Farid Kamil didakwa 4 pertuduhan dan dibenarkan ikat jamin


WhatsApp_Image_2018-01-16_at_15.09.44.jpeg.transformedMO, 16/1/2018, PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Farid Kamil Zahari, hari ini didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam, Khamis lalu

Farid yang juga pengarah, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret, di sini.

Mengikut kertas pertuduhan pertama dan kedua Farid Kamil, 37, didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Asyraf Ahmad dan Konstabel Mohd Nizam Jamaludin.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Mohd Nizam dengan niat menghalang tugas polis.

Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Farid Kamil turut didakwa atas pertuduhan keempat iaitu berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan kepada Mohd Nizam, yang boleh mendatangkan kemarahan dan penghinaan terhadap mangsa.

Dia didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau maksimum penjara enam bulan atau kedua-duanya.

Semua kesalahan itu dilakukan di kaunter pertanyaan Balai Polis kota Damansara, di sini, pada jam 1.20 pagi, 11 Januari lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faiq, menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Athari Bahardin yang bertindak sebagai peguam Farid Kamil memohon supaya anak guamnya dikenakan jaminan yang rendah atas alasan menanggung seorang isteri, dua anak dan kedua ibu bapanya di kampung.

Majistret Nor Ariffin Hisham kemudian membenarkan Farid Kamil diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Mac depan.

Isteri Farid Kamil, Diana Danielle, dilihat turut hadir ke mahkamah pada jam 9.20 pagi bersama adik Farid, Fadzil Bahari Zahari, yang juga bertindak sebagai penjamin.



Source link

read more

Saya rindukan anak-anak memang harap Diana datang- Farid Kamil



PELAKON Datuk Farid Kamil gembira selepas melihat isterinya, Diana Danielle hadir di kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pagi tadi.

“Saya rindukan anak-anak dan memang harapkan Diana datang,” katanya kepada media.

Farid berkata kepada Metro Online, sepanjang berada dalam tahanan dia berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Alhamdulillah, saya okey. Semuanya baik-baik saja. Saya gembira isteri dan keluarga hadir hari ini. Saya mengharapkan sokongan mereka.

BACA: Tahanan reman pelakon berpangkat Datuk dilanjut sehari lagi bermula hari ini

“Pesan saya untuk isteri, I love you. Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberi sokongan,” katanya lagi.

BACA: Pelakon Farid Kamil mengaku tidak bersalah sebabkan kecederaan dan guna kekerasan

Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas empat tuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara, Khamis minggu lalu.

Farid sebelum ini dibawa semula ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya 10.57 pagi ini.

Pelakon berusia 37 tahun itu tamat reman pada hari ini selepas ditahan selama lima hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung kes menampar polis dan menendang dua orang awam di Balai Polis Kota Damansara, Khamis lalu.
 

Video: Instagram Official Hlive



Source link

read more

Pelakon Farid Kamil mengaku tidak bersalah sebabkan kecederaan dan guna kekerasan


PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas empat pertuduhan termasuk mendatangkan cedera dan menggunakan kekerasan jenayah Khamis lepas di Balai Polis Kota Damansara.

Farid 37 tahun sebelum itu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekitar jam 10.55 pagi.

Dia telah ditahan reman selama lima hari sejak Jumaat lalu dan tempoh reman tamat hari ini bagi membantu siasatan.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Source link

read more

Farid Kamil direman empat hari


13faridff.transformedMO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari yang dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam, ditahan reman selama empat hari, bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zubir terhadap pelakon berusia 37 tahun itu, bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan; Seksyen 90 Akta Polis; Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Farid yang memakai baju lokap ungu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis kira-kira jam 10 pagi, sebelum diiiringi anggota polis ke kamar mahkamah pada jam 10.35 pagi untuk prosiding reman.

Kira-kira 15 minit kemudian, suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle, 27, dibawa keluar dari kamar mahkamah pada jam 10.50 pagi.

Turut kelihatan berada di kompleks mahkamah, adiknya, Fadzil Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari semalam, pelakon terbabit dilaporkan ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Selain mencederakan polis yang berusia 24 tahun, dia dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.

Difahamkan, sebelum kejadian tercetus di balai polis itu, beliau dikatakan menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 34 tahun, di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah Tropicana di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari.



Source link

read more

Farid Kamil bakal berhadapan banyak pertuduhan


13faridff.transformedMO, 12/1/2018, SEPANG – Polis tidak menolak kemungkinan pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari bakal berhadapan lebih banyak pertuduhan selain tindakannya menampar seorang anggota polis di Balai Polis Kota Damansara semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, Farid Kamil kini direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakukan tidak senonoh dalam kawasan balai polis dan Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 setelah disyaki mengambil dadah.

“Malah suspek dikatakan menendang orang ramai dalam kejadian itu dan mangsa telah pun membuat laporan polis selepas insiden berkenaan.

“Apa sahaja pertuduhan bakal dikenakan terhadap suspek selepas siasatan selesai dijalankan pihak polis,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Semalam, Farid Kamil disyaki positif dadah jenis ganja selepas ditahan berikutan menampar anggota polis dan dan menendang orang ramai dalam kejadian di Balai Polis Damansara.

– UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Farid Kamil Aaron Aziz terima gelaran Datuk



PELAKON dan pengarah, Farid Kamil Zahari dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Farid Kamil yang juga Penerbit Filem FKX Sdn Bhd dan Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz masing-masing menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain.

Manakala lima penerima dianugerahkan Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dengan gelaran Datuk Indera.

Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada enam penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) lapan individu, Ahli Mahkota Pahang (AMP) 20 penerima, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) enam penerima dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 13 individu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons