Saat tunggu ajal kanak-kanak penghidap kanser disarungkan gaun puteri



WALAUPUN sibuk dengan tugas seharian, seorang jururawat di Florida, Amerika Syarikat, sanggup mengambil masa untuk memakaikan gaun puteri kepada pesakit kanak-kanaknya yang sedang menghitung hari kematian.

Braylynn Lawhon yang terlantar di katil hospital menghidap kanser otak, Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG), salah satu kanser otak yang tiada penawar dan menyebabkan badannya dipenuhi tiub alat bantuan.

Memetik laporan portal Daily Mail, jururawat itu telah memakaikan gaun puteri Belle dari filem Beauty and the Beast itu dengan penuh cermat kerana kondisinya yang sedang lemah.

Keluarga Braylynn yang tersentuh dengan layanan jururawat tersebut mengambil gambar Braylynn dalam kostum itu lalu memuat naik gambar di media sosial Facebook.

Braylynn telah dimasukkan ke dalam wad sejak 6 Januari lalu, sebulan selepas disahkan menghidap penyakit tersebut.
Beliau kini menggunakan alat bantuan pernafasan dan menunggu ajal menjemputnya kerana penyakit yang dihadapi itu adalah antara jenis kanser otak berbahaya.



Source link

read more

Kanak-kanak sembilan tahun cedera dilanggar motosikal


ALOR SETAR: Seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang yang sedang menunggang basikal cedera apabila dia dilanggar oleh sebuah motosikal di hadapan sekolah itu semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam tadi, mangsa Muhamad Airel Haziq Md Nasir dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Sebaik sahaja tiba di jalan berhadapan sekolah tersebut, mangsa secara tiba-tiba dilanggar dengan sebuah motosikal yang datang dari arah belakang.

Akibat pelanggaran itu mangsa terpelanting ke bahu jalan sebelum menerima bantuan daripada orang awam yang melalui jalan tersebut.

Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bersama sebuah ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam APM Lt (PA) Muhammad Hilmi Yaakob, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati mangsa sedang terbaring sambil dipangku ibunya berhadapan pondok pengawal sekolah tersebut.

“Anggota perubatan APM mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta patah di bahagian pergelangan tangan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil.



Source link

read more

Kanak-kanak dicabul penjaga masjid ketika mengaji



TANJUNG SELOR: Seorang lelaki didakwa mencabul kehormatan sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak di sebuah masjid di Desa Long Beluah Kecamatan Tanjung Palas Barat pada Khamis.

Lelaki berusia 59 tahun yang bertugas sebagai penjaga masjid itu ditahan pihak berkuasa pada Jumaat untuk membantu siasatan susulan laporan oleh ibu bapa mangsa.

Media tempatan dalam laporan pada Isnin berkata suspek didakwa mendekati kanak-kanak berusia 7 hingga 8 tahun yang menghadiri pengajian kitab di sebuah masjid di Long Beluah.

Suspek dipercayai merayu dengan memberikan hadiah berupa wang dan memujuk mangsa untuk dipangku sebelum bertindak meraba bahagian sulit mangsa.

BACA: Hilang pergi mengaji: Zainab ditemui mati dirogol dan dibuang dalam tong sampah

Menurut laporan, suspek dipercayai telah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak September tahun lepas dan kes hanya terbongkar pada 9 Januari lalu.

Polis mengesahkan jumlah mangsa setakat ini adalah 15 kanak-kanak perempuan, manakala seorang lagi sudah diminta memberikan keterangan.

Sekiranya didapati bersalah, suspek boleh dihukum penjara minimum lima tahun hingga maksimum 15 tahun serta denda Rp 5 miliar (hampir RM1.5 juta).



Source link

read more

Kanak-kanak penghidap kanser sempat peluk adik baharu sebelum meninggal dunia



SEORANG kanak-kanak sembilan tahun yang menghidap kanser sempat ‘membantu’ memberikan nama kepada adik bongsu perempuannya sebelum meninggal dunia.

Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai Bailey Cooper dari Bristol yang menghidap kanser Non-Hodgkin’s lymphoma itu juga sempat menitipkan mesej kepada ibu bapanya bahawa mereka hanya dibenarkan menangis 20 minit sahaja.

Bailey yang menghidap kanser itu sejak 15 bulan lalu kuat semangat sekali gus ‘berjuang’ untuk hidup demi melihat dan memangku adik perempuan baharunya.

Ibunya, Rachel, 28 melahirkan bayi perempuan pada November sebelum Bailey menamakan adiknya itu dengan nama Millie.

Malah, ibu bapanya, Lee dan Rachel memegang erat jari Bailey ketika dia menghembuskan nafas terakhir selain kanak-kank itu tidak lekang daripada senyum ketika menjalani diagnosis tahun lalu.

Rachel menambah, dia dan ahli keluarga tidak menyangka anaknya itu mampu bertahan dan bertemu Millie.

“Saya melahirkan Millie pada hujung November dan Bailey melakukan apa yang sepatutnya abang sulung lakukan selain memeluk Millie,” katanya seperti dipetik portal Dailymail pada Sabtu.

Keluarga itu juga mengetahui Bailey tidak dapat bertahan tetapi meminta kanak-kanak itu menyenaraikan hadiah sempena perayaan Krismas.

Mengetahui dirinya akan meninggal dunia, Bailey juga membuat permintaan terakhir supaya ahli keluarga dan pihak yang datang ke majlis pengebumiannya memakai pakaian adiwira.

Lebih menyedihkan Lee dan Rachel apabila Bailey sempat menitip mesej terakhir kepada pasangan itu bahawa mereka dibenarkan menangis untuk tempoh 20 minit selain menjaga kedua-dua adiknya, Riley dan Millie.



Source link

read more

Jabatan Imigresen tidak pernah halang kanak-kanak bukan warganegara bersekolah


PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa kewarganegaraan untuk bersekolah.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata semua kanak-kanak berstatus demikian dibenarkan mendaftar ke sekolah apabila semua dokumen yang diperlukan Kementerian Pendidikan lengkap.

“Sekali lagi saya menegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa warganegara memasuki persekolahan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Seremban yang dihalang bersekolah kerana tidak memiliki pasport yang didakwa polisi baharu Jabatan Imigresen.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan dilaporkan sudah memberi pas khas kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai G Darshana itu untuk menghadiri sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya di Seremban, hari ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Ditimbus banjir lumpur kanak-kanak 2 tahun berjaya ditarik keluar



SANTA BARBARA: Kanak-kanak dua tahun antara mangsa yang berjaya ditarik keluar dari timbunan lumpur akibat banjir yang melanda Selatan California.

Mangsa itu diselamatkan selepas tangisannya didengari orang awam dan lantas meminta pertolongan pasukan penyelamat.

Dia dikejarkan ke hospital dan mengalami kecederaan pada pinggulnya.

“Saya tidak tahu bagaimana kanak-kanak itu boleh terselamat, “ ujar Berkeley Johnson, yang merupakan seorang saksi dan juga penduduk di kawasan berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, Johnson berkata hujan telah berlarutan selama satu jam sebelum banjir lumpur tersebut melanda.

Jelasnya, dia dan isteri terdengar tangisan selepas hujan reda dan mereka berjaya menaiki bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.

Pasangan itu kemudian menyertai pasukan bomba untuk menarik keluar kanak-kanak yang tertimbus itu.

“Sekiranya kami tidak ke sana, saya rasa kanak-kanak itu tidak akan selamat,’ ujarnya lagi.

Menurut polis, 17 orang masih hilang dan jumlah kematian meningkat pada petang Rabu selepas dua lagi mayat dijumpai.

Lebih dari 50 orang berjaya diselamatkan namun masin banyak tempat tidak dapat diakses.

Beberapa jalan terpaksa ditutup, termasuk lebuh raya ‘U.S. Route 101’ yang tidak akan dibuka semula sehingga Isnin.



Source link

read more

Rangkaian pedofil antarabangsa sasar kanak-kanak Asia Tenggara



JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia kini menyiasat sama ada sindiket pornografi melibatkan kanak-kanak di republik itu ada kaitan dengan rangkaian antarabangsa, lapor Reuters.

Menurut kenyataan polis pada Selasa, kemungkinan itu diambil serius selepas kes video wanita dewasa yang melakukan aksi seks dengan kanak-kanak tersebar di media sosial.

Polis di Jawa Barat berkata, tiga kanak-kanak lelaki, seawal usia 7 tahun, yang terpapar dalam video itu kini dalam jagaan pekerja sosial.

Sekurang-kurangnya lima orang telah ditahan, termasuk dua wanita yang merupakan ibu kepada mangsa.

BACA: Polis Indonesia bongkar sindiket video seks babitkan kanak-kanak

BACA: Demi RM90, ibu gamak jual anak untuk berlakon video lucah

BACA: Video pornografi budak: Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak

Mereka didakwa melanggar undang-undang pornografi dan perlindungan kanak-kanak, dan berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun. Polis kini memburu seorang lagi suspek.

“Siasatan awal mendapati pengarah aksi lucah itu menjual rakaman video berkenaan kepada seseorang di Rusia dan Kanada,” ujar jurucakap polis Yusri Yunus.

Dia menambah, semua itu adalah atas faktor tawaran wang. Pengarah video lucah itu dilaporkan menerima 31 juta Rupiah (RM9,200) untuk menghasilkan video tersebut.

“Kami sedang menyiasat dan sudah menyelaraskan gerak kerja unit jenayah siber,” katanya.

Indonesia terdedah kepada jenayah pornografi dan pencabulan seksual bawah umur, yang antara lain didorong faktor kemiskinan dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah pada masa lalu.

Tahun lalu, sejumlah 92 pedofil Australia dikekang daripada memasuki negara itu.

Dalam satu kes yang menggemparkan Asia Tenggara sebelum ini, seorang warga Britain, Richard Huckle, dijatuhi 22 hukuman penjara sepanjang hayat pada 2016.

Huckle telah melakukan pencabulan seksual terhadap 200 bayi dan kanak-kanak, kebanyakannya di Malaysia, dan berkongsi imej itu di ruang siber.

Sementara itu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata, Filipina adalah sumber pornografi kanak-kanak nombor satu dunia.



Source link

read more

Pornografi kanak-kanak Demi RM90 ibu gamak jual anak untuk berlakon video lucah



BANDUNG: Suspek yang didakwa terlibat dalam aktiviti rakaman tiga video lucah membabitkan kanak-kanak di Bandung dikatakan menerima bayaran wang di antara 300,000 rupiah dan 31 juta rupiah (kira-kira RM90 – RM9,300). 

Dalang pembikinan video yang juga pengarahnya dilapor mendapat bayaran paling lumayan mencecah RM9,300, manakala pelakon wanitanya pula didakwa diberi bayaran sebanyak 800,000 rupiah (kira-kira RM240).

Selain pengarah dan pelakon wanita tersebut, ibu kanak-kanak yang merelakan anak mereka berlakon video lucah berkenaan turut mendapat bayaran di antara 300,000 rupiah (RM90) dan 500,000 rupiah (RM140).

Mangsa kanak-kanak pula dilapor diberi upah sebanyak 800,000 rupiah (RM224). 

Media Indonesia dalam laporan pada Selasa menyebut bahawa suspek melakukan perbuatan keji itu kerana kesempitan wang. 

BACA: Polis Indonesia bongkar sindiket video seks babitkan kanak-kanak

BACA: Video pornografi budak: Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak – polis

BACA: Pornografi kanak-kanak: Dua ibu mangsa antara yang ditahan

Insiden ini menggemparkan Indonesia sejak beberapa hari apabila tersebarnya video pornografi melibatkan perempuan dewasa dengan beberapa kanak-kanak lelaki di media sosial.

Media tempatan melaporkan ada tiga video yang sudah tersebar: satu video panjang berdurasi 1 jam 11 minit dan dua video pendek masing-masing berdurasi 2 minit dan 2.5 minit.

Video panjang mempertontonkan adegan lucah di antara perempuan dewasa dengan dua kanak-kanak lelaki, manakala video pendek memaparkan adegan sama, namun dengan pelakon yang berbeza.

Pihak berkuasa Indonesia berjaya menemukan lokasi kejadian di dua hotel di Bandung dan sejumlah barang bukti dari bilik berkenaan telah disita.

Melalui analisis CCTV dan video yang tersebar, polis telah mengenal pasti tiga mangsa dan juga enam suspek terdiri daripada pengarah, pelakon serta dua ibu mangsa yang didakwa bersekongkol dalam insiden memalukan itu.

Polis dalam pada itu berkata masih memburu seorang lagi suspek.



Source link

read more

Kanak-kanak perempuan hembus nafas terakhir selepas dihubungi Kanye West



SEORANG kanak-kanak perempuan yang menghidap penyakit kanser menghembuskan nafas terakhir selepas dihubungi oleh penyanyi kegemarannya, Kanye West.

Sebelum ini, keluarga peminat cilik itu cuba menghubungi Kanye untuk menggembirakan hatinya tetapi usaha tersebut menemui jalan buntu.

Setelah Kanye mengetahui tentang perkhabaran tersebut, dia mengambil kesempatan untuk menghubungi peminat ciliknya itu menerusi sebuah panggilan video minggu lalu.

Kanye turut memenuhi permintaan kanak-kanak itu dengan menyanyikan lagu kegemarannya, I Love Kanye.

Peminat cilik itu nyata gembira dengan panggilan tersebut dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sumber & Foto: TMZ



Source link

read more

Pornografi kanak-kanak Dua ibu mangsa antara yang ditahan



BANDUNG: Polis Indonesia mengesahkan telah menahan pengarah serta pelakon video pornografi melibatkan kanak-kanak lelaki bawah umur di Bandung pada Isnin.

Turut ditahan dua ibu kanak-kanak terbabit yang didakwa bersekongkol dengan suspek dalam dua video lucah melibatkan anak kandung mereka.

BACA: Video pornografi budak: Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak – polis

BACA: Polis Indonesia bongkar sindiket video seks babitkan kanak-kanak

Media tempatan dalam laporan menyebut bahawa analisis polis terhadap dua video berkenaan mendapati ibu salah seorang anak kecil berkenaan berada di bilik sama ketika penggambaran dijalankan.

Malah, berdasarkan suara yang didengari pada video itu, polis percaya ibu tersebut turut memujuk anaknya selain memberi arahan agar anaknya melakukan perbuatan sumbang dengan pelakon wanita dewasa terlibat.

“Mangsa menangis kerana tidak mahu dirakam. Suspek kemudian meminta pelakon wanita menelefon ibu kanak-kanak itu untuk datang ke hotel.

“Dalam bilik hotel itu, si ibu mengarahkan (anaknya untuk melakonkan aksi lucah),” kata polis.

Sementara itu, seorang lagi ibu kanak-kanak terlibat didapati berada di lobi hotel melalui pemantauan CCTV hotel berkenaan.

Para penggiat anti kekerasan seksual terhadap kanak-kanak berkata penemuan video pornografi kanak-kanak itu mendedahkan wujud sindiket yang dipercayai cuba “mempromosi hubungan seksual antara anak-anak dengan orang dewasa”.

Penyiasat Indonesia berkata daripada keputusan analisis terhadap video berkenaan, mangsa kanak-kanak dipercayai anak-anak jalanan berusia di antara 7 hingga 13 tahun yang bergelandangan di ibu kota itu.

Pihak berkuasa turut menyerbu dua buah hotel di Bandung yang dipercayai menjadi lokasi penggambaran video berkenaan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons