Malaysia kekal peneraju sukuk global 2017


RAM_ratings.jpg.transformed_7MO, 21/2/2018, KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran penerbitan sukuk dunia pada 2017 dengan terbitan bernilai AS$36.5 bilion daripada sukuk global.

Ini diikuti oleh Arab Saudi (AS$31.7 bilion), Indonesia (AS$6.9 bilion) dan Qatar (AS$5.6 bilion), kata RAM Rating Services Berhad (RAM Ratings) dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah terbitan sukuk global pada 2017 turut melepasi unjuran awal RAM Ratings sebanyak AS$85 bilion-AS$90 bilion apabila meningkat 33.6 peratus bagi tahun ke tahun kepada AS$97.3 bilion (2016: AS$72.9 bilion).

Ini didorong oleh lonjakan terbitan sukuk sebanyak 144.5 peratus atau AS$46.6 bilion daripada kalangan negara Majlis Kerjasama Teluk, kata agensi penarafan itu.

Pada 2016, Malaysia turut berada di kedudukan teratas arena sukuk global dengan terbitan sukuk berjumlah RM29.9 bilion, kata RAM Ratings.

Selain itu, sukuk wajaran tinggi terbitan kerajaan yang diterajui oleh DanaInfra Nasional Bhd, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam dan Prasarana Malaysia Bhd, juga terbukti menyokong terbitan sukuk dalam mata wang tempatan Malaysia pada 2017.

Ketua Pembiayaan Islam RAM Ratings, Ruslena Ramli, berkata terbitan sukuk mata wang tempatan itu berjumlah RM168.7 bilion pada tahun lalu, sekali gus melebihi unjuran tahun penuh agensi penarafan itu sebanyak RM100 bilion-RM120 billion.

“Kami menjangkakan terbitan sukuk DanaInfra akan meningkat secara ketara pada 2018, dipacu oleh keperluan pembiayaan (bagi projek) Laluan MRT2 dan Lebuhraya Pan Borneo,” katanya.

 

— BERNAMA



Source link

read more

Siapa pun lawannya Jokowi dijangka kekal presiden Indonesia



JOKO Widodo atau Jokowi dijangka tidak berdepan masalah mempertahankan kedudukannya sebagai orang nombor satu Indonesia dalam Pemilihan Presiden 2019 (Pilpres 2019).

Memetik sumber Okezone News, pemimpin berusia 56 tahun itu tidak ada masalah untuk mengekalkan jawatan yang dimenanginya pada 2014 biar siapa pun yang menjadi pencabarnya.

Antara yang disebut-sebut bakal mencabar Jokowi dalam Pilpres 2019 termasuk seteru lama Prabowo Subianto, Agus Harimurti Yudhoyono, Anies Baswedan dan Gatot Nurmantyo.

Bagaimanapun Pengarah Eksekutif Poltracking Indonesia, Hanta Yuda ketika membentangkan hasil kaji selidiknya berkata peluang untuk mereka memenangi hati pengundi agak tipis berbanding Jokowi.

Berdasarkan kaji selidik berkenaan, sekiranya berdepan Prabowo yang juga pencabarnya dalam Pilpres 2014, Jokowi mampu memperoleh 57.6 peratus undi berbanding hanya 33.7 peratus untuk Prabowo.

Baca: Jokowi menang dengan 53.15 peratus undi

Andai lawannya nanti adalah Agus yang juga anak sulung bekas presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Jokowi dijangka mendapat undi lebih besar iaitu 64.7 peratus.

Hanya 14.6 peratus dijangka memilih Agus, sementara 20.6 peratus pula belum buat sebarang keputusan.

Sekiranya terpaksa berdepan naib presiden ketika ini Jusuf Kalla, Jokowi bukan hanya menang malah jumlah undinya lebih besar iaitu 66.4 peratus, berbanding 6.9 peratus undi untuk Jusuf.

Kaji selidik ini melibatkan 1,200 responden dan dilakukan dari 27 Januari hingga 3 Februari lepas.



Source link

read more

Lelaki pengembara masa ramal Trump kekal presiden lulus ujian kesan bohong



SEORANG lelaki di Amerika Syarikat mengaku berasal dari masa depan. Menariknya ketika ujian mengesan bohong dilakukan dia lulus.

Hanya mahu dikenali sebagai Noah, dia mendakwa mengembara ke masa silam dari tahun 2030.

Dakwanya lagi usia sebenarnya adalah 50 tahun namun kelihatan seperti 25 tahun kerana mengambil sejenis dadah rahsia.

Bagi mengukuhkan dakwaannya Noah meramalkan beberapa perkara yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Antaranya terciptanya kereta elektrik pada 2028 yang akan membawa manusia ke Marikh serentak dengan pengumuman rasmi mengenai kembara merentasi masa.

Namun yang paling jadi perhatian, Noah meramalkan Donald Trump akan berjaya mempertahankan jawatannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020.

Ketika diminta kemukakan bukti bagi menyokong ramalannya dia enggan dengan alasan bimbang ia akan mencetuskan paradoks.

Dalam video yang dikeluarkan Paranormal Elite sebelum ini mendakwa pengembaraan masa telah memberi tekanan dalam dirinya.

Dakwanya lagi manusia sebenarnya telah melakukan kembara masa sejak 15 tahun dahulu namun ianya dirahsiakan.



Source link

read more

MAHFUZ JANGAN RISAU, GELARAN “BEAN” TU TETAP KEKAL!!! ~ SEMUT HITAM


Ala! Jangan la risau sangat Mahfuz oi. Takde orang lagi yang berani nak tarik balik gelaran yang dia miliki pada ketika ini walaupun semakin ramai Badut Politik dikalangan puak Pakatan tu.

Di Malaysia ni hanya ada sorang je yang layak menyandang gelaran Mahfuz Bean tu. Jadi, tak payah la dia risau sangat. Kalau setakat gelaran Datuk tu, takde benda sangat la bagi Pakatan.

Lagi pun, Si Mujahid tu sendiri sebelum ini dah keluarkan kenyataan dengan menegaskan bahawa pangkat dan gelaran tu tidak menjadi satu keutamaan buat puak Pakatan Haprak tu.

Jadi, buat apa Si Mahfuz Bean tu sibuk sangat nak meroyan tak tentu arah? Bukan ke sebaiknya dia berlapang dada dan menerima tindakan yang telah diambil oleh pihak Istana Kelantan tu?

Tapi bak kata pemimpin PAS, Si Mahfuz Bean tu kelihatan seolah – olah berada dalam keadaan tertekan apabila mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan yang telah diambil.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata, ini juga mungkin balasan dan akibat yang diterima mereka selepas melanggar sumpah bai’ah yang telah dilafazkan ketika berada di dalam PAS.

“Kenyataan itu memberi gambaran bahawa mereka (yang keluar PAS) sudah berada di zon yang sangat tertekan apabila parti mereka tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat dan mereka keluar daripada PAS beramai-ramai dan Alhamdulillah tidak ada yang mengikut mereka kecuali jumlah yang sangat sedikit. 

“Jadi mungkin mereka dalam situasi yang sangat tertekan sehingga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu tidak menggambarkan seorang pemimpin yang berjiwa besar.

“Kenyataan-kenyataan sedemikian menggambarkan macam orang yang merajuk, orang yang bercakap tanpa matlamat perjuangan yang jelas, apa benda sahaja pun dia komen, dan bagi saya mereka yang melanggar baiah yang dibuat di dalam PAS tidak akan selamat di dunia dan akhirat,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Semalam, Si Mahfuz Bean tu berkata penarikan semula darjah dan bintang kebesaran beberapa pemimpin Pakatan menjadikan anugerah tersebut tidak lagi bernilai di mata rakyat.

Bagi sesetengah pihak, Si Mahfuz tu patut sedar, sebagai seorang pemimpin dia tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang seolah-olah mempertikaikan keputusan tersebut.

Sedangkan Si Mahfuz bean tu sendiri sedar bahawa penganugerahan dan penarikan semula darjah kebesaran itu adalah hak Tuanku Sultan. Malah dia sendiri pun terima darjah kebesaran seumpama itu.

Jadi, tak payah la Si Mahfuz Bean tu nak meroyan sakan mendakwa kononnya penarikan balik darjah kebesaran itu menjadikan sebagai suatu yang tidak bernilai. Sudah – sudah la Si Mahfuz Bean tu nak memalukan diri dia sendiri depan orang ramai!!!




Source link

read more

PH celaru, gabungan komponen tak akan kekal


KUALA LUMPUR – Perjuangan parti baharu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) adalah untuk kepentingan individu bukan bertujuan membela atau menjaga kebajikan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd Fakeh berkata, ini kerana kewujudannya hasil perpecahan dari UMNO dan Pas, yang mana tindakan mereka keluar parti induk itu disebabkan kegagalan merebut jawatan tertinggi.

“Saya yakin mereka ini memang tidak bersatu. Gerakan mereka pun atas individu, bukan gerakan untuk menjadi sebuah parti yang kuat untuk membela rakyat.

“Sebab itu, kerana inginkan kuasa, mereka tubuh parti baharu dan memegang jawatan tertinggi parti. Bagaimanapun, PPBM dan PAN ini tidak akan kekal dalam gabungan Pakatan Harapan (PH),” katanya di sini, semalam.

Kata Mohd Faisah, di peringkat awal lagi parti serpihan itu tidak mendapat persetujuan daripada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terutama dalam soal meletakkan calon di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sabak Bernam berkata, timbul rasa tidak puas hati pemimpin nombor dua PKR itu disebabkan ada beberapa kawasan yang menjadi kubu parti itu, diambil sama ada oleh PPBM atau PAN.

“Mohamed Azmin tidak berapa suka dengan sikap hendak menjadi tuan seperti ditunjukkan oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dia sewenang-wenangnya mahu letak calonnya du kerusi yang ditandingi PKR sebelum ini.

“Ini yang mendorong saya untuk mengatakan komponen PH akan berpecah suatu hari nanti,” katanya.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN), beliau menjelaskan, pihaknya akur siapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

“Kita mesti akur kepada pucuk pimpinan. Siapa saja mereka pilih, kita mesti beri sokongan dan pastikan menang.

“Kekuatan kita sudah terserlah. Nerdasarkan kajian sikap yang kita buat sekarang, kita dapati hampir 60 peratus pengundi menyokong BN,” katanya.

Katanya, kalau sokongan itu berterusan sehingga pada hari mengundi, nescaya dua kerusi Parlimen dan empat DUN dalam Sabak Bernam kekal dimenangi calon BN. – theRakyat



Source link

read more

Satu mata untuk Palace, New Castle kekal di zon bahaya – Bola Sepak


LONDON 5 Feb. – Newcastle United kekal berada dalam zon bqhaya untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris apabila hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Crystal Palace di Selhurst Park.

Anak buah Rafael Benitez bermula dengan yakin apabila mendahului 1-0 melalui Mohamed Diame, tetapi penalti oleh Luka Milivojevic dalam separuh masa kedua memaksa New Castle hanya pulang dengan satu mata.

Pasukan Magpies itu kini hanya satu mata di atas zon penyingkiran dengan hanya 16 mata dan gagal mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut.

Palace yang tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka hanya dua mata mendahului Newcastle. – AFP



Source link

read more

KJ bayang hasrat kekal bertanding di Rembau


REMBAU – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membayangkan hasrat hendak kekal bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

Beliau yang mengakui dekat dengan penduduk kawasan itu, bagaimanapun berkata, keputusan hanya boleh dibuat Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri.

“Itu adalah harapan saya, tetapi keputusan di tangan Najib,” katanya ketika berucap pada program Ramah Mesra Wanita Bersama Pemimpin di Muzium Raja Melewar, Kampung Astana Raja, di sini, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Dr. Awaluddin Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota.

Sementara itu, Khairy menggesa kepemimpinan akar umbi termasuk wanita supaya terus mendampingi rakyat untuk mengambil tahu setiap masalah dihadapi mereka.

“Pemimpin akar umbi perlu melaksanakan tugas diamanahkan. Pendekatan ini kita gunakan bukan ketika PRU saja, tetapi berterusan sepanjang masa,” katanya. – theRakyat



Source link

read more

Dari APU sampai PH – BN tetap kekal berkuasa


BARISAN Nasional (BN) tidak menghadapi masalah untuk terus kekal memerintah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini walaupun berdepan dengan cabaran dan ujian besar dari parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini pun, ketika UMNO berpecah dua tahun 1989 sehingga membawa kepada penubuhan parti baharu, Parti Melayu Semangat 46 (S46) oleh Tengku Razaleigh Hamzah tidak sedikit meramalkan BN akan kalah teruk.

Ketika itu, Tengku Razaleigh atau Ku Li bergabung dengan Pas, musuh tradisi BN. Beliau bersama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Mursydul Am Pas mewujudkan gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) untuk melawan BN.

Ternyata, PRU8 tahun 1990 menyaksikan pembangkang atau APU hanya berjaya merampas Kelantan sahaja manakala peringkat persekutuan kekal ditadbir oleh BN.

Selepas S46 dibubarkan pada Mei 1996, APU pun turut ‘berkubur’. Pas kemudian bertahaluf siyasi dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Gabungan itu menyaksikan BN kehilangan Terengganu kepada Pas dalam PRU10 (1999) untuk tempoh satu penggal tetapi masih kekal memerintah kerajaan Pusat.

PR juga menunjukkan kekuatannya dengan merampas Perak, Selangor dan Pulau Pinang selain kekal di Kelantan pada PRU12 tetapi BN masih tetap mentadbir kerajaan pusat.

Sepenggal selepas itu, BN mengambil semula kerajaan Perak.

Keutuhan BN yang diterajui UMNO bersama rakan komponennya, MCA, MIC, Gerakan dan PPP (sekarang MyPPP) tidak pernah mengalah. Mereka sebaliknya membuktikan parti itu masih mendapat kepercayaan rakyat.

Kini, dalam persediaan dan persiapan menghadapi PRU14, penganalisis politik tanah air tidak pernah sunyi meramalkan BN akan kecundang kepada PH yang diketuai pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ramalan itu sama seperti tekaan pada PRU-PRU sebelum ini tetap jelas mengecewakan penganalisa propembangkang yang nampak ghairah untuk melihat pembangkang mengambil alih pemerintahan kerajaan pusat atau dengan kata lain menawan Putrajaya.

Tidak dinafikan BN akan kehilangan beberapa kerusi pada PRU14 ini sebagaimana BN kehilangan Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang tetapi tidaklah sampai ke tahap menawan Putrajaya.

Pembangkang sendiri pun secara tersurat dan tersirat berdepan dengan krisis kepercayaan sesama sendiri berikutan tindakan pucuk kepimpinan mereka melantik Mahathir sebagai nakhoda untuk mengendalikan bahtera mereka.

Pembahagian kerusi yang dianggap tidak adil oleh pemimpin akar umbi PH pada konvensyen parti itu awal Januari lalu juga antara faktor berlaku perpecahan undi dalam kalangan penyokong pembangkang. Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada BN.

Secara hitungan kasar, BN mempunyai sokongan yang padu dari penyokongnya. Ahlinya tetap ‘solid’ dan tidak akan sekali-kali tergugat oleh kehadiran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Sudah tentu trend ini tidak ada pada penyokong pembangkang.

Kepercayaan rakyat kepada BN tidak berbelah bahagi. Walaupun pembangkang menggunakan pelbagai isu seperti 1MDB, tanah Felda, sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga barangan, majoriti rakyat tidak terkesan dengan isu berkenaan.

Pada rakyat mudah sahaja. Asalkan celik mata, mereka dapat turun ke bendang menanam padi, turun ke laut menangkap ikan, turun ke kebun menoreh getah dan itu sudah lebih dari cukup untuk mereka meletakkan kepercayaan kepada kerajaan.

Sungguhpun ada yang menguar-uarkan pengaruh Mahathir sangat kuat dan boleh menggugat kekuatan BN, itu hanya sekadar tekaan retorik yang terpaksa dijadikan alasan untuk menutup kelemahan pembangkang.

Tidak dinafikan, PH pada dasarnya dilihat kuat dengan gabungan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM, hakikatnya masing-masing ada kelemahan tersendiri.

Siapa tidak kenal dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, yang mengutamakan anak beranak dalam politik. Siapa tidak kenal Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berjuang hanya untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Begitu juga Presiden PAN, Mohamad Sabu dan timbalannya, Salahuddin Ayub, yang mana pemimpin, ahli dan penyokong Pas tahu siapa mereka.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sama. Setakat ini tidak diketahui apa matlamat dan hala tuju perjuangannya.

Semua ini dalam pengetahuan rakyat tetapi mereka tidak cepat melatah untuk mengikut rentak pemimpin-pemimpin kecewa itu berpolitik.

Jadi, ramalan saya, seperti apa yang berlaku pada PRU kelapan hingga ke PRU14, BN akan terus kekal sebagai kerajaan memerintah. PH akan terkapai-kapai dengan labu-labunya. – theRakyat



Source link

read more

Malaysia kekal mesra pelabur | Merdeka Online


WhatsApp_Image_2018-01-23_at_10.35.08_AM.jpeg.transformedMO, 23/1/2018, KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan akan sentiasa memastikan Malaysia menjadi negara mesra pelabur dan perniagaan.

Dengan sasaran itu, Perdana Menteri berkata, usaha akan ditingkatkan ke arah pengukuhan ketelusan, akauntabiliti dan keberkesanan.

“Kita perlu memastikan pasaran modal Malaysia kekal berdaya saing supaya pasaran dapat terus bergerak bagi membolehkannya berkembang dengan berkesan serta memenuhi kehendak pertumbuhan ekonomi.

“Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Bank Negara dan Kementerian Kewangan sentiasa memperkenalkan langkah menyokong bagi meningkatkan dinamis pasaran modal negara.

“Bagi mencapai objektif ini, saya memberi jaminan kita boleh jangkakan pengenalan langkah susulan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Invest Malaysia 2018 di ibu negara, hari ini.



Source link

read more

Korea Utara kekal satu ancaman kepada keselamatan



NEW YORK: Di sebalik perkembangan positif di semenanjung Korea, Korea Utara masih dianggap satu ancaman kepada keamanan dunia.

Duta United Kingdom ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Jonathan Allen menyifatkan program nuklear Pyongyang masih aktif dan kekal satu ancaman.

“Ketika kami mengalu-alukan kesediaan Pyongyang mengadakan rundingan dengan Korea selatan, hakikat yang tidak berubah adalah program nuklear mereka masih aktif,

“Ia sebenarnya masih dianggap ancaman kepada keselamatan dan kemananan komuniti antarabangsa,”jelas Allen dalam satu pertemuan dengan media sebelum mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.

Korea Utara bersetuju menghantar delegasi untuk menyertai temasya Sukan Olimpik musim sejuk di PyeongChang.

Dua Korea juga bersetuju mengadakan rundingan peringkat tentera bagi mengurangkan ketegangan yang berpanjangan di semenanjung Korea sebelum ini.

Pyongyang bagaimanapun mempertahankan rundingan dengan Seoul tidak akan menyentuh isu program nuklearnya.

Sehubungan itu Allen mendesak supaya Majlis Keselamatan membuat keputusan segera bagi menghukum Pyongyang berhubung program nuklearnya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons