Penunggang motosikal warga Malaysia maut kemalangan di Phattalung



PHATTALUNG (Thailand): Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Malaysia maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan di Lebuhraya Petchakasem antara Hatyai dan wilayah Phattalung di selatan Thailand hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan tadi, mangsa dikenali sebagai Muhammad Arif Suhery, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Nur Arissa Ruri Ahon, 34, yang membonceng motosikal itu cedera parah.

“Mangsa dan isterinya bersama empat rakan yang lain sedang dalam perjalanan ke Koh Samui di wilayah Surat Thani apabila motosikal mereka merempuh sebuah kenderaan yang berhenti secara tiba-tiba dalam sekatan jalan raya oleh polis di daerah Paborn,” kata sumber di Balai Polis Daerah Paborn di sini.

Isteri mangsa telah dihantar ke Hospital Phattalung untuk mendapatkan rawatan.

Wakil pihak Konsulat Malaysia di Songkhla turut berada di Hospital Phattalung untuk memudahkan urusan anggota keluarga mangsa termasuk untuk membawa balik jenazah Muhammad Arif ke Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more

21 maut 38 cedera dalam kemalangan bas di Cameroon



Dschang: 21 orang terbunuh manakala 38 cedera apabila sebuah bas hilang kawalan sebelum melencong dan terjatuh ke dalam gaung di barat Cameroon pada lewat Sabtu.

Bagaimanapun pemandu bas dan empat penumpang yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut gabenor wilayah barat, Awah Fonka angka kematian mungkin akan meningkat.

Kerajaan Cameroon berkata, bas yang tidak berdaftar membawa 70 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Dschang ke Douala di Wilayah Barat.

Punca kejadian masih disiasat dan kesemua penumpang yang cedera kini menerima rawatan di hospital tempatan.



Source link

read more

Ibu Park Ji-sung maut kemalangan



IBU kepada bekas pemain bola sepak Manchester United, Park Ji-sung dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya hari ini.
 
Menurut laporan Allkpop, ibunya Jang Myung Ja menghembuskan nafas terakhir selepas dikejarkan ke hospital.
 
Kemalangan maut yang melibatkan ibu Ji-sung itu berlaku di United Kingdom.
 
Sehingga kini, Ji-sung masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kemalangan tersebut.
 
Bekas pemain bola sepak yang berusia 36 tahun itu merupakan anak tunggal dalam keluarga.



Source link

read more

Penjawat awam maut kemalangan – Nahas & Bencana


MERSING 10 Jan. – Seorang penjawat awam maut ketika dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di kilometer 8 Jalan Jemaluang-Mersing, di sini pagi tadi.



AHMAD AZHAM MUHAMMAD

AHMAD AZHAM MUHAMMAD

Dalam kejadian pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Ahmad Azham Muhammad, 40, maut di tempat kejadian manakala anaknya, Muhammad Luqman Ahmad Azham, 7, mengalami kecederaan parah termasuk patah peha kiri.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori berkenaan dipercayai membrek secara mengejut bagi mengelak sebuah kenderaan yang memasuki simpang ke kanan.

“Tindakan pemandu lori membrek secara mengejut menyebabkan kenderaan terbabit berpusing lalu memasuki laluan bertentangan. Mangsa bagaimanapun gagal mengelak dan membrek lalu bertembung dengan lori tersebut.

“Akibat pelanggaran tersebut, pemandu MPV itu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya yang berada di tempat duduk hadapan mengalami patah peha kiri dan luka di bahagian muka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Cyril berkata, mangsa yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Sri Mersing kini dirawat di Hospital Mersing dan mayat bapanya turut dihantar ke hospital sama bagi tujuan bedah siasat. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pemandu lori terbabit kemalangan maut lima kenderaan akan direman



PORT DICKSON: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan lima kenderaan di simpang tiga Jalan Lukut-Sepang di sini pada Rabu akan direman pagi ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Zainudin Ahmad berkata pemandu berusia 54 tahun itu akan direman di Mahkamah Majistret Port Dickson.

“Lelaki berkenaan telah hadir menyerah diri di bahagian trafik IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Port Dickson,” katanya.

Dalam kejadian pada 2.30 petang semalam, empat warga Singapura maut dan lima cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal.

Menurut Zainudin, empat yang maut ialah penumpang kereta jenis Honda Stream dikenal pasti sebagai Rosli Samad, 54, Maimunah Sapari, 51,  Dayana Sarah Rosli, 18 dan Nor Amalina Rosli, 21.

“Kesemua mangsa beralamat di Singapura. Bedah  siasat akan dilakukan esok,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati lori dari arah Sepang itu telah melanggar sebuah motosikal sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh tiga lagi kenderaan iaitu Honda Stream, Mercedes dan Perodua Myvi.

“Lima yang cedera ialah pemandu tiga kereta, penunggang motosikal dan pemandu lori berkenaan,” katanya.

Beliau berkata kesemua mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan rawatan.



Source link

read more

Enam terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Itali



BRESCIA: Dua kanak-kanak antara enam yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di sebuah lebuh raya di Brescia, Itali pada selasa.

Menurut media tempatan kemalangan itu membabitkan masing-masing sebuah kereta, trak serta lori tangki yang sarat dengan muatan.

Kejadian berlaku apabila lori pasir tersebut melanggar kereta berkenaan sebelum merempuh lori tangki dan  terbakar.

Pihak berkuasa mengesahkan kesemua enam mangsa yang terbunuh adalah penumpang kereta berkenaan selain pemandu trak.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuhraya tersebut.



Source link

read more

Peneroka Felda maut kemalangan – Nahas & Bencana


KUANTAN 1 Jan. – Seorang peneroka di Felda Selendang 2, Rompin dekat sini maut selepas kereta Proton Gen 2 dipandu anaknya bertembung dengan Nissan Sylphy dalam kemalangan di Kilometer 30 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin kira-kira pukul 3.45 petang tadi.

Md. Razali Md. Derus, 72, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya manakala anaknya, Mat Rosdie, 21, patah tangan kiri dan paha kanan.

Pemandu Nissan Sylphy, Norhisham Ahmad, 42, pula luka pada kening kanan dan lutut kiri dan dua penumpang kenderaan itu, Mazliny Mohd. Zaid, 40, patah tangan kiri manakala anak Norhisham, Muhamad Norarif, 19, tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, kejadian berlaku apabila Nissan Sylphy dipandu Norhisham terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan dipandu Mat Rosdie.

“Akibat daripada pertembungan itu, penumpang Proton Gen 2 meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya cedera di tangan dan kaki dan di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kakitangan MBPP maut kemalangan libatkan dua motosikal – Nahas & Bencana


PULAU PINANG 24 Dis. – Seorang pekerja am Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah motosikal, petang tadi.

Dalam kejadian kira -kira pukul 2 petang tadi di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas di sini, mangsa yang berusia 28 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kedua buah motosikal dari arah bertentangan telah bertembung di tempat kejadian yang terletak berhampiran sebuah klinik.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Balik Pulau dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dua maut dalam kemalangan MPV motosikal di Terengganu



SETIU: Dua pemuda maut manakala tiga cedera dalam kemalangan di Kampung Saujana, kilometer 68 Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu Supt Zulkifli Mat Deris kemalangan yang berlaku kira-kira 9.15 malam tadi itu melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dua motosikal.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Alza dari arah Kuala Terengganu melanggar dua motosial iaitu jenis Honda Dash dan sebuah lagi belum dikenal pasti sehingga terkeluar dari simpang sebelah kiri jalan. 

“Akibat kemalangan tersebut, sebuah daripada motosikal terbabit telah terbakar,” katanya.

Penunggang motosikal Honda Dash, Mat Shaidiey Nik Mat, 23 tahun dan pembonceng Mohammad Shahrul Affandi Abdullah, 21 tahun meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan teruk pada kepala.

Zulkifli berkata keadaan jalan yang basah selepas hujan dan gelap tanpa lampu mungkin juga antara faktor kemalangan berkenaan.

“Pemandu kereta yang juga seorang doktor cedera pada tangan dan kaki, manakala penunggang dan pembonceng motosikal berumur 19 dan 20 tahun yang masih belum dikenal pasti itu luka pada dagu, badan, tangan dan kaki.

“Sementara tiga lagi penumpang kereta berusia 11, 14, dan 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Source link

read more

Tiga beradik maut kemalangan selepas hantar ibu bapa, adik tunaikan umrah – Nahas & Bencana


KUANTAN 23 Dis. – Tiga beradik maut manakala dua orang lagi parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam parit di Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Batu Putih di sini pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi itu, Wan Nor Afifah Wan Mohd. Kamaruzzaman,28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Mohd. Mahathir,14 dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghantar ibu bapa serta adik perempuan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengerjakan umrah, Khamis lalu.

Mangsa yang cedera dalam kemalangan itu ialah ibu saudara mereka, Salma Ibrahim dan sepupu tiga beradik berkenaan, Nurul Aliyani Zawawi.

Ibu saudara mereka yang mahu dikenali sebagai Mama berkata, kelima-limanya dalam perjalanan pulang dari Melaka ke rumah mereka di Kampung Padang Lalang Binjai, Kemaman, Terengganu.

“Sebelum itu, pada Khamis lalu mereka menghantar ibu bapa serta adik perempuan mereka ke KLIA yang ingin menunaikan umrah.

“Saya mendapat tahu mengenai kejadian ini kira-kira pukul7 pagi selepas dihubungi oleh Nurul Aliyani yang dapat keluar daripada kenderaan selepas kemalangan berlaku.

“Dia beritahu saya tiga adik beradiknya sudah meninggal dunia dan dia hanya dapat keluar selepas dua jam berada dalam air manakala ibunya (Salma) dapat dikeluarkan tidak berapa lama kemudian,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan ketika dihubungi mengesahkan kejadian. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons