Hari Keluarga Rela Kemaman – Terengganu


KEMAMAN 17 Feb. – Lebih 3,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bersama keluarga menyertai Hari Keluarga Rela Parlimen Kemaman di Pantai Teluk Kalong di sini hari ini.

Program julung kali yang diadakan secara besar-besaran itu membolehkan seluruh anggota Rela dan keluarga berkumpul dalam suasana penuh meriah.

Di samping itu dapat merapatkan hubungan mereka di samping mendekatkan lagi jabatan itu dan warganya dengan masyarakat.

Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman.

Juga Pengarah Rela Negeri, Penolong Pesuruhjaya Kanan Rela (PPjKR), Abang Zulfikar Abang Raduan; Pegawai Daerah, Mohd Zahari Md Azhar; Ketua Polis Daerah Superinten dan Mohd Said Ibrahim dan Pegawai Rela Daerah, Wan Mohd Apandi Wan Ismail.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Umie Aida dedah permintaan keluarga ketika pertunangan Betty semua terkedu



PELAKON Umie Aida mendedahkan kakaknya Erma Fatima, telah membuat permintaan luar jangkaan kepada adik iparnya ketika majlis pertunangan Betty Rahmad pada September lalu.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Umie Aida berkongsi video Erma menyebut hantaran yang diminta daripada pihak lelaki.

Menurut Umie, kedua-dua belah pihak keluarga terkedu selepas Erma meminta adik iparnya, Ardy Damis membaca atau khatam senaskah al-Quran sebelum bernikah dengan Betty.

Umie memberitahu lebih mengejutkan apabila dengan tenang, Ardy Damis terus bersetuju dengan permintaan Erma.

Jelas Umie, dia faham apa yang cuba dilakukan kakaknya. Erma hanya mahu melihat kesungguhan Ardy Damis untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada adik bongsu kesayangan mereka.

 



Source link

read more

Banjir kilat: 3 keluarga dipindahkan awal pagi


4c3d97cb-5a64-4994-9b18-4ec467c40d9d.transformedMO, 25/1/2018, JELEBU: Hujan lebat lebih tiga jam menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan rendah di Kampung Juntai, Simpang Durian di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, 12 penduduk daripada tiga keluarga terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka dinaiki air mencecah kedalaman 0.5 meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Md Marisa Aminuddin, berkata semua mangsa banjir terbabit ditempatkan sementara di balai raya kampung itu.

“Usaha menyelamat dan memindahkan mangsa turut dibantu pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, polis serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Difahamkan hujan lebat bermula jam 5 petang dan berlarutan hingga jam 8 malam menyebabkan paras air Sungai Triang meningkat sebelum mula melimpah tengah malam tadi,” katanya.

Beliau berkata, paras air sungai itu sudah kembali normal dan penduduk dijangka pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut tidak lama lagi.

Selain Kampung Juntai, beliau berkata, pihaknya turut menerima laporan banjir kilat di Kampung Petasih Hulu, Kampung Peradong dan Kampung Chennah di sini, awal pagi tadi, namun tidak membabitkan pemindahan penduduk.



Source link

read more

-Saya gembira terima Yuna dalam keluarga kami– Ashraf Sinclair



PELAKON Ashraf Sinclair akui gembira Yuna bakal menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Ashraf juga mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya adiknya, Adam Sinclair bakal berkahwin.

“Saya gembira untuk menerima Yuna dalam keluarga kami dan akhirnya Adam akan berkahwin.

“Yuna seorang gadis yang manis, saya mengenalinya selepas Adam bawa memperkenalkannya kepada saya.

“Bagi saya cinta tak kenal siapa. Tak penting untuk tahu siapa Yuna dan siapa pun Adam kerana yang penting jodoh sudah pertemukan mereka,” katanya kepada Astro Gempak.

Ashraf yang kini berada di Malaysia untuk mempromosi supertelemovie Do[s]a bakal bercuti sehingga majlis pernikahan adiknya, Adam Sinclair dan Yuna yang dijangka berlangsung pada 28 Januari ini.

“Sekarang ini keluarga sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan.

“Saya teruja apabila acara sebegini kami semua dapat berkumpul dan bergembira,” katanya lagi.

BACA JUGA: Parti bujang Yuna yang manis dan ringkas…

Ashraf bakal muncul dalam Do[s]a bersama barisan pelakon-pelakon seperti Datuk M.Nasir, Remy Ishak, Hisham Hamid dan Shenty Feliziana.

Do[s]a ditayangkan di platform digital ‘on demand’ dan Astro GO serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First (saluran 480) serta platform NJOI mulai 14 Februari ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

‘Ustaz Parti BERSATU’ Nak Lawan Salah Faham Terhadap Islam? Betulkan Dulu Keluarga Pengerusi Parti Dulu!!


Kita menyanjung tinggi usaha ‘Ustaz BERSATU’ yang siap siaga bersedia untuk melawan salah faham terhadap Islam, kalau mengikut laporan Malaysiakini. Cumanya, pada fikiran saya yang bukan Ustaz ini, adalah lebih molek kiranya, salah faham terhadap Islam ini kita mulakan dengan parti sendiri, ahli keluarga kita sendiri, pemimpin parti kita sendiri sebelum dikembangkan ke luar.
Contohnya, sekadar memberi beberapa contoh, Salah faham mengenai hukum haram babi. Sama ada disembelih dengan nama Allah atau tidak, hukumnya tetap haram. Contoh lagi, hukum menerima Lesbian, Gay, Bisexsual dan Transgender (LGBT) dalam masyarakat Malaysia. Contoh lagi, hukum suami yang melarang isteri bertudung. Contoh lagi, hukum tidur dengan anjing-anjing. Bukankah itu semua salah faham terhadap Islam? Walau bagaimanapun, ini semuanya contoh. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang hampir hendak meninggal dunia.



Source link

read more

4 kenderaan keluarga pegawai kastam terbakar, dipercayai perbuatan khianat


DUM7iuFVoAAC-DpMO, 23/1/2018, PUTRAJAYA: Dua kereta musnah, manakala dua lagi separuh musnah terbakar dalam satu kejadian di perkarangan rumah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Presint 11 di sini, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Md Hilman Abd Rashid, berkata siasatan masih dijalankan dan tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada perbuatan khianat.

“Kami menerima laporan kira-kira jam 3.50 pagi tadi dan sebuah jentera bomba dengan lapan anggota berada di tempat kejadian pada jam 4.07 pagi.

“Anggota kita mendapati dua kenderaan yang diletakkan di bahagian luar kuarters rumah teres dua tingkat itu hangus terbakar, manakala dua lagi hanya terbakar di bahagian depan.

“Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Md Hilman berkata, ketika kejadian, mangsa, Nor Azman Mat Jini, 59; isteri, Noor Hayati Khairuddin, 57, anak dan menantu serta dua cucunya sedang tidur di tingkat atas dan bawah rumah berkenaan, berjaya keluar melalui pintu belakang rumah.

Katanya, kebakaran dipercayai bermula daripada sebuah daripada kereta berkenaan sebelum merebak ke tiga kereta lain dan bahagian depan rumah.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian dan anggaran kerugian. Unit forensik dan dua anjing pengesan turut dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan lanjut.

“Sekarang kita tidak boleh mengesahkan sama ada kejadian itu mempunyai unsur sabotaj atau sebaliknya, sebelum siasatan selesai,” katanya.

Beliau berkata, semua bukti yang diambil di lokasi kejadian akan dihantar ke makmal untuk diuji dan keputusan dijangka diketahui pada minggu ini juga.



Source link

read more

Keluarga sahabat dan peminat beri penghormatan terakhir kepada vokalis The Cranberries



LIMERICK: Selepas diumumkan meninggal dunia secara mengejut pada minggu lalu, keluarga, sahabat dan peminat berkumpul di bandar Limerick di Ireland pada Ahad untuk memberi penghormatan terakhir buat mendiang Dolores O’Riordan.

Para peminat vokalis The Cranberries itu berkumpul di luar gereja Saint Joseph untuk tujuan itu dan difahamkan O’Riordan akan dikebumikan pada minggu ini.

Pada Isnin minggu lalu, O’Riordan ditemui mati di sebuah hotel di London dan kematian dikatakan sebagai mati mengejut dan punca di sebalik kematian masih tidak dpaat dijelaskan.

Penyanyi Irish itu berada di London untuk merakam semula lagu hitnya “Zombie.”

Pihak polis yang menyiasat kematian O’Riordan tidak mengklasifikasikan kematian itu sebagai sesuatu yang mencurigakan.



Source link

read more

Polis Kosovo serah mayat Ivanovic kepada keluarga



POLIS Kosovo menyerahkan mayat ahli politik Serbia yang terbunuh, Oliver Ivanovic kepada keluarganya pada Selasa.

Mayat Ivanovic dibawa ke kediamannya, ketika berpuluh-puluh penyokong meletakkan bunga dan menyalakan lilin di luar kediaman keluarga ahli politik itu sebagai tanda hormat.

Perdana Menteri Kosovo, Ramush Haradinaj mengutuk pembunuhan Ivanovic pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara tersebut.

Haradinaj berkata beliau terbuka dan mengalu-alukan campur tangan agensi penguatkuasaan undang-undang asing seperti FBI untuk membantu siasatan.

Namun beliau menolak bekerjasama dengan pihak berkuasa Serbia dalam membantu siasatan.

Dalam masa yang sama beliau terkejut dengan tindakan delegasi Serbia yang meninggalkan sesi dialog yang dianjurkan oleh Kesatuan Eropah EU sebelum ini dengan pemimpin Kosovo setelah Ivanovic terbunuh.

Sementara itu, Menteri Luar Serbia Ivica Dacic menyifatkan pembunuhan Ivanovic mampu mengancam kestabilan seluruh rantau itu.

Ivanovic ditembak mati di daerah Mitrovica yang dikawal oleh puak Serbia.



Source link

read more

Isteri bakar diri selepas suami enggan hadir majlis pengebumian keluarga


SEORANG wanita nekad membunuh diri gara-gara tidak berpuas hati dengan suaminya.

Mangsa, Dominggas Deda, 32 tahun bertengkar dengan suaminya, Syors Monim, selepas pulang dari Majlis Pengebumian keluarganya di Kampung Ayapo.

Punca pergaduhan tersebut disebabkan suami enggan hadir ke majlis tersebut, lapor portal pasificpos.com.

Pertelingkahan tersebut cuba dileraikan oleh saksi, Hengki Monim dan Magdalena Pallo tetapi tidak berjaya.

Dominggas terus memarahi suaminya di luar rumah.

Berang dengan tindakan mangsa, suaminya bertindak mendera dan memukul Dominggas di hadapan khalayak ramai.

Kemudian, Dominggas merasa tersinggung dan terasa hati dengan perbuatan suaminya.

Setelah itu, mangsa nekad lari ke dalam rumah lalu membakar dirinya.

Ketika suami melihat api marak dari arah rumahnya, dia bergegas lari ke rumah dan melihat mangsa, Dominggas membakar diri menggunakan petrol serta mengunci pintu rumah.

Syors berusaha memecahkan pintu rumah namun, mangsa sudah tidak dapat di selamatkan kerana api yang marak sudah menjalar masuk ke semua bahagian rumah yang diperbuat dari kayu.

Ekoran itu, dua buah rumah berhampiran turut musnah dijilat api.

Kebakaran berlaku di Kampung Putali, Jayapura, Indonesia kira-kira jam 10.20 malam waktu tempatan (15 Januari 2018).

Ketua Polis Daerah Jayapura, Gustay R. Urbinas. menjelaskan, pihak polis mendapat maklumat sekitar jam 12 tengah malam sehingga pegawai polis bergerak ke lokasi kejadian.



Source link

read more

Tolak dijodohkan dengan pilihan keluarga bakal pengantin nekad bunuh diri



BOJONEGORO: Seorang bakal pengantin di Daerah Bojonegoro, Jawa Timur, ditemukan mati tergantung beberapa jam sebelum acara akad nikah.

Kematian tragis lelaki berusia 22 tahun itu dipercayai akibat membunuh diri kerana enggan dijodohkan dengan calon isteri pilihan keluarga.

Mangsa Angga Febriyanto yang tinggal bersama ibu dan bapanya, Tasam, 68 tahun, dan Sripah, 60 tahun, di Desa Sonorejo, Kecamatan Padangan, daerah Bojonegoro nekad menggantung diri di sebuah bilik di kediamannya.

Dalam kejadian pada Ahad sekitar jam 5.30 pagi waktu tempatan itu, ayah mangsa cuba mengejutkan anaknya untuk bersiap ke majlis akad nikah di rumah calon isteri, namun mangsa ketika itu ditemukan sudah tidak bernyawa.

Menurut laporan itu lagi, mangsa dipercayai sudah mempunyai kekasih dan enggan dijodohkan dengan gadis pilihan orang tuanya.

Polis, dalam pada itu, mengesahkan kejadian dan siasatan awal menunjukkan hanya kesan jerutan pada leher ditemukan tanpa kecederaan lain pada tubuh mangsa.

Mangsa, menurut laporan media yang memetik kata-kata seorang rakan mangsa, ialah seorang yang pendiam dan jarang bertegur sapa dengan jiran dan juga rakan.

Dia juga dikatakan suka menyendiri dan tidak mahu menceritakan masalah yang dihadapi.

Mayat mangsa diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons