Facebook Didenda RM1.2 Juta Sehari Di Belgium Kerana Melanggar Privasi Pengguna – Amanz


Setiap negara mempunyai peraturan mereka tersendiri terhadap Internet dan juga sosial media. Laporan terbaru mengatakan Facebook disaman sebanyak €250,000 (~RM 1.2 juta) sehari kerana didapati melanggar privasi pengguna. Sistem cookies Facebook didapati menjejak pergerakan pengguna ketika melayari web tanpa kebenaran mereka. Data yang dikumpul kemudian digunakan untuk tujuan pengiklanan.

FacebookDenda ini perlu dibayar dan boleh meningkat ke €100 juta (~RM 483 juta) selagi Facebook tidak berhenti menjejak pergerakan pengguna dan memadam data yang telah dikumpul di Belgium. Pihak Facebook kecewa dengan keputusan mahkamah dan akan mengemukakan rayuan.

Sebelum ini mereka didenda sebanyak€110 juta (RM 530 juta) oleh Kesatuan Eropah kerana berkongsi data pengguna WhatsApp dengan Facebook tanpa kebenaran pengguna selepas aplikasi pemesejan ini diambil alih.



Source link

read more

RM2 juta untuk Tabung Amanah Warisan Polis – Nasional


BAGAN DATUK 18 Feb. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sebagai menghargai perkhidmatan pesara polis untuk negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sumbangannya itu menjadikan jumlah terkumpul dalam TAWP sehingga kini sebanyak RM5 juta.

Katanya,   jumlah itu termasuk RM3 juta yang telah disumbangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Majlis Perjumpaan Pesara Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 15 Januari lalu.

 

“Keamanan tidak datang dari langit sebaliknya datang  hasil kerja keras dan keringat bekas pegawai dan anggota polis.

“Sehubungan itu saya menyeru semua rakyat dan pihak swasta untuk bersama-sama memberi sumbangan kepada tabung ini sebagai tanda menghargai jasa pesara-pesara polis ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri bersama warga PDRM Bagan Datuk dan Hilir Perak di Balai Polis Hutan Melintang dekat sini hari ini – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Rampas balak haram dan jentera bernilai RM1.3 juta – Jenayah


SIBU 17 Feb. – Pasukan Polis Gerakan Am (PGA) Batalion 10 di sini berjaya melumpuhkan dua kegiatan pembalakan haram dengan nilai rampasan RM1.3 juta dalam Op Libas Saratok dan Betong pada Isnin dan Selasa lalu.

Pegawai Pemerintahnya, Superintenden Sanudin Md. Isa berkata, operasi tersebut diketuai Pegawai Risik PGA Batalion 10, Inspektor Mohd. Hafizhazman Hassan bersama 10 pegawai dan anggota, sembilan pegawai Sarawak Forestry Cooperation (SFC) dan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, serbuan pertama berjaya menahan pekerja lelaki berusia 52 tahun di kawasan Lubuk Kepayang, Ulu Awik, Saratok pada pukul 3.30 petang Isnin lalu.

“Pemeriksaan lanjut dijalankan menemukan 318 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz tanpa tanda tukul Jabatan Perhutanan , hak milik (PM) serta tag identiti pengeluaran balak (LPI) di samping empat jentera serta sebuah lori di sekitar kawasan kolam balak yang keseluruhannya bernilai RM500,000.

“Dalam Op Libas Betong pula, pasukan sama menahan seorang pekerja tempatan dan merampas 2,129 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz dipercayai diperolehi secara haram bersama enam buah jentera berat dengan nilai keseluruhan RM800,000 di Jalan Sungai Tisak, Tg. Assam pada pukul 3.30 petang Selasa lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

KGI – Sebanyak 100 Juta iPhone Dengan Skrin LCD 6.1 Inci Akan Terjual Sepanjang 2018 – Amanz


Tahun ini Apple diramalkan akan menghasilkan satu model iPhone dengan skrin 6.1 inci LCD tetapi mengekalkan rekaan seakan iPhone X. Hari ini firma penganalisa KGI mengeluarkan sebuah lagi ramalan mengenai peranti ini.Mereka meramalkan sebanyak 100 juta model iPhone yang akan menggantikan iPhone SE ini akan terjual sepanjang 2018. Jumlah jualan ini mampu dicapai menurut mereka walaupun ia tidak dilengkapi sistem 3D Touch dan binaan yang tidak premium. Kekuatan model ini terletak pada harga jualannya yang disasarkan di bawah $800.

Tahun lalu jualan iPhone sedikit berkurangan pada suku ke-empat berbanding tahun sebelumnya. Tetapi keuntungan syarikat masih meningkat kerana harga jualan premium pada iPhone X.



Source link

read more

Azmin Diminta Jawab Urusan Pelik Ratusan Juta Ringgit Jual Beli Tanah Peneroka Di Ijok


IMG_20180214_170821MO, 14/2/2018,CYBERJAYA – Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali agar menjelaskan isu penjualan tanah peneroka di Ijok kepada dua syarikat swasta di mana menurut beliau, terdapatnya beberapa perkara yang  berlaku di luar kebiasaan berhubung isu pembelian tersebut.

Menurut Rahman, di zaman pemerintahan Tan Sri Khalid ibrahim, tanah yang dibeli oleh dua syarikat, iaitu Mujur Zaman dan LBCN Development sebenarnya telah pun dipulangkan kembali kepada kerajaan negeri ekoran dua syarikat tersebut telah melanggar beberapa perjanjian antaranya ialah tidak melaksanakan projek perumahan dan tidak membayar pampasan kepada peneroka selama 10 tahun.

Selain daripada itu, dua syarikat tersebut, yang mana Datuk Khairuddin Abu Hassan, orang kuat Dr Mahathir merupakan salah seorang pengarahnya, telah melanggar syarat di bawah Kanun Tanah Negara iaitu tidak membayar premium tanah, tidak menukar syarat tanah pertanian kepada tanah perumahan dan tidak membayar premium syarat tukar tanah.

“Semasa Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, beliau telah bertindak merampas kembali tanah tersebut daripada dua syarikat itu. Dua syarikat itu kemudiannya menyaman kerajaan negeri, bagaimanapun mereka kalah di peringkat mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan. Namun, dua syarikat itu meneruskan rayuan mereka ke peringkat mahkamah persekutuan.

“Apabila Azmin Ali mengambil alih tempat Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar, selepas berlakunya penggulingan kuasa Menteri Besar pada 2015,  pada 17 Mei 2016, Azmin telah memfailkan satu perjanjian penyelesaian kepada mahkamah persekutuan bahawa kerajaan Selangor dan dua syarikat tersebut telah bersetuju untuk membatalkan kes ini.

“Dan sesuatu yang agak peilik di sini ialah dua syarikat tersebut telah membuat perundingan untuk menjual tanah itu kepada pihak ketiga dengan harga RM1,181,355,536.65 bilion sebelum mahkamah persekutuan mendengar kes rayuan ini dan juga sebelum Azmin memfailkan perjanjian penyelesaian kepada mahkamah persekutuan, seolah-olah dua syarikat itu sudah tahu bahawa kerajaan negeri akan memulangkan tanah itu kepada mereka semula,”ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Better Nation Foundation, Cyberview Garden,Cyberjaya di sini hari ini.

Ternyata, tindakan Azmin Ali yang menyerahkan kembali tanah tersebut kepada dua syarikat itu sebelum mahkamah persekutuan meneliti kes tersebut menurut Rahman telah menimbulkan beberapa persoalan yang perlu di jawab oleh Datuk Seri Azmin sebagai Menteri Besar.

“Saya nak tanya kepada Menteri Besar Selangor, apa justifikasinya untuk menyerahkan tanah yang bernilai lebih seratus bilion itu kembali kepada dua syarikat tersebut, sedangkan kerajaan negeri Selangor telah menang dalam kes tanah itu di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan?

“Dan mengapa pula, Datuk Seri Azmin tidak menunggu kes ini selesai di bicarakan di mahkamah persekutuan terlebih dulu memandangakan kerajaan negeri Selangor telah pun menang kes tersebut di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan dan tergesa-gesa membuat keputusan untuk memulangkan semula tanah tersebut yang ternyata merugikan kerajaan negeri dan rakyat di Selangor.

“Kalau niat beliau untuk menyelesaikan tuntutan dan isu pampasan kepada peneroka, mengapa beliau tidak menjual tanah tersebut secara langsung daripada pihak kerajaan negeri kepada pihak ketiga dan mengapa perlu melalui dua syarikat tersebut sebagai orang tengah?

“Datuk Seri Azmin juga baru-baru ini mengumumkan pembayaran pampasan kepada 980 peneroka sebanyak RM180,000 dan sebuah rumah bernilai RM250,000 setiap seorang di mana jumlah keseluruhannya adalah RM 421,4 juta. Jika tanah itu dijual dengan nilai RM 1.18 bilion, di mana bakinya wang jualan tanah itu sebanyak 758.6 juta setelah ditolak pampasan sebanyak RM421.6 juta itu?,” soalnya.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan apakah Datuk Seri Khairuddin memainkan peranan untuk mempengaruhi keputusan Menteri Besar Selangor itu dalam isu pemulangan balik tanah tersebut kepada dua syarikat berkenaan.

“Biarpun Datuk Seri Khairuddin sudah pun diisytihar muflis dan tidak lagi memegang jawatan pengarah syarikat LBCN Development, namun ada kemungkinan beliau juga memainkan peranan dalam mempengaruhi keputusan Datuk Seri Azmin Ali dalam soal pemulangan semula tanah tersebut kepada dua syarikat itu.

“Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Azmin, bahawa isu ini telah dibangkitkan oleh pihak NGO beberapa kali, termasuklah di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, namun gagal di jawab secara jelas oleh beliau. Ekoran itu, laporan kepada SPRM juga telah dibuat agar satu siasatan rapi dapat dijalankan untuk memastikan sekiranya ada berlaku salah guna kuasa dan rasuah di dalam urusan tanah tersebut.

“Kita berilah tempoh kepada Datuk Seri Azmin Ali untuk menjawab ke semua persoalan-persoalan ini selepas Tahun Baru Cina ini. Kita tidak mahulah mengganggu percutian beliau sepanjang minggu ini. Jadi, kita minta selepas cuti Tahun Baru Cina ini, beliau dapat menjawab segala persoalan tersebut di mana saya yakin, seluruh rakyat di Selangor juga sedang tertunggu-tunggu apa jawapan beliau dalam isu tanah peneroka di Ijok ini,” tegasnya.



Source link

read more

IDC – Sebanyak 3.9 Juta Peranti Pixel Terjual Sepanjang 2017 – Amanz


Google Pixel ialah percubaan lebih serius Google untuk mencabar iPhone selepas pelbagai masalah melibatkan peranti Nexus. Mereka akhirnya terlibat bukan sahaja di peringkat perisian malahan peringkat perkakasan peranti bagi memastikan ia adalah yang terbaik. Tahun lalu Pixel 2 dinobatkan telefon pintar dengan kamera terbaik melangkaui iPhone X. Bagaimana pula dengan prestasi jualannya?

Menurut Francisco Jeronimo yang merupakan pengarah kajian di IDC, sebanyak 3.9 juta Pixel terjual sepanjang 2017. Ini adalah jualan melibatkan kesemua model Google Pixel dan Pixel 2. Ini bermakna jualan Pixel meningkat sekali ganda berbanding 2016.

Walaubagaimanapun jumlah jualan ini masih kerdil apabila dibandingkan dengan jualan iPhone tahun lalu yang mencecah 200 juta unit tahun lalu. Malahan mengikut data yang dikumpul oleh Counterpoint, lebih banyak peranti Nokia terjual tahun lalu berbanding Google.



Source link

read more

AS ikrar dana US200 juta sokong usaha gabungan global perangi Daish



KUWAIT CITY: Amerika Syarikat (AS) berjanji memberi dana sebanyak US$200 juta untuk membantu usaha Gabungan Global memerangi kumpulan militan Daish serta menghalang mereka kembali semula ke Syria dan Iraq.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, berkata Daish akan sentiasa menjadi ancaman dan gangguan kepada seluruh dunia.

“Dunia perlu teruskan usaha memerangi Daish bagi memastikan kumpulan itu tidak muncul kembali di Syria dan Iraq, walaupun rantau itu telah diisytiharkan bebas sepenuhnya daripada penguasaan mereka.

“Dana ini sangat diperlukan untuk memastikan Daish tidak kembali semula ke Iraq dan Syria,” katanya ketika berucap di pembukaan Mesyuarat Peringkat Menteri Gabungan Global Menentang ISIS/Daish di Istana Bayan di sini pada Selasa.

Mesyuarat itu diadakan sempena Persidangan Antarabangsa Kuwait Untuk Pembangunan Semula Iraq (KICRI) yang berlangsung tiga hari mulai Isnin.

Mengulas lanjut, Tillerson berkata gabungan antarabangsa itu berjaya membebaskan 98 peratus wilayah Iraq daripada penguasaan Daish dan mengembalikan semula tempat perlindungan rakyat di negara tersebut.

“Keamanan berterusan amat perlu dititikberatkan bagi membolehkan masyarakat Iraq dan Syria kembali kepada kehidupan asal dan kita perlu membantu kedua-dua negara dalam pembangunan semula setelah dimusnahkan oleh Daish seperti pembinaan hospital, saluran air, elektrik dan sekolah,” katanya.

Beliau berkata Gabungan Global perlu terus berusaha bagi memastikan Daish tidak akan kembali ke Iraq dan Syria.

“AS sangat menghargai sumbangan oleh negara anggota Gabungan Global sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam memainkan peranan penting bagi memerangi Daish namun dana yang besar sangat diperlukan bagi memastikan keamanan berterusan,” katanya.

Katanya, AS akan terus menjadi penyumbang terbesar dalam memberikan bantuan kemanusiaan di Syria dan bekerjasama dengan Gabungan Global serta rakan kongsi tempatan bagi bantuan ketenteraan di negara itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Petisyen Mengembalikan Antaramuka Lama Snapchat Sudah Ditandatangani Lebih Setengah Juta Pengguna – Amanz


Aplikasi Snapchat popular di kalangan pengguna muda kerana ia lebih mudah digunakan berbanding Facebook. Snapchat turut memperkenalkan fungsi baru terlebih dahulu sebelum ditiru oleh Facebook. Baru-baru ini antaramuka aplikasi ini diberi nafas baru. Reaksi sebahagian besar pengguna setakat ini adalah negatif.

Oleh itu laman petisyen supaya antaramuka lama dikembalikan semula telah dibuka di laman Change.org. Ketika artikel ini ditulis, seramai 655,252 pengguna telah menurunkan tanda tangan mereka bagi menyokong petisyen ini. Antara komen yang diberikan ialah antaramuka baru sukar digunakan berbanding versi terdahulu. Fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan pula dikatakan tidak berguna.

Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah anda bersetuju antaramuka baru Snapchat kurang mesra pengguna berbanding versi terdahulu?



Source link

read more

Pengikut Twitter cecah 33.3 juta Shah Rukh Khan rakam video khas dalam air



DATUK SHAH RUKH KHAN ada cara tersendiri untuk meraikan jumlah pengikut laman twitternya yang mencecah 33.3 juta.

Raja Bollywood itu memilih untuk merakam video penghargaan khas buat peminat yang menyokong kerjayanya selama ini.

Video ini dirakam dan dimuat naik ke dalam laman twitter pelakon berusia 52 tahun ini pada Ahad.

Dengan berpakaian tuksedo, berkaca mata hitam dan rambut bersikap rapi, Shah Rukh mengucapkan kata –kata khas buat peminatnya sebelum menyelam di dalam kolam renang.

Shah Rukh yang berkecimpung dalam dunia seni sejak 25 tahun lalu itu tidak hanya berjaya mencetus fenomena di rantau Asia malah namanya turut jadi sebutan di benua Amerika dan Eropah.

Bapa tiga anak itu kini dalam proses menyiapkan filem Zero arahan Aanand L Rai yang menyaksikan beliau membawa watak sebagai orang kerdil.

Filem itu sekali lagi akan menggandingkan Shah Rukh bersama Katrina Kaif dan Anushka Sharma.



Source link

read more

Google Didenda RM 82 Juta Di India Kerana “Sistem Carian Berat Sebelah” – Amanz


Enjin carian paling popular di dunia ialah Google. Segala maklumat di dunia boleh didapati di hujung jari dengan menggunakan Google. Namun di India syarikat gergasi ini telah didenda sebanyak INR 1.36 bilion (RM 82 juta) kerana didapati menggunakan sistem carian yang berat sebelah.

Carian Google

Suruhanjaya Persaingan India mendapati Google menyalahgunakan posisi dominan mereka di dalam dunia carian untuk memberikan kelebihan kepada perkhidmatan mencari tiket penerbangan mereka. Perkhidmatan mereka diletakkan di atas manakala perkhidmatan pesaing di letakkan di bawah apabila carian dilakukan sekaligus menyukarkan mereka untuk bersaing.

Siasatan ke atas Google ini telah dimulakan sejak 2012 selepas menerima aduan dari Bharat Matrimony dan Consumer Unity and Trust Society (CUTS). Nilai denda yang dikenakan hanyalah sebesar 5% keuntungan di India. Tahun lalu Google didenda € 2.43 Billion (~RM 11.76 Billion) oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah kerana kesalahan yang sama.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons