Niat kahwin dengan teman wanita lelaki upah orang bunuh isteri



SUMATERA: Seorang suami sanggup berpakat dengan teman wanitanya untuk mengupah orang dalam misi membunuh isteri sendiri.

Sujiati, 37 tahun, ditemui mati di rumahnya akibat terkena tembakan pembunuh upahan suami sebanyak dua kali pada 12 April lalu.

Pembunuh upahan yang tidak didedahkan namanya, meminta bantuan seorang lagi rakan yang merupakan seorang buruh bangunan dalam misi membunuh Sujiati.

Rakannya ini dikatakan sanggup membantu kerana dijanjikan wang berjumlah RM300 (Rp 1 juta) beserta hiasan yang dipakai Sujiati sebagai ganjaran.

Semasa kejadian, suspek memasuki kediaman mangsa ketika ketiadaan suami melalui pintu belakang dan terus menuju ke bilik dan menembak si isteri yang sedang tidur.

Anak perempuan mangsa, Reni Septiani, 14 tahun secara kebetulan menyaksikan kejadian ini selepas terdengar bunyi tembakan kuat yang datang dari arah bilik berkenaan lantas berlari keluar dari rumah sambil menjerit meminta bantuan.

Sujiati ditemui mati dengan dua das tembakan yang terkena pada bahagian kepala dan punggungnya, lapor Tribunnews.com.

Kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dan pulang ke rumah mereka di Mandiangin.

Namun mereka akhirnya ditahan di lokasi tersebut pada Selasa sehari selepas penangkapan suami Sujiati di Lubuk Madrasah Tengah Ilir setelah disoal siasat.

Bagaimanapun, teman wanita lelaki itu juga ditahan.

Hubungan sulit antara suami mangsa dengan teman wanitanya terjalin sejak dua tahun lalu.



Source link

read more

Anggap dakwaan kahwin di Thailand kelakar Bienda dedah lokasi sebenar majlis pernikahan



Selepas lapan tahun, Bienda akhirnya mendedahkan punca dia berkahwin dalam diam sehingga kini mempunyai dua cahaya mata.

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Penantian ini memberitahu dia bersama suami berusaha kumpul duit sendiri untuk bernikah pada tahun 2009 sebelum mengadakan resepsi setahun selepas itu.

“Masa itu apabila orang tanya kenapa nikah gantung, takkan saya nak cakap tiada duit. Walaupun saya anak perempuan tapi saya tidak mahu menyusahkan mak, ayah atau suami,” katanya kepada Astro Gempak.

Jelasnya, pada masa itu dia tidak menafikan mahupun menidakkan berita dia sudah berkahwin.

“Tujuan saya dengan suami tak nak susahkan keluarga. Jadi, kami sama-sama ‘struggle’ masa nikah awal-awal.

“Saya berniaga di Downtown Cheras jual tudung kemudian kami simpan duit pada setiap tahun untuk akad nikah pada tahun pertama dan tahun kedua untuk majlis persandingan,” katanya.

Sebagai persediaan masa depan, penyanyi berusia 33 tahun ini mengambil keputusan membeli rumah selepas berkahwin.

“Ada cerita kelakar saya berkahwin di Thailand tapi sebenarnya di Gombak dekat rumah mak. Untuk kehidupan Bienda, suami adalah orang yang sangat penting yang banyak menyokong saya.

“Pada semua yang ada perancangan nak berkahwin tak payah membazir, dahulukan yang wajib, simpan duit beli rumah,” katanya.



Source link

read more

Saya juga ada impian nak kahwin dan bina keluarga kecil sendiri – Sherry Alhadad



PELAKON dan pengacara Sherry Alhadad mengakui ada impian untuk mempunyai keluarganya sendiri sama seperti wanita lain.

Menurut Sherry, 34 tahun, dia mahu meneruskan legasi keluarga dan mempunyai anak sendiri namun menyerahkan perkara itu kepada jodoh yang akan ditentukan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan sekarang ini namun tipu kalau saya katakan tidak menyimpan angan-angan untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya juga sama seperti wanita lain yang ada impian nak kahwin dan bina keluarga kecil sendiri bersama suami serta ada anak kalau ada rezeki.

“Saya nak juga meneruskan legasi keluarga dan melihat kerenah anak-anak membesar.

“Setiap kali menghadiri majlis orang mesti saya akan rasa sedih dan menanyakan pada diri sendiri bila pula giliran saya untuk berkahwin.

“Namun perkara itu saya serahkan pada jodoh yang ditentukan jika masanya tiba mungkin saya akan berkahwin,” katanya kepada Astro Gempak.

Sherry berkata demikian ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama peminat di Butik Asyikin Exclusive di Setapak Central Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Source link

read more

Singapura mahu kenduri kahwin Melayu disenarai sebagai warisan budaya UNESCO



SINGAPURA: Butiran awal elemen warisan budaya tidak ketara Singapura telah didedahkan kepada umum, dan senarai 50 elemen itu termasuk kenduri kahwin Melayu, tarian klasik India, xinyao dan budaya penjaja jalanan.

Portal berita Channel NewsAsia melaporkan, senarai itu adalah ‘langkah penting’ demi memastikan elemen Singapura diterima masuk ke dalam senarai warisan budaya tidak ketara UNESCO, ujar Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia republik itu, Grace Fu, pada Sabtu.

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memerlukan negara-negara pemohon mencipta inventori elemen warisan budaya tidak ketara, dan perlu memastikan permohonan itu sesuatu yang popular dan dipersetujui ramai.

Semua 50 elemen itu dihimpunkan dalam enam kategori, dengan lima daripadanya adalah berdasarkan kategori warisan tidak ketara UNESCO.

Kategori itu adalah tradisi dan ekspresi lisan; seni persembahan; amalan sosial, ritual dan acara keraian; ilmu dan amalan tentang alam sekitar dan semesta; dan pertukangan tradisional. Kategori keenam mengenai warisan makanan dikhususkan kepada budaya makanan Singapura.

Antara warisan tidak ketara lain yang tersenarai adalah kemahiran pembuatan ceongsam, songkok, kesenian manik kaum Peranakan, dondang sayang Peranakan, wushu, silambam serta perayaan penting setiap kaum dan agama.

Meskipun sebahagian daripada elemen itu turut ditemui di negara-negara lain, inventori itu akan menekankan tentang kaedah ia diamalkan atau diekspresi di Singapura, iaitu menunjukkan bagaimana ia berevolusi dalam konteks tempatan.



Source link

read more

Jangan paksa saya kahwin | Astro Awani


PERKAHWINAN merupakan saat bahagia yang dinanti-nantikan oleh setiap orang.

Anugerah seorang pasangan hidup pastinya memberi makna terindah dan semangat untuk meneruskan perjuangan kehidupan. 

Namun, masih indahkah sesebuah perkahwinan jika anda masih belum bersedia?

Malah lebih teruk, masih indahkan ia jika anda masih bergelar kanak-kanak?

Sebuah kisah seorang remaja di Rajasthan telah dipetik dari portal berita BBC bagi mendalami isu ini. 

Tarikh 4 November lalu merupakan detik bersejarah buat Monika yang hanya berusia 13 tahun ketika ibu bapanya merancang untuk mengahwinkannya dengan jejaka yang langsung tidak dikenalinya.

Namun, tindakan Monika telah membuka mata seluruh dunia.

Tradisi kawin paksa merupakan perkara normal bagi masyarakat di India.

Namun, undang-undang negara itu jelas menyatakan bahawa had umur minimum untuk berkahwin adalah 18 bagi perempuan dan 21 bagi lelaki.

Monika nyaris menjadi mangsa keadaan apabila ibu bapanya ingin mengahwinkan kakaknya Rajini yang telah cukup umurnya untuk berkahwin.

Atas kekangan ekonomi yang melanda keluarga mereka, bapa mereka berpandangan bahawa lebih baik mengahwinkan kedua-dua anaknya dan ini akan menjimatkan kos.

Apa yang ingin dilakukan oleh ibu bapa Monika merupakan helah normal yang sering dipraktikkan oleh masyarakat di Rajasthan.

Mengahwinkan dua orang anak perempuan sekali gus tapi hanya meletakkan nama anak perempuan yang telah cukup umur pada kad undangan.

Helah ini adalah bagi mengelakkan perkahwinan bawah umur dikesan oleh pihak berkuasa. Sebuah perkahwinan yang tidak sah diselindungi oleh perkahwinan yang sah.

Monika merupakan seorang anak yang patuh akan ibu ayahnya.

Namun, pendiriannya untuk tidak berkahwin sehingga sekurang-kurangnya berumur 18 tahun membuatkan dia nekad untuk mensabotaj perkahwinannya sendiri.

Di pagi hari perkahwinannya, setelah Monika siap dihias cantik, dia memutuskan untuk melaporkan perkahwinannya sendiri kepada pihak berkuasa dengan mendail talian perlindungan kanak-kanak nasional di negara itu.

Beberapa ketika kemudian, pihak berkuasa tiba di majlis perkahwinannya.

Pada awalnya, ketibaan polis tidak dihiraukan oleh ibu bapa Monika dan mereka tetap cuba mengahwinkan Monika di lokasi lain.

Namun, atas nasihat pihak berkuasa kepada ibu bapa, perkahwinan Monika berjaya dihalang.

Bapa Monika, Ganesh boleh dikenakan tindakan undang-undang jika dia berkeras ingin mengahwinkan anaknya.

Walaupun terlibat dengan perancangan majlis perkahwinan Monika, ibunya, Sita sejujurnya bangga dengan keberanian Monika menegakkan haknya untuk tidak menjadi mangsa tradisi perkahwinan bawah umur yang tidak sah di sisi undang-undang.

Monika mahu mendapatkan pendidikan yang sempurna dan bercita-cita menjadi seorang guru walaupun pendidikan untuk golongan wanita amatlah dipandang enteng oleh masyarakat di sana.

Perkahwinan bawah umur merupakan satu pencabulan hak asasi manusia -@UNICEF

Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), perkahwinan bawah umur satu jenayah pencabulan hak asasi manusia.

Usaha-usaha mengurangkan jumlah perkahwinan bawah umur telah giat dijalankan oleh UNICEF dengan kerjasama Dana Populasi PBB (UNFPA) terutama di negara-negara yang kurang membangun seperti Bangladesh, Ethiopia dan Burkina Faso.



Source link

read more

Pelakon Winter Sonata tunggu hingga umur 43 tahun untuk kahwin senyap-senyap



PELAKON cantik Choi Ji Woo, 43, yang sebelum ini cukup dikenali menerusi drama Korea popular, Winter Sonata dilaporkan sudah berkahwin secara rahsia minggu lalu.

Difahamkan perkahwinan tersebut berlangsung di Seoul, Korea Selatan.

Biarpun sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan seorang aktor popular, Ji Woon akhirnya memilih lelaki biasa sebagai pasangan hidupnya.

Berita perkahwinan  ini bukan  hanya mengejutkan para peminatnya, tetapi juga pihak pengurusannya YG Entertainment yang mengakui tidak mengetahui tentang majlis tersebut.

Bagaimanapun Ji Woo kemudiannya mengesahkan berita gembira itu menerusi perkongsian foto di laman media sosial miliknya.



Source link

read more

Kahwin tak jejas kerjaya lakonan – Iman Suhana – Hiburan


KUALA LUMPUR 29 Mac – Baru sahaja hendak dikenali sebagai pelakon komersial tatkala drama Monalisa lakonannya sedang disiarkan, pelakon baharu Iman Suhana, 28, membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tanggal 16 Mac lalu.

Memilih seorang ahli perniagaan, Muhammad Shazwan Ibrahim, 29, sebagai pasangan hidupnya, Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Mohamad Wahid tidak menganggap perkahwinan menjadi batu halangan untuk melebarkan karier seni.

“Bagi saya, perkahwinan yang dibina bukanlah sekatan terhadap kerjaya lakonan saya. Apatah lagi suami telah memberi keizinan untuk terus aktif berlakon.

“Tambahan pula, saya percaya rezeki setiap hamba manusia berada di tangan-Nya tanpa mengira status sama ada saya masih gadis ataupun sudah bergelar isteri.

“Hadirnya saya dalam industri seni tempatan adalah untuk mempertaruhkan bakat. Jadi, saya berharap agar pandanglah kepada bakat saya, bukan status peribadi,” katanya kepada Utusan Online.

Memulakan karier sebagai pelakon teater termasuk pembabitan dalam naskhah Mud The Musical yang dipentaskan di Panggung Bandaraya terbitan Enfiniti Vision Media, Iman memberitahu, dia mula berlakon sejak di bangku sekolah rendah.

Selain aktif dalam bidang seni, Iman juga mengusahakan perniagaan spa sendiri di rumahnya secara kecil-kecilan.

“Saya amat menitikberatkan penampilan. Sebab itu saya cuba menceburkan diri dalam bidang kecantikan dengan menawarkan khidmat rawatan muka.

“Insya-Allah, jika ada rezeki lebih, saya akan mengembangkan pernigaan yang diceburi ini ke peringkat seterusnya,” ujar Iman yang berasal dari Taiping, Perak itu.

Telenovela Monalisa terbitan Radius One adalah produksi drama pertama lakonan Iman di samping barisan pelakon seperti Nazim Othman, Zara Zya, Mona Allen, Elmy Moin, Hafreez Adam, Shah Radhi Hazvee, Fatin Afeefa dan Amyza Aznan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tak jadi kahwin hari ini Sufian Suhaimi lancar klip video Di Matamu



KISAH percintaan di antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy yang berakhir separuh jalan hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Lebih-lebih lagi apabila single terbaharu Sufian “Di Matamu” dikatakan ada kena mengena dengan kisah pertunangannya bersama Elfira.

Terbaharu, video muzik lagu berkenaan dimuat naik di laman YouTube pada Khamis dan dilancarkan hari ini difahamkan bersempena tarikh yang sepatutnya menjadi hari bahagia Sufian dan Elfira mendirikan rumah tangga. 

Menurut Sufian, beliau tetap ingin menjadikan tanggal 23 Mac sebagai hari bermakna dalam hidupnya.

“Kalau ikut perancangan awal, 23 Mac adalah hari yang bermakna dalam hidup saya. Tapi kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

“Namun saya tetap mahu jadikan tarikh 23 Mac itu istimewa buat saya. Saya jadikan ia tarikh pelancaran single baharu saya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI melalui khidmat pesanan Whatsapp.

BACA: “Kalau terus bersedih pun tak guna” – Sufian Suhaimi

Berdasarkan muzik video tersebut, rata-rata penonton membuat spekulasi bahawa jalan cerita itu ada kaitan dengan cerita cinta dua selebriti ini.

Namun, menurut Sufian, lagu tersebut dicipta sejak setahun lalu dan secara kebetulan kisah disampaikan itu ada kaitan dengan perjalanan hidupnya.

“Lagu itu dah ditulis lama. Mungkin apa yang terjadi baru-baru ini menyebabkan netizen kaitkan dengan lagu ‘Di Matamu’.

“Seperti yang saya nyatakan di awal video muzik tu, cerita dan watak adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia,” ujarnya.

Sebelum ini, video lirik lagu Di Matamu telah ditonton lebih 9.7juta kali saat berita ini ditulis walaupun tidak dilancarkan secara umum.

BACA: Elfira patut minta maaf dengan ibu bapa Sufian – Pengurus SS

BACA: Asyraff Mazlan bukan punca saya putus dengan Sufian Suhaimi – Elfira Loy

Sufian dan Elfira bertunang pada 6 Oktober tahun lalu. Bagaimanapun, ikatan pertunangan dua bintang muda ini terlerai apabila keluarga Elfira sepakat untuk memulangkan cincin kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 19 Februari lalu.

 



Source link

read more

Kenal Haniff sebelum dapat Datuk lagi – Elvina nafi kahwin sebab kejar pangkat



PELAKON Elvina Mohamad menegaskan keputusannya untuk berkahwin dengan Datuk Haniff Borhan bukan untuk mengejar kedudukan.

Baca: Bakal Jadi Datin Muda, Elvina Nikah 18 Mac

Elvina, 24 tahun yang bakal mendapat gelaran Datin selepas bergelar isteri kepada usahawan permotoran itu menjelaskan dia sudah mengenali kekasihnya, Hanif berusia 32 tahun sejak dua tahun lalu sebelum dianugerahkan darjat kebesaran itu.

“Kami bercinta sejak tahun 2016 dan Haniff mendapat gelaran itu pada tahun lalu, mana mungkin saya mahu berkahwin dengannya semata-mata kerana gelaran datin.

“Saya tidak kisah dengan gelaran itu kerana saya masih Elvina Mohamad yang sama!

“Keputusan untuk mendirikan rumah tangga ini saya buat kerana yakin sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri,” katanya pada sidang media tertutup anjuran Mind Order Management Sdn. Bhd. di Alexis, The Garden baru-baru ini.

Pernikahan Elvina dan Haniff bakal berlangsung pada hari Ahad ini, 18 Mac pukul 3 petang di Hotel Royale Chulan di ibu negara.

Pada tarikh yang sama juga, pasangan itu akan mengikat tali pertunangan.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 24 Mac di lokasi yang sama.

Pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu telah dirisik oleh keluarga lelaki pada 16 Oktober 2017.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Dyana Sofya Zairil merancang kahwin hujung tahun



IPOH: Zairil Khir Johari merancang untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Dyana Sofya Mohd Daud menjelang hujung tahun ini.

Kedua-dua ahli DAP itu bertunang dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Kinta Riverfront di sini, hari ini.

Zairil, 36 tahun, ketika ditemui pemberita menzahirkan perasaan gembiranya berikutan majlis pertunangannya yang berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang masalah.

Segak berpakaian baju Melayu serba berwarna ‘peach’, Zairil turut meluahkan rasa syukurnya kerana pertunangan itu turut mendapat sokongan dari kedua belah ibu bapa.

“Saya hanya ingin kata saya sangat gembira, kita semua sangat gembira, keluarga saya dan Dyana dan sudah tentu ini adalah acara peribadi untuk kedua-dua keluarga.

“Kami menghargai jika anda boleh menghormati majlis ini kerana ini bukan majlis umum, tetapi pada masa sama saya mengucapkan terima kasih kepada semua orang kerana hadir.

“Sebarang komen lanjut, saya akan buat pada masa lain,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Zairil merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera manakala Dyana adalah bekas setiausaha politik kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan juga pernah bertanding untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 2014.

Sebelum ini, kisah dan spekulasi mengenai hubungan pasangan itu hangat diperkatakan susulan beberapa keping gambar intim yang tular di media sosial, tetapi ia tegas dinafikan oleh kedua-dua pihak.

Ketika itu, Zairil masih berkahwin dengan Noor Dahlia Hamzah tetapi mereka sudah bercerai Oktober lalu.

Bagaimanapun, semua tanda tanya terjawab apabila Zairil menyampaikan berita pertunangan mereka di Facebook semalam, lantas mendapat reaksi positif netizen yang menyampaikan ucapan selamat.



Source link

read more