Pengkorporatan kastam ditangguh – KP JKDM – Nasional


KUBANG PASU 13 Jan. – Keputusan untuk mengkorporatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan ini ditangguhkan sementara menanti hasil kajian yang sedang dijalankan pengurusan tertingginya.



Penswastaan kastam ditangguh - KP JKDM

Subromaniam Tholasy 

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, penangguhan itu dibuat bagi memastikan sebarang tindakan diambil selepas ini benar-benar memberi manfaat kepada JKDM, rakyat serta negara.

“Setakat ini masih belum ada sebarang perubahan terhadap JKDM sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Kami masih melakukan penilaian berhubung perkara tertentu dan melihat kesesuaian untuk melaksanakan perkara tersebut.

“Untuk itu kami akan mengunjungi beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Singapura dan Afrika Selatan bagi tujuan penilaian dan rujukan. Setelah semuanya selesai, kami akan sediakan kertas Kabinet dan kita tunggulah nanti apa hasilnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan Ke-12 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 50 pegawai dan kakitangan JKDM menerima diploma berkenaan yang julung-julung kali disertai oleh warga agensi kerajaan tersebut.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya tidak mahu terburu-buru dalam melaksanakan perkara itu kerana terlalu banyak perkara yang perlu diperhalusi.

“Di Amerika Syarikat contohnya, selepas kejadian 11 September 2001, pihak kastam mereka berpecah kepada dua iaitu Perlindungan Sempadan dan Kastam (CBP) serta Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Persekutuan (ICE). Jadi kita sendiri perlu buat penelitian sebaik mungkin bagi mendapatkan model terbaik mengikut kesesuaian semasa.

“Sebelum ini apabila cadangan pengkorporatan kastam diumumkan, banyak cakap-cakap tidak betul mengenainya tersebar. Apa yang diperkatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam videonya baru-baru ini mengenai pengkorporatan kastam juga semua tidak betul,” katanya.



Source link

read more

JKDM Sabah rampas ribuan pil ekstasi tahan lelaki tempatan


KOTA KINABALU: Taktik sindiket pengedaran dadah untuk menyeludup 10,196 pil ekstasi yang diletakkan di dalam sebuah beg berisi pakaian terpakai berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Cawangan Bungkusan Pos Kota Kinabalu, di sini baru-baru ini.

Beg yang diubah suai sebelum disembunyikan dadah seberat empat kilogram dan disimpan di dalam kotak itu berjaya ditemui pasukan JKDM pada jam 12 tengah hari Selasa lalu.

Pengarah JKDM Sabah, Datuk Hamzah Sundang berkata kesemua dadah itu ditemui sepasukan pegawai JKDM hasil daripada pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas di lokasi berkenaan.

Menurutnya, JKDM turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun yang datang pada hari sama (Selasa) di lokasi kejadian bagi menuntut bungkusan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menggunakan mesim pengimbas, kita mendapati ada imej mencurigakan di dalam beg yang disimpan di dalam kotak besar itu.

Dua plastik berisi pil ekstasi berjaya dirampas JKDM Sabah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bagasi itu kemudian mendapati ada ruang khas dipercayai untuk menyembunyikan dadah-dadah terbabit ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Sabah di sini pada Isnin.

Tambah Hamzah, siasatan awal mendapati bungkusan itu dipercayai dikirim daripada Belanda dan pakaian terpakai yang terdapat dalam beg tersebut dipercayai hanya untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Kata beliau, bungkusan itu dialamatkan untuk dihantar ke Sandakan tetapi dibawa ke Kota Kinabalu terlebih dahulu bagi tujuan pemeriksaan.

HAMZAH (dua dari kanan) berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun ketika cuba menuntut bungkusan itu.

“Lelaki tempatan yang mahu menuntut bungkusan itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Hamzah berkata, kes itu juga adalah yang pertama pihaknya membabitkan cubaan menyeludup dadah menerusi bungkusan pos pada tahun ini.



Source link

read more

[VIDEO] JKDM gagalkan cubaan seludup rokok bernilai RM2.34 juta – Jenayah


SEREMBAN 20 Nov. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan mematahkan cubaan menyeludup tiga juta batang rokok jenama Canyon bernilai RM2.34 juta ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdullah Jaapar berkata, kesemua rokok itu dirampas dalam satu serbuan di gudang Penerbangan Malaysia (MAS) Kargo di lapangan terbang berkenaan pada pukul 6 petang, 13 November lalu.

“Nilai keseluruhan rokok yang dirampas ditaksirkan berjumlah RM240,000 dengan melibatkan cukai sebanyak RM2.1 juta.

“Semua rokok tersebut diikrarkan sebagai barangan campuran bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Ia diseludup dari Ho Chi Minh, Vietnam menggunakan pesawat EVA AIR dipercayai untuk pasaran di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

JKDM rancang ubah pentadbiran ikut zon – Nasional


MELAKA 3 Nov. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang mengkaji untuk melaksanakan pentadbirannya mengikut zon di seluruh negara bagi memantapkan institusi itu sebelum ia dikorporatkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, langkah itu sedang dibincang di peringkat tertinggi jabatan termasuk penyediaan kertas kerja sebelum dibentangkan kepada Jabatan Perbendeharaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk diusulkan kepada Kabinet bagi kelulusan.


“JKDM sedang mengkaji usaha mewujudkan pengezonan di seluruh negara bagi memantapkan jentera jabatan. Sebagai contoh kita akan mengkhususkan zon tengah untuk JKDM bagi negeri Wilayah Persekutuan, Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di mana mungkin perjawatan akan dilihat semula, sama ada perlu hanya seorang pengarah untuk setiap zon atau kekal seorang pengarah di setiap negeri.


“Langkah pengezonan ini dibuat bagi menjimatkan perbelanjaan jabatan kerana setiap negeri mungkin ada antara 200 kakitangan dan pegawai dan jika dibahagikan mengikut zon, mungkin hanya 250 diperlukan untuk tiga negeri tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutup Tamat Latihan Kursus Asas Penguasa Kastam Gred WK41 dan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah, di Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) Bukit Baru di sini sebentar tadi.


Bagaimanapun kata beliau, cadangan itu hanya akan diputuskan oleh kerajaan dan ia merupakan satu perancangan sebelum jabatan tersebut dikorporatkan seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac lalu.


Beliau turut memberitahu, JKDM kini mempunyai keanggotaan sebanyak 15,000 perjawatan di seluruh negara namun masih terdapat kira-kira 700 kekosongan jawatan pelbagai pangkat yang belum diisi.


Katanya, jumlah perjawatan sedia ada itu dianggap sudah memadai dan pihaknya sedang mencari kaedah terbaik untuk mengoptimumkan penggunaan kakitangan walaupun terdapat kekosongan, termasuk cadangan pengezonan pentadbiran. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] JKDM tahan lelaki miliki 20 kg dadah – Jenayah


SEREMBAN 2 Nov. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki menyeludup masuk dadah jenis ketamin seberat 20 kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 13 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Zulkifli Yahya berkata, suspek yang tiba dengan menaiki penerbangan dari Mumbai, India merupakan pemilik sebuah pusat hiburan di ibu negara.

“Pemeriksaan ke atas bagasi miliknya menemukan dua bungkusan mengandungi serbuk berwarna coklat yang didakwa suspek sebagai kunyit dan dibeli dari pasr raya di Mumbai untuk dijadikan minuman kesihatan.

“Bagaimanapun, hasil ujian saringan Jabatan Kimia mengesahkan serbuk berkenaan mengandungi dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai RM900,000,” katanya dalam sidang akhbar di Cawangan Narkotik JKDM, Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.

Zulkifli berkata, suspek direman selama 14 hari hingga Isnin depan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons