Saat tunggu ajal kanak-kanak penghidap kanser disarungkan gaun puteri



WALAUPUN sibuk dengan tugas seharian, seorang jururawat di Florida, Amerika Syarikat, sanggup mengambil masa untuk memakaikan gaun puteri kepada pesakit kanak-kanaknya yang sedang menghitung hari kematian.

Braylynn Lawhon yang terlantar di katil hospital menghidap kanser otak, Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG), salah satu kanser otak yang tiada penawar dan menyebabkan badannya dipenuhi tiub alat bantuan.

Memetik laporan portal Daily Mail, jururawat itu telah memakaikan gaun puteri Belle dari filem Beauty and the Beast itu dengan penuh cermat kerana kondisinya yang sedang lemah.

Keluarga Braylynn yang tersentuh dengan layanan jururawat tersebut mengambil gambar Braylynn dalam kostum itu lalu memuat naik gambar di media sosial Facebook.

Braylynn telah dimasukkan ke dalam wad sejak 6 Januari lalu, sebulan selepas disahkan menghidap penyakit tersebut.
Beliau kini menggunakan alat bantuan pernafasan dan menunggu ajal menjemputnya kerana penyakit yang dihadapi itu adalah antara jenis kanser otak berbahaya.



Source link

read more

Kanak-kanak penghidap kanser sempat peluk adik baharu sebelum meninggal dunia



SEORANG kanak-kanak sembilan tahun yang menghidap kanser sempat ‘membantu’ memberikan nama kepada adik bongsu perempuannya sebelum meninggal dunia.

Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai Bailey Cooper dari Bristol yang menghidap kanser Non-Hodgkin’s lymphoma itu juga sempat menitipkan mesej kepada ibu bapanya bahawa mereka hanya dibenarkan menangis 20 minit sahaja.

Bailey yang menghidap kanser itu sejak 15 bulan lalu kuat semangat sekali gus ‘berjuang’ untuk hidup demi melihat dan memangku adik perempuan baharunya.

Ibunya, Rachel, 28 melahirkan bayi perempuan pada November sebelum Bailey menamakan adiknya itu dengan nama Millie.

Malah, ibu bapanya, Lee dan Rachel memegang erat jari Bailey ketika dia menghembuskan nafas terakhir selain kanak-kank itu tidak lekang daripada senyum ketika menjalani diagnosis tahun lalu.

Rachel menambah, dia dan ahli keluarga tidak menyangka anaknya itu mampu bertahan dan bertemu Millie.

“Saya melahirkan Millie pada hujung November dan Bailey melakukan apa yang sepatutnya abang sulung lakukan selain memeluk Millie,” katanya seperti dipetik portal Dailymail pada Sabtu.

Keluarga itu juga mengetahui Bailey tidak dapat bertahan tetapi meminta kanak-kanak itu menyenaraikan hadiah sempena perayaan Krismas.

Mengetahui dirinya akan meninggal dunia, Bailey juga membuat permintaan terakhir supaya ahli keluarga dan pihak yang datang ke majlis pengebumiannya memakai pakaian adiwira.

Lebih menyedihkan Lee dan Rachel apabila Bailey sempat menitip mesej terakhir kepada pasangan itu bahawa mereka dibenarkan menangis untuk tempoh 20 minit selain menjaga kedua-dua adiknya, Riley dan Millie.



Source link

read more

Daripada 45kg kini 19kg Arif derita kanser tisu rayu bantuan


KUALA LUMPUR: Pening dan kabur penglihatan. Itu gejala awal kepada derita yang ditanggung Arif Mohd Nor Hafis, 9 tahun yang menghidap kanser tisu berpunca daripada ketumbuhan di kepalanya.

Bermula awal 2017, gejala yang dialami Arif semakin kritikal apabila ketumbuhan itu membesar sekaligus menolak bebola mata kiri anak sulung daripada empat beradik ini.

Arif seperti kanak-kanak biasa yang periang, aktif bersukan dan gemar bermain drum. - Foto FACEBOOK / Khairul Azar Omar

Kisah Arif tular di media sosial apabila perkongsian Khairul Azar Omar di laman Facebooknya, mendapat lebih 20,000 perkongsian sejak dimuat naik tengah hari tadi. “Beliau seorang yang periang, aktif bersukan dan gemar bermain dram. Beratnya 45kg. Kini berat Adik Arif hanya tinggal 19kg,” memetik status tersebut.

Jelasnya, sejak tahap kesihatan Arif semakin meruncing, dia tidak mampu menjamah makanan sebaliknya bergantung kepada susu.

Foto Facebook

Difahamkan, selain menerima bantuan Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan, keluarga itu turut menerima bantuan daripada Zakat Selangor yang membayar sewa bulanan kediaman mereka di Klang, Selangor.

Malah, Mohd Norhafis terpaksa membuat keputusan yang sukar bagi dirinya apabila terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori lantaran perlu memberi perhatian khusus kepada Arif.

Selain menerima bantuan Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan, keluarga itu turut menerima bantuan daripada Zakat Selangor yang membayar sewa bulanan kediaman mereka di Klang, Selangor. - Foto FACEBOOK / Khairul Azar Omar

Sebarang sumbangan atau bantuan kewangan boleh disalurkan kepada akaun tertera:

Bank: Maybank
No. Akaun: 1628 4306 6209
Nama: Mohd Nor Hafis Abd Aziz

Bank: CIMB Bank
No. Akaun: 7063 3635 84
Nama: Mohd Nor Hafis Abd A



Source link

read more

KIDS raikan 140 kanak-kanak hidap kanser – Komuniti


KUALA LUMPUR 24 Dis. – Seramai 140 kanak-kanak penghidap kanser dirai oleh Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (Kids) melalui Program Kembali ke Sekolah yang memasuki edisi kelima penganjurannya tahun ini.

Pengerusi Kids, Hamidah Tajudin berkata, selain merapatkan hubungan sesama ahli keluarga pesakit kanser, program tahunan itu menjadi wadah bagi merangsang semula semangat anak-anak terlibat kembali ke sekolah setelah bercuti panjang.

Katanya, saluran interaktif dan santai melalui program Kembali ke Sekolah itu membolehkan Kids membina dan menanam keyakinan bagi pesakit dan keluarga mereka bahawa kehidupan mereka bukan terbatas di wad sahaja.

“Sejumlah RM40,000 diperuntukkan bagi program ini termasuk penyerahan beg sekolah bagi pesakit dan penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Kids yang terdiri daripada anak-anak berusia 4 hingga 17 tahun.

“Selain kanak-kanak yang menghidap pelbagai jenis komplikasi kanser, ibu bapa mereka turut dirai di mana 620 orang ahli keluarga ke semua pesakit turut meriahkan acara. Jadi saluran ini menjadi penghubung bagi kami dan meyakinkan mereka melalui rawatan kimoterapi, anak-anak istimewa ini berpeluang untuk kembali semula ke sekolah,” katanya ketika merasmikan Program Kembali Ke Sekolah Kids 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat Kids, Prof. Shukri Mohamed.

Menurut Hamidah, berdasarkan kes dilaporkan, hampir 200 kanak-kanak dikesan menghidap pelbagai jenis kanser setiap tahun seperti leukemia, kanser sel dan ovari, kanser limfoma serta lain-lain. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Guru pesakit kanser dapat perhatian – Terkini


KUALA LUMPUR 11 Dis. – Seorang guru berasa bertuah apabila dia diberi perhatian selepas menghidapi penyakit kanser limpa.

Hasnah Din, 56, seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembangau, Bera disapa Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Hasnah cekal hadir ke Program Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri Pahang 2017 di Dewan Tun Abd Razak, Temerloh meskipun dalam keadaan berkerusi roda.

Kecekalan dan ketabahannya melawan kanser menyebabkan beliau mendapat perhatian Mahdzir Khalid yang terharu mendengar kisahnya.

Hasnah telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 26 tahun, rakan-rakannya dan pengunjung program itu mendoakan semoga penyakitnya segera sembuh. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ibu hidap kanser mulut anak buntu mengharap sinar


KOTA BHARU: Tiga beradik di sebuah kampung di Kubang Kerian dekat sini bergantung harap agar ada sinar keajaiban supaya ibu mereka, seorang penghidap kanser, pulih seperti sedia kala.

Mereka juga mengharapkan si ibu tabah berjuang melawan kanser mulut tahap empat yang ditanggungnya memandangkan mereka bertiga masih memerlukan kasihsayangnya.

Ibu tiga beradik ini, Wan Hasyaity Azlin Wan Hassan, 38, seorang ibu tunggal yang menetap bersama ibunya di Kampung Chica, Kubang Kerian, hanya terlantar di rumah sejak disahkan menghidap penyakit itu.

Tiga beradik membantu menguruskan ibu mereka yang menghidap kanser mulut tahap empat. Astro AWANI

Dia bercerai dengan bekas suaminya empat tahun lalu dan mempunyai tiga orang anak – Syaza Tasnim, 11, Syifat Balkis Shamsul Adli, 10, dan Syirdatul Nur Humairah, 5.

Nenek mereka, Esah Ahmad, 63, berkata, anaknya kini tidak mampu lagi bercakap dan makan kerana kanser tersebut telah merebak ke seluruh lidah.

Menurutnya, Wan Hasyaity hanya mampu minum susu formula melalui tiub yang dipasang pada bahagian hidung.

Ahli keluarga turut membantu menguruskan Wan Hasyaity. - Astro AWANI

Kini, berat badannya kian menyusut sehingga 45 kilogram berbanding sebelum ini 72 kilogram.

Sebelum ini, Wan Hasyaity pernah bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat kereta di Pasir Hor namun terpaksa berhenti kerana keadaan kesihatannya.

Saudara-mara datang berkunjung melawat keluarga yang sedang diuji ini. - Astro AWANI

Dia kini hanya bergantung kepada sedikit wang simpanan selain bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk menampung kos rawatan dan persekolahan tiga anaknya yang masih bersekolah.

Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan kewangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank milik Wan Hasyaity Azlin Wan Hassan bernombor 153038521472.



Source link

read more

Akui hidap kanser tahap 4 Elyana buat audiens GV4 terkejut



BEKAS bintang GegarVaganza 4 (GV 4) Elyana mengejutkan audiens apabila mengaku menghidap kanser tahap empat.
 
Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal membuat pengakuan tersebut secara terbuka selepas diumumkan tersingkir di konsert minggu kelima GV 4 pada malam Ahad.
 
“Selama tujuh tahun saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan orang di luar sana.
 
“Saya tidak mahu menipu lagi, terutama kepada peminat dan cukuplah selama ini saya diamkan sahaja.
 
“Sepanjang tempoh itu juga, saya cuba mencari jalan dan waktu terbaik bagaimana caranya untuk saya memberitahu peminat.
 
“Hari ini saya rasa seperti dah hampakan peminat sebab saya masuk GV 4 ini untuk mereka,” katanya yang menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu. Elyana ditemui selepas konsert minggu kelima yang berlangsung di Dewan Sri Putra malam tadi.
 
Enggan bersedih, Elyana bagaimanapun akui berasa lega selepas mendedahkan kondisi dirinya kepada umum.
 
“Dah berpuluh-puluh kemoterapi saya tempuhi. Alhamdulillah, saya masih lagi diberikan nafas oleh Allah sehingga ke hari ini.
 
“Tapi apa yang paling saya takut sekali adalah tidur malam.
 
“Saya takut saya tak bangun esok pagi, jadi setiap hari saya menghargai momen-momen yang saya akan jalani.
 
“Sejujurnya saya berasa lega selepas memberitahu perkara ini kepada peminat,” jelasnya.
 
Elyana disahkan menghidap kanser selepas melahirkan anaknya, Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu.
 
Teks oleh: Mya Amri



Source link

read more

Impian budak hadapi kanser naik BMW putih ditunaikan



SUNGAI PETANI: Hasrat seorang budak lelaki yang menghidap kanser otak tahap empat untuk menaiki kereta mewah BMW berwarna putih ditunaikan Sime Darby Auto Bavaria Sdn Bhd hari ini.

Muhammad Hafizudin Alias,11, kelihatan riang dan ceria apabila diberi peluang menaiki kereta BMW i8, walaupun keadaannya lemah dan perlu didukung untuk menaiki kereta terbabit.

Dia terlantar sejak lebih sebulan lepas dan tidak lagi berupaya untuk bertutur selain makan dan minum menerusi tiub khas.

Bapanya, Alias Saleh, 43, berkata anak ketiganya daripada empat beradik itu melahirkan hasrat menaiki kereta BMW berwarna putih selepas melihat kereta berkenaan semasa menyertai hari keluarga anak-anak pesakit kanser di Pantai Merdeka, 30 Sept lepas.

“Sewaktu tiba di Tol Taman Sejati, kanak-kanak pesakit kanser berpeluang menaiki pelbagai jenis kereta BMW dari plaza tol menuju ke Pantai Merdeka, namun kereta putih yang ingin dinaikinya sudah penuh menyebabkan dia terpaksa menaiki kereta jenis lain yang berwarna putih.

“Sejak itu, dia agak kecewa dan muram sehinggalah hari ini apabila hasratnya itu ditunaikan… dia kelihatan ceria,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Baru, Sungai Lalang di sini.

Alias dan isteri, Husna Naut, 43, bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Sime Darby Auto Bavaria Sdn Bhd yang sudi menyempurnakan impian anaknya itu.

“Hafizuddin memang berminat dengan kereta malah turut mengumpul lebih 20 model kereta berjenama sebagai koleksi. Peluang yang dia dapat hari ini diharap dapat menguatkan semangatnya untuk melawan rasa sakit yang dirasainya,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Sime Darby Auto Bavaria Yasmin Shaharil berkata selepas melihat status yang dipaparkan seorang sukarelawan, Nor Hashimah Abu Hassan, 31, mengenai hasrat Muhammad Hafizuddin, pihaknya terus menghubungi Nor Hashimah untuk mengatur pertemuan.

“Sime Darby Auto Bavaria berbesar hati untuk mengambil peluang ini bagi menunaikan hasrat Hafizuddin, malah kami turut melancarkan kutipan dana bagi membantu meringankan beban ditanggung dia dan keluarganya.

“Bagi memenuhi impian Hafizuddin, hari ini kami bawa kereta BMW i8, berwarna putih, walaupun berbeza dengan model kereta yang ingin dinaikinya, tetapi kereta ini adalah model terbaharu dengan ciri-ciri futuristik dan diharap memberi pengalaman paling indah dalam hidupnya,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons