High EPF dividend not election candy, says Johari


epff
MO,14/2/2018, PUTRAJAYA: The 6.9 per cent dividend rate declared by the Employees Provident Fund (EPF) on Saturday ? the highest since 1997 ? is not an “election candy” but reflects the country’s strong economic growth, said Second Finance Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani. He said the 6.9 per cent return for conventional accounts and 6.4 per cent for shariah savings came about as a result of EPF’s domestic and international investments.

“That’s why, to me, the dividend rates for the conventional and shariah schemes are good and are not election candy. It has got nothing to do with the upcoming election. “If the performance is good, the dividends will be (good) as well. In 2016 our economy grew just 4.2 per cent ? what to do if the global economy was also like that (growing slowly). So what is being reflected is what’s actually happening in our country,” he said.

Johari was speaking to the media after welcoming home 2018 Asian Cycling Championships individual time trial (men masters) champion Dr Norhasmat Abdul Aziz here today. Dr Norhasmat, who is Principal Assistant Secretary (Policy and Implementation of Goods  and  Services Tax) at the Ministry of Finance’s Tax Division, clinched the Asian title at the championships held in Nay Pyi Taw, Myanmar, on Feb 9. On Bank Negara Malaysia’s announcement of a 5.9 per cent growth in the fourth quarter of last year (2016: 4.2 per cent), Johari said the performance was something to be proud of, as Malaysia managed to show good economic growth amid global economic uncertainty.

“All the four quarters of last year showed good numbers with an average of 4.9 per cent and we forecast a strong growth in 2018 with gross domestic product expanding between 5.0 and 5.5 per cent. “This growth indirectly testifies to the effectiveness of the government’s policies all this while, because our economy is still growing despite the uncertain global environment,” he added. – Bernama



Source link

read more

PRU14: Abang Johari gesa rakyat Sarawak sokong penuh BN


KUCHING, (Bernama) – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggesa rakyat Sarawak memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk kesinambungan pembangunan di negeri ini.

Beliau berkata, kerjasama erat antara kepimpinan BN di peringkat Persekutuan dan negeri akan memudahkan projek pembangunan yang dirancang dilulus dan dilaksanakan.

Menurut Abang Johari, Najib bukan sahaja seorang perdana menteri yang paling kerap melakukan lawatan kerja ke Sarawak, tetapi juga seorang perdana menteri yang paling adil dan saksama dalam pengagihan pembangunan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Oleh itu, rakyat Sarawak perlu bertindak adil dan membalas budi pemimpin yang adil. Bagi rakyat Sarawak, PRU14 kita tidak ada pilihan, tetapi menyokong Datuk Seri Najib dan BN.

“Jika kita boleh bersatu dan bekerjasama sudah pasti beliau (Najib) akan terus membantu kita dalam pelaksanaan pelbagai program pembangunan untuk negeri Sarawak dan rakyatnya,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, sebelum ini Najib amat mengambil berat keperluan pembangunan negeri ini apabila meluluskan beberapa projek infrastruktur seperti projek jambatan, jalan raya dan sekolah.

Beliau merakamkan terima kasih kepada perdana menteri kerana meluluskan peruntukan RM1 bilion untuk program membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri ini dan RM500 juta untuk infrastruktur meningkatkkan kelajuan capaian internet.

Dalam ucapan beliau, Abang Johari memohon supaya perdana menteri mempertimbang memberi peruntukan untuk melaksanakan projek LRT di negeri ini bagi menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih selesa untuk rakyat negeri Sarawak.

Kerajaan negeri Sarawak mempunyai rancangan untuk melaksanakan projek LRT dari Kuching, Kota Sentosa ke Serian sebelum diperluaskan ke kawasan lain.

Ketua Menteri turut meminta supaya perdana menteri membantu Sarawak memperkasakan sektor pertanian dan menambah Sarawak mempunyai perancangan untuk mentransformasikan sektor itu dengan penggunaan teknologi baharu.

Dalam pada itu, Abang Johari memberi jaminan Sarawak akan terus kekal berada dalam Malaysia, tetapi hanya mahu haknya seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang terhakis supaya dikembalikan.

Beliau berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) pada persidangannya telah melantik tiga Timbalan Ketua Menteri, iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Tan Sri Dr James Jemut Masing ke dalam jawatankuasa tertinggi untuk berunding dengan kerajaan Persekutuan berkaitan pengembalian kuasa dan hak berkenaan kepada Sarawak.

Menyentuh perjuangan PBB sebagai parti tunjang BN Sarawak, Abang Johari berkata, perpaduan yang wujud dalam parti telah membolehkan PBB menyapu bersih kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya negeri dan PRU yang lepas. – theRakyat



Source link

read more

Peningkatan ringgit disokong pertumbuhan kukuh ekonomi – Johari


KUALA LUMPUR: Momentum meningkat ringgit ketika ini berbanding mata wang utama disokong oleh prestasi kukuh ekonomi domestik dan perdagangan negara, serta dikuatkan lagi dengan pemulihan harga minyak global.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ringgit juga disokong oleh prestasi kukuh eksport Malaysia yang meningkat 20.2 peratus daripada Jan-Nov 2017, berbanding tempoh yang sama pada 2016.

“Ekonomi global juga menunjukkan momentum pertumbuhan positif tahun ini dan diunjur meningkat antara 3.7-3.8 peratus tahun ini (Bank Dunia). Ini akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Daftar Pengurus Hartanah baharu, di sini, hari ini.

Johari berkata prestasi ringgit setakat ini dicerminkan oleh sentimen positif dalam ekonomi tempatan dan global, dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang antara 5.0-5.5 peratus tahun ini.

Sementara itu, mengenai rancangan untuk mengenakan cukai digital ke atas platform digital, beliau berkata kerajaan masih menunggu maklum balas daripada negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengenai mekanisme yang sesuai bagi melaksanakan cukai tersebut.

“Kami sedang menilai mekanisme yang sesuai bagi cukai itu kerana hampir 20 peratus urus niaga di Malaysia kini dijalankan menerusi platform digital. Masalahnya adalah sebahagian daripada syarikat-syarikat itu bukan berpangkalan di Malaysia.

“Itulah sebabnya mengapa kami melibatkan negara-negara OECD bagi mendapatkan maklum balas mereka dan mempelajari lebih lanjut mengenai bagaimana mereka menangani syarikat-syarikat digital ini, dari segi mengenakan cukai ke atas mereka,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Awas Gelembung hartanah mungkin terbentuk – Johari


KUALA LUMPUR: Gelembung hartanah dikhuatiri terjadi sekiranya isu hartanah tidak terjual di negara ini tidak diatasi segera, tegas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Ghani.

“Jika kita lihat pusat beli-belah, kira-kira 30 juta kaki persegi lagi akan dibina, saya tak pasti bagaimana ruangan ini semua akan diisi, malah semua jenama di dunia sudahpun bertapak di Malaysia,” katanya.

Johari berkata, ini merupakan tambahan kepada pembinaan ruangan pejabat yang dijangka mencapai 42 juta kaki persegi serta pembinaan kediaman bertingkat yang dijangka mencecah 130,000 unit tahun ini.

“Kesemua ini kalau tidak dikawal, akan membentuk gelembung!

“Kita tak mahu jadi seperti Ireland, di mana 30 peratus dari KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) disumbang sektor hartanah sahaja dan akhirnya penarafan mereka diturunkan dari AAA ke BBB,” katanya.


GLOSARI: Gelembung hartanah adalah keadaan peningkatan harga hartanah didorong permintaan, spekulasi dan kerancakan industri. Keadaan menjadi semakin rumit apabila spekulator masuk ke pasaran dan memacu permintaan. Gelembung berkenaan boleh ‘pecah’ apabila harga hartanah jauh melebihi harga sebenar aset berkenaan.


Johari berkata, fokus kerajaan kini adalah untuk memastikan pemaju hartanah meneliti setiap projek secara komprehensif sebelum memulakan projek berkenaan.

November lalu, kerajaan menguatkuasakan pembekuan kelulusan bagi pembinaan hartanah bernilai RM1 juta ke atas, selepas Bank Negara Malaysia menerbitkan laporan yang menunjukkan ketidakseimbangan dalam sektor hartanah Malaysia.

Laporan Bank Negara antara lain menyebut, setakat suku pertama 2017, jumlah kediaman tidak terjual berada pada paras tertinggi dalam 10 tahun, kerana harga kediaman yang dibina tidak berpadanan dengan kemampuan rakyat.

Johari berkata demikian sewaktu sesi dialog bersama Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak. - Foto Astro AWANI/Luqman Hariz

“Kerajaan bukan mengarahkan pemaju hartanah terus berhenti membina atau membangunkan hartanah tetapi kami mengingatkan mereka bahawa masih terdapat golongan masyarakat yang memerlukan kediaman berharga bawah RM1 juta,” katanya.

Johari bagaimanapun berkata, pengecualian masih boleh dibuat terhadap pembekuan tersebut mengikut kesesuaian.

Katanya, pemaju yang masih mahu membangunkan hartanah bernilai RM1 juta ke atas perlu mendapatkan kelulusan dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Katanya kelulusan mungkin diberikan selepas KPKT mempertimbangkan beberapa faktor seperti lokasi pembinaan dan jangkaan jualan.

“Ia bukan pembekuan sepenuhnya, jika ia pembekuan sepenuhnya, semua pemaju hartanah perlu memberhentikan pekerja mereka.

“Jika pemaju hartanah mempunyai masalah, sektor perbankan akan bermasalah, kemudian ekonomi negara secara keseluruhannya pula akan bermasalah,” kata Johari.



Source link

read more

JKM dan Baitulmal perlu ambil kira kesusahan penduduk dalam bandar – Johari



KUALA LUMPUR: Syarat kelayakan bantuan kebajikan yang khusus kepada masyarakat bandar wajar dipertimbangkan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal perlu menilai semula ciri-ciri miskin bandar memandangkan kos sara hidup yang berbeza dengan masyarakat luar bandar.

“Bagi keluarga yang mempunyai isi pendapatan RM3,000, tetapi mempunyai anak 5 atau 6 orang dan menetap di bandar, mungkin berdepan dengan masalah.

“Jika di luar bandar, mungkin pendapatan itu sudah cukup selesa.

“Jika berdasarkan JKM atau Baitulmal, kriteria yang ditetapkan buat masa ini tidak membolehkan golongan dengan pendapatan itu mendapat bantuan,” kata Johari ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kelengkapan Sekolah, Program ‘Back To School’ TNB 2018 di Titiwangsa, hari ini.

Oleh itu, beliau mencadangkan supaya agensi kerajaan seperti JKM dan Baitulmal mewujudkan dua kriteria berbeza supaya membolehkan bantuan disalurkan kepada setiap rakyat.

“Sebagai wakil rakyat, saya mahu pastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan yang diberikan kerajaan.

“Walaupun kerajaan sudah menyediakan prasaranan seperti sekolah dan bantuan lain, mungkin ada yang tidak mampu menghantar anak ke sekolah.

“Jadi saya mahu bawa perkara ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya setiap keluarga yang tidak mampu boleh mendapat bantuan bulanan,” ujar beliau.

Johari turut meningatkan orang ramai yang mahu memohon bantuan untuk bersedia dengan pengesahan dokumen yang sudah ditetapkan, supaya permohonan berjalan lancar.



Source link

read more

Batal IMAMS Semua pihak perlu ambil pengajaran – Johari



KUALA LUMPUR: Isu pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang dibatalkan perlu diambil pengajaran oleh semua pihak agar perkara itu tidak berulang di masa depan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, apa sahaja perkara yang melibatkan kepentingan rakyat perlu diberi perhatian agar golongan itu tidak tersinggung.

“Kita perlu ambil pengajaran daripada semua ini, kerana rakyat sekarang sangat sensitif.

“Walaupun kita lihat kos RM40, RM50 atau RM60 dilihat seperti jumlah yang kecil tetapi untuk orang awam, ia adalah jumlah yang besar.

“Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyokong keputusan pembatalan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kelengkapan Persekolahan di bawah program ‘Back To School’ oleh Tenaga Nasional Berhad di sini, pada Ahad.

BACA: Pembatalan IMAMS bagi permohonan visa umrah langkah tepat – Najib

BACA: Isu IMAMS: Bagaimana individu yang tak pernah tunai umrah jadi CEO? – TPM Zahid

BACA: Batal IMAMS: Bukan sebab pegawai bukan Islam – Nazri Aziz

BACA: Isu IMAMS: ‘Biarlah Tabung Haji yang uruskan’ – PPIM

BACA: Demi Allah! Kementerian hanya buat untuk kebajikan jemaah – Mas Ermieyati

BACA: Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan

BACA: PAPUH bantah pelaksanaan IMAMS



Source link

read more

Perjanjian Malaysia Abang Johari enggan layan jemputan Pandikar Amin untuk berdebat


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau tidak gentar dengan cabaran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk berdebat mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak-hak Sarawak, tetapi menegaskan bahawa kerajaan negeri akan berunding mengikut undang-undang dan perlembagaan.

“Pendirian saya tegas dan saya tidak takut walaupun hilang jawatan, daripada saya melayan perdebatan yang tidak berfaedah,” katanya ketika berucap menyempurnakan perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 1 Kuching di Penview Convention Centre (PCC) di sini hari ini.

BACA: Najib jelaskan pendirian kerajaan persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia

Pandikar Amin sebelum ini mengajak Abang Johari berdebat mengenai MA63, dan kenyataan beliau itu menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak sambil beberapa pemimpin negeri menyifatkan Pandikar Amin sebagai angkuh.

Pandikar Amin sebelum ini mengajak Abang Johari berdebat mengenai MA63, dan kenyataan beliau itu menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak . - Foto Astro AWANI

Abang Johari berkata kerajaan negeri Sarawak akan tetap meneruskan rundingan peringkat tertinggi dengan kerajaan Persekutuan mengenai pengembalian kuasa dan hak-hak negeri Sarawak serta rakyat negeri ini seperti yang termaktub dalam MA63.

Menurut ketua menteri, dua minggu lepas ketika melakukan lawatan ke Sarawak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan dengan anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak dan pada pertemuan itu, beliau sekali lagi menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan akan mengembalikan hak negeri Sarawak.

“Kita ada hak untuk berunding. Kita Sarawak ada maruah, kita ada cara kita untuk berunding. Kita hendak mempertahan hak kita,” tegas beliau dan mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan.

Abang Johari sekali mengulangi janji beliau untuk meneruskan dasar bekas Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem untuk menuntuk kembali hak negeri ini.

Sebagai buktinya, katanya, kerajaan negeri telah menghantar satu rombongan ke London untuk meneliti fail dan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63 serta hak-hak negeri Sarawak ketika ditadbir oleh kerajaan British.

“Apabila kita semak, didapati banyak hak diberi kerajaan British kepada orang Sarawak. Kita mendapat bukti mengenai hak kita mengenai minyak kerana kita masih ada Ordinan Perlombongan Minyak.

“Gabenor orang putih beri hak kepada Sarawak untuk Sarawak Oil Limited menerokai minyak dan hasil bumi ini,” tambah beliau.

Beliau berkata Barisan Nasional Sarawak yang bertunjangkan PBB mempunyai asas perjuangan untuk berunding bagi mendapatkan kembali hak negeri ini, namun beliau memberi jaminan Sarawak akan terus berada di dalam Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more

Sarawak mahu Najib kekal PM – Abang Johari



SIBU: Sarawak mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri kerana beliau mempunyai amanah dalam melaksanakan tanggungjawab dan sentiasa mendengar masalah rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Ini katanya, terbukti apabila Perdana Menteri menangani permohonan Sarawak berkaitan tuntutan terhadap hak-hak negeri itu yang terhakis sejak pembentukan Malaysia.

Menurutnya, Najib telah berjanji untuk mengembalikan hak-hak berkenaan kepada Sarawak sekiranya ia benar-benar terbukti dan termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia dahulu.

“Jadi kita rakyat Sarawak sangat bernasib baik, jangan ditukar Datuk Seri Najib (daripada jawatan Perdana Menteri). Oleh itu kita mesti berjuang bersungguh-sungguh untuk menentukan Datuk Seri Najib terus jadi Perdana Menteri,” katanya.

Abang Johari, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berucap merasmikan mesyuarat perwakilan lima cawangan PBB di kawasan Sibu iaitu Bawang Assan, Dudong, Pelawan, Bukit Assek dan Nangka di sini hari ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan.

Sehubungan itu, Abang Johari mengajak rakyat Sarawak terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menuntut semula hak-hak Sarawak dan berterima kasih kepada Najib.

Katanya semua tuntutan melibatkan hak Sarawak yang telah terhakis itu dibuat berdasarkan fakta dan undang-undang, bukan emosi.

Sementara itu, beliau menasihatkan pemimpin-pemimpin muda dalam PBB yang merupakan tulang belakang kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, supaya tidak gopoh dan berebut-rebut untuk menjawat jawatan dalam parti.

Katanya PBB sememangnya memberi peluang kepada pemimpin muda dan melatih mereka untuk menerajui pucuk pimpinan parti apabila tiba masanya.

“Kita dalam PBB mempunyai budaya, pemimpin bertukar ganti, kita latih orang muda. Jadi orang muda jangan gopoh dan berebut-rebut kerana ini akan menimbulkan kelam-kabut dalam parti,” jelasnya.

— BERNAMA



Source link

read more

Impian besar Abang Johari untuk Sarawak



KUALA LUMPUR: Sarawak komited untuk mewujudkan ekosistem yang membolehkan ekonomi digital terus berkembang di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ekosistem yang bersesuaian akan membolehkan rakyat Sarawak meneroka peluang dalam ekonomi digital.

Katanya, tidak mustahil jika pelajar-pelajar sekolah di Sarawak suatu hari nanti akan berkemampuan membina aplikasi mudah alih, jika negeri berkenaan sudah dilengkapi dengan ekosistem digital yang sempurna.

Abang Johari sebelum ini mengumumkan peruntukan RM500 juta bagi membangunkan internet berkelajuan tinggi di negeri itu.

Beliau berkata RM1 bilion diperlukan untuk membina lebih banyak menara telekomunikasi dan mewujudkan lebih banyak sambungan fiber optik dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

“Dalam tempoh dua tahun, kita akan sambungkan Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan dengan teknologi fiber optik dan pengkomputeran awan.

“Apabila proses ini selesai, semua perkara akan boleh didigitalkan. Kita akan mengunakan teknologi fertigasi yang boleh dikawal menerusi sensor. Inilah Revolusi Industri Ke-4,” jelas Abang Johari.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual Agenda Khas Awani di Saluran 501, Astro AWANI di Kuching malam tadi.

Jelasnya bagi mencapai sasaran itu, Sarawak memerlukan ramai bakat dalam bidang keselamatan siber, kejuruteraan molecul dan pengaturcaraan sosial.



Source link

read more

Pembekuan sementara pembinaan hartanah mewah bermula 1 Nov – Johari



KUALA LUMPUR: Pembinaan kondominium dan premis komersial bernilai RM1 juta ke atas dibekukan bagi mengimbangi penawaran dan permintaan hartanah di negara ini.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, perkara itu diputuskan Kabinet berkuatkuasa 1 November lalu berikutan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai peningkatan hartanah kediaman tidak terjual sebelum ini turut membabitkan kondominium mewah, pejabat komersil dan pusat membeli belah.

Beliau berkata, pembekuan berkenaan akan dilakukan secara sementara bagi melihat semula strategi pembangunan supaya ia tidak memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Kalau dilihat laporan BNM, unit kondominium mewah dan pejabat komersial ini banyak yang telah melebihi permintaan. Jadi Kabinet telah memutuskan agar pembekuan sementara dilakukan bagi memastikan pembangunan yang sedia ada dapat terjual,” ketika ditemui selepas Program Kembali Ke Sekolah UEM-PLUS di Pusat Komuniti Taman Maluri di sini, hari ini.

Tambah beliau, pembinaan rumah mampu milik bernilai RM300,000 ringgit ke bawah kini dipertingkatkan bagi memastikan permintaan rakyat untuk hartanah jenis itu dapat dipenuhi.

“Permintaan rumah mampu milik kini mencecah sehingga 48 peratus tetapi bekalan yang ada hanya 24 peratus. Kebanyakan rumah yang tidak terjual adalah rumah yang berharga lebih RM250,000. Untuk mengimbanginya kita buat keputusan untuk membekukan pembinaan kondominium mewah ini,” kata Johari lagi.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons