Isu hamba seks WWII Jepun terus beri tekanan maksimum terhadap Korea Utara



TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bersetuju untuk mengekalkan tekanan maksimum ke atas Korea Utara bersama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Abe pada Selasa berkata beliau mengesahkan dengan Moon, perjanjian kedua-dua negara mengenai hamba seks perang pada zaman Perang Dunia Kedua adalah muktamad.

“Kami mengesahkan bahawa kesepakatan mengenai isu hamba seks perang pada Perang Dunia Kedua adalah muktamad dan tidak akan diubah,” kata Abe yang memberi maklum di Parlimen.

Abe berbincang mengenai isu berkenaan ketika bertemu dengan Moon sewaktu upacara pembukaan Olimpik Pyeongchang, Korea Selatan.



Source link

read more

Syarikat Jepun mungkin tinggalkan Britain jika kesepakatan Brexit jejas keuntungan



LONDON: Duta Besar Jepun ke Britain, Koji Tsuruoka, memberi amaran kepada Perdana Menteri Theresa May di London pada Khamis mengenai kesan buruk kesepakatan Brexit terhadap syarikat Jepun, lapor agensi berita China Xinhua.

Duta berkenaan berkata syarikat Jepun akan meninggalkan Britain jika hubungan Britian dengan Kesatuan Eropah (EU) tidak menguntungkan mereka untuk terus kekal di negara itu.

“Jika tidak ada keuntungan untuk terus beroperasi di UK, bukan hanya syarikat Jepun, syarikat swasta juga tidak boleh meneruskan operasi.

“Ia adalah semudah itu dan amat berisiko. Saya rasa kita semua perlu ingat perkara ini,” katanya kepada media di luar 10 Downing Street selepas May menjadi tuan rumah rundingan meja bulat dengan wakil kanan syarikat Jepun, yang merupakan pelabur penting di Britain.

Kepentingan Jepun di Britain termasuk dalam bidang automotif, perbankan dan teknologi komunikasi maklumat.

Tsuruoka berkata syarikat Jepun gembira beroperasi di Britain dan ingin kekal, namun keputusan itu bergantung kepada hasil rundingan Brexit.

“Persoalannya ialah sama ada persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak akan membenarkan syarikat Jepun untuk terus beroperasi di UK.”

— BERNAMA



Source link

read more

Tengku Ahmad Rithauddeen terima darjah kebesaran Jepun


KUALA LUMPUR 08 FEBRUARY 2018. Duta Besar Jepun Ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa (kanan) beramah mesra bersama Bekas Menteri Luar, Tan Seri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail (kiri) selepas menyampaikan Anugerah Perhiasan Tertinggi "Grand Cordon of the Order of the Rising Sun" oleh Maharaja Jepun, Maharaja Akihito di Kediaman Rasmi Duta Besar tersebut. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

MO, 9/2/2018, KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Luar, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, menerima darjah kebesaran, Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Maharaja Akihito.

Darjah kebesaran yang diasaskan oleh Maharaja Meiji pada tahun 1875 itu dianugerahkan kepada beliau bagi mengiktiraf sumbangannya dalam memperkukuhkan hubungan ekonomi dan kerjasama dua hala antara kedua negara.

Anugerah berkenaan disampaikan Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa bagi pihak Maharaja Akihito di sini, malam tadi.

Miyagawa berkata, pihaknya menghargai jasa Tengku Ahmad Rithauddeen yang memainkan peranan penting dalam menguatkan hubungan solidariti antara negara Asia Tenggara ketika menyandang jawatan Menteri Luar.

“Pada tahun 1971, beliau berjaya merealisasikan Sidang Kemuncak ASEAN pertama di Bali, Indonesia dan membantu melancarkan program dialog antara pemimpin Jepun dan ahli serantau termasuk memeterai Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara.

“Tahun berikutnya, beliau memainkan peranan dengan mengeratkan lagi hubungan antara dua negara menerusi penganjuran Forum ASEAN-Jepun pada Mac 1977, malah mengiktiraf Jepun sebagai salah satu daripada rakan kongsi Asean pada Ogos di Kuala Lumpur.

“Beliau yang kemudiannya dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 1981, mengukuhkan hubungan rakan dagangan dua hala menerusi projek gas asli cecair yang mencatatkan keuntungan daripada 740 bilion yen sehingga melebihi satu trilion yen pada 1984,” katanya ketika berucap menyampaikan anugerah itu.

Beliau berkata, hubungan diteruskan menerusi kerjasama usahawan syarikat pemula diikuti dengan pembangunan serta mengembangkan perniagaan menerusi pertukaran teknologi moden dan pembangunan modal insan.

“Penganugerahan ini memang tepat pada masanya memandangkan kedua-dua negara meraikan ulang tahun jalinan diplomatik ke-60 tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata anugerah itu adalah satu penghargaan besar buatnya selepas tiga dekad menamatkan perkhidmatan sebagai menteri.

“Saya tidak mengharapkan sebarang pengiktirafan namun diakui, anugerah ini sememangnya istimewa apatah lagi apabila diri sendiri tercalon di dalam senarai penerima yang terkenal dari seluruh dunia.

“Terima kasih kepada semua pihak terutama kedutaan Jepun di Kuala Lumpur dan kerajaan Jepun atas penganugerahan yang berprestij ini.

“Saya yakin hubungan dua hala ini akan terus kukuh berteraskan persahabatan, kepercayaan, persefahaman dan kerjasama,” katanya.



Source link

read more

11 maut kebakaran di pusat kebajikan warga emas Jepun – Luar Negara


TOKYO 1 Feb. – Sebanyak 11 orang maut manakala lima lagi berjaya diselamatkan dalam kebakaran di sebuah pusat kemudahan kebajikan orang tua, di utara Jepun malam tadi.

Menurut stesen penyiaran NHK, sebanyak 16 orang warga emas tinggal di premis tiga tingkat yang diperbuat daripada kayu di Sapporo itu.

Sebanyak tiga mangsa yang selamat berumur antara 50-an dan 80-an kini dirawat di hospital berhampiran dan keadaan mereka dilapor tidak serius. – REUTERS



Source link

read more

Rangkaian mata wang kripto Jepun digodam – Luar Negara


TOKYO 28 Jan. – Satu daripada rangkaian pertukaran wang digital terbesar Jepun mendakwa ‘kehilangan’ kira-kira AS$534 juta (RM2.1 bilion) wang maya dipercayai akibat digodam pihak tertentu.

BBC melaporkan, aktiviti penggodaman tersebut menyebabkan banyak deposit dan pengeluaran kadar mata wang kripto tertunda kecuali Bitcoin.

Sekiranya kegiatan penggodaman itu disahkan, ia bakal menjadi ‘kecurian’ kadar mata wang digital terbesar setakat ini.



Source link

read more

Gara-gara digodam urus niaga tukaran mata wang kripto Jepun rugi AS500 juta



TOKYO: Urus niaga tukaran mata wang kripto Jepun mengalami kerugian 58 bilion Yen atau AS$530 juta.

Jumlah ini mengatasi kerugian 48 bilion Yen (AS$441.6 juta) yang dialami Mt. Gox Bitcoin yang berpangkalan di negara itu pada tahun 2014.

Menurut laporan media tempatan The Kyodo News, kerugian itu berpunca daripada penggodaman.

The Coincheck, syarikat yang menguruskan mata wang kripto NEM memaklumkan akan mendapatkan bantuan kewangan bagi menangani kesulitan itu.

Presidennya Koichiro Wada dalam sidang media memohon maaf kepada semua pelabur yang terjejas.

“Sebahagian  perkhidmatan kami digantung hari ini. Saya memohon maaf atas kesulitan anda susulan insiden ini,” jelas Wada.

The Coincheck dalam laman webnya sebelum itu mengesahkan telah mengambil beberapa tindakan bagi menghalang kerugian berterusan.

Ia termasuk menggantung jualan dan pengeluaran mata wang kriptonya, pada masa sama mengehadkan urusniaga dengan mata wang kripto yang lain.

The Coincheck mengesan berlakunya akses tanpa kebenaran dalam sistemnya pada awal pagi Jumaat.



Source link

read more

3 mahasiswa Perlis terpilih ikuti program pertukaran pelajar ke Jepun – Nasional


KANGAR 26 Jan. – Seramai tiga mahasiswa dari negeri ini bertuah kerana telah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar dan Belia Jepun-Asia Timur (Jenesys) 2018 anjuran Pusat Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICE).

Ketiga-tiga mereka yang merupakan ahli majlis perwakilan pelajar (MPP) di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing itu terdiri daripada Noorulayuni Atiqah Yaacob, Nur Syafiqah Iman Khalil dan Nur Basirah Rasid.

Noorulayuni Atiqah yang berasal dari Arau kini berada di tahun tiga jurusan Bioteknologi Industri Universiti Malaysia Perlis (Unimap) manakala Nur Syafiqah Iman dari Kangar (tahun dua, jurusan Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis dan Nur Basirah dari Simpang Empat (tahun tiga jurusan Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan Kolej Universiti Islam Perlis-KUIPs).

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat bercemar duli menerima kunjungan mengadap hormat oleh ketiga-tiga mereka di pejabat baginda di Wisma Bumita, di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir, Setiausaha Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd. Darus dan Rektor KUIPs, Dr. Mohd Mizan Mohamad Aslam.

Tuanku Syed Sirajuddin dalam pertemuan itu bertitah menasihatkan agar para mahasiswa tersebut memanfaatkan sepenuhnya pengalaman dengan menghayati dan membawa balik amalan baik hidup masyarakat di negara matahari terbit berkenaan khususnya seperti menepati masa dan bekerja dengan pantas dan tepat.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis pula bertitah meminta mereka membuat persiapan berkongsi pengalaman dalam program Titian Kasih yang bakal dianjurkan oleh pihak yayasan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), bermula Mac nanti.

Menurut Johari, program pertukaran pelajar tersebut dianjurkan oleh kerajaan Jepun melalui pihak Kedutaan Besarnya di Kuala Lumpur.

“YTSP Perlis telah diberikan mandat dan kepercayaan pihak kedutaan bagi menyelaraskan pencalonan peserta dari negeri ini,” katanya.

Seramai 22 mahasiswa dari Malaysia termasuk tiga daripada negeri ini bakal menyertai program bermula daripada 29 Januari hingga 6 Februari ini, yang akan melibatkan pelbagai program termasuk tinggal bersama keluarga angkat tempatan, melawat muzium-muzium dan mengunjungi beberapa wilayah di luar Tokyo.

Objektif utama program itu adalah untuk mempromosikan budaya hidup masyarakat di negara berkenaan kepada rakyat negara-negara lain seperti di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Latin. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

CocoDamia bakal tembusi pasaran coklat halal di Jepun


KUALA LUMPUR: Pelangi Network Management Sdn Bhd, pengusaha produk coklat tempatan jenama CocoDamia, akan menembusi pasaran coklat halal di Jepun dalam tempoh kurang daripada empat tahun akan datang memandangkan terdapat permintaan dari negara matahari terbit itu.

Pengarah Urusan Zamzarina Zakaria berkata peluang itu timbul ketika pihaknya menyertai Forum Perniagaan Antarabangsa MARA-OISCA 2017, melalui kerajaan negeri Johor, di Kota Kinabalu, Sabah, November lepas.

“Di forum itu, pihak kami berpeluang bertemu dan berbincang bersama-sama syarikat berkenaan. Saya difahamkan Jepun sedang mencari produk halal untuk memenuhi kapasiti mereka yang akan menerima pelancong dan atlet dari seluruh dunia susulan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo pada 2020 nanti,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, dalam perbincangan awal tersebut, wakil syarikat Jepun berkenaan menyuarakan minat untuk memasarkan produk CocoDamia selepas melihat potensinya.

Wanita berusia 37 tahun itu berkata, forum tersebut telah memberi manfaat kepada usahawan seperti beliau terutama dalam usaha memperluaskan rangkaian perniagaan, khususnya dengan penyertaan bukan sahaja usahawan tempatan malah antarabangsa seperti dari Jepun, Korea Selatan, Brunei dan Azerbaijan.

Memulakan perniagaan coklat hanya dari rumah, Zamzarina bermodalkan RM10,000 sahaja dengan dibantu suami dan memasarkan produk mereka melalui media sosial selain menerima tempahan untuk pelbagai majlis keraian.

Bersandarkan perniagaannya yang dimulakan pada 2013, syarikat itu kini mampu meraih pendapatan bulanan melebihi RM30,000.

Selain mempunyai galeri jualan di Skudai, CocoDamia yang kini mempunyai tujuh kakitangan juga menawarkan program lawatan sambil belajar, ‘Edu Tour’ dan ‘Kid Fun Land’ khusus untuk orang awam dan pelajar mempelajari secara lebih dekat pembuatan coklat halal dan berkualiti tinggi.

Kilang berskala perusahaan kecil dan sederhana CocoDamia di Skudai mengeluarkan 4,000 kilogram coklat sebulan, terdiri daripada Coklat IQ, Coklat Bar dan Coklat Tenaga, dengan campuran makanan sunnah seperti lubanah atau dikenali juga sebagai kemenyan Arab (resin beraroma), kismis, kurma, madu dan air zamzam bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Produk coklat CocoDamia kini dipasarkan di rangkaian Halal Mart, Maslee, Pasaraya Kapitan selain mempunyai 45 ejen dan stokis pengedar hampir di seluruh Malaysia serta luar negara seperti Brunei, Singapura dan Vietnam.

CocoDamia merupakan pemenang Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) pada 2015 di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dengan kerjasama Technology Park Malaysia (TPM).

Menerusi kemenangan itu, Zamzarina memperolehi bantuan geran bernilai RM500,000 atas kejayaan projek inovasinya.

“TPM juga bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan inkubator maya atau “ADVISE”, yang sekali gus banyak membantu CocoDamia, selain melalui perkhidmatan sokongan komprehensif dan bersepadu, bimbingan mentor, latihan dan perundingan serta kawalan kewangan,” katanya.

Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, TPM juga memberi peluang kepadanya untuk menikmati semua program berkaitan bimbingan perniagaan dan keusahawanan tanpa perlu hadir secara fizikal di kampus TPM.

TPM juga turut berperanan penting dalam pembangunan teknologi usahawan yang membantu Zamzarina merealisasikan ideanya untuk mencipta sebuah mesin membuat kerepek berasaskan coklat CocoDamia yang kini 80 peratus siap.

“TPM tidak pernah menghalang kami untuk menyuarakan pendapat, selain menyokong segala idea kami mereka juga sentiasa memastikan segala objektif dan sasaran kami berjaya dicapai dalam mengembangkan perniagaan,” katanya. — Bernama



Source link

read more

Warga Jepun maut ditikam dalam serangan rambang di Ireland



DUBLIN: Seorang lelaki Jepun maut selepas ditikam manakala dua yang lain cedera dalam serangan berasingan di beberapa batang jalan di bandar Dundalk, Republik Ireland, pada Rabu.

Polis yang menyiasat insiden tersebut tidak menolak kemungkinan terdapat unsur keganasan dalam insiden itu.

Setakat ini, pihak berkuasa berkata, seorang warga Mesir berusia 18 tahun telah ditangkap dan ditahan di Balai Polis Dundalk.

Suspek bagaimanapun belum dikenalpasti atau dituduh.

Polis tidak mendedahkan nama mangsa yang maut itu namun mengatakan mangsa seorang lelaki Jepun berusia 24 tahun yang tinggal di Ireland sejak setahun lalu.

Mangsa diserang dan ditikam di sebatang jalan di Dundalk dan mati di tempat kejadian.

Laporan media mengatakan beberapa lagi siri insiden yang sama turut berlaku di beberapa batang jalan berhampiran lokasi warga Jepun itu dibunuh.

Ketua Superintendan Christy Mangan berkata pihak polis menerima panggilan kecemasan dari tiga lokasi berasingan di kawasan Dundalk dan polis berjaya menangkap suspek sejurus selepas itu.

Beliau menambah bahawa serangan pertama dilaporkan pada pukul 9 pagi waktu tempatan dan serangan itu berlaku sekitar 40 minit.

Siasatan awal mendapati suspek memilih mangsa secara rawak dan motif sebenar masih disiasat.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons