Banyak songeh Henti berurusan dengan Amerika dan Kanada – Duterte



MANILA: ‘Jangan beli lagi daripada Kanada dan Amerika Syarikat kerana mereka terlalu banyak meletakkan syarat.’

Demikian ketegasan yang dibuat Presiden Filipina Rodrigo Duterte ketika mengulas mengenai pertimbangan semula perjanjian jual beli 16 helikopter dari sebuah syarikat milik Kanada pada Jumaat.

“Saya ingin jelaskan perkara ini kepada pasukan tentera Filipina iaitu batalkan sahaja perjanjian tersebut.

“Jangan lanjutkan sebarang perjanjian dan kita akan berunding dengan pengedar baharu,” jelasnya.

Kenyataan Duterte terbabit merujuk kepada perjanjian jual beli 16 helikopter pelbagai guna Bell 412EPI yang dimeterai bersama pengeluar dari Kanada, Bell Helicopter.

Pada Khamis Ottawa mengeluarkan kenyataan berhubung penilaian semula perjnajian jual beli terbabit ekoran pelanggraan hak asasi manusia yang dilakukan Filipina.

Pentadbiran Perdana Menteri Justin Trudeau melakukan penilaian terbabit kerana isu kemanusiaan terbabit sedang dibincangkan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa I(CC) terhadap dakwaan pembunuhan di luar undang-undang oleh Filipina terhadap pesalah dadah.

Mengulas lanjut, Duterte berkata beliau menghormati keputusan Trudeau terbabit namun ia tidak menyekat usaha berterusan Filipina menentang pengganas dan pemberontak di negara itu.

“Sebab utama saya ingin membeli helikopter terbabit adalah kerana mahu melaksanakan operasi menentang pengganas dan pemberontak di negara ini,” jelasnya lagi.

Pada Khamis Menteri Luar Kanada Chrystia Freeland berkata hasil perbincangan bersama Trudeau telah cibuat bagi mengambil kira isu pelanggran hak asasi manusia oleh Filipina sebelum permit eksport helikopter dikeluarkan.

“Saya dan Perdana Menteri telah berbincang dan telah sepakat untuk mempertimbangkan semula isu terbabit sebelum kelulusan permit dibuat.” jelasnya.

Tahun lalu Duterte dipertanggungjawab atas operasi membasmi dadah negara itu yan menyaksikan hampir 4,000 suspek dadah mati ditembak anggota polis.

Berhubung isu pelanggaran hak asasi manusia terbabit pentadbiran Duterte mendakwa ia sebagai tidak berasas dan polis bertindak sedemikian sebagai sebahagian cara untuk mempertahankan diri.



Source link

read more

Ditemui mati dengan leher dijerut jutawan Kanada dan isteri dipercayai dibunuh



PENIAGA bertaraf jutawan dari Kanada, Barry Sherman dan isterinya yang ditemui mati dalam kediaman mereka bulan lalu dipercayai dibunuh dengan sengaja.

Sarjan detektif, Susan Gomes berkata keputusan siasatan selama enam minggu mendapati bahawa kematian itu mencurigakan, namun tiada tanda pecah masuk di rumah tersebut. 

Susan bagaimanapun enggan menyatakan motif pembunuhan dan enggan menamakan suspek.

Pengasas pembuat ubat generik Apotex itu dan isterinya ditemui digantung menggunakan tali pinggang dan berada dalam kedudukan separuh duduk di dek kolam pada 15 Disember 2017.

Sehari selepas mayat ditemui, beberapa agensi media memetik pegawai polis yang menyatakan bahawa kematian itu kelihatan seperti kes pembunuhan dan bunuh diri.

Isu tersebut mengecewakan empat anak dewasa pasangan jutawan itu.

Mereka mengupah pasukan penyiasatan dan pakar pathologi swasta untuk menjalankan autopsi kedua ke atas pasangan Shermans.

Keluarga mangsa dalam satu kenyataan berkata hasil siasatan itu konsisten dengan siasatan autopsi yang dijalankan secara bebas.



Source link

read more

WEF2018 Kanada tidak akan tunduk dengan kehendak kelompok kaya – Trudeau



DAVOS: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau memberikan mesej jelas bahawa beliau tidak akan mengurangkan kadar cukai dan mempermudahkan birokrasi untuk bersaing dengan Amerika Syarikat.

Trudeau turut menggesa pemimpin korporat untuk mengutamakan pekerja dan bukan keuntungan serta meningkatkan usaha untuk memperkasa wanita di tempat kerja.

“Terlalu banyak syarikat yang mengutamakan keuntungan, mengatasi kebajikan pekerja. Tetapi amalan itu sudah tidak sesuai lagi,” jelas Trudeau dalam ucapan khas beliau pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2018 di Davos.

Trudeau kini berdepan tekanan daripada komuniti korporat di Kanada yang mendesak agar kadar cukai dan peraturan di negara terbabit dilonggarkan bagi menyamai apa yang disifatkan sebagai reformasi daya saing yang dilaksanakan pentadbiran Donald Trump di AS.

Dalam ucapannya juga, Trudeau mengetengahkan isu keadilan dan kesamarataan.

“Rakyat diperguna, kehilangan kerja dan kehidupan.

“Pada masa sama, syarikat cuba elak cukai dan mencatatkan keuntungan besar dengan mengurangkan sumbangan kepada masyarakat,” jelasnya.

Beliau juga menyatakan persoalan sama ada dunia boleh membiarkan golongan kaya bersikap mementingkan diri ketika golongan miskin terpaksa bergelut.

“Kita patut tanya kepada diri sendiri, adakah kita mahu untuk hidup di kawasan perumahan mewah dan hanya menyaksikan orang lain bertungkus-lumus?”

Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas Oxfam mengeluarkan data terkini mengenai kesamarataan global.

Data itu menunjukkan 82 peratus kekayaan dunia yang direkodkan tahun lalu dikongsi oleh hanya satu peratus golongan paling kaya dunia.

Sementara 3.7 bilion populasi dunia lain, yang mewakili golongan paling miskin dunia masih di tahap kemiskinan yang sama.



Source link

read more

Polis Kanada siasat misteri kematian jutawan Apotex dan isteri



TORONTO: Polis Kanada sedang menyiasat misteri kematian jutawan dan pengasas firma farmaseutikal Apotex Inc, Barry Sherman dan isterinya Honey Sherman.

Pasangan terbabit ditemui mati di tingkat bawah tanah kediaman milik mereka yang terletak di timur laut Toronto.

Menurut Konstabel David Hopkinson, kematian mereka sedikit mencurigakan.

Bagaimanapun, pihak homisid berkata mereka tidak menemui kesan pecah masuk rumah agam terbabit.

Kedua-dua mayat ditutupi selimut dan kemudiannya dibawa keluar dari rumah itu sebelum dimasukkan ke dalam sebuah van.

Rumah agam itu pernah disenaraikan untuk jualan pada harga hampir AS$5.4 juta (RM22.2 juta).

Sementara itu, Menteri Kesihatan Ontario, Eric Hoskins yang juga teman rapat kepada Sherman dalam satu tweet miliknya turut melahirkan simpati dan dukacita diatas kematian mengejutkan tersebut.

Hoskins menyifatkan Sherman, 75 tahun sebagai individu berhati mulia.

Majalah Forbes menganggarkan mendiang mempunyai aset bersih bernilai AS$3.2 bilion (RM13 bilion).

Apotex merupakan firma farmaseutikal terbesar Kanada dengan jualan tahunan lebih AS$1.55 bilion (RM6.33 bilion) selain beroperasi di lebih 45 buah negara termasuk Amerika Syarikat.



Source link

read more

Polis siasat kematian mencurigakan bilionair Kanada dan isteri – Luar Negara


TORONTO 16 Dis. – Polis Kanada kini sedang menyiasat motif pembunuhan seorang bilionair dan pasangannya yang dijumpai mati di tingkat bawah tanah kediaman mereka oleh seorang ejen hartanah.

Portal BBC memetik laporan polis sebagai berkata, setakat ini, kematian Barry Sherman dan isterinya, Honey itu diklasifikasikan sebagai amat ‘mencurigakan’.

Laporan itu menyebut, hal ini demikian kerana tidak ada sebarang tanda-tanda kediaman pasangan tersebut telah dipecah masuk berdasarkan siasatan awal yang dijalankan setakat ini.

Difahamkan, Sherman yang juga salah seorang individu paling kaya di Kanada merupakan pengasas serta pengerusi syarikat farmaseutikal gergasi, Apotex yang terlibat dengan penjualan pelbagai jenis ubat-ubatan di seluruh dunia.



Source link

read more

Kanada tidak akan pindah kedutaan ke Baitulmaqdis



OTTAWA: Kerajaan Kanada tidak berhasrat untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis dan akan kekal di Tel Aviv.

Agensi berita Jordan Petra, melaporkan Kanada masih tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Pendirian Kanada sejak sekian lama ialah, status Baitulmaqdis hanya boleh diselesaikan sebagai sebahagian daripada penyelesaian umum dalam pertikaian antara Palestin-Israel.

“Kami amat komited terhadap matlamat keamanan komprehensif, adil dan berkekalan di Timur Tengah, termasuk mewujudkan negara Palestin yang aman damai bersama dengan Israel,” kata Setiausaha Kementerian Luar Kanada, Adam Austen dalam satu kenyataan pada Selasa.

Akhbar Kanada, Globe and Mail melaporkan, kerajaan Kanada menegaskan pihaknya tidak akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis, meskipun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhasrat untuk memindahkan kedutaan negara itu ke Baitulmaqdis selain mengiktiraf ia sebagai ibu negara Israel. 

Masyarakat antarabangsa, termasuk Kanada, tidak mengiktiraf pencerobohan Israel ke atas Baitulmaqdis yang diduduki Israel pada 1967.

— BERNAMA



Source link

read more

Pengurusan kes saman pendakwah warga Kanada terhadap Zamihan pada 30 Nov



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 30 Nov untuk pengurusan kes saman difailkan seorang pendakwah bebas warga Kanada, Abu Ameenah Bilal Philips terhadap penceramah bebas, Zamihan Mat Zin atas dakwaan memuat naik posting bergambar yang memfitnahnya di dalam Facebook, November tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Meor Amir Meor Omar Baki mewakili Abu Ameenah.

Pada 29 Sept lepas, Abu Ameenah menyaman Zamihan, 41, selaku defendan atas dakwaan memuat naik gambarnya berserta kapsyen dalam akaun Facebook Ustaz Zamihan Al-Ghari pada 26 Nov 2016, yang mendakwa beliau seorang penyokong pengganas.

Abu Ameenah selaku plaintif mendakwa posting memfitnah itu turut mengandungi poster Kuliah Maghrib Khas yang disampaikan olehnya di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis pada 1 Dis 2016.

Dakwanya, kandungan posting itu merujuk kepada dirinya berdasarkan gambarnya yang dimuat naik selain kenyataan “International Terrorism Supporter, dibenarkan berceramah di Perlis” yang merujuk poster Kuliah Maghrib Khas yang disampaikan olehnya.

Abu Ameenah mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau terlibat dengan keganasan dan menyampaikan ceramah bagi mempromosi keganasan kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Beliau turut mendakwa selain dapat diakses oleh pengguna-pengguna lain, posting memfitnah itu juga telah dikongsi oleh 119 pengguna Facebook yang lain.

Oleh itu, plaintif menuntut perintah mahkamah supaya defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya melalui akhbar utama pilihannya dan melalui Facebook Ustaz Zamihan Al-Ghari selain menarik balik posting berkenaan.

Turut dituntut perintah injunksi bagi menghalang defendan menerbitkan semula posting itu selain menuntut ganti rugi am lebih RM1 juta, ganti rugi teladan, teruk, faedah serta kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pembelaan difailkan pada 19 Okt lepas, Zamihan berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai posting bergambar itu yang telah tersebar di internet.

Defendan turut menegaskan bahawa pernyataan dalam posting bergambar itu bukan merupakan fitnah terhadap plaintif kerana apa yang dinyatakan adalah fakta yang benar.

Dakwanya lagi terdapat alasan munasabah untuk mengesyaki atau mempercayai bahawa plaintif terlibat dalam menyokong keganasan yang terdapat sumber termasuk akhbar National Post dan maklumat pihak polis yang menyatakan demikian.

— BERNAMA



Source link

read more

PM Kanada dedah identiti diri sebagai Superman



PERDANA Menteri Kanada Justin Trudeau membuat kejutan apabila mendedahkan ‘identiti sebenar’ beliau sebagai Superman.

Berpakaian formal, lengkap dengan jaket dan tali leher, pemimpin sensasi itu kelihatan hadir ke bangunan Parlimen di Ottawa sebelum mula menyapa kumpulan wartawan.

Huffington Post Canada melaporkan, sebaik sahaja bertemu dengan kumpulan wartawan berkenaan, beliau membuka butang baju kemejanya dan mendedahkan kostum adiwira Superman.

Ini adalah sebahagian daripada gimik semperna sambutan Hari Halloween.

Ini bukan kali pertama Trudeau kelihatan menyambut Halloween.

Tahun lalu, Trudeau mengenaka kostum Hans Solo, sementara isterinya Sophie Trudeau mengenakan kostum Puteri Leia.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons