Piala Super Kelantan mula langkah kanan


KELANTAN memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menundukkan Persija Jakarta dengan kemenangan tipis 1-0 dalam Piala Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Walaupun skuad The Red Warriors berdepan masalah dana musim ini, namun mereka tetap menampilkan aksi memberangsangkan berdepan skuad dari Indonesia itu.

Aksi sengit ditampilkan kedua-dua pasukan, di mana Persija ingin memburu kemenangan kedua setelah menundukkan Ratchaburi FC 3-1, Sabtu lalu.

Kelantan pula ingin cemerlang di laman sendiri, tetapi tiada gol dihasilkan dan kedudukan seri tanpa jaringan kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Selepas rehat, kedua-dua pasukan semakin saling mengasak dan akhirnya gol tunggal perlawanan hanya muncul pada minit ke-75 menerusi pemain import Kelantan, Bruno da Silva Lopes.

Persija cuba mengimbangi kedudukan, tiga minit sebelum tamat perlawanan, malangnya percubaan mereka terkena tiang gol dan keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

Apa yang menarik tentang perlawanan itu juga Kelantan merupakan pasukan Malaysia pertama yang beraksi di Stadium Bukit Jalil, sementara Piala Super merupakan persiapan terbaik untuk pasukan itu menghadapi Liga Malaysia bulan depan.

Kelantan selepas ini akan berdepan Ratchaburi pada jam 8 malam, Sabtu ini.



Source link

read more

UMNO alukan perubahan sikap Pas Kelantan – Politik


KETEREH 13 Jan. – UMNO mengalu-alukan perubahan sikap yang ditunjukkan kepemimpinan Pas negeri ini yang sangat positif dengan segala bentuk bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan Pusat.

“Walaupun pendekatan mereka (Pas) kadang-kadang seperti ‘Merry-Go-Round’, pusing-pusing akhirnya kembali semula, namun, sejak kebelakangan ini kerajaan negeri ini sentiasa bersikap positif.

“Bukan sikap mencari salah, menafikan serta memanipulasikan segala bentuk kebaikan yang pernah diberikan Kerajaan Pusat kepada negeri ini.

“Namun, tidak usahlah kita mengungkit-ungkit atau memperkecilkan segala usaha yang pernah diberikan kepemimpinan (Kerajaan Pusat) sebelum ini dan pandang kehadapan untuk mencari nilai taawun (kebersamaan) demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Tentera bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas, di sini hari ini.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Perisikan (AKS), Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Khir Mohd. Nor. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Hilang di Sungai Kelantan Bapa masih harap anak ditemui


PASIR MAS: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Kelantan di bawah jambatan salor di sini sejak Rabu lepas masih belum ditemui.

Operasi mencari mangsa, Alif Aiman yang kini memasuki hari ke tujuh gagal menemui mangsa dalam pencarian di kawasan sungai dan tebing sejauh lebih 30 kilometer.

Bapa mangsa, Mohd Adli Mohd Noor, 34 tahun yang turut serta dalam pencarian sejak hari pertama mangsa dilaporkan hilang, masih menaruh harapan anak sulungnya itu ditemui.

“Dari gerak hati sebagai ayah, mesti ada. Saya berusaha, insya-Allah, cara macam mana sekalipun saya terima ikhtiar,” katanya.

Difahamkan hari ini pihak berkuasa termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menjalankan operasi mencari sejak minggu lepas telah menghentikan operasi mencari petang tadi.

BACA: Operasi mencari kanak-kanak hilang di Sungai Kelantan diteruskan

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa bersama beberapa orang rakannya dikatakan bermain di Tepian Sungai Kelantan di bawah jambatan salor di sini sebelum Alif dikatakan tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

Mangsa dihanyutkan arus deras sewaktu air sungai tersebut meningkat naik yang hingga kini jasadnya belum lagi ditemui.



Source link

read more

PAN Kelantan unhappy, disappointed over PH seat allocation


PAN

MO,9/1/2018, KOTA BARU: Kelantan Parti Amanah Negara (PAN) is unhappy over the Parliamentary seat allocation it had received, compared to other seats it’s allies received in Pakatan Harapan (PH). PAN’s state chairman Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, said despite its party members unhappiness, it has not choice but to adhere to the directive set by PH leadership.

“The decision was made through a consensus by all leaders including those from PAN. “It is not true, if we (state PAN) are not upset with the decision, as PAN was given the smallest seat allocation compared to other parties. Wan Abdul Rahim was commenting on Pakatan’s announcement of seat allocations among its members on Sunday. PAN will contest only 27 Parliamentary seats in the peninsula, which contrasts with Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), which will fight for 52. PKR and DAP were allotted 51 and 35 seats, respectively.

“We have to accept it with open heart for the sake of the party and its members,” he said when met here today. Although clearly disappointed, Wan Abdul Rahim said they could not do anything to change the decision. “If we are given a chance, we will like the leaders to reconsider their decision and give us more seats but we are helpless,” he said. On the number of parliamentary seats for the state PAN allocated by its party’s leaders, he said PAN would be contesting at five parliamentary seats in the state.

The seats are Kota Baru, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Rantau Panjang and Kuala Krai. “The Kuala Krai parliamentary seat is the latest that we decided in a meeting early today. “We hope will gain victory in Kuala Krai despite there will be a tough fight there,” he said.

–NSTP



Source link

read more

Ibu HIV hadapi suratan hidup – Kelantan


KOTA BHARU 7 Jan. – Kematian suami akibat serangan angin ahmar dan penyakit HIV pada 2011 diterima sebagai takdir namun seorang ibu tunggal beranak empat dari Kampung Baung di sini tidak menyangka satu suratan lebih perit tertulis untuknya setahun selepas itu.

Wanita berusia 48 tahun yang dikenali dengan nama ‘Kak Za’ itu disahkan menghidap HIV pada bulan Jun 2012 selepas menjalani ujian saringan penyakit yang digeruni itu.

Apa yang membuat naluri Kak Za meruntun sedih adalah pemeriksaan kesihatan itu dijalankan kerana niatnya untuk membina mahligai baharu dengan seorang lelaki budiman namun hasrat itu terpaksa dibatalkan.

“Sebaik sahaja mendapat keputusan ujian saringan, saya sendiri yang meminta perkahwinan dibatalkan kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Bakal suami ketika itu tidak bersetuju malah bersungguh-sungguh menyatakan mahu menjaga saya sebagai isterinya sehingga sembuh tetapi itu sudah tentu perkara yang mustahil.

“Saya tekad untuk meneruskan hidup sendiri bersama anak-anak dan berjuang menghadapi penyakit ini dengan sisa masa yang ada,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Kak Za yang mengambil upah menjahit menerima kunjungan daripada rombongan Ketua Wanita UMNO Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusope dan Presiden Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi), Mohd. Zailani Abd. Rahman.

Semasa lawatan itu, Zarina memberi komitmen untuk membantu membina pagar jerisi besi di hadapan rumah wanita berkenaan bagi menjamin keselamatan mesin jahit yang menjadi punca rezekinya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Awas penyeludup – Kelantan – Utusan Online


TUMPAT 7 Jan. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini melancarkan Ops Khas Bersepadu di sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan di kawasan tersebut.

Ops Bersepadu selama dua minggu yang bermula hari ini melibatkan kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara JKDM dengan Majlis Keselamatan Negeri (MKN); Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor; Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem).

Pengarah Kastam negeri, Datuk Mohd. Nasir Yusoff berkata, operasi tersebut melibatkan laluan laut dan darat yang akan dilakukan selama 24 jam melalui rondaan bersepadu.

Menurutnya, JKDM negeri ini juga sudah mengenalpasti beberapa laluan panas yang sering menjadi tumpuan penyeludup dalam menjalankan kegiatan haram tersebut.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat dalam menjalankan kegiatan haram ini.

“Kita juga percaya kerjasama NBOS ini merupakan langkah terbaik dalam mengekang aktiviti penyeludupan,” katanya pada majlis Pelancaran Ops Khas Bersepadu di Pengkalan Kubor di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Risda terima RM37.2 juta laksana pembangunan fasa pertama di Kelantan


MACHANG: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM37.2 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk melaksanakan program pembangunan fasa pertama bagi pekebun kecil di Kelantan tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata antara program pembangunan itu adalah tanaman semula getah dan program keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

“Kita berharap peruntukan kedua tidak kurang besarnya.

“Ini penting bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penerangan Program Pembangunan Risda Kelantan 2018 dan Pemimpin Bersama Rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Pulai Chondong di sini, pada Sabtu.

Ahmad Jazlan berkata peruntukan itu menunjukan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau berkata selain Risda, kementerian itu mengarahkan agensinya yang lain seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) untuk meninjau kehidupan rakyat dan membantu mengatasi masalah yang mereka hadapi.

“Kita tidak mahu golongan miskin tertinggal atau terlepas pandang. Oleh itu, program turun ke akar umbi adalah penting supaya bantuan yang diperlukan dapat disalurkan dengan segera dan berkesan,” katanya.

Beliau menjelaskan bantuan itu diberikan tanpa mengira fahaman politik seseorang penerima itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Schools reopen in flooded Kelantan, but rivers still above warning levels


NSTP

MO,4/1/2018, KOTA BARU: Five schools which were closed due to flooding in the state on Tuesday were reopened today. Kelantan Education Director Zahari Othman said the schools resumed operations after floodwaters at access roads to the schools subsided overnight.

However, he said another school in Kuala Krai remains closed, forcing its 168 pupils to miss classes for another day.

“The school is SK Pasir Kelang. Its 168 pupils and 20 teachers have not been able to access the flooded school since Monday,” he said in a statement.

The overall flood situation in Kelantan has improved – however, four rivers in the state are still above their warning levels as of 10am.

The rivers are Sungai Golok in Rantau Panjang, which is at 8.09 metres (warning level is 8 metres); Sungai Tualang is at 31.97m (warning is 31m); Krai Steps is at 23.11m (warning is 22.50m); and Guillemard Bridge is at 14.41m (warning is 14m).

–NSTP



Source link

read more

Kanak-kanak dikhuatiri lemas – Kelantan


KOTA BHARU 3 Jan. – Seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Aur Duri, Salor di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.10 petang itu, mangsa, Alif Aiman Mohd. Adli, 12, dikatakan tergelincir ke dalam sungai tersebut ketika mahu membasuh kakinya.

Bagaimanapun, insiden tersebut dikatakan disedari oleh salah seorang rakan mangsa yang turut berada di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd. Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.16 petang.

Menurutnya, seramai 19 anggota dari Balai Ketereh dan Pasir Mas berasama lima unit skuba telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja mencari serta menyelamat.

“Bagaimanapun kerja-kerja mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana faktor cuaca.

“Kita akan sambung kerja-kerja mencari dan menyelamat esok seawal pukul 7 pagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Rafian memberitahu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa turut di bantu pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pak Andam ditemukan mati – Kelantan


KUALA KRAI 3 Jan. – Seorang Pak Andam ditemukan mati dalam keadaan terbaring di atas katil di dalam sebuah rumah di sini, kira-kira pukul 11 pagi hari ini.

Mangsa, Rudy Alpian Zahari, 37, dikatakan dijumpai dengan kesan darah pada leher sebelah kiri dan kanan serta di bawah kepala mangsa.

Namun difahamkan sebelum kejadian berlaku, mangsa dipercayai mengambil pil pelangsing sebanyak tujuh botol dan hanya makan nasi seminggu sekali sejak beberapa minggu lalu.

Mangsa juga dikatakan sering mengadu penat dan sakit di bahagian dada sejak mengamalkan produk itu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdullah Roning berkata, siasatan awal polis mendapati bilik tersebut berada dalam keadan kemas tanpa sebarang kesan geledah serta beg tangan dan telefon bimbit berada pada mangsa.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya belum mengklasifikasikan kes ini sama ada jenayah atau pun berpunca daripada amalan diet mangsa sehingga bedah siasat serta siasatan selesai. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons