Pelancong China penyumbang terbesar jualan di KLIA2


51513420077_KLIADuaMO, 13/1/2018, SEPANG – Populariti Malaysia dalam kalangan pelancong China menyumbang kepada peningkatan jualan di semua lapangan terbang antarabangsa kendalian Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Pengurus Besar Kanan MAHB, Nazli Aziz memberitahu, tahun 2017 menyaksikan kejayaan pertama kali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk mencapai jualan melebihi RM1 billion.

“Kita juga dapat lihat kempen sepanjang tahun 2017 memberi banyak kesan kepada kenaikan perbelanjaan setiap  penumpang. Tahun 2016, KLIA berjaya melepasi pasaran melebihi RM1 billion, dan tahun ini, KLIA2 pula akan mencecah angka ini.

“Ini membuktikan bahawa usaha-usaha kerajaan yang memudahkan penerbangan dan juga kemudahan e-visa telah berjaya kerana jualan yang kita terima di semua lapangan terbang antarabangsa kendalian MAHB meningkat jika dibandingkan dengan tahun lalu,” katanya.



Source link

read more

Saham RHB tinggi susulan kemungkinan jualan pegangan oleh Mubadala


KUALA LUMPUR: Saham RHB Bank Bhd diniagakan tinggi hari ini susulan berita mengenai potensi penjualan oleh pemegang saham kedua terbesarnya, dana negara Abu Dhabi, Mubadala Investment Co.

Pada 3 petang hari ini, harga saham RHB Bank berada pada RM5.16, naik dua sen, dengan 1.23 juta saham bertukar tangan.

Menurut portal web yang dikendalikan oleh akhbar harian, Mubadala sedang meninjau pilihan bagi pegangannya dalam RHB Bank Bhd termasuk kemungkinan penjualan.

Katanya Mubadala telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan penasihat berpotensi untuk mendapatkan cadangan mengenai pegangannya sebanyak 17.8 peratus dalam RHB Bank selepas melihat pegangannya dalam pemberi pinjaman keempat terbesar di Malaysia itu sebagai bukan teras.

Ia sedang mempertimbangkan pilihan bagi pegangan tersebut sebagai sebahagian daripada kajian semula portfolionya yang luas.

Pegangan Mubadala bernilai RM3.66 bilion berdasarkan harga penutup pada Khamis dan mengikuti di belakang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dana pencen terbesar Malaysia, yang memiliki 40.7 peratus.

Mubadala, yang portfolionya bernilai kira-kira US$127 bilion (US$1=RM3.97), memperoleh pelaburan RHB melalui penggabungan dengan dana negara, International Petroleum Investment Co, yang dimuktamadkan pada tahun lepas.

— BERNAMA



Source link

read more

Jualan produk kecantikan kanak-kanak di Korea Selatan meningkat data



SEOUL: Jualan produk kecantikan kanak-kanak di Korea Selatan pada tahun lepas meningkat, sekaligus menunjukkan semakin ramai mula menggunakan mekap pada usia terlalu muda, lapor agensi berita Yonhap.

Data dikumpulkan SK Planet Co., sebuah pengendali platform e-dagang tempatan mendedahkan, penjualan produk kecantikan di laman webnya meningkat 29 peratus pada 2017.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan enggan memberikan angka jualan sebenar. Jualan gincu kanak-kanak misalnya meningkat dengan drastik iaitu sebanyak 549 peratus.

Menurut syarikat itu, data turut menunjukkan, penjualan kosmetik kanak-kanak dalam talian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 94 peratus dan 251 peratus masing-masing pada 2015 dan 2016.

“Populariti kosmetik yang selama ini dianggap hanya untuk wanita, kini turut digunakan oleh golongan lelaki dan juga kanak-kanak,” kata pegawai SK Planet.

Satu kajian yang dimuatnaik di laman web Korea Citation Index, menunjukkan 42.4 peratus pelajar sekolah rendah memakai alat solek dan 43.4 peratus responden mengatakan mereka mula bersolek pada gred kelima.

Kajian yang dijalankan bermula 14 November hingga 9 Disember 2016 itu, membabitkan 288 remaja perempuan gred empat, lima dan enam di sekolah rendah di Seoul, Incheon dan bandar perindustrian di tenggara Ulsan.   

Kerajaan Korea Selatan sedang mengkaji sama ada terdapat keperluan untuk memantau produk kosmetik kanak-kanak, dengan menambahkan kategori berasingan terhadap label bahan, termasuk bahan yang boleh menyebabkan alahan.

“Terdapat pandangan berbeza mengenai sama ada perlu membuat kategori berasingan untuk kosmetik kanak-kanak. Kami kini di peringkat mengumpulkan pendapat,” kata seorang pegawai kerajaan.

— BERNAMA



Source link

read more

E-Idaman bakal lancar kad pintar, bolehkan orang ramai tuntut hasil jualan kitar semula – Perlis


KANGAR 17 Dis. – Environment Idaman Sdn. Bhd. (E-Idaman), syarikat konsesi memungut serta melupuskan sampah dan sisa pepejal di negeri ini akan melancarkan kad pintar, Recycle For Life di Kedah dan Perlis, Januari ini, bagi membolehkan masyarakat menuntut semula nilai barangan kitar semula yang dijual.

Sehingga kini, kad tersebut yang diberikan secara percuma telah diguna pakai oleh beberapa agensi kerajaan dan sekolah-sekolah tertentu sebagai percubaan selain kakitangan syarikat itu.


Ketua Peningkatan Kualiti dan Audit Teknikal E-Idaman, Munir Amani Dasheer berkata, kad itu nanti boleh digunakan untuk membuat pembelian di premis tertentu dengan buat permulaannya di Pasar Raya Besar Giant dan Mydin.


“Ini bermakna apabila kita menjual barangan kitar semula, nilai jualan (ringgit) akan dimasukkan ke dalam kad itu (Recycle For Life) dan kemudian boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di premis terpilih,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas majlis ramah mesra E-Idaman bersama media negeri ini di sini hari ini.


Menjelaskan lebih lanjut Munir Amani berkata, buat permulaan, kad-kad tersebut dipegang oleh individu tertentu yang dilantik seperti guru besar atau ketua kelab kitar semula di sekolah untuk menjalankan jual beli.


“Namun kita sasarkan akan datang, setiap masyarakat berpeluang untuk menjual sendiri barangan kitar semula di lori-lori kutipan E-Idaman atau membawanya ke pusat-pusat pengumpulan yang disediakan.


“Nilai jualan akan dimasukkan di dalam kad masing-masing. Peluang ini turut melibatkan ahli-ahli jawatan kuasa penduduk, masjid dan surau yang bertanggungjawab terhadap sangkar-sangkar kitar semula yang kita sediakan,” katanya.


Tambah beliau, harga barangan kitar semula yang dijual adalah mengikut harga pasaran dan berbeza mengikut jenis iaitu sama ada plastik, kertas dan kaca. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lukisan Christ sentuhan da Vinci pecah rekod jualan RM1.88 bilion



LUKISAN potret Christ oleh pelukis ternama Leonardo da Vinci berjaya dijual pada harga AS$450.3 juta (RM1.88 bilion) di New York pada Rabu, sekali gus mencatat rekod baharu lelongan karya seni.

Hasil lukisan yang berjudul “Salvador Mundi” baharu ditemui semula dan merupakan karya da Vinci terakhir yang menjadi milik peribadinya, dijual empat kali ganda lebih daripada harga pra-jualan pusat lelongan Christie’s iaitu pada AS$100 juta (RM417 juta).

Ia juga dijual dua kali ganda lebih daripada rekod lama AS$179.4 juta (RM749.3 juta) yang ditetapkan dari hasil karya Picasso,”Les Femmes d’Alger”.

“Salvador Mundi” dijual kepada pembeli yang tidak dikenali, dalam satu bidaan melalui telefon yang berlarutan selama hampir 20 minit di pusat lelongan New York tersebut.



Source link

read more

Kadar faedah maksimum jualan kredit tidak lebih 15 peratus



KUALA LUMPUR: Syarikat jualan kredit hanya dibenar mengenakan kadar faedah maksimum sebanyak 15 peratus setahun bermula 1 Januari depan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pelaksanaan kadar faedah itu ditetapkan menerusi pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan penggubalan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2017, yang diluluskan Dewan Negara, April lalu.

“Berdasarkan konsultasi bersama pihak industri, kami mendapati kadar faedah yang dikenakan ketika ini boleh mencecah sehingga 35 peratus setahun.

“Melalui pindaan akta dan peraturan ini, kerajaan menetapkan kadar faedah tetap maksimum sebanyak 15 peratus setahun.

“Penurunan ini diharap dapat membantu rakyat, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki barangan untuk kegunaan diri sendiri, keluarga dan isi rumah,” katanya ketika sesi soal jawb di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai penguatkuasaan dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menangani kadar faedah tinggi dikenakan syarikat jualan kredit.

Selain itu, Hamzah menambah pihaknya juga akan mengambil tindakan seperti denda tidak lebih RM100,000 dan bagi kesalahan kedua, denda tidak lebih RM200,000 sekiranya terdapat mana-mana pertubuhan perbadanan yang ingkar arahan itu.

“Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak lebih RM50,000, penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua, denda tidak lebih RM100,000, penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons