PM Najib kongsi kisah kejayaan seorang wanita


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi mengenai mengenai kisah seorang wanita yang berjaya dalam perniagaannya selepas mendapat bantuan daripada kerajaan.

Wanita berkenaan, Sharifah Dun hilang punca pendapatan apabila suaminya hilang pekerjaan di kilang ketika kegawatan ekonomi sehingga rumah mereka dilelong dan keretanya ditarik.

“Tetapi saya tidak mengalah, dengan hanya ada RM70 dalam poket, bantuan beras dan makanan dari Baitulmal, saya guna sebagai modal berniaga kecil-kecilan nasi lemak di stesen LRT Wangsa Maju.

“Dua bulan saya kumpul duit sedikit demi sedikit, cukuplah untuk sewa tapak berniaga di kaki lima sebuah restoran di Kuala Lumpur. Kemudian saya mohon bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) dan 1AZAM.

“Dari situ dapatlah saya sewa kedai, beli peralatan dapur dan menggaji pekerja,” kata wanita itu dan ia dikongsi oleh Najib dalam blog rasminya www.najibrazak.com.

Sharifah berkata hasil bantuan dan penat lelahnya kini menjadikan beliau memperolehi pendapatan harian antara RM1,000 hingga RM2,000.

Najib berkata wanita itu juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dan sentiasa mencari jalan membantu rakyat meningkatkan taraf hidup mereka.

Sharifah merupakan salah seorang yang menerima bantuan daripada inisiatif kerajaan Barisan Nasional yang meningkatkan hidup dan sosioekonomi rakyat pelbagai latar belakang.

Najib berkata secara keseluruhan, lebih daripada 100,000 peserta 1AZAM berjaya meningkatkan pendapatan.

Katanya, 2.26 juta pekerjaan baharu turut diwujudkan sejak 2010. Pendapatan bulanan sebanyak 98 peratus bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) juga meningkat.

1AZAM yang merangkumi lima program utama iaitu Azam Tani, Azam Niaga, Azam Khidmat, Azam Kerja dan Azam Bandar dilaksanakan bagi menjana dan meningkatkan pendapatan golongan yang tersenarai dalam sistem e-Kasih.

— BERNAMA



Source link

read more

Tahun 2018 Tahun Kejayaan dan Keberhasilan yang Mengagumkan



8 January, 2018


Dalam seminggu dua di awal tahun ini, ada sebahagian daripada kita, khususnya bagi mereka yang bergelar ibu-bapa, tentu sekali sedang sibuk menguruskan hal ehwal persekolahan anak-anak, terutamanya, bagi anak-anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Saya sangat faham, pada zaman digital sekarang, semua ibu bapa mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik, cemerlang lagi sempurna.

Bagi pihak Kerajaan, kita amat menitikberatkan bidang pendidikan. Sebab itu, Kerajaan telah membelanjakan secara purata RM8,900 setahun bagi setiap pelajar sebagai usaha menyediakan pendidikan percuma pada peringkat rendah dan menengah.

Ini menjadikan purata perbelanjaan pendidikan Malaysia adalah lebih dua kali ganda, berbanding perbelanjaan negara ASEAN lain.

Dipendekkan, kesemua yuran sekolah telah dimansuhkan. Kini, ibu bapa cuma harus menyumbang mengikut keperluan sekolah.

Selain itu, saya dimaklumkan hari ini para penjawat awam akan menerima RM1,000, sebahagian daripada jumlah keseluruhan Bayaran Khas sebanyak RM1,500.

Malah, bukan setakat itu sahaja, sebagai Kerajaan yang sentiasa prihatin tentang kebajikan para penjawat awam, telah diumumkan 12 lagi inisiatif dan insentif seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2018.

Sampaikan, penjawat awam wanita yang mengandung 5 bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam daripada waktu pejabat dan jika bekerja di lokasi yang sama, suaminya pun turut diberi kebenaran balik awal sejam.

Tidak terhenti di situ, kepada para penjawat awam yang bakal menimang cahaya mata pada tahun ini sehingga 31 Disember 2022 pula, anak mereka juga akan turut menerima sebanyak 200 ringgit melalui Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50, bagi memupuk budaya menabung untuk masa depan.

Sesungguhnya, banyak lagi inisiatif dan insentif untuk kepentingan dan kebajikan rakyat, yang Kerajaan umumkan dalam Bajet 2018, malah, sebenarnya, sepanjang tahun 2017, telah meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis serta tak kurang juga membawa pencapaian demi pencapaian yang boleh sama-sama kita banggakan.

Bahkan, Alhamdulillah, dalam Akujanji Kerajaan Barisan Nasional, melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik, setakat ini sahaja, kita sedang serta telah berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaannya. Tahniah kepada semua khususnya warga penjawat awam!

Sudah tentulah, di permulaan Tahun 2018 ini, saya mahukan kita semua khususnya para penjawat awam, untuk sama-sama berniat, berazam dan bertekad bagi memberikan perkhidmatan yang paling terbaik serta berfikir kreatif lagi inovatif di luar kotak kelaziman, bagi menghasilkan perkhidmatan yang benar-benar berkualiti dan cemerlang.

Sebab itulah, jika pada tahun 2017 lalu, saya telah menjadikannya sebagai Year of Delivery atau Tahun Penyampaian.

Maka pada tahun ini pula, saya berhasrat untuk menjadikan TAHUN 2018 SEBAGAI TAHUN KEJAYAAN DAN KEBERHASILAN YANG MENGAGUMKAN atau YEAR OF SUCCESS AND IMPRESSIVE RESULT.

Apa yang saya mahukan adalah, kerajaan terus berjaya dalam penyampaian perkhidmatan, kita cemerlang dalam meningkatkan nilai dan kemahiran, termasuklah kualiti kerja yang bertaraf global, produktiviti yang sentiasa bertambah, budaya kreatif serta inovatif dan berjaya dengan cemerlang dalam semua aspek pekerjaan serta perkhidmatan kepada rakyat.

Kita sama-sama pastikan bahawa Kerajaan ini mesti menang besar dalam Pilihanraya Umum Ke-14 nanti kerana kita ingin terus berbakti dan kekal melaksanakan pelbagai agenda murni serta inisiatif yang mendatangkan kebaikan dan manfaat, demi kemaslahatan rakyat serta negara keseluruhannya. Insya-Allah.

Lebih daripada itu, saya juga mahukan Kerajaan ini, negara Malaysia dan rakyatnya pula, berjaya  dengan cemerlang serta seimbang, mencapai Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.

Hakikatnya, 2017 adalah tahun yang banyak membawa pencapaian kepada Malaysia. Ekonomi kita melangkaui segala jangkaan, iaitu pada 6.2 peratus untuk suku ketiga tahun 2017, berbanding pertumbuhan 4.3 peratus pada suku ketiga tahun sebelumnya. Bank Dunia juga turut menyemak semula anggarannya untuk pertumbuhan Malaysia bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali – 4.9 peratus kepada 5.8 peratus.

Seterusnya, banyak institusi global yang dihormati seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, telah memuji pertumbuhan ekonomi Malaysia yang begitu memberangsangkan serta pengurusan ekonomi berhemat oleh Kerajaan, selain mengakui bahawa, daya tahan dan daya saing ekonomi telah dikukuhkan. Sentimen ini diperkukuhkan lagi dengan keyakinan yang ditunjukkan masyarakat antarabangsa kepada Malaysia sepanjang tahun lalu.

Sememangnya juga, 2017 merupakan tahun pemulihan bagi ringgit, yang menyaksikan ia kembali mengukuh secara perlahan-lahan.

Pada awal tahun 2017, Ringgit memulakan dagangan rendah pada paras 4.4900 berbanding dolar AS dan terkini, Ringgit mencecah paras tertinggi pada kadar RM3.9980, berbanding dolar Amerika Syarikat, melepasi tahap psikologi 4.0 apabila ditutup beberapa hari lalu, sekaligus menjadikannya pada kedudukan terbaik sejak Ogos 2016 dan ringgit juga muncul mata wang terbaik di rantau ini pada November lalu.  Peningkatan nilai mata wang ini, mencerminkan asas ekonomi kita yang kukuh dan berdaya tahan.
Antara Sorotan Pencapaian 2017

Selanjutnya, pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama di Malaysia yang memberi manfaat kepada lebih 2,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana yang bakal mendapat akses lebih mudah ke pasaran global, terutamanya pasaran China melalui DFTZ.

Pada bulan Februari lalu, Saudi Aramco mengumumkan pelaburan AS$7 bilion di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor, yang menjadikan ianya pelaburan hiliran terbesar Aramco di luar Arab Saudi.

Manakala laluan MRT pertama negara jajaran Sungai Buloh-Kajang telah mencipta 130,000 pekerjaan baharu, yang mana 70,000 daripadanya adalah pekerjaan langsung.

Begitu jugalah dengan Projek Infra-Rakyat seperti, East Coast Rail Link di Pantai Timur, dan High Speed Rail yang merentasi Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya/Kuala Lumpur/Selangor, yang bakal dibina. Di Sabah dan Sarawak pula, projek Lebuhraya Pan Borneo sedang rancak dijayakan.

A new milestone for export performance direkodkan pada Mac 2017, yang mana nilai eksport telah mencecah RM80 bilion untuk pertama kalinya. Peningkatan eksport yang teguh dicerminkan oleh momentum yang lebih baik dalam sektor barangan dan perkhidmatan.

Sungguhpun begitu, saya sedar ada antara kita masih menghadapi cabaran, tetapi langkah-langkah yang telah dan akan terus kita ambil bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara kita terus mampan dan inklusif, meluas serta memanfaatkan setiap segmen masyarakat.

Inilah sebabnya dalam Bajet 2018, saya telah mengumumkan pengurangan cukai, peruntukan untuk petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah, diskaun pembiayaan pengajian buat para pelajar, waktu kerja lebih mudah bagi wanita mengandung dalam perkhidmatan awam dan banyak lagi langkah-langkah lain yang telah diumumkan, untuk membantu meringankan beban rakyat.

Bahkan, Bank Dunia melaporkan bahawa, “Ekonomi Malaysia berkembang dari kedudukan kukuh” dan kita menjangkakan pertumbuhan sihat bagi tahun 2018 dan lebih banyak pengurangan defisit apabila kita terus mengambil segala langkah yang perlu untuk membangunkan negara dan memastikan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan rakyat Malaysia.

Kerajaan menjangkakan, Insya-Allah, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada tahun 2018, dengan KDNK sebenar berkembang antara lima peratus dan 5.5 peratus, diterajui permintaan dalam negeri.

Para penjawat awam mestilah lebih bekerja keras dan gigih bersama barisan kepimpinan, bukan setakat untuk mengekalkan status Malaysia sebagai role model atau negara Islam contoh kepada negara-negara Islam lain, tidak juga sekadar berbangga apabila digelar sebagai antara model negara berbilang kaum yang paling berjaya di dunia, bahkan, lebih jauh daripada itu, sudah sampai masanya Malaysia membuktikan kewibawaannya untuk menjadi ‘global player’ yang berjaya dalam segenap dimensi dan sudut.

Contohnya, kita juga lantang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan dan sejagat seperti di Syria, Rohingya serta Palestin. Malah dengan tegas dan lantang menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitul Maqdis Sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.

Selain Malaysia turut berperanan aktif di peringkat ASEAN dan dalam kalangan negara-negara Islam, kita juga mempunyai hubungan baik dengan negara-negara besar dunia seperti China, Jepun, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan India.

Sehinggakan, dengan pelancaran DFTZ, menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital pertama di dunia di luar negara China, dijangka mampu mewujudkan lebih 60 ribu peluang pekerjaan berpendapatan tinggi baharu kepada anak-anak muda.

Kerajaan ini merupakan sebuah Kerajaan yang ada proven track record, ada visi dan misi yang sangat jelas serta jauh, diikuti dengan perancangan dan perencanaan yang inklusif serta komprehensif.

Misalnya, Malaysia sudah terkehadapan dan sedang disiapkan untuk menjadi High Income Advanced Economy pada tahun 2020; Nilaian ekonomi dan dagangan semasa disasarkan menjadi 2 trilion ringgit pada tahun 2025; persediaan menghadapi impak Revolusi Perindustrian Keempat pada tahun 2030; sekaligus membawa Malaysia tersenarai dalam gelanggang kelompok 20 negara termaju dan terbaik di dunia, menjelang Transformasi Nasional 2050 atau TN50.

Ini menunjukkan bahawa, kita adalah sebuah Kerajaan yang terus bertransformasi, menjadi harapan pasti untuk masa depan rakyat dan negara. Janganlah sesekali dibiarkan negara ini, kembali semula ke zaman silam atau purba, yang bersifat kuku besi dan autokratik.

Saya mahukan negara dan Kerajaan ini terus kukuh dan mantap, stabil serta berpadu dan maju berjaya dalam semua aspek serta bidang utama, baik di sudut ekonomi, keselamatan, politik, agama, pendidikan, budaya dan sosial, yang membawa kepada limpahan kemakmuran serta kesejahteraan hidup rakyatnya.

Kita bersama-sama menyebarkan kebaikan, mencapai delivery dan usaha-usaha murni yang telah sekian banyak dilakukan oleh Kerajaan demi kemaslahatan rakyat, selain, menangkis segala ‘perang persepsi’, propaganda dan tohmahan songsang yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di media-media sosial.

Mudah-mudahan tahun 2018 ini, akan memberikan lebih banyak kejayaan dan keberhasilan yang mengkagumkan kepada Malaysia. Didoakan, semoga majulah Malaysia, Rahmatilah rakyat dan negaranya, di bawah keberkatan serta lindungan Allah SWT sampai bila-bila. Insya-Allah.



Source link

read more

Keharmonian kaum resipi kejayaan negara – Wilayah


KANGAR 25 Dis. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan bahawa keharmonian antara kaum, toleransi dan saling memahami yang menjadi resipi kejayaan negara harus dipertahankan.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum hendaklah mencontohi semangat patriotik yang membentuk suasana harmoni.

“Contoh terdekat ialah negara jiran, Thailand yang suasana harmoni rakyatnya merentasi sempadan agama dan budaya,” titah baginda selepas menyerahkan sumbangan MAIPs kepada Sekolah Agama (Maktab) 25, Charoen Krung 36 Road, Bangkrak, Bangkok petang semalan.

Kenyataan media tersebut dikeluarkan oleh MAIPs di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyerahkan sumbangan kepada wakil sekolah berkenaan, Thanarat Watcharap-isud. Sekolah tersebut mempunyai 40 pelajar.

Baginda turut menitahkan tahniah atas inisiatif Pusat Dakwah One Centre Malaysia yang dikendalikan oleh MAIPs yang diawasi Jabatan Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAIPs) Perlis yang telah melaksanakan pelbagai program dan terbaharu Hari Masjid Terbuka di Masjid Al-Hussein Kuala Perlis.

Program-program yang mendapat sambutan masyarakat khususnya umat Islam akan diperluas sebagai usaha untuk menyemarakkan perpaduan dan keharmonian antara kaum, titah Tuanku Syed Faizuddin.

Sementara itu, baginda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berharap rakyat Perlis yang meraikan Hari Krismas merayakan sambutan itu dengan penuh rasa gembira dan menyemai semangat kasih sayang serta saling menghormati, bertolak ansur dan perpaduan. – BERNAMA



Source link

read more

Raja Muda Perlis harap MAIPs capai lebih banyak kejayaan – Nasional


BANGKOK 24 Dis. – Selepas mencipta sejarah menjadi majlis agama Islam pertama yang menerima pengiktirafan sistem perakaunan yang dilaksanakan majlis itu tahun ini, MAIPs diharap mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun hadapan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis bertitah, momentum itu harus dikekalkan, bahkan dipertingkatkan pada tahun hadapan.

Tahun ini titah baginda, MAIPs telah diiktiraf melalui Sistem Perakaunan Berkomputer Yang Standard di Badan-badan berkanun Persekutuan (SAGA) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pula menerima pensijilan MS ISO 9001 : 2015.

Tuanku Syed Faizuddin merakamkan titah ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua agensi bersama MAIPs iaitu Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) yang telah mempamerkan pelbagai kecemerlangan sepanjang tahun 2017.

“Saya amat berbangga dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai oleh MAIPs dan agensi bersamanya sepanjang 2017 ini dan berharap agar momentum ini dikekalkan bahkan dipertingkatkan demi kelestarian kejayaan tahun mendatang khususnya 2018 yang bakal tiba beberapa hari saja lagi.” titah Baginda.

Demikian menurut siaran media MAIPs yang memaklumkan Tuanku Raja Muda berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs kepada Masjid Haroon di kotar raya Bangkok, Thailand selepas singgah menunaikan solat zohor petang tadi.

Pentadbir masjid iaitu Davud Homchuen menerima bagi pihak masjid yang berusia 120 tahun yang diasaskan oleh Allahyarham Yusuf Bafadel Sheikh Haroon Bafadel dan boleh memuatkan 300 orang anak jemaah pada satu-satu masa itu.

Baginda juga menitahkan bahawa segala penganugerahan dan juga pencapaian yang diterima ini bukan untuk dibangga tetapi perlulah menjadi asas untuk mencipta kejayaan yang berikutnya di masa mendatang. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penerimaan resolusi kesederhanaan oleh PBB satu kejayaan – PM Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penerimaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap resolusi menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikalisasi, sebagai satu kejayaan untuk Malaysia.

“Alhamdulillah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima resolusi Malaysia untuk menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikal menggunakan pendekatan kesederhanaan.

“Satu lagi kejayaan bersejarah buat #Negaraku,” katanya dalam catatan di laman Twitter.

Resolusi itu yang merupakan inisiatif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) diterima dalam Sesi ke-72 Perhimpunan Agung PBB di New York pada Jumaat.

Antara kandungan resolusi itu adalah pengumuman tahun 2019 sebagai Tahun Kesederhanaan Global dalam usaha menggerakkan gelombang suara kesederhanaan menerusi promosi dialog, nilai toleransi dan usaha ke arah kerjasama yang lebih erat di kalangan masyarakat antarabangsa.

Resolusi itu dibentangkan oleh Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York, Datuk Seri Mohd Shahrul Ikram Yaakob pada September lepas.

Ia diterima melalui undian oleh 135 negara anggota PBB kecuali Amerika Syarikat dan Israel yang telah menentang serta tiada negara yang berkecuali. — Bernama



Source link

read more

Anggun teruskan legasi kejayaan menerusi What We Remember



KUALA LUMPUR: Sebut sahaja nama Anggun Cipta Sasmi, siapa yang tidak kenal.

Jika sekali pun anda bukan peminat setianya, anda pasti mengenali dan mengetahui reputasi tinggi artis yang berasal dari Jakarta, Indonesia ini.

Memulakan kerjaya seni seawal usia 12 tahun, Anggun meninggalkan tanah airnya pada usia 20 tahun untuk mengejar cita-citanya sebagai artis antarabangsa.

Sejak itu, Anggun tidak menoleh ke belakang lagi. Bermula dengan lagu hit Snow On the Sahara, Anggun telah melahirkan enam album berbahasa Inggeris, empat album berbahasa Perancis, selain lima album dalam bahasa Indonesia.

Lagu-lagu nyanyian Anggun pernah tersenarai dalam beberapa buah carta muzik terkemuka antarabangsa, antaranya Billboard Dance Charts dan Billboard Pop Songs Charts.

Selain menyanyi, duta keamanan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menyumbangkan kepakaran dan pengalamannya sebagai penyanyi apabila dilantik sebagai juri pertandingan realiti pencarian bakat  Asia’s Got Talent.

Single terbaharunya, What We Remember, yang baru sahaja dilancarkan telah pun memasuki carta Top 10 best selling iTunes. Album terbaharunya, ‘8’ bakal menemui peminat 8 Disember ini.

Untuk peminat Anggun, pastikan anda meluangkan masa lunch break anda untuk bersama-sama menantikan pengumuman istimewa Anggun dan Fazura melalui sesi Facebook Live, jam 1 petang esok, di Facebook Astro AWANI.



Source link

read more

Pyongyang umum kejayaan uji peluru berpandu balistik Hwasong-15



PYONGYANG: Korea Utara mengumumkan kejayaannya menguji peluru berpandu balistik antara benua yang baharu pada Rabu.

Pyongyang mendakwa keupayaan senjata terbaharunya itu mampu menyerang seluruh Amerika Syarikat.

Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung di televisyen, Pyongyang mendakwa berjaya melancarkan peluru berpandu balistik (ICBM) Hwasong-15, yang menggunakan tenaga nuklear tertinggi.

BACA: Korea Utara sekali lagi lancar peluru berpandu balistik

Dengan pelancaran tersebut, Korea Utara turut mendakwa berjaya mencapai matlamatnya untuk mengancam mana-mana negara yang cuba menggugat keamanannya terutamanya Amerika Syarikat.

Pelancaran itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi dan waktu sebenar pelancarannya.



Source link

read more

Kejayaan IMCTC perangi Daesh dorong militan kembali ke Asia Tenggara – Nasional


KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kejayaan Pakatan Ketenteraan Islam Memerangi Keganasan (IMCTC) ke atas Daesh di Asia Barat menyebabkan militan asing kembali semula ke Asia Tenggara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, kumpulan pengganas serantau seperti Abu Sayyaf (ASG), Jemaah Islamiyah dan Mujahideen telah menyatakan secara terbuka sokongan mereka terhadap Daesh.

“Kumpulan-kumpulan ini berperanan sebagai rumah kedua bagi mereka yang melarikan diri dari Mosul, Aleppo dan Raqqa malah mereka turut berani mengisytiharkan kawasan ini sebagai wilayah IS yang dinamakan Wilayah Asia Timur.

“Mereka umum wilayah itu merangkumi Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Selatan Thailand dan Myanmar ketika mereka terus kehilangan wilayah di Iraq dan Syria. Perkembangan ini tidak akan menghalang usaha kita, kita akan terus memerangi mereka dari semua arah,” katanya dalam ucapan pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan IMCTC di Riyadh, Arab Saudi semalam.

Teks ucapannya dihantar kepada Bernama hari ini.

Hishammuddin berkata, ketika IS diperangi keluar dari Asia Barat, prospek Asia Tenggara untuk menjadi sasaran meningkat dengan ketara.
Awal Mei lalu, Filipina berdepan serangan IS, “satu fenomena yang pada suatu masa dahulu kami anggap hanya berlaku di Asia Barat dan hanya selepas lima bulan yang memeritkan barulah Filipina mengisytiharkan berakhirnya pengepungan ke atas Marawi City.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-tugas Khas turut memaklumkan mesyuarat itu Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman, kerjasama bersejarah di antara Malaysia dan Arab Saudi dalam menangani keganasan dan ekstremisme, kini beroperasi. – BERNAMA

 





Source link

read more

Peranan isteri penting bantu kejayaan pemimpin – Najib – Nasional


MELAKA 26 Nov. – Peranan besar yang dimainkan oleh isteri berupaya memberi impak kepada kejayaan, kesejahteraan dan keberkesanan seseorang pemimpin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan penting dimainkan seorang isteri yang menjadi teman sejati dan penghibur hati seseorang pemimpin itu begitu besar maknanya.

“Sekiranya isteri dapat membantu kita menguruskan rumah tangga dengan baik, memahami tugas kita, menenangkan hati dan jiwa kita, saya yakin setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan lebih berjaya.

“Bab ini kita kenalah bagi perhatian supaya suami dapat jalankan tugas dengan begitu baik sekali lebih-lebih lagi dah dekat nak raya (pilihan raya) ni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Penutup Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Semalaysia (PTIWRBNM) di Hotel Equatorial, Banda Hilir, di sini malam tadi.

Yang turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Jelas Najib, beliau percaya dengan sokongan padu serta kerjasama baik daripada pihak isteri, kerajaan BN akan bergerak lebih laju dan lebih gigih.

Katanya, segala ilmu yang diperolehi boleh digunakan untuk menjadi pengantara antara pihak kerajaan dan rakyat.

“Kepada kumpulan-kumpulan yang mungkin jika isteri kita mainkan peranan ia lebih meresap pengaruhnya berbanding jika kita yang melakukannya.

“Misalnya ada persatuan ibu tunggal dan anak yatim atau sewaktu berlaku musibah di kawasan kita, kalau isteri turun bersama atas nama badan kebajikannya melakukan kerja amal dan pendekatan mesra rakyat, saya percaya sumbangan itu cukup besar nilainya kepada kerajaan BN,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons