Biar dia hilang dara dengan ayahnya daripada orang gila lain – Ibu kejam mangsa rogol



SEPASANG suami isteri warga Rusia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol anak perempuan mereka sendiri, yang berusia 12 tahun. Pasangan tersebut didakwa atas kesalahan pedofilia selepas memaksa mangsa menjadi ‘hamba seks’ mereka.

Tertuduh juga didakwa melakukan gangguan seksual secara kerap terhadap mangsa antara Disember 2016 dan Mac 2017. Ayah mangsa, yang tidak didedahkan identitinya, dituduh merogol anaknya dan pada kebiasaannya, isterinya akan berada di katil yang sama, seperti yang dilaporkan The Daily Mail.

Ibu mangsa pula, didakwa atas deraan seksual termasuk memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa.

Ibu mangsa juga berkata dia sendiri pernah dirogol sejak berusia 13 tahun. Disebabkan itu, pasangan itu sama-sama bersetuju “untuk melatih anak perempuan mereka lebih awal tentang hubungan seksual,” katanya kepada pihak polis.

“Biar dia hilang dara kepada ayahnya daripada orang gila lain,” ibu mangsa memberikan alasan.

Kes deraan seksual terhadap anaknya terbongkar apabila mangsa berjumpa dengan doktor berkaitan “masalah haid”. Doktor mendapati mangsa sudah “kehilangan dara”.

Kemudian, doktor tersebut melaporkan kepada pihak penyiasat berkenaan deraan seksual mangsa.

Tertuduh didakwa mengakui penderaan yang mereka lakukan terhadap mangsa.

Selain itu, tertuduh juga memaksa mangsa tidur sekatil sebelum melakuan hubungan seksual. Lebih teruk, mangsa juga dipaksa melaku hubungan seksual secara bertiga.

Dimaklumkan, ahli keluarga lain seperti nenek mangsa juga tinggal sebumbung tetapi langsung tidak tahu menahu berkaitan deraan seksual tersebut.

Ibu bapa mangsa, keduanya berumur 34 tahun, telah direman dan sekarang dibawah jagaan di Volgograd. Tertuduh bakal dipenjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Menurut Daily Mail, tertuduh telah dilucutkan hak ibu bapa dan hak penjagaan terhadap mangsa.



Source link

read more

Pasangan kejam dera rantai dan kurung 13 anak sambil dibiarkan kelaparan


CALIFORNIA: Sepasang suami isteri didakwa atas tuduhan mendera dan membiarkan 13 anak mereka kekurangan zat dan lebih kejam apabila mangsa turut didera dengan dirantai  katil.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar selepas salah seorang anak perempuan pasangan itu yang berusia 17 tahun berjaya meloloskan diri dari kediaman mereka di bandar Perris, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Mangsa kemudiannya bertindak menggunakan telefon bimbit yang ditemui dikediaman mereka untuk menghubungi pihak polis.

“Polis telah menemukan kediaman yang dipercayai menjadi tempat tahanan 12 anak pasangan itu, dan lebih mengejutkan tujuh daripada mereka adalah mangsa dewasa,” menurut jurucakap polis dalam satu kenyataan.

“Mangsa jelas kehilangan zat dan berada dalam keadaan kotor.”

Mangsa berusia sekitar dua hingga 29 tahun, kata polis lagi.

Pasangan kejam itu David Allen Turpin, 57 tahun dan Louise Anna Turpin, 49 tahun kemudiannya ditahan dan didakwa atas sembilan pertuduhan mendera dan 10 pertuduhan membahayakan kanak-kanak.

Mereka turut dikenakan ikat jamin AS$9 juta seorang.

Menurut jiran, pasangan Turpins itu jarang bergaul dan keluar dari rumah mereka.

Mangsa yang diselamatkan, mengadu kepada pihak polis yang mereka kelaparan namun tidak mendedahkan mengapa ibu bapa mereka bertindak mengurung mereka.

Pasangan itu dijangka dihadapkan di mahkamah Khamis ini.



Source link

read more

Saya bukan seorang yang bodoh ataupun kejam – Prof Raduan


“It’s not fair just to highlight the 50,000 – this professor is (made to look) dumb, this professor doesn’t understand what’s happening and this professor is very cruel.”

Itu ungkapan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose kepada AWANI REVIEW.

Raduan memberikan penjelasan tentang kenyataannya yang mengatakan bahawa situasi di mana 50,000 pekerja bakal kehilangan pekerjaan pada tahun 2018 merupakan fenomena tahunan dan bukan suatu masalah yang besar.

Beliau menjelaskan tentang trend industri pekerjaan di Malaysia, susulan dikecam sebagai seorang profesor yang ‘kejam’ dan ‘bodoh’.

Itu antara intipati artikel versi Bahasa Inggeris yang diterbitkan di AWANI REVIEW bertajuk MPN’s Prof Raduan Che Rose – 50,000 is BIG; but look at the BIGGER picture.

Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang industri pekerjaan di Malaysia.



Source link

read more

Kejam Bayi 14 bulan dibunuh bapa sendiri dengan racun tikus


CIREBON: Seorang bayi berusia 14 bulan terbunuh setelah dipercayai diracun bapa kandungnya sendiri.

Dalam kejadian di sini pada Ahad, lelaki itu bertindak demikian selepas gagal mendapatkan wang untuk membeli susu formula daripada isterinya yang bekerja di Batam.

Bayi tersebut, Kaisar Alfikar meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Waled Kabupaten Cirebon pada Ahad, lapor portal berita tempatan.

Menurut polis, bapa bayi tersebut M Taufik, 27 tahun, yang bekerja sebagai buruh bertindak membunuh anak kandungnya dengan memberikannya susu formula yang dicampur racun tikus.

Sumber: Official NET News

“Kejadian itu berlaku apabila Taufik gagal mendapatkan wang daripada isterinya selepas pertelingkahan yang berlaku di antara mereka melalui pesanan ringkas.

“Pada mulanya suspek hanya mengugut isterinya, namun selepas ugutannya tidak diendahkan, suspek sanggup melakukan perkara terkutuk tersebut.

Menurut polis, selepas meracun anaknya, suspek cuba membunuh diri dengan minum campuran susu sama namun gagal.

Suspek yang masih belum stabil kini ditahan untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, jenazah Kaisar disemadikan di Kampung Cijambe, Jawa Barat pada malam Ahad.



Source link

read more

Kejam Gadis 16 tahun dikurung dibotakkan sebelum dirogol


EMPAT individu telah dituduh merogol dan menyerang seorang gadis remaja berusia 16 tahun dengan kejam di Massachusetts, Amerika Syarikat.

Polis berkata, mangsa telah dikurung dalam sebuah bilik bawah tanah, sementara rambutnya dicukur dan tubuhnya dicucuh dengan puntung rokok dan dicederakan dengan parang.

Menurut polis, mereka yang tertuduh merupakan pasangan adik beradik Krystal Lugo, 23 tahun dan adiknya Christopher Lugo, 19 tahun.

Turut terlibat adalah teman lelaki Krystal iaitu Yariel Torrest-Abee, 22 tahun, dan Yuleny Ortiz, 19 tahun.

Mereka didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk menculik dan menyerang.

Memetik laporan Daily Mail, gadis berkenaan menjadi sasaran selepas dia mendapat tahu siapa yang bertanggungjawab ke atas pencerobohan di sebuah rumah.

Suspek berkenaan tidak membenarkan remaja tersebut untuk meninggalkan rumah berkenaajn dan mengikatnya ke kerusi untuk ‘disoal siasat’.

Dua daripada suspek turut menyerang remaja berkenaan secara seksual.

Menurut polis lagi, mangsa telah diculik sejak Krismas dan berjaya ditemui polis di ruang bawah tanah itu pada 27 Disember lalu.



Source link

read more

Malaysia kutuk serangan kejam di Pusat Kebudayaan Syiah Kabul



KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam yang berlaku di Pusat Kebudayaan Syiah di Kabul, Afghanistan pada Khamis yang meragut sekurang-kurangnya 41 nyawa.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Kerajaan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab segera dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan.

“Kerajaan Malaysia merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Islam Afghanistan dan keluarga mangsa yang terlibat,” menurut kenyataan itu. — Bernama



Source link

read more

Kejam Ibu bapa kurung anak selama 15 tahun hingga mati kesejukan



OSAKA: Polis Jepun pada Rabu menahan sepasang suami isteri yang dipercayai mengurung anak mereka bertahun-tahun di dalam sebuah bilik kecil hingga mati kesejukan.

Pasangan itu didakwa berbuat demikian kerana percaya anak perempuan mereka yang berusia 33 tahun itu menghidap penyakit mental yang boleh membuatkan dia bertindak agresif.

Polis berkata mayat Airi Kakimoto dijumpai dalam keadaan kurus kering melampau selepas ibu bapanya melaporkan kematian pada Sabtu.

Menurut The Japan Times, ketika mayatnya dijumpai, berat Airi cuma 19kg.

Ibu bapa mangsa, Yasutaka Kakimoto, 55 tahun, dan Yukari Kakimoto, 53 tahun, mengaku hanya memberi anak mereka makan sehari sekali dan mengurungnya di dalam bilik berukuran 3 kaki persegi selama 15 tahun.

“Anak kami sakit mental sejak berusia 16 atau 17 tahun. Dia sering berlaku ganas, jadi kami kurung dia dalam bilik itu,” kata polis yang memetik kenyataan daripada ibu bapa mangsa.

Menurut polis, ibu bapa mangsa memasang kamera dan pintu kebal pada bilik berkenaan, selain pagar setinggi 2 meter mengelilingi rumah mereka.

Airi ditemukan mati pada 18 Disember tetapi mereka hanya melaporkan kematiannya pada Sabtu lalu atas alasan “mahu bersama dengan anak mereka”.

Pasangan itu ditahan atas dakwaan membuang mayat secara salah sebelum disabitkan dengan pertuduhan yang lebih serius.

 



Source link

read more

Mayat mangsa pembunuhan kejam selamat disemadikan – Nasional


MELAKA 21 Dis. – Mayat mendiang Tan Aik Chai, mangsa pembunuhan kejam di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, Johor Ahad lalu, selamat disemadikan di Taman Peringatan Jelutong Funeral Parlour di Jalan Sungai Putat di sini petang ini.

Mayat mangsa yang berusia 44 tahun itu dibawa menaiki kenderaan mayat jenis Mercedez E250 CGI dari Johor kira-kira pukul 9.50 pagi dan tiba di Plaza Tol Ayer Keroh pukul 12 tengah hari ini.


Sebuah bas yang membawa ahli keluarga mangsa termasuk isterinya yang merupakan warganegara Vietnam dan anak lelaki mangsa turut tiba di negeri ini dan bergerak menuju ke taman peringatan berkenaan.


Upacara persemadian itu dihadiri kira-kira 30 orang yang berpakaian serba hitam dan putih, dipercayai ahli keluarga mangsa.


Sejurus selepas mayat dikebumikan kira-kira pukul 1 petang, mereka yang hadir bertafakur selama kira-kira dua minit diikuti upacara meletakkan kalungan bunga berhampiran tempat 
persemadian mendiang sebelum bersurai.  


Mayat mendiang sebelum ini ditempatkan di Pusat Peringatan Nirvana di Jalan Skudai, Johor selama tiga hari sebelum dibawa ke Melaka untuk disemadikan.


Dalam kejadian pukul 7.30 malam Ahad lalu, Aik Chai diserang sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta mewah BMW ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen minyak untuk mengisi angin tayar. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kes bunuh kejam: 4 suspek dikenal pasti – Jenayah


JOHOR BAHRU 18 Dis. – Polis Johor sudah mengenal pasti empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tikam dan langgar hingga menyebabkan kematian di stesen minyak di Taman Pelangi, di sini malam tadi.



Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd

MOHD. KHALIL

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, pihaknya sedang giat mengesan untuk menangkap suspek.

Katanya, kenderaan jenis BMW 520i yang dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran WB79L yang bukan miliknya.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kenderaan yang dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran milik orang lain. Pemilik asal telah dikesan dan setelah ditemubual mendapati tiada kaitan dengan kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Khalil berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini mendapati mangsa meninggal dunia akibat tikaman.

“Mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat terhadap kejadian ini agar menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Polis Johor di talian 07-2212999 segera,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PTPTN sebenarnya tidak kejam | Astro Awani



LENGGONG: Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disekat ke luar negara dinasihatkan untuk membuat rundingan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum berlepas.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu bagi memudahkan proses mengeluarkan sementara sekatan itu terhadap peminjam-peminjam selain mengelak kesulitan di saat-saat akhir.

Menurut beliau, pihak PTPTN sentiasa bersedia mengeluarkan sementara sekatan nama peminjam sekiranya mereka datang membuat rundingan semula.

Katanya, sekiranya rundingan baharu mengenai pembayaran semula pinjaman tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak, PTPTN tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengeluarkan sementara sekatan berkenaan.

“Kita fleksibel walaupun sekatan ke luar negara kita boleh juga berunding dengan para peminjam memandangkan PTPTN meletakkan pejabat kaunter di klia2 selama 24 jam.

“Kita memang mengalakkan untuk mana-mana peminjam membuat semakan tujuh hari sebelum ke luar negara,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang memberitahu seramai 447,890 peminjam PTPTN telah dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara baru-baru ini.

Beliau ditemui pada program kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak di Lenggong pada Selasa.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons