5 maut dalam kebakaran di pusat jagaan orang tua di Sungai Long



KAJANG: Lima disahkan meninggal dunia dalam satu tragedi kebakaran di sebuah pusat jagaan orang tua Noble Care Home, di Sungai Long pagi tadi.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, kejadian berlaku jam 5 pagi tadi dan pihaknya menerima panggilan jam 5.06 minit pagi.

Sepasukan anggota bomba dikejarkan bagi memadamkan kebakaran di rumah banglo dua tingkat terbabit yang dijadikan pusat jagaan orang tua.

Mengikut laporan awal, empat yang maut adalah warga emas dikenali sebagai Leow Chong Fatt, Tue Hoi Foo, Kuan Chi Meng dan Leow Han lin.

Manakala seorang lagi mangsa yang maut adalah pekerja lelaki di rumah jagaan terbabit yang hanya dikenali sebagai Awis berumur 28 tahun.

Ketika kejadian terdapat terdapat individu di dalam rumah banglo terbabit.

Seorang warga emas dan tiga pekerja yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

Laporan awal bomba menyatakan mangsa maut pertama ditemui pada jam 6.05 minit pagi manakala mangsa kedua ditemui lima minit kemudian.

Mangsa ketiga dan keempat ditemui sekitar jam 6.20 minit pagi dan mangsa yang terakhir ditemui pada jam 7.07 minit pagi tadi.

Siasatan lanjut masih dijalankan.



Source link

read more

Kebakaran California kini bagaikan neraka dunia



CALIFORNIA: Pihak berkuasa California terus bertungkus lumus mencari jalan untuk memadamkan kebakaran yang kini merebak sehingga ke selatan daerah itu dan diibaratkan sesetengah penduduk sebagai ‘neraka dunia’.

Jabatan Bomba California sehingga kini terpaksa menggunakan pesawat untuk melepaskan air jauh ke dalam kawasan hutan bagi meredakan api.

Namun sehingga kini usaha itu  belum lagi  mampu menyekat api daripada merebak disebabkan faktor tiupan angin yang kencang sehingga 60 batu sejam.

Kebakaran setakat ini telah memusnahkan ratusan kediaman dan memaksa lebih 200 ribu penghuninya berpindah.

Api telah merebak dan membakar hampir 150 ribu ekar kawasan hutan dan kediaman.



Source link

read more

46 kuda lumba terkorban dalam tragedi kebakaran hutan California



CALIFORNIA: Sekurang-kurangnya 46 ekor kuda lumba di sebuah pusat latihan di Kaunti San Diego menjadi mangsa korban kebakaran hutan di California.

Kebakaran turut mencederakan seorang jurulatih yang parah ketika cuba menyelamatkan enam daripada kuda tersebut, lapor HuffPost.

Ketika kejadian, hampir 500 ekor kuda ditempatkan di dalam kandang di Pusat Latihan San Luis Rey Downs di Bonsall.

Api yang tiba-tiba marak menyebabkan suasana kelam kabut apabila kebanyakan kuda yang panik sama ada berpatah balik atau enggan meninggalkan kandang.

Sementara itu, jurulatih kuda Martine Bellocq yang cuba menyelamatkan enam ekor kuda pula mengalami lecur teruk pada badannya. Dia diterbangkan ke Pusat Perubatan UC-San Diego untuk rawatan.

Seorang saksi Kim Marrs berkata api merebak terlalu pantas, dan mereka terpaksa melepaskan kuda apabila tidak lagi mampu memadamkan api yang marak.

Dipercayai beberapa ekor kuda lain berjaya menyelamatkan diri ke kawasan bukit berdekatan, namun nasib kuda-kuda terbabit tidak diketahui.



Source link

read more

Kebakaran besar kini merebak ke selatan California



CALIFORNIA: Kebakaran besar California, Amerika Syarikat semakin parah apabila dilaporkan merebak ke selatan negeri itu.

Pasukan bomba  di Ventura County sedang berusaha memadamkan kebakaran terbesar dan terburuk di negeri itu yang setakat ini telah memusnahkan lebih 4o0 bangunan.

Kebakaran yang digelar Thomas Fire telah merebak ke kawasan seluas180 batu persegi  iaitu 466 kilometer persegi sejak ia bermula pada Isnin lalu.

Pasukan bomba setakat ini telah menggunakan pelbagai usaha untuk memadamkan kebakaran tersebut namun tiupan angin yang kencang agak menyukarkan keadaan.



Source link

read more

Kebakaran: Lima premis kedai hampir musnah – Nahas & Bencana


KUALA SELANGOR 8 Dis. – Sebanyak lima buah rumah kedai yang terletak bersebelahan antara satu sama lain hampir musnah sepenuhnya apabila premis itu terbakar dalam satu kejadian ini Jalan Besar, Pekan Bestari Jaya, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.26 pagi itu, kebakaran tersebut telah menyebabkan 80 peratus bahagian tingkat di kesemua premis berkenaan rosak teruk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Sahidallah Osman berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal sepenuhnya kebakaran itu daripada mereka ke premis-premis lain.

“Usaha pemadaman air dilakukan 28 anggota termasuk pengawai serta bantuan dari BBP Rawang dan BBP Batu Arang. Bagaimanapun, api berjaya dikawal sebelum ia memusnahkan keseluruhan premis.

“Kita dapati premis yang terlibat dalam kebakaran ini terdiri daripada kedai runcit, kedai perabot dan kedai elektrik. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu.

“Keseluruhan kawasan kebakaran membabitkan kelima-lima premis itu dianggarkan seluas 267 meter persegi. Buat masa ini, kita sedang mengenalpasti punca kejaidan termasuk nilai sebenar kerugian,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

200,000 dipindahkan ekoran kebakaran semakin teruk di California – Luar Negara


CALIFORNIA 8 Dis. – Hampir 200,000 penduduk sudah dipindahkan susulan kebakaran besar yang melanda California ketika ini, selain pasukan bomba terus bertungkus-lumus memadamkan api yang semakin merebak.

BBC melaporkan, kira-kira 5,000 anggota bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran yang memusnahkan sebanyak 150 buah bangunan di selatan California.

Jumlah penduduk yang dipindahkan semakin meningkat ekoran kebakaran terus merebak di utara San Diego. – AGENSI



Source link

read more

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran di California



KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kebakaran hutan di selatan California, Amerika Syarikat sejak Isnin lepas yang kini merebak ke kawasan seluas 28,600 hektar, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Kebakaran yang berlaku di Venture County itu telah memusnahkan sekurang-kurangnya 150 bangunan, manakala seramai 46,000 penduduk dipindahkan ke kawasan selamat oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kementerian Luar melahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terlibat dalam insiden itu. Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles sedang memantau keadaan semasa dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya,”kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Pada Selasa, Datuk Bandar Los Angeles, Eric Gracetti telah mengumumkan status darurat bagi mengagihkan bantuan kecemasan kepada mangsa di kawasan terjejas.

— BERNAMA



Source link

read more

Hartanah mewah Jennifer Aniston JLO dan Arnold terancam akibat kebakaran LA



BEBERAPA kediaman mewah dan rata-ratanya mahal di dunia milik selebriti Hollywood diancam kebakaran hutan terbesar di Los Angeles.

Empat kebakaran berlaku di beberapa kawasan yang berlainan hingga memaksa ribuan berpindah.

Api turut merebak ke kawasan kejiranan Bel Air yang mana terletaknya beberapa rumah mewah selebriti Hollywood.

Kilang Wain milik mogul media dan jutawan Rupert Murdorch adalah salah satu hartanah yang terancam.

Menurut jurucakap, kilang wain itu dipindahkan pada Rabu apabila api merebak ke kawasan rendah.

Mirror.uk melaporkan struktur hartanah itu dilihat terbakar dan operasi pemadaman semburan air menggunakan helikopter dilakukan pasukan penyelamat.

Turut terancam ialah kediaman mewah tujuh bilik milik pelakon Sitcom Friends Jennifer Anniston bernilai AS21 juta dolar.

Jennifer Lopez pula dilaporkan membeli hartanah bernilai AS28 juta dolar di kawasan berdekatan tahun lepas.

Manakala, Harrison Ford dan Gwyneth Paltrow memiliki rumah di Brentwood, kawasan seberang Bel Air.

Sementara kediaman bekas Gabenor Carlifornia Arnold Schwarzenegger juga terletak di kawasan perumahan itu.

Bagaimanapun, kawasan ini masih selamat tetapi penduduk diarah bersedia memindah pada bila-bila masa.

Kebakaran yang merebak berpunca dari angin Santa Ana yang panas dan kering telah memusnahkan 150 ekar kawasan perumahan Bel Air pada Rabu.

Pasukan bomba memberi amaran keadaan cuaca dijangka akan bertambah buruk pada Khamis.



Source link

read more

Selebriti Hollywood turut jadi mangsa kebakaran Los Angeles



PARA selebriti mungkin memiliki rumah yang gah dan mewah namun hal ini tidak mengecualikan kediaman mereka daripada dibaham api.

Kebakaran hutan di Los Angeles, Amerika Syarikat telah mengakibatkan segelintir selebriti Hollywood kehilangan tempat tinggal mereka.

Antara nama-nama hebat yang terjejas akibat kebakaran itu ialah pelakon dan penyanyi tersohor, Paris Hilton; pelakon muzikal Glee, Lea Michele dan penyanyi veteran Lionel Richie.

Paris Hilton telah mengongsikan visual kebakaran besar itu di laman Twitternya dengan kapsyen memuji pasukan bomba atas keberanian memadamkan api besar tersebut.

Hilton juga terpaksa mengosongkan rumahnya, sekali gus membawa keluar haiwan-haiwan kesayangannya.

Lea Michele pula dalam tweetnya memaklumkan beliau tidak sempat berkemas untuk meninggalkan rumahnya.

Beliau turut bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang sudi menumpangkan rumah mereka kepadanya pada saat-saat genting.

Dalam pada itu, Lionel Richie pula terpaksa membatalkan pertunjukannya bagi bantu anggota keluarganya berpindah.

Namun, beliau berjanji akan kembali ke pentas pada hujung minggu ini demi para peminatnya.



Source link

read more

Kebakaran hutan California jejas muzium kilang wain lebuh raya



LOS ANGELES: Kebakaran hutan yang besar berlaku di Los Angeles pada awal pagi Rabu waktu tempatan, tidak jauh dari muzium The Getty Centre yang menempatkan koleksi karya seni kelas dunia.

Ia merebak hingga ke lereng Gunung Santa Monica dan turut menjejaskan kawasan kejiranan Bel Air yang mewah, memusnahkan beberapa buah rumah, kilang wain serta penempatan haiwan liar.

Lebih memburukkan, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan angin bertiup kencang pada 22 dan 33 batu sejam.

Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti berata, sekurang-kurangnya enam buah rumah telah musnah akibat kebakaran di Bel Air.

Api meletus awal pagi Rabu bermula di Sepulveda Pass, laluan komuter utama di antara bahagian barat Los Angeles dan lembah San Fernando di utara.

Kebakaran merebak di lereng bukit di sebelah timur sehingga ke kawasan kejiranan mewah menyebabkan lebih 1,000 orang diarahkan berpindah.

Kebakaran dilaporkan seluas 150 ekar dengan pembendungan sifar.

Ketika ini, kira-kira 500 anggota bomba dikerah bersama helikopter membawa air dan kapal terbang dalam usaha memadamkan kebakaran itu.

Beberapa saksi juga dilihat memuatnaik kejadian berkenaan di media sosial. 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons