Kereta melambung terperosok di tingkat dua kediaman



CALIFORNIA: Dua penumpang sebuah kenderaan nyaris maut apabila kereta yang dinaiki mereka melambung ke udara dan terperosok di tingkat dua sebuah bangunan di Santa Ana, California, Amerika Syarikat pada Ahad.

Laporan awal bomba menyebut kereta terbabit telah dipandu laju sebelum merempuh pembahagi jalan mengakibatkan ia melambung dan terperosok ke tingkat dua sebuah kediaman yang terletak berhampiran jalan utama.

Akibatnya separuh badan kereta terbabit tersepit di antara tingkap di tingkat dua bangunan terbabit.

Hasil rempuhan yang kuat telah berlaku kebakaran kecil pada kenderaan terbabit dan salah seorang penumpang mengalami kecederaan serius.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dan kini menerima rawatan di hospital.

Siasatan jalan masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kejadian.



Source link

read more

Mangsa banjir lumpur selatan California mula bersihkan kediaman



CALIFORNIA: Penduduk Bandaraya Selatan California mula membersihkan kediaman mereka yang dilanda banjir lumpur tempoh hari selepas pasukan mencari dan menyelamat selesai melakukan pencarian .

Sejak kejadian banjir lumpur itu lebih 1,200 anggota dikerahkan untuk melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.

Montecito adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan kadar populasi penduduknya 9,000 orang.

Kejadian itu dianggap malapetaka paling tragis di kawasan berkenaan selepas meragut 18 nyawa penduduk.

Pasukan SAR sebelum ini berdepan dengan kesukaran disebabkan faktor lumpur yang terlalu tebal untuk meneruskan kerja-kerja mencari mangsa yang masih lagi gagal dikesan.

Malah kesan banjir lumpur itu juga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil masa agak lama untuk mengalihkan runtuhan dan bongkah binaan yang besar sekali gus melambatkan proses pencarian.



Source link

read more

[VIDEO] Kediaman Pondok Beta Hilir musnah terbakar – Nahas & Bencana


KOTA BHARU 28 Dis. – Sebanyak 14 unit kediaman Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir (Pondok Beta Hilir), di sini yang menempatkan 24 pelajarnya musnah dalam kebakaran malam ini.

Kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu berlaku ketika kesemua pelajar sedang membaca Yassin sejurus selesai solat Maghrib berjemaah di masjid yang terletak bersebelahan pondok-pondok berkenaan.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Pengurusan Pondok Beta Hilir, Muhammad Hanif Muhammad Razali berkata, pondok pengajian itu dihuni kira-kira 186 pelajar berasal dari seluruh negara manakala 14 unit pondok yang musnah pula didiami 24 pelajar

“Ketika kejadian saya sedang mengetuai bacaan Yassin di tingkat satu masjid. Salah seorang pelajar yang duduk di saf paling kanan ternampak api dan segera memberitahu yang lain.

“Kami bergegas turun dan mengalihkan tong gas bagi mengelak keadaan lebih buruk selain cuba menyelamatkan kita-kitab pengajian. Selepas menghubungi pihak bomba, saya turut melaung azan,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Husin Ab. Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada pukul 7.50 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Sebanyak empat jentera dengan kekuatan 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Kota Darul Naim serta Tunjong terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

“Ketika tiba, kira-kira 60 peratus pondok-pondok yang berstruktur kayu sudah terbakar. Kebakaran dapat dikawal pada pukul 8.27 malam. Kita masih menyiasat jumlah kerugian serta punca kejadian,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bintang K-Pop BTS kini menetap di kediaman mewah Hannam The Hills



SELEPAS berjaya menempa nama dalam industri hiburan, kumpulan K-Pop terkenal Bangtan Boys atau lebih dikenali sebagai BTS, kini menetap di kawasan kediaman mewah Hannam The Hill.

Menurut laporan portal hiburan Allkpop, BTS dipindahkan ke Hannam The Hill bagi membolehkan mereka hidup dalam keadaan yang lebih selesa tanpa gangguan.

Sumber memberitahu mereka menandatangani kontrak pada November untuk satu tempoh.

Semua ahli kumpulan BTS dilaporkan amat berpuas hati dengan pilihan kediaman tersebut.

Dalam perkembangan lain, Hannam The Hill bukan sahaja antara yang mewah di Seoul, malah ia merupakan yang termahal di Korea.



Source link

read more

Penat cuci rumah belum hilang kediaman sekali lagi dilanda banjir



RAUB: “Penat mencuci rumah Isnin lepas masih belum hilang, tengah malam tadi rumah makcik sekali lagi dinaiki air berserta dengan lumpur,” kata Jasimah Mohamad, 65, yang merupakan salah seorang penduduk Kampung Kuala Semantan, di sini.

Dalam kejadian terbaharu pada 12.30 tengah malam Khamis, rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari Sungai Lipis dinaiki air sehingga paras lutut setelah hujan lebat sejak 5 petang semalam.

“Dalam seminggu ini dah dua kali rumah makcik dinaiki air, barang dan perabot semasa banjir Ahad lepas pun tak sempat kemas lagi,” katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Jamek Kuala Semantan pada Jumaat.

Beliau merupakan antara 31 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di situ, berikutan kediaman mereka yang kebanyakannya berhampiran Sungai Lipis dinaiki air dengan ada antaranya mencecah sehingga ke paras dada orang dewasa.

Bagaimanapun, Jasimah bersyukur kerana tidak banyak perabot dan barang elektrik yang rosak dalam kejadian banjir kali ini kerana kebanyakannya masih berada di tempat tinggi.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu Rahim Mat Ali, 37, berkata pada tahun ini sudah tujuh kali kampung mereka dilanda banjir.

“Daripada jumlah itu, tiga kali kami terpaksa berpindah setelah paras air Sungai Lipis melimpah. Kalau hujan lebat sejam atau dua jam, sudah pasti rumah kami akan dilanda banjir.

“Walaupun sebenarnya penat berhadapan situasi seperti ini lagi, nak buat macam mana, di sinilah rumah kami, mahu atau tidak terpaksa juga menghadapinya,” kata beliau.

Beliau berkata air mula memasuki rumahnya pada 11.30 malam tadi dan beliau memuji tindakan pantas pihak berkuasa yang memindahkan penduduk kampung terjejas dengan kejadian banjir, sekali gus dapat mengelak kejadian tidak diingini.

“Alhamdulillah…makanan pun mencukupi, tidak perlu berebut-rebut seperti diceritakan dalam kalangan mangsa banjir sebelum ini,” katanya.

Untuk rekod, ini kali kedua Raub dilanda banjir dalam tempoh seminggu selepas kali pertama pada 2 hingga 5 Dis lalu, menyaksikan tiga PPS dibuka, di Kampung Melayu Cheroh, Kampung Ulu Sungai dan Kampung Kuala Semantan.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons