Kedutaan AS dipindahkan ke Baitulmaqdis menjelang penghujung 2019 – Mike Pence



BAITULMAQDIS: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Israel akan dipindahkan ke Baitulmaqdis menjelang penghujung 2019, kata Naib Presiden AS Mike Pence dalam ucapan di Parlimen Israel pada Isnin, lapor Reuters.

Keputusan itu adalah satu perubahan dasar yang mencetus kemarahan rakyat Palestin dan warga dunia.

Presiden Donald Trump pada bulan lalu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berjanji akan memindahkan Kedutaan AS ke situ.

“Dalam minggu-minggu seterusnya, pentadbiran kami mempercepatkan perancangan untuk membuka kedutaan di Baitulmaqdis, dan seterusnya Kedutaan AS itu akan dibuka sebelum akhir tahun ini.

“Baitulmaqdis ialah ibu negara Israel. Presiden Trump telah mengarahkan Jabatan Negara AS untuk segera memulakan persiapan untuk berpindah dari Tel Aviv,” kata Pence.

Ucapan Pence itu bagaimanapun diganggu oleh beberapa anggota Parlimen Arab Israel yang menaikkan sepanduk protes dalam bahasa Arab dan Inggeris bertulis ‘Jerusalem (Baitulmaqdis) adalah ibu negara Palestin’, sebelum mereka di diarahkan keluar oleh pegawai keselamatan.

Walaupun keputusan itu dibantah oleh rakyat Palestin, pentadbiran Trump berkata ia komited untuk membantu Palestin dan Israel mencapai keamanan.

Rundingan tersebut bagaimanapun menemui jalan buntu selama hampir empat tahun.



Source link

read more

Ada 10 negara lagi akan pindah kedutaan ke Baitulmaqdis – Tzipi Hotovely



KUALA LUMPUR: Selepas Guatemala menjadi pendahulu mengikut telunjuk Amerika Syarikat, ada 10 negara lagi sedang mempertimbangkan untuk mengitiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Timbalan Menteri Luar Israel, Tzipi Hotovely mengesahkan maklumat terbabit namun tidak mendedahkan nama 10 negara berkenaan.

“Kebanyakan negara terbabit mempunyai tradisi pegangan agama Kristian yang kuat,” katanya dalam temubual di radio awam Kan Bet pada Isnin.

Berdasarkan keputusan undian dalam sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB minggu lalu, Filipina, Republik Czech dan Romania merupakan antara negara yang mengambil keputusan berkecuali.

Namun, menurut Pengarah Polisi Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini dalam kenyataannya mendapati Menteri Luar Republik Czech telah berjanji untuk tidak memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis selaras dengan dasar EU untuk mengiktiraf bandar terbabit sebagai ibu kota Palestin.

Setakat ini, bantahan penduduk Palestin berhubung pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Donald Trump telah meragut 11 nyawa.



Source link

read more

Guatemala ikut telunjuk Amerika Syarikat pindah kedutaan ke Baitulmaqdis



BAITULMAQDIS: Selepas Amerika Syarikat, Presiden Guatemala Jimmy Morales mengumumkan akan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv, Israel ke Baitulmuqaddis pada Isnin.

Keputusan itu dipuji oleh Israel namun dikecam oleh rakyat Palestin.

Guatemala menjadi negara kedua membuat keputusan itu selepas Amerika Syarikat .

Guatemala adalah satu daripada sembilan negara yang mengundi bersama  Amerika Syarikat dan Israel minggu lalu, menentang resolusi yang membatalkan pengiktirafan Trump terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Trump tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dan begitu juga Morales.



Source link

read more

Kabinet dijangka bincang buka pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis – Politik


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Keperluan Malaysia untuk membuka pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis Timur perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.



Hishammuddin

Hishammuddin

Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut juga perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan di peringkat kabinet.

“Kita perlu membincangkan perkara ini dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan dan ekonomi. Untuk itu, kita perlu mendapatkan pandangan kementerian berkaitan seperti Wisma Putra, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mindef dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Setelah memperolehi pandangan pihak-pihak berkenaan, Insyallah kita dapat membuat keputusan dengan mengambil kira apa jua kebimbangan yang mungkin timbul,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, isu pembukaan pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis Timur  juga dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang. – UTUSAN ONLINE.



Source link

read more

Bailtulmaqdis Proses pindah kedutaan Amerika Syarikat ambil masa



PARIS: Proses pemindahan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis tidak akan berlaku sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi, kata Setiausaha Negara itu, Rex Tillerson.

Katanya tindakan itu bukan sesuatu yang boleh dilakukan dalam masa terdekat.

“Kami perlu memperolehi kawasan, membangunkan pelan bangunan, pelan pembinaan dan kemudian sebenarnya membina satu kedutaan. Jadi ini bukan sesuatu yang akan berlaku tahun ini atau tahun depan.

“Tetapi presiden (Trump) mahu kami berpindah ke lokasi strategik dan memastikan kedutaan terletak di Baitulmaqdis secepat mungkin,” katanya di Paris bersama Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian.

BACA: PBB kutuk keputusan Trump iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel

BACA: Baitulmaqdis: Dua warga Palestin maut dalam tunjuk perasaan anti Israel

BACA: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Tillerson turut mempertahankan tindakan Trump memindahkan kedutaan AS sambil disifatkan ia bukanlah status akhir Baitulmaqdis.

Pertindihan apabila rakyat Palestin mahu timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka pada masa depan manakala Israel pula mengatakan bandar itu yang berada di bawah pendudukan rejim zionis tersebut, tidak boleh dibahagikan.



Source link

read more

Baitulmaqdis Pemuda UMNO hantar bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat esok



KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di sini esok berhubung tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel.

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO memandang serius isu berkenaan dan beliau sendiri akan mengetuai rombongan menghantar bantahan tersebut selepas solat Jumaat esok.

“Kami sudah meminta izin daripada Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menghantar nota bantahan tersebut,” kata beliau.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan Kelab UMNO Luar Negara (KULN) bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Sambil mengutuk tindakan Amerika Syarikat itu, beliau berkata Pemuda UMNO tidak boleh menerima pendirian Amerika Syarikat memindahkan ibu negara Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

“Ini merupakan satu tempat penting bagi umat Islam dan menjadi kota pertikaian antara Palestin dan Tel Aviv,” katanya.

Khairy menegaskan tindakan Amerika Syarikat itu dikhuatiri akan mencetuskan keadaan yang sangat tidak stabil bukan hanya di Timur Tengah malah di seluruh dunia.

Mengenai pertemuannya dengan KULN, Khairy berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap memerlukan sokongan dan dukungan daripada mereka yang berada di luar negara bagi menyumbang kepada kempen pilihan raya umum UMNO dan BN termasuk menerusi media sosial.

— BERNAMA



Source link

read more

Kanada tidak akan pindah kedutaan ke Baitulmaqdis



OTTAWA: Kerajaan Kanada tidak berhasrat untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis dan akan kekal di Tel Aviv.

Agensi berita Jordan Petra, melaporkan Kanada masih tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Pendirian Kanada sejak sekian lama ialah, status Baitulmaqdis hanya boleh diselesaikan sebagai sebahagian daripada penyelesaian umum dalam pertikaian antara Palestin-Israel.

“Kami amat komited terhadap matlamat keamanan komprehensif, adil dan berkekalan di Timur Tengah, termasuk mewujudkan negara Palestin yang aman damai bersama dengan Israel,” kata Setiausaha Kementerian Luar Kanada, Adam Austen dalam satu kenyataan pada Selasa.

Akhbar Kanada, Globe and Mail melaporkan, kerajaan Kanada menegaskan pihaknya tidak akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis, meskipun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhasrat untuk memindahkan kedutaan negara itu ke Baitulmaqdis selain mengiktiraf ia sebagai ibu negara Israel. 

Masyarakat antarabangsa, termasuk Kanada, tidak mengiktiraf pencerobohan Israel ke atas Baitulmaqdis yang diduduki Israel pada 1967.

— BERNAMA



Source link

read more

Pindah Kedutaan AS Abbas terima panggilan Trump



KUALA LUMPUR: Presiden Palestin Mahmoud Abbas dilaporkan telah menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa, berhubung hasratnya memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis.

Perkara itu disahkan jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdainah, di Ramallah, yang menyatakan Abbas telah menjelaskan pendirian bahawa keputusan terbaharu itu bakal menyulitkan lagi keadaan terutamanya membabitkan proses damai yang dipersetujui sebelum ini.

Malah, menurutnya, Abbas juga tidak menolak kemungkinan sekiranya ia berlaku, tidak mustahil ia bakal menjadi titik noktah kepada perjanjian damai itu sendiri.

Bagaimanapun butiran jelas dalam perbualan antara Trump dan Abbas tidak didedahkan.

Sementara itu, Reuters melaporkan, White House mengesahkan perbincangan Trump dengan lima pemimpin Asia Barat mengenai beberapa keputusan yang bakal dibuat berhubung Baitulmaqdis.

Selain Abbas, pemimpin terbabit adalah with Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Raja Jordan, Raja Abdullah, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, menurut kenyataan White House.

Dalam perbualan mereka, Trump juga dikatakan mengesahkan semula komitmen beliau berhubung perjanjian damai Israel-Palestin.



Source link

read more

Pindah Kedutaan AS Kumpulan pejuang Palestin mahu negara Islam main peranan



KUALA LUMPUR: Kumpulan pejuang pembebasan Palestin menyeru agar ‘Hari Kemarahan’ dilancarkan pada Rabu berikutan kemungkinan Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Antara yang berkumpul mengadakan mesyuarat pada Selasa termasuk kumpulan pejuang Hamas di Gaza.

Mereka menyeru agar demonstrasi diadakan di negara Arab dan kota utama negara Islam sebagai tanda protes terhadap keputusan AS, termasuk hasrat Presiden Donald Trump memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis.

Menurut Ketua Barisan Demokratik Pembebasan Palestin Talal Abu Zarefa, negara Islam sepatutnya memainkan peranan dalam isu ini.

“Kita mesti menguatkan gerakan popular yang menolak dasar ini dan perlu menyatakan perpaduan rakyat Palestin di Gaza, Tebing Barat, 48 wilayah dan kem pelarian.

“Ia bagi menekankan bahawa Baitulmuqaddis adalah garis merah dan ia adalah ibu kota negara Palestin, dan kita tidak boleh menerima apa-apa cara yang membahayakan Baitulmaqdis,” katanya.

Trump dilaporkan memberitahu Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa, beliau berhasrat memindahkan Kedutaan AS di Israel ke Baitulmaqdis, menyalahi polisi AS selama beberapa dekad yang menyatakan status bandar itu mesti diputuskan dalam perundingan dengan rakyat Palestin.



Source link

read more

Kedutaan Malaysia di Tehran pantau gempa bumi di tenggara Iran



KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti gempa bumi bermagnitud 6.0 yang berlaku di tenggara Iran dekat bandar Kerman, 1,000 kilometer selatan Tehran pada 6 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana ini diminta menghubungi kedutaan di No 25, Second Alley, North Zarafshan St, Eyvanak Blvd Phase 4, Shahrak Qods, Tehran atau menghubungi 00982188072444 dan 00989335352602 (selepas waktu pejabat).

Sekurang-kurangnya 42 orang dilaporkan cedera dan sehingga 30 rumah musnah akibat gempa bumi itu.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons