Pengkorporatan kastam ditangguh – KP JKDM – Nasional


KUBANG PASU 13 Jan. – Keputusan untuk mengkorporatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan ini ditangguhkan sementara menanti hasil kajian yang sedang dijalankan pengurusan tertingginya.



Penswastaan kastam ditangguh - KP JKDM

Subromaniam Tholasy 

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, penangguhan itu dibuat bagi memastikan sebarang tindakan diambil selepas ini benar-benar memberi manfaat kepada JKDM, rakyat serta negara.

“Setakat ini masih belum ada sebarang perubahan terhadap JKDM sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Kami masih melakukan penilaian berhubung perkara tertentu dan melihat kesesuaian untuk melaksanakan perkara tersebut.

“Untuk itu kami akan mengunjungi beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Singapura dan Afrika Selatan bagi tujuan penilaian dan rujukan. Setelah semuanya selesai, kami akan sediakan kertas Kabinet dan kita tunggulah nanti apa hasilnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan Ke-12 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 50 pegawai dan kakitangan JKDM menerima diploma berkenaan yang julung-julung kali disertai oleh warga agensi kerajaan tersebut.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya tidak mahu terburu-buru dalam melaksanakan perkara itu kerana terlalu banyak perkara yang perlu diperhalusi.

“Di Amerika Syarikat contohnya, selepas kejadian 11 September 2001, pihak kastam mereka berpecah kepada dua iaitu Perlindungan Sempadan dan Kastam (CBP) serta Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Persekutuan (ICE). Jadi kita sendiri perlu buat penelitian sebaik mungkin bagi mendapatkan model terbaik mengikut kesesuaian semasa.

“Sebelum ini apabila cadangan pengkorporatan kastam diumumkan, banyak cakap-cakap tidak betul mengenainya tersebar. Apa yang diperkatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam videonya baru-baru ini mengenai pengkorporatan kastam juga semua tidak betul,” katanya.



Source link

read more

Kastam rampas 5,700 karton rokok – Nasional


KOTA BHARU 14. Dis. – Kastam merampas 5,700 karton rokok putih bernilai RM728,460 yang dipercayai diseludup selepas menyerbu sebuah lori di sebuah ladang kelapa di Kampung Telaga Ara, Gunong, Bachok di sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8.30 malam itu juga membawa penahanan kepada tiga lelaki berusia 30 sehingga tahun termasuk seorang warga Thailand.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Mohd. Nasir Yusoff berkata, ketika ditahan ketiga-tiga lelaki itu sedang memunggah muatan tersebut untuk masuk ke dalam lori.

“Kita percaya kesemua mereka menjadi orang tengah yang mendapat upah lumayan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

“Rokok seberat 969 kilogram ini dipercayai dari sempadan untuk dijual di sekitar premis, bazar dan kedai runcit negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

LHDN Kastam meterai MoU kongsi maklumat cukai



KUALA LUMPUR : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini memulakan kerjasama dalam satu program perkongsian maklumat bagi memastikan pematuhan cukai di kalangan rakyat pembayar cukai.

Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, kerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) itu, menerusi satu memorandum persefahaman (MoU), mampu meningkatkan kecekapan kutipan cukai di negara ini.

“Kedua-dua agensi perlu bekerjasama agar tenaga kerja sedia ada dapat dikekalkan selain mengurangkan kos penguatkuasaan.

“Data yang diperolehi membolehkan tindakan sesuai dan tepat diambil terhadap pembayar cukai,” katanya selepas majlis menandatangani MoU itu di sini pada Khamis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, MoU itu membolehkan JKDM mendapatkan maklumat daripada LHDN seperti Borang B, Borang BT, Borang M dan Borang C, antara lain, merangkumi maklumat pendapatan perniagaan, penggajian pendapatan lain, keuntungan cukai harta tanah, cukai pegangan dan sebagainya.

LHDN pula akan memperolehi maklumat khusus yang terdapat dalam Borang GST01, GST 03 dan GST04 serta maklumat lain dalam kawalan JKDM.

Sementara itu, Johari berkata, satu Jawatankuasa Induk Perkongsian Maklumat, yang dianggotai pengurusan tertinggi kedua-dua agensi, dan Jawatankuasa Kerja Teknikal, telah ditubuhkan bagi pelaksanaan program ini.

“MoU ini turut membantu Pasukan Petugas Collection Intelligence Arrangement (CIA) yang ditubuhkan tahun lalu untuk meningkatkan keberkesanan pematuhan dan menangani isu ketirisan cukai,” tambahnya.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah.

Mengulas mengenai keberkesanan pasukan CIA melalui inisiatif perkongsian maklumat dengan JKDM, Sabin berkata sehingga 30 Sept tahun ini, pihaknya dapat menyelesaikan 17,454 kes melibatkan jumlah penyelesaian cukai sebanyak RM789.85 juta.

Bagi JKDM pula, Subromaniam berkata, perkongsian maklumat bersama itu akan meningkatkan prestasi jabatannya dari segi peningkatan hasil.

Sehingga Oktober 2017, JKDM telah menyelesaikan 7,537 kes melibatkan penyelesaian tuntutan hasil Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan duti import berjumlah RM695.79 juta yang sebahagiannya susulan hasil perkongsian maklumat.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons