Dua maut 75 cedera dalam serangan bom sebelum tunai solat Jumaat



BENGHAZI: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 75 yang lain cedera dalam satu serangan bom di sebuah masjid di Benghazi, Libya pada Jumaat.

Menurut saksi kejadian serangan berlaku sebelum solat Jumaat di Masjid Saad Ibn Ibada.

PIhak berkuasa mengesahkan terdapat dua butir bom yang diletakkan di sebuah bilik berasingan dari dewan solat masjid yang terletak di antara daerah Al-Majouria dan Berka terbabit.

Buat masa ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Ia merupakan serangan kedua yang dilakukan untuk tahun ini selepas yang pertama pada Januari lalu apabila serangan bom berkembar menggunakan sebuah kereta mengorbankan sekurang-kurangnya 33 orang di sebuah masjid di Salmani, Benghazi.

Serangan terbabit didakwa dilancarkan kumpulan pemberontak yang yang dipimpin anggota militan Khalifa Hifter.

Libya menyaksikan episod pemberontakan sejak penggulingan dan pembunuhan Muammar Gaddafi pada 2011.



Source link

read more

Akta Aksem berkuat kuasa Jumaat ini



KUALA LUMPUR: Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 yang digubal untuk memperkemas tindakan kawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti menyalahi undang-undang di sempadan darat negara akan berkuat kuasa Jumaat, 29 Dis.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, tarikh  penguatkuasaan akta itu yang ditetapkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KDN dibuat berdasarkan subseksyen 1(2) Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [Akta 799].

“Penggubalan akta ini juga memberi punca kuasa bagi penubuhan sebuah agensi khusus dikenali sebagai Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) yang bertanggungjawab untuk mengawal kegiatan penyeludupan atau aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat negara,” menurut kenyataan itu.

Melalui akta itu, fungsi Aksem telah diperluas bagi melaksanakan kawalan di kawasan sempadan darat negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Fungsi ini membolehkan Aksem melaksanakan operasi sehingga ke garis persempadanan negara bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Ini akan dapat memperkukuhkan lagi tahap kawalan keselamatan yang pada masa ini dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am, (PGA), PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi-agensi penguatkuasaan yang lain,” katanya.

KDN menjelaskan bahawa agensi-agensi yang membentuk Aksem melibatkan keanggotaan lima agensi sedia ada iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.

“Peruntukan dalam akta ini juga membenarkan mana-mana pegawai awam lain dilantik bagi menyertai Aksem mengikut keperluan,”katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Jadual baharu KTM Komuter mulai Jumaat – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Jadual baharu tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi perkhidmatan KTM Komuter akan dilaksanakan bermula Jumaat ini ekoran kerja naik taraf projek Landasan Keretapi Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang sedang berlangsung.

KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan, satu landasan akan ditutup manakala hanya satu landasan sahaja digunakan untuk operasi bagi laluan terlibat.

Menurutnya, ini termasuk perjalanan terus tren dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim tanpa transit di Sungai Buloh ekoran fasa penyelenggaraan landasan di (KL Sentral – Putra) dan (Kuang – Sungai Buloh).

“Perkhidmatan tren antara Batu Caves ke Sentul pula akan ditambah melalui tren perantara yang disediakan sebagai perkhidmatan tambahan pada waktu puncak pagi dan petang bagi laluan itu.

“Penumpang tren perantara yang turun di Stesen KTM Sentul dan ingin meneruskan perjalanan ke KL Sentral atau Stesen LRT Sentul dan sebaliknya boleh menggunakan perkhidmatan bas perantara yang disediakan pada hari Isnin hingga Jumaat,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pusat khidmat pelanggan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari akaun Twitter KTMB di @ktm_berhad. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Majlis Keselamatan PBB bersidang Jumaat ini bincang isu Baitulmaqdis



PERTUBUHAN Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk dan tidak mengiktiraf tindakan Amerika Syarikat. mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Setiausaha Agong PBB Antonio Guterres berkata, sebarang tindakan mencemari rundingan yang masih berlangsung antara Palestin dan Israel adalah melanggar undang-undang antarabangsa.

Menurutnya, sejak hari pertama pertikaian itu dibangkitkan di New York, PBB menetapkan hanya rundingan langsung kedua-dua belah yang akan diiktiraf dunia.

“Dari hari ke hari sebagai Setiausaha Agung PBB, saya secara konsisten menegaskan sebarang langkah unilateral tidak akan diterima kerana ia akan menjejaskan prospek perdamaian bagi Israel dan Palestin.

“Baitulmuqaddis adalah isu status akhir yang mesti diselesaikan melalui rundingan langsung antara kedua-dua pihak berdasarkan resolusi Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung yang relevan,” jelasnya pada sidang media tergempar di New York susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Tegas Guterres, tidak wujud pelan ‘B’ dalam pelan damai dan rundingan terbabit.

“Dalam waktu yang cukup genting ini saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa  tiada alternatif kepada penyelesaian dua negara terbabit.

“Tidak ada Pelan B kerana semua isu status akhir diselesaikan secara kekal melalui rundingan, dan membawa aspirasi rakyat di kedua-dua pihak terlibat,” tegasnya.

Sementara itu, Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan sidang tergempar pada Jumaat, khusus bagi membincang polemik terbaharu di Baitulmaqdis tersebut.

Susulan kebiadapan tindakan Trump itu, lapan dari 15 buah negara anggota telah bersetuju mesyuarat khas itu diadakan.

Negara terbabit adalah Perancis, Bolivia, Mesir, Italy, Senegal, Sweden, Britain dan Uruguay.

Hasil mesyuarat itu nanti bakal diumum Guterres selaku pengerusi Majlis Keselamatan.



Source link

read more

Baitulmaqdis: Sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB Jumaat ini – Nasional


NEW YORK 7 Dis. – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sesi tergempar Jumaat ini bagi membincangkan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Jepun yang merupakan Presiden majlis tersebut bulan ini memaklumkan, mesyuarat berkenaan yang dipohon oleh lapan negara akan bermula pukul 10 pagi waktu tempatan namun terdapat beberapa agenda lain yang akan dibincangkan.

Ini bermakna isu Baitulmaqdis mungkin akan dibincangkan kemudian selepas perbincangan agenda lain.

Lapan negara yang menuntut mesyuarat tergempar itu ialah Bolivia, Britain, Mesir, Perancis, Itali, Senegal, Sweden dan Uruguay. – AFP

 



Source link

read more

Mell Sakura Wan 6ixth Sense nikah Jumaat ini



VOKALIS kumpulan Sakura, Melly Matius bakal mendirikan rumah tangga dengan gitaris kumpulan 6ixth Sense, Mohammad Safwan Hasnan pada 24 November ini.

Majlis pernikahan pasangan itu bakal berlangsung di kampung kelahiran Mell di Kota Kinabalu, Sabah.

“Saya dan Wan bakal berkahwin pada hari Jumaat ini (24 November) dan majlis akad nikah akan dijalankan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu pada pukul 9 pagi.

“Manakala, majlis bertandang akan berlangsung pada 26 November (Ahad) di Dewan Wisma Wanita, Kota Kinabalu Sabah pada pukul 6 petang,” katanya eksklusif kepada Astro Gempak.
 

Pasangan yang sedang sibuk membuat persiapan akhir itu mengakui sudah berkenalan sejak tujuh tahun lalu. “Kami merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun ini selepas tujuh tahun berkenalan.

“Setakat ini persiapan majlis perkahwinan kami sudah 90 peratus dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

“Perasaan gemuruh memang ada tetapi saya banyak dibantu dan dibimbing oleh ibu saya,” ujar Mell.
 

Mell dan Wan masing-masing mendedahkan hubungan mereka menerusi akaun Instagram siang tadi dengan memuat naik gambar pra-perkahwinan.

Gambar-gambar yang mendapat reaksi positif dan ucapan tahniah daripada peminat itu sedikit sebanyak mengejutkan orang ramai yang sama sekali tidak menyangka atau dapat menghidu hubungan mereka.

“Bukan soal sorok majlis daripada peminat atau media tetapi saya tidak suka kecoh-kecoh tentang kisah peribadi, biarlah orang fokus pada kerjaya saya sebagai penyanyi.

“Takut juga nanti terlalu kecoh nanti benda tak jadi,” katanya.

Mell dan Wan tidak melangsungkan majlis pertunangan sebaliknya memilih untuk terus bernikah.

Majlis resepsi sebelah lelaki akan berlangsung pada 24 Disember 2017.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @mellsakura



Source link

read more

Wartawan veteran Omar Manan dikebumikan selepas solat Jumaat – Nasional


KUALA LUMPUR 03 Nov. – Jenazah bekas wartawan akhbar Utusan Malaysia, Omar Sudi Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Omar Manan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru selepas solat Jumaat.

Allahyarham yang berusia 70 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, dekat sini akibat komplikasi penyakit kencing manis kira-kira pukul 12.40 pagi hari ini. 


Allahyarham Omar meninggal dunia di sisi isterinya, Fauziah Rauf, yang juga seorang wartawan veteran serta anak bongsu pasangan itu, Firhat Yasir.


Selain Fauziah Rauf, 69 dan Firhat. Allahyarham turut meninggalkan tiga orang lagi anak serta 13 orang cucu.


Omar merupakan antara pelakon yang banyak membintangi drama terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada era 1980-an dan awal 1990-an.


Allahyarham juga pernah menjadi ketua pengarang penerbitan majalah dan akhbar tabloid antaranya Pesta, Pentas Dunia dan majalah kewanitaan iaitu Hawa pada 1990-an.


Selain itu, beliau antara individu yang turut memainkan peranan dalam mewujudkan Festival Filem Malaysia (FFM) yang dikelolakan oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA).

Antara rakan seangakatan Omar dalam bidang kewartawanan hiburan ialah Allahyarham Aimi Jarr, Allahyarham Ahmad Idris dan Allahyarham Bahyah Mahmood. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons