah yang berlaku sama ada dalam atau luar negara kita sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi terutama pihak polis.

“Kita sudah dapat beberapa perincian mengenai suspek kes pembunuhan ini bagi memastikan tidak ada pembolosan ke luar negara.

“Kita sentiasa memastikan pintu sempadan di tempat yang dikawal oleh kita diperketat dan akan sekat daripada bolos,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Jasa Perwira Piala Ketua Pengarah Imigresen Malaysia 2017 di KB futsal Arena di sini hari ini.

Video oleh ASMA HANIM MAHMOOD

Sebanyak 450 peserta mewakili 45 pasukan menyertai kejohanan futsal tahunan jabatan itu yang dianjurkan buat pertama kali di negeri ini.

Dalam kejadian Rabu lalu, pasangan suami isteri yang menjalankan perniagaan alat perkakasan, Kha Eng Ni, 42, dan isterinya, Chua Joo Seok, 37, ditemukan mati selepas ditikam beberapa kali di dada serta badan dengan pisau dan besi tajam di sebuah rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab di sini.

Manakala seorang lagi anak mangsa, Kha Zee Hanz, 13, terbunuh akibat hentakan kuat di kepala dengan tukul oleh suspek, Sharat Eh Wang @ Pot, 31, yang bekerja sebagai pemandu van dengan pasangan suami isteri tersebut.

Pada malam tadi, polis menemui sebuah lori berwarna putih yang dilarikan suspek di kawasan berhampiran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kedai emas kerugian RM1.2 juta – Jenayah


SHAH ALAM 17 Nov. – Sebuah kedai emas mengalami kerugian RM1.2 juta apabila dirompak empat lelaki bersenjatakan pistol di sebuah pusat beli-belah terkenal di Seksyen 14 di sini petang tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner R. Supramaniam berkata, kejadian berlaku kira-kita pukul 7.30 malam ketika premis tersebut tidak mempunyai pelanggan.

“Tiga penjenayah memakai topi keledar memasuki premis yang terletak di aras bawah pusat beli belah terbabit sambil melepaskan satu das tembakan ke arah siling menggunakan sepucuk pistol jenis revolver, manakala seorang lagi menunggu di luar premis.

“Ketiga-tiga mereka telah memecah rak pameran barang kemas dengan menggunakan tukul besi sebelum melarikan tujuh dulang barang kemas pelbagai jenis bernilai kira-kira RM1.2 juta,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penunggang maut rempuh lori – Jenayah


KUALA LUMPUR 18 Nov. – Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangi merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan dalam kemalangan di Kilometer 15.1 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini, hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 2.40 petang itu, mangsa, Mohd. Fauzi Ibrahim, 39, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori terbabit berusia 62 tahun yang memandu dari arah Damansara ke Subang telah memberhentikan kenderaannya lokasi kejadian bagi membantu sebuah kenderaan lain yang rosak di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, datang sebuah motosikal yang dipandu mangsa dari arah belakang telah melanggar belakang lori tersebut,” katanya.

Mohd. Zani berkata, rempuhan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

habis



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons