Apple Mengambil 51% Pendapatan Jualan Telefon Pintar Pada Suku Ke-Empat 2017 – Amanz


Apple terus maju tanpa sebarang petanda mereka akan mengalami kemerosotan keuntungan dalam masa terdekat. Mereka di jalan yang betul menuju sasaran menjadi syarikat pertama dengan penilaian $1 trilion. Jualan iPhone X mungkin lebih rendah dari disasarkan, namun mengikut Starategy Analytics Apple masih di hadapan dari segi pendapatan jualan pada suka ke-empat 2017.

Menurut mereka Apple mencatatkan pendapatan jualan sebanyak $61.4 bilion diikuti oleh Samsung (18.9 bilion) dan Huawei ($8,4 bilion). Ini bersamaan dengan Apple mengaut 51% pendapatan jualan pada suku tersebut. Ketiga-tiga Apple, Samsung dan Huawei mencatatkan peningkatan jualan.

Pada waktu yang sama harga jualan purata peranti meningkat dari $255 (~RM 993) pada suku ke-empat 2016 ke $300 (~RM 1168) pada suku ke-empat 2017. Dengan pelbagai teknologi dan fungsi baru, tidak mengejutkan sekiranya harga jualan peranti akan terus meningkat dalam masa terdekat.



Source link

read more

Jualan Nokia Dilaporkan Lebih Tinggi Berbanding HTC, Sony, Google Dan OnePlus Pada Suku Ke-Empat 2017 – Amanz


Tahun 2017 ialah tahun kelahiran semula Nokia dari debu kebakaran platform minyak Microsoft yang dinakhodai oleh Stephen Elop. Peranti Nokia yang dihasilkan oleh HMD Global mula menggunakan sistem operasi Android dan menggabungkannya dengan rekaan yang kemas. Tetapi adakah kembalinya gergasi dunia peranti ini mendapat sambutan dari pengguna?

Menurut tweet yang dihantar oleh Neil Shah yang bertugas di firma Counterpoint, pada suku ke-empat 2017, lebih banyak peranti Nokia terjual berbanding HTC, Sony, Google, Alcatel, Lenovo, Meizu, Gionee, Coolpad, Asus dan OnePlus. Kejayaan Nokia memintas jumlah jualan syarikat-syarikat ini boleh dianggap membanggakan bagi syarikat yang baru sahaja kembali semula ke arena peranti pintar.



Source link

read more

Apple Ialah Pengeluar Jam Terbesar Di Dunia Pada Suku Ke-Empat 2017 – Amanz


Jualan jam tangan pintar mungkin tidak setinggi seperti yang diharapkan. Ramai pengeluar untuk platform Android Wear mula menarik diri sejak tahun lalu. Pada suku ke-empat 2017, Apple Watch ialah jam tangan pintar dengan jualan tertinggi. Tetapi lebih menakjubkan ialah ia turut meletakkan Apple sebagai pengeluar jam tangan terbesar di dunia.

Menurut IDC, jumlah jualan Apple Watch pada suku ke-empat 2017 adalah lebih tinggi berbanding jumlah jualan kesemua jam tangan keluaran Swiss. Menurut Canalys pula, sebanyak 18 juta Apple Watch terjual sepanjang 2017 dan ini adalah peningkatan sebanyak 54% berbanding jualan sepanjang 2016. Dari angka yang dikongsikan hari ini jelaslah takrifan gagal mengikut standard yang ditetapkan oleh Apple adalah berbeza berbanding standard yang ditetapkan oleh syarikat lain.



Source link

read more

Kadar tarif elektrik Malaysia keempat terendah di dunia


1273157_737539679593027_213389716_o__fullMO, 5/2/2018 – Kadar tarif elektrik bagi kegunaan domestik di Malaysia berada di kedudukan keempat terendah di dunia selepas Sweden, China dan Taiwan.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Dr Zaini Ujang berkata perkembangan positif itu didorong oleh penarafan kredit negara yang berada pada taraf yang amat baik.

“Biasanya, syarikat penyedia perkhidmatan berkaitan kewangan meletakkan Malaysia di kedudukan ‘AA’. Maknanya, iklim pelaburan Malaysia amat baik termasuklah dalam sektor tenaga,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin dan Pengurus Besar TNB Kelantan Datuk Md Yuslan Mad Yusoff.

Program tersebut antara lain bertujuan memberi penjelasan tentang GTMP, peranan kerajaan dan masyarakat dalam mempromosikan gaya hidup hijau.

Zaini berkata dasar kerajaan juga membolehkan perjanjian dengan 40 syarikat pembekal tenaga elektrik dilaksanakan sehingga 21 tahun berbanding negara lain yang tempohnya hanya lima tahun, malah terdapat negara yang langsung tiada perjanjian.

Beliau berkata ia memberi peluang pembayaran balik dalam tempoh yang lebih panjang dengan kadar faedah yang lebih rendah.

“Kita juga mempunyai rekod yang baik dalam pengurusan dengan menggunakan kepakaran tempatan.

“Prestasi baik itu membolehkan kerajaan masih mampu mengekalkan tarif elektrik pada 38.53 sen setiap satu kilowatt sejam (kWj) bagi tempoh tiga tahun lagi, menyamai kadar yang dilaksanakan sejak Januari 2014,” katanya. – Bernama, 4 Februari, 2018.



Source link

read more

Canalys- iPhone X Ialah Peranti Dengan Jualan Tertinggi Pada Suku Ke-Empat 2017 – Amanz


Sebelum ini kami laporkan ramalan firma KGI bahawa penghasilan iPhone X mungkin akan dihentikan pada suku ke-tiga 2017 kerana sambutan kurang dari dijangkakan. Hari ini firma Canalys berkongsi maklumat yang berbeza mengatakan iPhone X ialah peranti dengan jualan tertinggi pada suku ke-empat 2017.

iPhone XSebanyak 29 juta unit iPhone X dikatakan berjaya di jual dengan 7 juta berjaya di jual di China. Jualan ini amat tinggi bagi sebuah peranti di dalam segmen harga $999 dan ke atas. Jualan untuk model-model lain iPhone juga mencatatkan jualan yang baik. Tetapi Canalys turut mengatakan kadar jualan iPhone X adalah lebih perlahan jika dibandingkan dengan model-model baru iPhone sebelum ini.



Source link

read more

Aishah tawan final Gegar Vaganza musim keempat – Johor


JOHOR BAHRU 17 Dis. – Menampilkan enam orang peserta, Aishah, 52, mengesahkan kejuaraannya di pentas akhir Gegar Vaganza musim keempat (GV4), yang berlangsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, di sini.

Dengan kemenangan tersebut, Aishah sekali gus mengetepikan cabaran lima finalis lain iaitu Liza Hanim yang berada di tempat kedua, Lan (ketiga), Hazami (keempat), Firman (kelima) dan Tia (keenam).

Membawakan lagu asal nyanyian Celine Dion iaitu All By My Self secara solo, sebagai juara, Aishah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.

Sementara itu, Liza dan Lan pula masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM50,000 serta RM30,000.

Selain itu, Aishah, Liza dan Lan juga mendapat hadiah berupa pakej percutian ke luar negara dan sebidang tanah.

Bagi Hazami, Firman dan Tia, ketiga-tiga mereka tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut diberikan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, RM15,000 serta RM10,000.

Hadiah wang tunai adalah sumbangan Astro dan Qu Puteh, di samping syarikat pengembaraan selamatbercuti.com dan Bina Megan Empire selaku penaja bersama. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tauke Jambu kahwin kali keempat



DENGAN sekali lafaz, pelawak Tauke Jambu sah bergelar suami kepada model sambilan Nadia Mohd Affendi, 28, pada pukul 12 tengah hari tadi (Sabtu).
 
Pasangan pengantin dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang juga imam Masjid At Taqwa, TTDI, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Affendi Mohamad.
 
Tauke, atau nama penuhnya Zamratul Amri Zakaria, memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan jumlah wang hantaran RM30,000.
 
Selain itu, pelawak berusia 41 tahun itu membawa lima dulang hantaran, yang dibalas lima oleh pihak pengantin perempuan.
 
Majlis pernikahan serba ringkas tetapi meriah yang berlangsung di De Laman Event, Shah Alam itu dihadiri tetamu yang terdiri daripada sanak saudara pasangan pengantin dan rakan rapat.
 
Ini merupakan perkahwinan keempat Tauke dan pertama bagi Nadia.
 
Malam ini akan berlangsungnya majlis resepi yang bertemakan fairy tale di lokasi sama.
 
Terdahulu pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.
 



Source link

read more

Tauke Jambu sah kahwin kali keempat



DENGAN sekali lafaz, pelawak Tauke Jambu sah bergelar suami kepada model sambilan Nadia Mohd Affendi, 28, pada pukul 12 tengah hari tadi (Sabtu).
 
Pasangan pengantin dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang juga imam Masjid At Taqwa, TTDI, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Affendi Mohamad.
 
Tauke, atau nama penuhnya Zamratul Amri Zakaria, memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan jumlah wang hantaran RM30,000.
 
Selain itu, pelawak berusia 41 tahun itu membawa lima dulang hantaran, yang dibalas lima oleh pihak pengantin perempuan.
 
Majlis pernikahan serba ringkas tetapi meriah yang berlangsung di De Laman Event, Shah Alam itu dihadiri tetamu yang terdiri daripada sanak saudara pasangan pengantin dan rakan rapat.
 
Ini merupakan perkahwinan keempat Tauke dan pertama bagi Nadia.
 
Malam ini akan berlangsungnya majlis resepi yang bertemakan fairy tale di lokasi sama.
 
Terdahulu pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.
 



Source link

read more

Cristiano Ronaldo jadi bapa kali keempat – Sukan


MADRID 13 Nov. – Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo awal hari ini mengumumkan menyambut kelahiran anak keempatnya yang diberi nama Alana Martina hasil perkongsian hidup dengan teman wanitanya, Georgina Rodriguez.

Sebelum ini pasangan itu sudah mempunyai anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun yang diberi nama Cristiano Junior. Ronaldo, 32, mengumumkan kelahiran terbaru anak perempuannya itu menerusi Twitter sambil meletakkan gambar keempat-empat mereka.

Ronaldo juga merupakan bapa kepada satu pasangan kembar iaitu Eva dan Mateo yang dilahirkan pada Jun lalu. Kelahiran terbaru itu membolehkan Ronaldo diberi rehat dan tidak beraksi dalam dua perlawanan persahabatan Portugal menentang Arab Saudi dan Amerika Syarikat. – AFP



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons