LEPAS PKR, DAPigs BERI KATA DUA BUAT PPBM!!! ~ SEMUT HITAM


DAPigs Selangor memberi kata dua kepada PPBM negeri itu supaya tidak melampau dalam membuat tuntutan kerusi dan diingatkan supaya patuh kepada keputusan yang sudah dibuat.

Naib Pengerusinya, menyindir PPBM Selangor yang cuba menunjukkan taring tetapi lama-kelamaan mereka akan tunduk kepada keputusan yang sudah disepakati sesama parti dalam Pakatan.

“Biasalah orang baru memang macam itu, sentiasa mahu tunjuk taring.

“Bagaimanapun saya yakin itu hanyalah permulaan bagi Bersatu (PPBM), saya yakin lama-kelamaan mereka akan terima keputusan pucuk pimpinan yang akan mengambilkira kepentingan semua parti komponen lain dalam pembahagian kerusi,” beliau dipetik berkata semasa menghadiri sidang media Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina hari ini.

Terdahulu, PPBM Selangor bertegas mahu bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi UMNO pada PRU13 lalu meskipun ia mendapat bantahan daripada PKR.

Semalam, wakil PKR memberikan gambaran seolah – olah tuntutan yang dibuat oleh PPBM yang mahu bertanding di 12 kerusi DUN di Selangor sebagai satu langkah tidak sedar diri.

PKR mendakwa, tuntutan yang dibuat oleh PPBM perlu realistik dan berdasarkan kepada kekuatan serta kemampuan parti itu untuk menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Dalam erti kata lainnya, DAPigs dan PKR sepakat dalam memberikan pandangan bahawa PPBM tidak selayaknya diberikan kerusi yang banyak kerana parti itu masih baru serta tidak mempunyai kekuatan akar umbi untuk mendapat mandat dari rakyat!!!




Source link

read more

Siapa kata Iraq tiada padang bola?


WhatsApp Image 2018-02-13 at 12.52.56MO, 13/2/2018 – KENYATAAN Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa Iraq tidak mempunyai padang bola sepak adalah kurang tepat memandangkan Iraq tidaklah seteruk seperti yang digambarkan.

Walaupun sentiasa berdepan dengan masalah pergolakan, namun Iraq tetap memiliki stadium bola sepak. Secara keseluruhannya Iraq mempunyai 19 stadium dan Stadium Al-Shaab adalah yang tertua selepas mula digunakan pada 6 November 1966.

Stadium Al-Shaab venue rasmi skuad kebangsaan Iraq pernah mengalami kerosakan teruk apabila dibom oleh tentera udara Amerika Syarikat pada 2003 sebelum kerajaan mereka melakukan kerja-kerja pengubahsuaian secara besar-besaran pada 2010.

Bagaimanapun pada 2013, venue rasmi skuad kebangsaan Iraq diambil alih oleh Stadium Antarabangsa Basra yang mempunyai kapasiti 65,000, sekali gus menjadi stadium terbesar di Iraq.

Memiliki 19 stadium sudah cukup untuk membuktikan Iraq mampu menganjurkan liga mereka sendiri, malah majoriti skuad bawah 23 (B-23) Iraq yang menyertai Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (B-23) di China pada Januari lalu beraksi di liga domestik.

Kelmarin, Azmin membuat kenyataan apabila membandingkan keadaan di Iraq yang tidak mempunyai padang bola sepak tetapi rakyat negara itu boleh bermain sukan berkenaan di padang pasir dengan Selangor yang ketika ini terpaksa menjadikan Stadium Kuala Lumpur sebagai venue rasmi mereka pada musim ini.

Bukan sahaja memiliki stadium bola sepak, malah Iraq turut mempunyai rekod cemerlang apabila skuad B-23 negara itu pernah muncul juara edisi pertama Kejuaraan AFC B-23 pada 2013 serta beraksi dalam Sukan Olimpik 2016.

Akhir kata, Iraq adalah kuasa besar dalam bola sepak di benua Asia dan tidak mustahil mampu menggegar dunia satu hari nanti.

Selangor pula adalah gergasi bola sepak tanah air dan memang menyedihkan pasukan yang memiliki deretan sejarah terpaksa ‘menumpang’ untuk beraksi dalam liga, yang mana mereka antara calon untuk muncul juara.



Source link

read more

Siapa kata Spice Girls akan adakan konsert jelajah dunia – Victoria Beckham



BARU sahaja minggu lalu kumpulan pop terkemuka Spice Girls mengirimkan khabar gembira buat peminat apabila mengumumkan reunion mereka.

Namun, semalam, salah seorang anggota kumpulan itu Victoria Beckham menafikan khabar yang mereka akan mengadakan konsert jelajah berkenaan.

Dalam temu ramah bersama majalah Vogue, Victoria berkata projek reunion itu mungkin akan membabitkan satu single dan satu persembahan sahaja, dan mereka tidak akan menjelajah dunia untuk mengadakan konsert serta bertemu peminat.

“Siapa kata kami akan mengadakan konsert jelajah? Itu tiada langsung dalam perancangan.

“Seronok dapat berjumpa mereka (anggota Spice Girls) kembali. Kami bercakap tentang banyak idea tentang masa depan Spice Girls, tapi buat masa ini semua itu hanya idea.

“Antara idea yang kami fikirkan menarik adalah menubuhkan satu syarikat rakaman dan kumpulan wanita yang boleh meneruskan legasi Spice Girls.

“Dunia saya kini adalah (rekaan) fesyen. Itu tugas saya,” kata Victoria.

Kenyataan Victoria itu bercanggah dengan laporan banyak media antarabangsa yang kononnya kumpulan itu bakal mengadakan konsert jelajah ke seluruh dunia tidak lama lagi.

Minggu lalu, Victoria memuat naik sekeping gambar dia bersama empat lagi anggota Spice Girls – Emma Bunton, Geri Horner, Mel C dan Mel B di akaun Instagramnya.

Media United Kingdom kemudian melaporkan pengasas Pop Idol, Simon Fuller, mengesahkan kesemua anggota asal kumpulan muzik wanita paling berjaya itu akan kembali bersatu untuk satu projek reunion.



Source link

read more

Selamatkan pendaki Singapura jutaan terima kasih kata PM Lee



SINGAPURA: Jutaan terima kasih. Kami sangat menghargai bantuan anda semua!, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sebagai tanda penghargaan terhadap usaha pihak berkuasa dan sukarelawan Malaysia mencari dan menyelamatkan dua warga Singapura yang hilang di Gunung Pulai, Johor.

“Pihak berkuasa Malaysia telah mengerahkan tenaga kerja dan sumber yang agak banyak bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam catatan di Facebook beliau.

Dua pendaki itu, Dominick Tan dan Clarice Lum Jie, dilaporkan hilang di Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai, sejak Isnin dan ditemukan selamat di Empangan Ulu Choh di Pontian pada Rabu.

“Terima kasih banyak-banyak kepada Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai Mohd Khairi Zainudin, pasukan mereka serta pasukan Singapura di lapangan, bagi usaha mereka dalam operasi itu.

“Terima kasih tidak terhingga juga kepada sukarelawan daripada kedua-dua pihak yang menyertai usaha menyelamat walaupun tidak mengenali kedua-dua pendaki secara peribadi. Jutaan terima kasih. Kami sangat menghargai bantuan anda semua!,” tulisnya yang sebahagiannya dalam bahasa Melayu.

Lee berkata beliau “berasa lega” kedua-dua pendaki itu telah dijumpai.

“Kedua-duanya akhirnya berjaya dikesan oleh helikopter penyelamat pada pagi ini (Rabu), diambil oleh bot penyelamat dan kini mereka dalam perjalanan pulang ke tanah air,” tulis Lee.

BACA: Dua warga Singapura hilang di Gunung Pulai, usaha mencari diteruskan

BACA: Dua warga Singapura sesat di Gunung Pulai, ditemui selamat

Dominick dan Clarice, kedua-duanya berumur 27 tahun, dijumpai pasukan SAR pada 11.24 pagi, kira-kira 50 kilometer dari lokasi terakhir mereka dikesan selepas menerima panggilan kecemasan di talian 999 pada Isnin.

Pendaki berkenaan dilaporkan masuk ke kawasan Gunung Pulai pada 12.15 tengah hari Isnin dan membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa pada 5.55 petang hari yang sama.

Kali terakhir mereka dapat dihubungi pada kira-kira 10 malam.

Kedua-dua mereka dikesan di sebuah tasik berhampiran empangan itu menerusi alat pengesan dari udara helikopter pasukan Polis Diraja Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more

LinkedIn Berkongsi Kata Kunci Popular Yang Digunakan Pengguna Malaysia Pada Profil Mereka – Amanz


LinkedIn, laman yang popular dikalangan pekerja dan para profesional, kini telah mengeluarkan senarai kata kunci popular atau Buzzword yang digunakan pengguna tempatan dalam penerangan profil mereka di LinkedIn. LinkedIn mengumpulkan data ini sepanjang 2017 – sekaligus secara tidak langsung memperlihatkan trend pekerja tempatan berbanding negara lain.

Menurut data yang dikeluarkan, ramai penguna menggunakan kata kunci seperti “Experienced” dan “Skilled” pada 2017 yang lepas – sekaligus memperlihatkan pengguna tempatan lebih memfokuskan kepada pengalaman kerja dan skill mereka dalam paparan profil – berbanding beberapa kelebihan yang lain.

Pihak LinkedIn sendiri menekankan yang mana perkongsian pengalaman kerja dan skill akan membuatkan majikan lain untuk lebih mudah mengenali dan mengecam anda – sekaligus membuatkan kadar anda menerima tawaran kerja baru lebih tinggi berbanding kebiasaan.

Seperti biasa, pihak LinkedIn turut mengalakkan pengguna tempatan untuk berinteraksi dengan yang lain – sekaligus membuatkan anda lebih dikenali dalam komuniti.

Berikut merupakan kata kunci popular dikalangan pengguna tempatan sepanjang 2017 lepas:

  1. Experienced
  2. Skilled
  3. Specialize
  4. Passionate
  5. Leadership
  6. Responsible
  7. Motivated
  8. Expert
  9. Creative
  10. Excellent



Source link

read more

Trump beri kata dua kepada Palestin



DAVOS: Presiden Donald Trump pada Khamis mengulangi ancaman mahu menghentikan bantuan kepada Palestin sekiranya mereka tidak mahu mengambil bahagian dalam rundingan damai.

Trump menuduh Palestin tidak menghormati Amerika Syarikat (AS), dan atas alasan itu, soalnya, mengapa negara Uncle Sam itu perlu berbuat baik kepada mereka.

Bercakap pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Trump memaklumkan, AS membantu Palestin dengan ratusan juta dolar dan pelbagai bentuk bantuan setiap tahun.

Namun, beliau kecewa apabila pentadbiran Palestin tidak mengalu-alukan kehadiran Naib Presidennya di Baitulmaqdis dan enggan mengadakan pertemuan dengan Mike Pence.

“Wang bantuan sudah tersedia, namun ia tidak akan sampai kepada mereka (Palestin) sekiranya mereka enggan duduk di meja rundingan dan mula berbincang mengenai pelan damai,” kata Trump pada sidang media selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Keengganan Palestin berunding adalah berpunca daripada tindakan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel Disember lalu.

Tindakan itu, tegas pentadbiran Palestin, menyebabkan mereka tidak lagi boleh menerima AS sebagai pengantara rundingan damai Asia Barat.

AS awal bulan ini mengumumkan menyekat peruntukan bernilai AS$65 juta kepada agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menguruskan bantuan kepada pelarian Palestin.

Pada 2016, Palestin menerima bantuan bernilai AS$260 juta daripada AS.

Israel bagaimanapun menerima peruntukan bantuan lebih tinggi dengan AS$3 bilion, yang mana ia melibatkan bantuan pertahanan tahunan.



Source link

read more

Ringgit diunjur mengukuh pada paras 3.8 – 3.9 tahun ini kata HSBC


KUALA LUMPUR: Prestasi ringgit yang mencatat momentum pengukuhannya baru-baru ini, diunjur berterusan dan mencecah paras antara 3.8 dan 3.9 berbanding dolar AS pada tahun ini, kata HSBC.

Pengarah Urusan/Ketua Bersama Penyelidikan Ekonomi Asia HSBC, Frederic Neumann juga menyifatkan ringgit tidak ‘dinilai berlebihan’ pada tahap ini dan masih perlu mencatat lebih banyak peningkatan selepas mengalami penyusutan secara ketara sejak dua tahun lepas.

“Kami juga positif terhadap prospek pertumbuhan Malaysia dan menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2017 mencatat 5.9 peratus dan muncul sebagai ekonomi membangun ketiga terpantas di ASEAN selepas Filipina dan Vietnam,” katanya pada taklimat media bersempena Forum Unjuran Asia dan Inisiatif ‘Belt Road’ (BRI) 2018 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Neumaan berkata walaupun angka pertumbuhan KDNK kukuh susulan penyusutan nilai ringgit itu ternyata meningkatkan eksport, HSBC bagaimanapun mengunjurkan penurunan kecil KDNK pada 5.1 peratus tahun ini susulan kenaikan ringgit.

Merujuk Kadar Dasar Semalaman (OPR), Neumann menjangkakan pelaksanaan langkah tegas yang lebih menyederhana tahun ini dengan Bank Negara Malaysia (BNM) diunjur melaksanakan hanya satu kenaikan kadar faedah tahun ini yang berkemungkinan besar pada Mac ini.

“Kenaikan lebih banyak tidak perlu bagi mengelak tekanan inflasi. Malah, kemungkinan untuk kenaikan berkenaan diumumkan minggu ini juga terlalu awal kerana bank pusat itu perlu menunggu lebih banyak data membabitkan inflasi,” katanya.

Selain itu, Neumann berkata Malaysia perlu memanfaatkan BRI itu bagi mengambil peluang daripada pasaran China berikutan kedudukan negara itu sebagai pemacu enjin pertumbuhan Asia ketika ini serta bakal muncul sebagai ekonomi terbesar dunia menjelang 2024.

Menurutnya, Agenda 2025 China – dasar perindustrian bagi mentransformasikan negara itu sebagai peneraju perusahaan global, akan menyaksikan peningkatan perbelanjaan modal kerana China perlu mengimport lebih banyak jentera dan produk berteknologi tinggi dari negara lain sebagai teras sektor terbabit.

“Ini sudah pun memberi manfaat untuk negara-negara seperti Taiwan, Jepun dan Jerman namun kami percaya Asia Tenggara turut mendapat faedahnya.

“Singapura menghasilkan beberapa produk berteknologi tinggi seperti jentera semikonduktor dan penggerudian manakala di Malaysia pula membabitkan peningkatan eksport elektronik,” katanya.

Nuemann turut membangkitkan mengenai keperluan rantau ini meningkatkan laluan perkapalan selain kapasiti pelabuhan dan rel dalam usaha merebut peluang pasaran China yang pesat berkembang.

Sementara itu, Ketua Pembangunan Perniagaan Renminbi (RMB) Global HSBC, Candy Ho berkata pembiayaan ringgit kekal relevan untuk BRI di Malaysia walaupun terdapat permintaan ketara terhadap RMB.

“Kami melihat peningkatan permintaan itu merangkumi pelbagai aktiviti rentas sempadan. Namun pada masa sama, mata wang domestik juga penting dari segi projek infrastruktur di serata negara berbeza.

“Malah, adalah biasa bagi syarikat meningkatkan mata wang domestik mereka kerana ini lebih berkesan dari segi kos,” katanya.

Menurutnya, bagi pasaran modal Malaysia yang memiliki kelebihan dari segi penawaran sukuk juga mempunyai kapasiti sebagai sokongan terhadap projek-projek infrastruktur tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

Malaysia tangani krisis lebih baik berbanding negara lain kata Salleh Said Keruak


KUALA LUMPUR: Malaysia dapat menangani krisis yang dihadapinya dengan lebih baik berbanding banyak negara lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata dengan dunia sedang berdepan pelbagai krisis, Malaysia turut menerima kesannya.

Namun, beliau berpendapat penyelesaian kepada krisis bukanlah dengan mengambil jalan mudah seperti mengubah kerajaan atau Perdana Menteri.

“Pakatan Harapan memberitahu rakyat bahawa Malaysia sedang menghadapi krisis politik dan ekonomi, dan satu-satunya cara untuk mengatasi masalah itu adalah dengan menukar kerajaan atau menggantikan Perdana Menteri,” katanya dalam catatan di blog sskeruak.blogspot.my malam ini.

Merujuk kepada Amerika Syarikat dan United Kingdom, beliau berkata kedua-dua negara itu merupakan contoh demokrasi barat dengan Amerika Syarikat mengamalkan sistem kerajaan republik manakala United Kingdom melaksanakan pemerintahan raja berperlembagaan Westminster.

“Kedua-duanya mengalami krisis ekonomi dan politik,” katanya sambil memberitahu bahawa kerajaan kedua-dua negara itu juga sedang menghadapi krisis keyakinan dan berusaha untuk kekal relevan.

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata tindakan menukar kerajaan yang dilakukan di Amerika Syarikat dan United Kingdom bukan sahaja tidak menamatkan krisis politik dan ekonomi yang dihadapi mereka, malah menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.

“Apa yang berlaku di bahagian dunia lain juga memberi kesan kepada Malaysia. Ini bermakna, penyelesaian bukanlah dengan mengambil jalan mudah seperti menukar kerajaan atau Perdana Menteri,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

AFC B-23 Pencapaian kita membanggakan kata Kim Swee


PERJUANGAN skuad B-23 tahun negara dalam Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 berakhir semalam selepas tewas tipis 2-1 kepada Korea Selatan di Stadium Kunshan, China.

Sekalipun gagal memahat satu lagi sejarah, pencapaian anak buah Datuk Ong Kim Swee tetap membanggakan menerusi kemampuan bersaing hebat dengan beberapa pasukan handalan Asia.

Skuad B-23 negara hadir ke bumi China dengan persiapan lebih rapi berbanding ketika persediaan untuk aksi kelayakan kejohanan tahun lalu.

Berguru dalam cuaca sejuk selama sebulan di Mokpo, Korea Selatan dan tiba awal di China, skuad B-23 negara tampak lebih bersedia untuk cabaran sulung ini.

Namun, skuad negara bermula goyah di Changshu selepas dibelasah 4-1 menentang juara edisi pertama 2013, Iraq, dalam aksi pertama Kumpulan C.

Tidak diletakkan harapan dalam perlawanan kedua bertemu Jordan, skuad negara bangkit mengikat lawan 1-1 untuk satu mata berharga yang menghidupkan peluang mereka ke suku akhir.

Skuad negara kemudian ke Kunshan untuk perlawanan terakhir kumpulan berdepan Arab Saudi dan ternyata bumi Kunshan memberi tuah kepada Malaysia menerusi kejayaan istimewa menumbangkan naib juara 2013 itu 1-0 untuk melakar sejarah baru bola sepak negara.

Namun, hasrat skuad negara untuk membuat kejutan dalam suku akhir tidak kesampaian susulan tewas tipis 2-1 kepada satu lagi pasukan gergasi Asia, Korea Selatan, sekali gus tersingkir daripada kejohanan.

“Ini merupakan satu pencapaian yang sangat baik, bukan sahaja layak, tetapi kami menemui corak permainan serta keyakinan yang tinggi di atas padang,” kata Kim Swee.

Rata-rata pemain negara berjaya menyerlahkan kemampuan masing-masing bersaing di pentas Asia.

Paling mencuri tumpuan, Safawi Rasid muncul penyumbang utama gol skuad negara dalam kejohanan ini dan Danial Amier Norhisham selaku wira dalam kemaraan Malaysia ke suku akhir.

“Apa yang telah dipamerkan oleh Malaysia, kami membuktikan bahawa skuad negara mampu bersaing dengan pasukan-pasukan lain,” kata Danial Amier.



Source link

read more

Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma diberi kata dua berundur atau kami pecat anda



JOHANNESBURG: Parti memerintah Afrika Selatan Kongres Nasional Afrika (ANC) dikatakan sedang berusaha menyelamatkan ‘air muka’ presiden negara itu Jacob Zuma, dengan mencari jalan terbaik untuk menyingkirkan pemimpin yang terpalit dengan kontroversi dan skandal itu.

Lapor saluran televisyen eNCA, Majlis Eksekutif Kebangsaan ANC telah bermesyuarat dan berpendirian untuk memohon Zuma meletakkan jawatan secara baik atau enam anggota tertinggi majlis itu bakal memaksanya berundur.

Namun tidak disebut dari manakah sumber berita itu diperolehi.

BACA: Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mohon maaf seleweng dana untuk kediaman peribadi

BACA: Ceritalah ASEAN – Bayangan Zuma menjangkau Asia Tenggara

Seorang jurucakap wanita ANC, Khusela Diko ketika ditanya enggan mengesahkan laporan itu dan meminta agar wartawan merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat parti itu semalam yang tidak menyentuh langsung mengenai perkara itu.

Bagaimanapun salah seorang anggota majlis itu yang enggan dinamakan mengesahkan keputusan itu adalah sebulat suara.

Penggal presiden Zuma hanya akan tamat pada tahun hadapan.

Kepimpinan parti itu bergolak selepas Zuma dikatakan terpalit dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, yang dinafikannya sekeras-kerasnya.

Zuma juga dibidas ekoran ekonomi negara yang tidak memberansangkan.

ANC sebelum ini telah melantik pemimpin baru, Cyril Ramaphosa untuk menggantikan Zuma sebagai pemimpin parti.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons