Indonesia juara, China masih pilihan utama – Badminton


ALOR SETAR 11 Feb. – Indonesia berjaya mengekalkan kejuaraan lelaki Kejohanan Badminton Berpasukan Asia selepas menumpaskan China 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Walaupun berjaya mencatat kemenangan, namun gelaran yang diraih tidak bermakna pasukan itu menjadi pilihan utama untuk merampas kembali Piala Thomas di Bangkok, Mei ini kerana China turun tanpa pasukan terbaik apabila merehatkan juara Olimpik, Chen Long dan juara dunia lima kali, Lin Dan.

Kejohanan Berpasukan Asia yang menjadi pentas kelayakan Piala Thomas juga sudah tentu berlangsung tanpa juara bertahan Piala Thomas, Denmark yang hanya beraksi di pentas Eropah, sekali gus membuktikan persaingan sangat terbuka.

Jonatan Christie memastikan langkah Indonesia bermula baik apabila mengutip mata pertama dengan menumpaskan Shi Yuqi 16-21, 21-17, 21-18, sebelum pasangan Mohammad Ahsan-Angga Pratama menggandakan kedudukan 2-0 selepas menang 21-19, 21-18 ke atas He Jiting-Tan Qiang 21-19, 21-18.

China, juara Piala Thomas sembilan kali tetapi tidak pernah menang sejak 2012 berjaya merapatkan kedudukan menerusi perseorangan kedua, Qiao Bin yang menang mudah 21-12, 21-11 ke atas Anthony Ginting.

Bagaimanapun, Rian Agung Saputro-Hendra Setiawan yang turun selaku beregu kedua Indonesia memastikan permainan tidak diheret ke aksi kelima apabila mengesahkan kemenangan selepas mengalahkan Chengkai-Zhou Haodong 21-14, 21-19.

“Pada set pertama, jauh daripada apa yang saya fikirkan kerana corak permainan yang agak mencabar daripada segi hantarannya dan pada set seterusnya, saya mula berfikir yang kita sama-sama pemain muda.

“Kami seperti berlawan fizikal dan mental, jadi saya perlu lebih bijak mengawal permainan dan saya juga gembira kerana berjaya menjalankan tanggungjawang saya selaku perseorangan pertama,” kata Jonatan.

Indonesia masih memegang rekod sebagai juara Piala Thomas paling banyak dengan 13 gelaran, namun mereka tidak pernah menang sejak 16 tahun lalu iaitu selepas mengalahkan Malaysia 3-2 dalam final di Guangzhou, China pada 2002. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Hael Husaini juara AJL32 – Nasional


KUALA LUMPUR 12 Feb. – Lagu Jampi persembahan Hael Husaini diangkat menjadi juara Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) dalam pertandingan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Gandingan mantap Hael dan Ezra Kong, ternyata membawa tuah sehingga melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM50,000, trofi dan baucer CJ WOW Shop bernilai RM10,000.

AJL32 dengan tema Fesyen dan Muzik itu menyaksikan tempat kedua dimenangi oleh Azmi Caliph Busker menerusi lagu Sejati.

Lagu dan lirik ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan itu dan memenangi wang tunai RM35,000, trofi dan baucer CJ WOW Shop bernilai RM2,000.

Sementara itu, lagu Tergantung Sepi dendangan Haqiem Rusli berjaya meraih tempat ketiga.

Lagu dan lirik ciptaan Gouffran dan Ibnu tersebut meraih hadiah wang tunai RM20,000, trofi dan baucer CJ WOW Shop bernilai RM2,000.

Persembahan vokal mantap Syamel dan Ernie Zakri sewaktu menyampaikan lagu Aku Cinta pula melayakkan memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM12,000, trofi dan baucer CJ WOW Shop bernilai RM2,000.

Persem­bahan Terbaik pula dimenangi oleh Altimet yang mempersembahkan lagu Amboi dan membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi, baucer CJ WOW Shop bernilai RM2,000 dan telefon pintar Samsung A8.

AJL32 turut memperkenalkan Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung yang dimenangi oleh penyanyi lagu Bayang, Khai Bahar dengan membawa pulang trofi dan telefon pintar Samsung A8+.

Kesemua 12 buah lagu yang bertanding dinilai oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Azmeer. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

TFC juara Piala MB Terengganu – Bola Sepak


KUALA TERENGGANU 20 Jan. – Terengganu FC (TFC) muncul juara Kejohanan Empat Penjuru, sekali gus menjulang Piala Menteri Besar (MB) Terengganu selepas menundukkan skuad adik 4-2, TFC II dalam aksi akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam ini.

TFC membuka jaringan seawal minit ke-16 menerusi ledakan Abdul Malik Mat Ariff yang menembusi gawang TFC II disusuli sepakan penalti oleh Tchetche Herman Brice Kipre pada minit ke-35.

Bersambung di babak kedua, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu sekali lagi mengikat lawan apabila Mohd. Faiz Mohd. Nasir menggandakan gol pada minit ke-64.

Aksi semakin rancak apabila pasukan Penyu terus menggasak jaringan selang tiga minit hasil sepakan Tchetche Herman, bagaimanapun kedudukan berjaya dipintas TFC II menerusi gol pertamanya pada minit ke-72 oleh Bruno Junichi Suzuki.

Walaupun TFC II cuba mengejar dan merapatkan kedudukan menerusi Akanni Sunday Wasin pada minit ke-88, namun mereka terpaksa berpuas hati sekadar muncul naib juara selepas keputusan kekal 4-2 hingga tamat perlawanan.

Selaku juara dalam kejohanan sulung itu, TFC membawa pulang piala pusingan, pingat dan wang tunai RM50,000 manakala TFC II meraih wang tunai RM30,000 berserta pingat.

Sementara itu, import TFC, Lee Andrew Tuck pula dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Persija Jakarta muncul juara Piala Super Boost Sportsfix


KUALA LUMPUR: Kelab dari Indonesia, Persija Jakarta mencipta sejarah selepas muncul juara Kejohanan Bola Sepak Jemputan Piala Super Boost Sportsfix yang melabuhkan tirai, hari ini.

Kejayaan tersebut dibantu oleh kegagalan kelab Liga Super, Kelantan yang tewas mengejut 3-4 kepada kelab Thailand, Ratchaburi Mitr Phol FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Persija muncul juara kejohanan yang julung kali diadakan itu menerusi kelebihan jaringan berbanding pasukan Kelantan dan Ratchaburi FC walaupun ketiga-tiga pasukan berkenaan mengutip tiga mata.

Pada aksi malam ini, Ratchaburi FC terlebih dahulu berada di depan menerusi pemain import dari Korea Selatan, Kang Soo-il yang menyudahkan hantaran silang Phillip Roller pada minit ke-10 sebelum Do Dong Hyun menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-20.

Kelalaian benteng pertahanan Kelantan dihukum oleh Narakorn Noomchansakul yang menyudahkan hantaran Phillip Roller pada minit ke-36 dan keputusan 2-1 itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Sebaik sahaja perlawanan bersambung, kedua-dua pasukan saling bertukar asakan namun tuah lebih memihak pasukan Ratchaburi yang meraih gol ketiga menerusi Roller yang melepaskan rembatan daripada luar kotak penalti bagi menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-55.

Kelantan bangkit menyusun kembali corak permainan dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi pemain import baharu dari Brazil, Bruno Lopes pada minit ke-74, sebelum pemain import dari Indonesia, Ferdinand Alfred Sinaga menjadikan kedudukan terikat 3-3, selang empat minit kemudian.

Kesilapan Khairul Fahmi yang tertampan percubaan pemain gantian Ratchaburi FC, Sila Srikampang ke dalam gawang sendiri pada minit ke-89 memberikan kemenangan kepada pasukan dari Thailand itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Lokman Hakim Ali menyampaikan piala kejohanan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Total Sports Asia, Marcus Luer yang mewakili pasukan Persija Jakarta yang telah pulang ke Indonesia pada Rabu lepas.

— BERNAMA



Source link

read more

V Shem-Wee Kiong singkir juara dunia untuk ke separuh akhir


KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong bangkit selepas ketinggalan set pertama sebelum mengesahkan slot separuh akhir di kejohanan badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini.

Pada perlawanan suku akhir, V Shem-Wee Kiong tersentak dengan kekalahan 12-21 set pertama tetapi tampil lebih agresif untuk menyingkirkan juara dunia, Liu Cheng-Zhang Nan dari China dengan 21-18 dan 21-18 dalam pertarungan sengit selama sejam.

Menanti mereka di pusingan separuh akhir ialah beregu Taiwan, Chen Hung Ling-Wang Chi Lin yang menewaskan rakan senegara, Liao Min Chun-Su Ching Heng, 21-19 21-19.

“Set pertama tadi, mereka main sangat cepat dan kami lambat bertindak, selepas itu kami cuba ubah strategi dengan melakukan banyak serangan dan tingkatkan kelajuan untuk menang perlawanan ini.

“Penonton juga banyak bantu kami berikan semangat walaupun kami kalah set pertama, sokongan itu menaikkan semangat kami supaya tidak putus asa, terima kasih kepada semua,” kata V Shem kepada pada pemberita selepas perlawanan itu.

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat – Shevon Jemie Lai turut mengikut jejak mereka ke separuh  selepas  menewaskan rakan senagara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dengan straight set 21-14, 21-15 pada saingan suku akhir.

“Bagi saya, jumpa rakan sepasukan lebih susah kerana mereka sudah tahu kelebihan dan kekurangan kami. Mungkin pada perlawananan tadi kami beraksi lebih baik,” kata Shevon.

Soon Huat pula berkata mereka tidak mahu cepat berasa selesa dengan kejayaan itu dan berharap dapat mengekalkan momentum kemenangan itu sehingga ke final.

Cabaran mereka selepas ini lebih sukar apabila perlu menentang beregu pilihan kedua, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong yang menewaskan satu lagi beregu negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, 21-13, 21-16 dalam satu lagi perlawanan yang sama.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei gagal meneruskan cabaran ke separuh akhir selepas ditunjukkan jalan keluar pada suku akhir oleh pemain nombor empat dunia, Ratchanok Intanon dari Thailand.

Jin Wei  memberi  saingan sengit pada set pertama sebelum menang 23-21 tetapi melakukan banyak kesilapan pada dua set berikutnya sebelum akur dengan kekalahan 6-21, 10-21.

— BERNAMA



Source link

read more

MCG2018 Kathi juara FIFA 18 bawa pulang RM15000


KUALA LUMPUR: Pemain profesional Kathireswaran Sugumaran menjuarai acara FIFA 18 pada kejohanan e-sukan Malaysia Cyber Games 2018 (MCG) pada Ahad.

Kathireswaran atau senang dikenali sebagai Kathi turut membawa pulang RM15,000 melalui kemenangannya itu dalam pusingan terakhir FIFA 18 MCG.

“Pada mulanya, saya kalah pada pusingan pertama, namun saya meraih kemenangan pada pusingan seterusnya menerusi tendangan penalti.

“Kemudian, menerusi perlawanan ketiga, saya memilih pasukan Atlético Madrid kerana saya selesa bermain menggunakan pemain-pemain dalam pasukan itu.

“Hasilnya, saya dapat kalahkan Fenrir (Luqman Haziq),” katanya selepas selesai perlawanan akhir FIFA 18 MCG yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Kathi berkata, kemenangan itu sangat bermakna buatnya kerana dia pernah tewas di tangan Fenrir dalam kejohanan atas talian pada minggu lalu.

BACA: Walaupun saya tak faham E-Sukan, demi anak muda kita tetap sokong – PM Najib

Fenrir yang berada di kedudukan kedua kejohanan membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala Shige (Boon Shin) daripada pasukan Fire Dragoon sekadar meraih tempat ketiga dan membawa pulang RM5,000.

Buka penyertaan pemain luar negara

Sementara itu, Kathi berharap penyertaan MCG pada tahun hadapan dapat dibuka kepada pemain antarabangsa memandangkan permintaan yang tinggi.

“Ramai kawan saya daripada Singapura dan Indonesia mahu sertai MCG. Jadi saya harapkan MCG menjadi satu kejohanan antarabangsa,” katanya.

MCG yang berlangsung sejak Sabtu disertai lebih 1,000 peserta menerusi sembilan jenis permainan video popular di negara ini termasuk FIFA 18.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM300,000.



Source link

read more

KLHC muncul juara kejohanan Hoki Piala Tan Sri P. Alagendra


KUALA LUMPUR: Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) memulakan musim 2018 dengan langkah kanan apabila muncul juara kejohanan hoki Piala Tan Sri P. Alagendra selepas menewaskan juara bertahan, Terengganu Hockey Team (THT) 4-3 menerusi penentuan pukulan penalti pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

KLHC di bawah bimbingan ketua jurulatih Lim Chiow Chuan, bagaimanapun tidak berdepan laluan mudah apabila ketinggalan 0-2 seawal minit ke-11, sebelum bangkit mendahului 3-2, namun THT berjaya menyamakan kedudukan untuk mengheret permainan ke penentuan pukulan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 pada masa perlawanan sebenar.

Dua gol awal THT hadir menerusi dua pukulan sudut penalti oleh pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia dari Argentina, Gonzalo Peillat pada minit ke-10 diikuti jaringan Manraj Singh Sarjit Singh, seminit kemudian.

Tersentak dengan dua gol awal itu, KLHC bangkit memperkemaskan permainan apabila pemain import dari Korea Selatan, Jang Jonghyun menyumbat gol pertama melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-16 diikuti gol penyamaan oleh Mohd Syamim Mohd Yusof, tujuh minit kemudian menjadikan kedudukan terikat 2-2.

KLHC kemudian menggandakan asakan sebelum berjaya meledak gol ketiga hasil jaringan padang pemain import dari Australia, Joshua Pollard pada minit ke-34, namun THT menyamakan kedudukan menerusi pukulan penalti Peillat ketika permainan berbaki tujuh minit.

Pada penentuan pukulan penalti, tiga pukulan yang gagal disempurnakan THT, masing-masing oleh Manraj Singh dan gandingan adik-beradik Faizal dan Mohd Fitri Saari, memberikan kemenangan pertama dalam tempoh tiga tahun buat KLHC.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Chiow Chuan menyifatkan ia suatu kejayaan manis dan memuji barisan pemainnya yang berjaya mengekalkan fokus untuk kembali bangkit mendahului seterusnya memenangi perlawanan menerusi penentuan pukulan penalti.

“Tentunya kejayaan ini sesuatu yang amat manis bagi kami terutama selepas kami berjaya menempuhi satu perlawanan yang sukar.

“Kita dibolosi dua gol yang saya kira sebagai gol mudah pada awal permainan tetapi pujian harus diberikan kepada semua pemain kerana mereka tidak cemas dan memainkan peranan serta tanggungjawab mengikut strategi dirancang,” katanya.

KLHC dan THT, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 sementara Peillat yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan menerima RM1,000.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons