Dua kali dia kejar saya tapi saya beranikan diri untuk tolong…


NIBONG TEBAL: Bimbang ia mampu mengancam nelayan lain serta simpati dengan nasib seekor ular sawa yang sesat di lautan, seorang nelayan dari Kampung Sungai Chenaam di sini sanggup bertungkus lumus selama dua jam untuk menyelamatkannya.

Mohd Zainal Abd Hamid, 31, melihat kelibat ular berkenaan sekitar tengah hari Ahad ketika sedang memukat ikan berseorangan.

”Masa tu saya nampak kesian sebab badan ular tu ada luka-luka tapi saya beranikan diri untuk pergi lebih dekat.

”Sempat juga dua kali ular tu kejar saya tapi dalam takut-takut saya beranikan lagi pergi tolong,” katanya di sini, hari ini.

Ular hanyut

Selepas hampir dua jam bertungkus-lumus, Mohd Zainal akhirnya berjaya menangkap ular sawa lebih tujuh meter berkenaan.

”Saya tak pernah tengok ular besar macam tu ada di laut tapi bila fikir takut nanti dilanggar bot lain, jadi saya selamatkan juga,” ujarnya.
Ular hanyut

Ular berkenaan kemudian di bawa ke jeti nelayan Kampung Batas ban dan dilepaskan semula ke hutan berdekatan kampung.

”Saya lega dapat bebaskan ular berkenaan walaupun kulitnya boleh dijual tetapi saya kesian sebab badan dia penuh luka,” katanya.

Rakaman video dan gambar Mohd Zainal menangkap ular sawa berkenaan menjadi tular apabila netizen memuat naik ke laman media sosial sejak malam tadi.



Source link

read more

Program Kejar diteruskan ke Sabah Sarawak – KP SPRM



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) di Sabah dan Sarawak tahun depan, bagi memberi kesedaran dan pendedahan mengenai usaha membanteras rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Kejar 2017 yang bermula 18 hingga 30 Sept di seluruh negara, menunjukkan keberkesanan yang luar biasa dalam mendidik segenap lapisan masyarakat untuk membenci rasuah.

Beliau berkata Kejar yang dilaksanakan sempena ulang tahun ke-50 Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM adalah program mendekati masyarakat sehingga ke akar umbi supaya SPRM digeruni perasuah.

“Mereka yang mahu lakukan rasuah dan salah guna kuasa harus gerun dan gentar kerana SPRM sangat serius dalam isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Bermula awal tahun ini, setiap minggu ada siasatan dan tangkapan dibuat dan ia akan berterusan,” katanya pada majlis Aspirasi Kejar 2017 sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas penubuhan SPRM, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Dzulkifli berkata Kejar 2017 yang diadakan julung kali mengambil masa selama 13 hari berturut-turut melibatkan jarak perjalanan hampir 2,700 kilometer dan diiringi 40 motosikal berkuasa tinggi serta membabitkan 135 pegawai dan kakitangan SPRM.

Mengenai majlis Ini, Dzulkifli berkata ia dianjurkan bagi menghargai sumbangan dan jasa kepada jabatan dan agensi kerajaan, media dan pihak yang membantu secara langsung atau sebaliknya, dalam menjayakan program Kejar 2017.

Pada majlis itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) antara agensi kerajaan yang menerima sijil aspirasi daripada Dzulkifli.

– BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons