‘Thicker Than Water’ teater pertama Malaysia ke New York


imageMO, 23/2/2018, KUALA LUMPUR  – Teater ‘Thicker Than Water’ yang dilaksanakan oleh TerryandTheCuz Production bakal dipentaskan di pentas berprestij The Public Theater, New York pada 18 hingga 28 Mei ini.

Membariskan pelakon Douglas Lim dan Gavin Yap, teater ini merupakan pementasan pertama yang diterbitkan sepenuhnya oleh warga tempatan di pentas Broadway.

Pengarahnya, Terence Conrad berkata, The Public Theater merupakan platform penting bagi rakyat Amerika untuk menerbitkan karya baharu.

“Platform itu juga dapat mencambahkan lagi generasi muda yang melibatkan dengan diri mereka sebagai artis teater menerusi pementasan karya dan pembacaan oleh penulis-penulis terkenal di The Public Theater,” ujarnya.

Menurut Terence lagi, pementasan ‘Thicker Than Water’ adalah penerima geran dibawah Dasar Industri Kreatif (DIKN) yang diselia oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita pada sidang akhbar teater tersebut di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) Jalan Ampang di sini, hari ini.

‘Thicker Than Water’ ialah sebuah karya yang berkisar tentang mencari identiti, impian dan cita-cita, dipersembahkan dalam bentuk humor tetapi menyelitkan maksud yang amat mendalam.

Karya itu juga secara sinis, mengingatkan generasi muda agar mempunyai jati diri yang kukuh dan berbangga dengan adat dan budaya masing-masing kerana hilang adat, hilanglah bangsa.

Beliau menambah, skrip menampilkan pencanggahan yang membentuk pendapat generasi muda Malaysia dalam mencari identiti sendiri di dunia yang dikuasai budaya barat.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKKN, Tan Sri Norliza Rofli berkata, penerimaan ‘Thicker Than Water’ untuk dipentaskan di New York merupakan suatu yang amat membanggakan.

Namun begitu, kumpulan pementasan ini termasuk warga kerja di belakang tabir, berhadapan dengan kekangan kewangan untuk penginapan dan makan minum sepanjang mereka berada di New York.

Sehubungan itu, Norliza mengharapkan agar rakyat Malaysia yang prihatin dan pendukung pementasan, dapat menghulurkan bantuan yang dianggarkan sebanyak RM280,000.

“Jumlah itu untuk digunakan bagi menanggung tempat tinggal serta makan minum warga kerja yang terlibat dalam pementasan ‘Thicker Than Water’.

“Kita berharap, kutipan dapat dilakukan sebelum mereka ini berangkat ke New York pada April ini nanti,” katanya.

Sumbangan orang ramai amat dialu-alukan dan bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan kewangan, bolehlah berhubung terus dengan Terence di talian 012-2078447 atau emel [email protected]

– UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Syerif di Florida sedia latih guru bawa senjata ke sekolah



WINTER HEAVEN: Syerif tempatan di Florida sedia mengawasi satu program yang diperkenalkan bagi melatih guru-guru yang akan dibenarkan membawa dan mengendalikan senjata api di sekolah. 

Program Sentinel itu dijalankan bagi membolehkan guru-guru yang telah melalui latihan ketat, bahkan lebih daripada yang diperlukan untuk menjadi syerif, membawa senjata ke sekolah ketika waktu bekerja.

Syerif Polk County Grady Judd mengumumkan pada Khamis, beliau akan melantik “timbalan khas” yang akan dibekalkan senjata, walaupun undang-undang Florida tidak membenarkan selain pegawai penguatkuasa undang-undang membawa senjata ke sekolah.

“Saya memberi mereka kuasa untuk membawa ke kampus senjata api yang disembunyikan semata-mata bagi memastikan pelajar selamat dan dilindungi daripada penyerang yang datang ke kampus, dengan tujuan membunuh pelajar atau kakitangan,” kata Judd. 

Judd juga mengatakan program ini adalah jalan terakhir selepas semua usaha lain dilakukan bagi mencegah penembakan massa.

Susulan serangan di Florida 14 Feb lalu yang membunuh 17 pelajar dan kakitangan Marjory Stoneman Douglas High School, di Parkland, Presiden Donald Trump pada Khamis (22 Feb) mengadakan perbincangan mengenai keselamatan di sekolah bersama pegawai peringkat negeri dan tempatan.

Dalam mesyuarat itu, Trump mencadangkan guru sekolah dilengkapi senjata bagi menghalang kes tembakan besar-besaran.



Source link

read more

Petronas tandatangan kontrak bekal LNG ke India


petronas_logo.jpg.transformed_1MO, 22/2/2018, KUALA LUMPUR: PETRONAS melalui anak syarikatnya, PETRONAS LNG Ltd (PLL) menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan H-Energy Mideast DMCC (HEMD), bagi membekalkan gas asli cecair (LNG) ke India.

Menerusi perjanjian itu, ia sekali gus merekodkan kejayaan bagi PLL dalam mendapatkan kontrak pertama LNG di pasaran India.

HEMD berpangkalan di Dubai dan anak syarikat milik penuh H-Energy Global Limited, iaitu sebahagian daripada Hiranandani Group.

Syarikat berkenaan kini menumpukan kepada pemerolehan bekalan dan perdagangan LNG, minyak mentah, produk petroleum dan petrokimia.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan PLL, Ezhar Yazid Jaafar, berkata perjanjian itu selari dengan strategi pertumbuhan PETRONAS dalam memperluaskan bekalan LNG dan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat ke atas tenaga bersih dan boleh dipercayai dalam ekonomi keempat paling pesat berkembang di dunia itu.

“Sebagai penggiat LNG ketiga terbesar dunia, PETRONAS diperakui sebagai pembekal LNG yang boleh dipercayai dan fleksibel, beroperasi dari pangkalan bekalan utama syarikat di Bintulu, Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Perjanjian SPA itu ditandatangani pada 24 Januari lalu yang membabitkan Ezhar Yazid dan Ketua Pegawai Eksekutif HEMD, Darshan Hiranandani.

PETRONAS, yang memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam LNG, kini sudah mempelbagaikan portfolio bekalan LNG sejak beberapa tahun lalu dengan memasukkan Australia Gladstone LNG dan kemudahan LNG terapung pertama di dunia (PFLNG Satu).



Source link

read more

Gambar Peranti Protototaip Huawei P20 Tertiris Ke Arena Web – Amanz


Huawei dijangka memperkenalkan Huawei P20 secara rasminya pada bulan Mac kelak, dimana tiga variasi peranti dijangka diperkenalkan, dan salah satunya dijangka menawarkan tiga kamera pada bahagian belakang. Kini, pihak Android Authority dilihat menerima akses kepada beberapa gambar peranti prototaip untuk apa yang dikatakan sebagai Huawei P20 – sekaligus memperlihatkan bentuk elemen rekaan baru yang dibawakan oleh peranti berkenaan.

Huawei P20 Prototaip

Huawei dilihat menggunakan rekaan yang lebih elegan pada Huawei P20, disamping menyertakan penggunaan skrin dengan rekaan nirbingkai pada bahagian atas dan bawah.

Huawei turut dilihat tidak menyertakan bicu audio pada peranti prototaip ini, lebih kurang seperti Mate 10 Pro sebelum ini. Peranti prototaip ini juga menyertakan hanya dwi-kamera pada bahagian belakang, dan bukannya tiga.

Huawei P20 Prototaip

Huawei P20 Prototaip

Ia tidak diketahui sama ada ini adalah rekaan akhir peranti berkenaan atau sebaliknya. Namun, boleh dikatakan rekaan baru ini adalah agak menarik jikalau dibandingkan dengan peranti lain dipasaran hari ini.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan rekaan peranti prototaip ini?



Source link

read more

ARM Mengumumkan Sokongan Kad-SIM Yang Diintegrasikan Terus Ke Cip Pemprosesan – Amanz


ARM merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada rekabentuk cip pemprosesan, dan rekabentuk keluaran mereka digunakan secara meluas pada peranti mudah-alih dan peranti pintar hari ini.

Kini, bergerak kehadapan, ARM turut mengumumkan sebuah teknologi baru yang dinamakan sebagai iSIM. Melaluinya, sokongan SIM dan data berkaitan dengannya diintegrasikan terus ke cip pemprosesan, sekaligus membolehkan penghasilan peranti dengan rekaan yang lebih kompak – dan pada masa yang sama mengurangkan kos dan sebagainya.

Untuk makluman, sebelum ini terdapat beberapa peranti yang menggunakan sokongan eSIM. Berbeza dengan iSIM, untuk eSIM ia menggunakan sokongan cip berasingan, sementara iSIM pula diintegrasikan terus pada cip pemprosesan utama peranti.

ARM dilihat lebih menyasarkan teknologi iSIM ini untuk digunakan pada peranti-berhubung (IoT), tetapi tidak mustahil untuk kita melihatnya hadir ke telefon pintar dan sebagainya.



Source link

read more

Kes Daesh dipindah ke Mahkamah Tinggi KL


WhatsApp_Image_2018-02-21_at_10.32.46_AM.jpeg.transformedMO, 21/2/2018, KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes tiga rakan yang terbabit dengan aktiviti pengganas Daesh ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membuat keputusan itu terhadap tertuduh Mohd Hafizi Mat Jusoh, 19, Ahmad Azmi Ahmad Rosli, 24, dan Mahadi Ibrahim, 34, selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes memiliki bom membabitkan tertuduh, Mohd Hafizi dikekalkan di Mahkamah Sesyen, di sini.

Sebelum ini, tertuduh, membuat pengakuan bersalah pada 5 November tahun lalu sebelum menukar pengakuan tidak bersalah pada 6 Disember selepas melantik dua peguam, Ariff Azami Hussein dan Rithauddeen Aziz.

Mengikut pertuduhan, pelajar di sebuah sekolah menengah di Pasir Puteh, Kelantan itu didakwa memiliki dua butir bom ‘improvised explosive device (IED)’ di sebuah rumah di Kampung Merkang, Pasir Puteh pada jam 6.05 petang, 10 Oktober 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara hingga 14 tahun dan minimum enam sebatan.

Mahkamah menetapkan 29 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.

Bagi empat pertuduhan membabitkan Daesh, remaja itu didakwa memiliki gambar, video dan dokumen; memaparkan bahan berkaitan kumpulan pengganas; memberi latihan menerusi aplikasi WhatsApp dan hadir di tempat latihan pengganas Daesh.

Kesalahan itu didakwa masing-masing mengikut Seksyen Seksyen 130JB(1)(a), Seksyen 130JB(1)(b), 130F(a) dan Seksyen 130FB(1)(a) Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dua lagi rakan tertuduh, Ahmad Azmi dan Mahadi yang masing-masing berdepan tiga dan dua pertuduhan berasingan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.



Source link

read more

Samsung Mungkin Memperluaskan Penggunaan Skrin “Infinity Display” Ke Peranti Berspesifikasi Pertengahan – Amanz


Samsung sebelum ini telah hadir dengan peranti nirbingkai hasil penggunaan panel yang mereka panggil sebagai “Infinity Display”. Ia buat masa ini hanya digunakan pada peranti berspesifikasi tinggi sahaja seperti Galaxy S8 dan Galaxy Note 8.

Sebelum ini, pada awal tahun ini, kita telah melihat penggunaan panel rekaan sama pada Galaxy A8 2018, sekaligus membawa panel berkenaan pada peranti berspesifikasi pertengahan.

Kini, menurut laporan TheInvestor, ia dikatakan Samsung akan terus memperluaskan penggunaan panel OLED berkenaan pada peranti berspesifikasi pertengahan.

Sekiranya benar, maka kita mungkin akan melihat penggunaannya meluas pada telefon siri A yang lain daripada Samsung.

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, memandangkan trend industri sendiri yang memperlihatkan pelbagai peranti hadir dengan rekaan seumpamanya dan Samsung turut tidak ingin ketinggalan. Tetapi, sekiranya benar Samsung menawarkan panel OLED pada peranti berspesifikasi pertengahan, ia mungkin menjadi salah satu kelebihan penawaran daripada syarikat Korea Selatan berkenaan dalam memenangi hati para pengguna seluruh dunia.



Source link

read more

Jangan hantar tentera ke Afrin amaran Turki kepada Syria



ANKARA: Turki pada Isnin memberi amaran kepada Syria agar tidak menghantar tentera ke daerah Afrin untuk membantu militia Kurdish, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai kanan Turki.

“Keputusan kerajaan Syria untuk menghantar pasukan tentera ke Afrin akan memberi lampu hijau kepada tindakan memecah-belahkan Syria, dan bakal mengundang kesan buruk kepada rantau ini,” kata Timbalan Perdana Menteri Turki, Bekir Bozdag, kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusolgu, telah memberi amaran bahawa jika tentera Syria memutuskan untuk mempertahan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG), maka “tiada apa dan siapa yang boleh menghalang tentera Turki.”

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, telah menghubungi rakan sejawat beliau di Rusia dan Iran, Vladimir Putin dan Hassan Rouhani, untuk memberi amaran berhubung langkah sedemikian.

Ankara menganggap YPG sebagai sekutu Syria dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang telah diharamkan dan merupakan sebuah organisasi pengganas dalam senarai Turki.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat menyokong YPG sebagai sekutunya dalam memerangi militan Daish di Syria.

Turki telah melancarkan satu operasi ketenteraan pada 20 Jan di daerah Afrin untuk mengusir militia YPG dan berjanji akan memperluas operasinya ke Manbij di mana tentera Amerika Syarikat ditempatkan bersama-sama YPG untuk menentang Daish.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons