Terima kasih Dr McDreamy saya kini terima AS20 juta untuk musim baru Greys Anatomy – Ellen Pompeo



Pelakon drama bersiri televisyen popular Grey’s Anatomy, Ellen Pompeo berkata dia akan menerima lebih AS$20 juta (RM81 juta) melalui kontrak baharunya yang meliputi tiga musim termasuk musim ini.

Dalam temubualnya bersama The Hollywood Reporter, Pompeo berkata dia akan digaji AS$575,000 untuk setiap episod, bonus “7-angka” untuk menandatangani kontrak pembaharuan dan tambahan kira-kira AS$6-7 juta.

Peningkatan gaji secara tiba-tiba berlaku selepas Pompeo mengadakan perbincangan dengan penerbit Grey’s Anatomy, Shonda Rhimes.

Katanya kepada Rhimes, jika dia ingin meneruskan siri Grey’s Anatomy, Pompeo harus diberi insentif dan kuasa supaya dia akan rasa seperti sebahagian daripada siri televisyen itu.

Respon Rhimes, “Sudah pastinya saya ingin meneruskan siri ini. Oleh itu, kami akan mencari cara untuk menggembirakan anda. Apa yang anda kehendaki?”

Pompeo menerangkan bahawa komitmen dalam Grey’s Anatomy memberikan tekanan kepadanya kerana dia tidak dapat berlakon dalam projek yang lain disebabkan kontrak yang tidak mengizinkan.

Menurut Pompeo, terma ini harus memberikan bayaran yang tinggi.

Pompeo turut meminta kontrak yang mengizinkan beliau untuk menjadi penerbit kerana pada usia 48 tahun, karier lakonannya menjadi tidak realistik.

Tambah Pompeo, keputusan Patrick Dempsey untuk keluar dari siri televisyen itu bertukar menjadi manfaat baginya dalam menentukan tawaran kontrak baru.

Watak McDreamy lakonan Dempsey ditamatkan pada 2015 selepas wujud ketegangan antara Dempsey dan pelakon lain serta Rhimes.

“Mereka sentiasa membandingkan Dempsey dan saya – ‘Kami tidak memerlukan kamu; Kami ada Patrick’ – mereka sentiasa menggunakan dialog ini ke atas saya.

“Saya tidak pasti jika mereka menggunakan taktik yang sama ke atas Dempsey kerana kami tidak pernah membincangkan tawaran dan kontrak kami.

“Saya pernah meminta bayaran AS$5,000 lebih tinggi daripada Dempsey kerana ini adalah Grey’s Anatomy dan watak saya adalah Meredith Grey, tetapi mereka menolak permintaan saya,” jelas Pompeo.

Katanya dia tidak meninggalkan siri televisyen itu kerana dia tidak mahu seorang lelaki menjadi punca dia keluar dari Grey’s Anatomy.



Source link

read more

Ratusan penyokong Fujimori berarak ucap terima kasih



LIMA: Beratus-ratus orang berkumpul di jalanan di Lima pada Jumaat bagi menunjukkan sokongan mereka kepada bekas presiden Peru, Alberto Fujimori.

Perarakan berkenaan turut bertujuan bagi menyatakan rasa terima kasih kepada Presiden Pedro Pablo Kuczynski atas pengampunan Fujimori pada malam Krismas.

Dalam keputusan yang bermakna itu, Fujimori hanya perlu menjalani tempoh separuh daripada hukuman yang dikenakan iaitu 25 tahun atas kesalahan melanggar hak asasi manusia.

Keputusan itu telah mencetuskan bantahan besar di seluruh negara dan mendorong pegawai kanan meletak jawatan di tengah-tengah krisis politik.

Secara rasmi, pengampunan diberikan atas dasar kemanusiaan yang ekoran kesihatan Fujimori.



Source link

read more

Terima kasih Anwar Ibrahim kerana terima saya – Tun Mahathir


SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berharap agar keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim melupakan perkara yang lepas, dan sebaliknya menumpukan usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Berucap sejurus dinamakan calon Perdana Menteri pilihan gabungan empat parti pembangkang itu, Dr Mahathir berkata, beliau sedar tekanan yang dialami keluarga ketua umum PKR itu, namun beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kesanggupan menerimanya semula.

“Di masa saya memerintah (1981-2003 sebagai Perdana Menteri ke-4), dia (Anwar) dihantar ke Sungai Buloh. Bukan mudah baginya untuk menerima saya.

“Bukan sahaja Anwar, malah keluarganya tentu merasai tekanan apabila Anwar dimasuk dalam tahanan. Mereka menderita selama 20 tahun dan untuk melupakan peristiwa ini bukan mudah buat keluarga Anwar,” katanya sewaktu berucap di penghujung Konvensyen Pakatan Harapan, di Shah Alam hari ini.

BACA: PH setuju Tun M dilantik PM, Wan Azizah timbalannya sekiranya menang PRU14

BACA: Pakatan Harapan setuju PM dua penggal

BACA: Calon Tun M sebagai PM ‘tawaran’ berani

Namun, Dr Mahathir berkata, beliau terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana sanggup bekerjasama dengan pasukan, termasuk dirinya sendiri, dalam apa yang mereka anggap sebagai ‘usaha’ menyelamatkan negara ini.

Pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar
atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Namun, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar hari ini berkata, Anwar akan dibebaskan pada 8 Jun ini berdasarkan ketetapan Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000, 1/3 remitan daripada hukuman diberikan kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan.

Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan turut bersetuju menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri sejurus selepas gabungan itu mendapat mandat rakyat selepas PRU14 nanti.

Perkara itu diumumkan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu membaca dokumen resolusi konvensyen yang dikenali sebagai Muafakat Pakatan Harapan.

Turut diumumkan, langkah Pakatan Harapan untuk membebaskan Anwar segera melalui permohonan Pengampunan Diraja, serta pengagihan 165 kerusi parlimen Semenanjung untuk empat parti itu.

Dalam sidang media kemudiannya, ketika ditanya sama ada beliau akan memegang jawatan itu untuk tempoh penuh lima tahun, Dr Mahathir berkata, beliau sudah pun berumur 93 tahun.

Ditanya sama ada 165 kerusi itu sudah cukup bagi Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional, Dr Mahathir berkata ia sebenarnya berkemungkinan.

Namun, tambahnya lagi, perlu juga rundingan berterusan dengan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak dalam menentukan jumlah sebenar pengagihan 222 kerusi parlimen.

“Kita punyai 165 kerusi, ia sebenarnya berkemungkinan untuk kita memenangi pilihan raya tanpa memerlukan kita bergantung kepada mereka (di Sabah dan Sarawak), tetapi kami tetap mahu bekerjasama dengan mereka,” katanya lagi.



Source link

read more

Lupa ucap terima kasih Harry Kane disergah tunang


SIAPA mampu menyangkal kehebatan pemain Tottenham Hotspur, Harry Kane?

Lapan hatrik dan dinobatkan penerima Kasut Emas Liga Perdana Inggeris tahun 2017, sememangnya Kane melalui satu tahun yang cukup manis.

Justeru, tidak hairanlah kedatangan tahun baru 2018 disambut penuh teruja oleh Kane, dengan satu posting di akaun Instagram.

Dalam posting itu, Kane memuat naik gambarnya bersama lapan bola hatriknya, di samping kasut emas yang dimenangi.

“2017 tahun yang hebat untuk saya. Selamat datang 2018!” tulis Kane, sambil meletakkan tanda pagar #Hattrickballs, #Goldenboot dan #HappyNewYear.

Ketika posting itu menerima komen positif daripada peminatnya, agak melucukan apabila tunang Kane, Kate Goodland, meletakkan komen berikut.

Goodland meninggalkan satu 'pertanyaan' kepada Kane di akaun Instagramnya.

“Anak pertama? Pertunangan?” tanya Goodland dalam satu komen yang telah pun dibuang.

Pertanyaan itu, mungkin juga bernada gurauan, merujuk kepada kelahiran anak pertama mereka, Ivy Jane, pada Januari tahun lalu, dan pertunangan mereka pada bulan Julai.

Namun penyerang berusia 23 tahun itu masih mampu mengawal keadaan apabila memberikan jawapan kepada soalan itu dalam nada yang tenang.

“Tentulah semua itu juga bermakna,” tulisnya.



Source link

read more

Saya bahagia terima kasih kerana jodohkan kami – Song Joong Ki



PELAKON drama popular ‘Descendants of The Sun’ (DOTS), Song Joong Ki akui kehidupannya kini lebih sempurna dengan kehadiran isterinya aktres, Song Hye Kyo.
 
Menurut Joong Ki, dia berterima kasih kepada pihak produksi Korea Broadcasting Sistem (KBS) kerana menemukan jodohnya menerusi drama tersebut.
 
“Saya telah bertemu dengan suri hati yang saya sangat cintai. Rasanya saya tidak akan lupakan tahun 2017 sepanjang hidup.
 
“Tak tahu macam mana nak gambarkan betapa gembiranya saya ketika ini, terima kasih KBS,” katanya.
 
Joong Ki membuat kenyataan itu sewaktu menjadi penyampai anugerah ‘KBS Entertainmen Awards’ yang berlangsung baru-baru ini.
 
Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dipertemukan dalam drama (DOTS) tahun lalu dan keserasian gandingan mereka sememangnya memberikan impak kepada peminat drama Korea di seluruh dunia.
 
Menerusi drama itu juga, peminat mula membuat hashtag rasmi #SongSongCouple dan merestui hubungan pasangan tersebut.
 
Peminat juga berasa gembira kerana hasrat mereka untuk melihat pasangan ini berkahwin tercapai pada 30 Oktober tahun lalu.



Source link

read more

Terima kasih Malaysia – The Rock terharu Jumanji bakal jadi filem terlaris



PELAKON utama filem Jumanji: Welcome to the Jungle, Dwayne ‘The Rock’ Johnson, telah memuat naik beberapa siri video ke akaun Instagramnya, untuk mengucapkan terima kasih di atas sambutan luar biasa penonton terhadap filem tersebut.

Antara negara yang menerima penghargaan daripada bekas ahli gusti WWE itu ialah Mexico, Indonesia, Perancis dan tidak ketinggalan, Malaysia.

Dalam video itu, The Rock mengakui cukup terharu apabila Jumanji yang baru memasuki minggu kedua tayangan di negara ini, telah berjaya disenaraikan sebagai filem ketiga terlaris di sini.

“Malaysia, anda punya tempat istimewa di hati saya, sejak saya memulakan kerjaya dalam arena gusti lagi. Antara kenangan manis yang saya kenang sehingga hari ini adalah bertarung dengan lawan di Kuala Lumpur.

“Saya sangat berterima kasih dan teruskan menikmati Jumanji,” kata The Rock dalam video itu.

Biarpun berdepan saingan sengit daripada Star Wars: The Last Jedi, ia dilaporkan Jumanji, setakat 22 Disember, telah mencatat kutipan lebih RM19 juta sejak mula ditayangkan 14 Disember lalu.

Menurut Eksekutif Pemasaran Senior Sony Pictures Entertainment Malaysia, Tan Phui Mun, tidak mustahil untuk filem itu mengutip sehingga RM30 juta sekaligus menjadi filem terlaris sepanjang zaman.



Source link

read more

Atas kasih sayang ibu bapa saya wakafkan tanah ini – Hassan Arshad



KANGAR: Mantan Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Ustaz Hassan Arshad mewakafkan sebidang tanah miliknya berhampiran kawasan Mata Ayer di sini untuk pembangunan yang memberikan manfaat kepada warga kerja dan pelajar universiti keseluruhannya.

Beliau yang bersara daripada perkhidmatan secara lantikan kontrak penghujung tahun 2016 yang lalu berkata niat (wakaf) tersebut sebenarnya berpunca daripada nazar yang telah dibuat semenjak pertengahan tahun 2000 yang lalu.

“Antara lainnya, saya bernazar sekiranya ada sebuah Universiti Awam (UA) yang diwujudkan di negeri Perlis ini, saya akan mewakafkan sebahagian tanah pusaka yang saya miliki untuk pembangunan universiti tersebut.

“Pada asalnya, tanah ini adalah atas nama arwah ayah sebelum dipindahkan kepada tiga orang ibu saya yang kemudiannya menguruskan hal pertukaran nama tanah kepada nama saya tanpa pengetahuan saya yang ketika itu sedang menuntut di universiti.

“Atas kasih sayang mereka kepada saya, kini saya panjangkan kembali kasih sayang itu atas nama wakaf ini agar pahala dan kebaikan ini disalurkan kembali kepada ibu-ibu dan ayah saya,” katanya semasa majlis Menandatangani Surat Ikatan Amanah Tanah Wakaf bersama UniMAP dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal manakala MAIPs diwakli oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor.

Berdasarkan surat Ikatan Amanah tersebut, MAIPs akan bertindak sebagai Mutawali atau pemegang amanah manakala UniMAP bertindak sebagai pentadbir kepada tanah yang diwakafkan itu.

Sementara itu, Dr Zul Azhar berkata proses wakaf tanah itu merupakan satu pengalaman baharu kepada UniMAP terutama dalam memastikan pemberi dan penerima manfaat mengikut panduan dan syarat wakaf yang ditetapkan.

“Wakaf ini juga secara tidak langsung selaras dengan harsat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperluaskan wakaf pendidikan tinggi yang berpotensi besar menjadi sumber ekonomi dalam menjana pendapatan universiti yang mana ia juga mestilah dilaksanakan dengan kebenaran Majlis Agama Islam Negeri terlibat.

“UniMAP komited untuk mengurus serta mentadbir tanah ini dengan sebaik mungkin untuk memberikan kebaikan dan manfaat secara bersama kepada semua pihak,”katanya.
_________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Aniss Rahim dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**Awani Rangers UniMAP ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)



Source link

read more

Terima kasih kerajaan, batal penalti dan notis pengosongan kuaters – Nasional


PETRA JAYA 29 Dis. – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang membatalkan penalti dan notis pengosongan kuaters yang dikenakan terhadap lebih 500 penjawat awam dan pesara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, hari ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, keputusan tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat bersama CUEPACS yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di Putrajaya pada pagi tadi.

“CUEPACS merakamkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan keputusan pantas ini.

“Garis panduan kelayakan mendiami kuaters disemak semula yang diguna pakai Badan Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan CUEPACS Sarawak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung CUEPACS, Adnan Mat dan Pengerusi CUEPACS Sarawak, Ahmad Malie.

Tambahnya, keputusan itu memberi kelegaan kepada mereka terlibat dan juga hadiah bagi menyambut tahun baharu.

Semalam, CUEPACS mendesak kerajaan membatalkan penalti dan notis pengosongan kuaters berkenaan yang diterima sejak April lalu.

Terdapat penjawat awam yang dikenakan penalti hingga mencecah hampir RM120,000 ekoran arahan pemindahan tempat kerja dari Kuala Lumpur ke Putrajaya dan sebaliknya selain persaraan kakitangan yang terlibat. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Semai nilai kasih sayang sempena Hari Krismas – PM Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Malaysia menyemai nilai kasih sayang antara satu sama lain bersempena sambutan Hari Krismas, Isnin ini.

“Begitu pantas waktu berlalu, sepantas pencapaian demi pencapaian yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2017 ini,” katanya dalam video bersempena Hari Krismas dan Tahun Baharu 2018 di laman Twitternya pada Sabtu.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu 2018, Najib berkata tirai 2017 diakhiri dengan seribu kemanisan dan mengajak rakyat menyambut tahun baharu dengan penuh keazaman. 

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons