Tak nak kembali bercinta ke – Nabil usik Hans Isaac dan Neelofa



POTONGAN video temu bual antara pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad dan Neelofa bersama tetamu undangan, Datuk Hans Isaac mencuri perhatian netizen.

Biarpun baru dimuat naik semalam, video yang disiarkan menerusi laman YouTube MeleTOP itu mendapat lebih 150,000 tontonan.

Nabil sempat mengusik Neelofa dan Hans yang pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.

Menerusi sedutan video tersebut, Nabil sempat bertanya kepada Hans, adakah jejaka itu akan kembali semula bercinta bersama Neelofa memandangkan Hans kini sudah kembali solo.

Tenang menjawab persoalan Nabil, Hans mempunyai jawapannya yang tersendiri.

“Kami berdua kini ada hidup masing-masing. Tetapi soal jodoh kita tak tahu. Kita boleh rancang apa yang kita nak, tapi benda itu akan jadi lain

“Bagi saya, buat masa sekarang, ‘kedai’ dah tutup, ‘kedai’ saya tutup maksimum, saya tak tahu bila kedai itu nak buka balik.

“Saya rasa mungkin kalau terbuka balik, perlu seseorang yang agak istimewa untuk buka hati saya semula,” kata Hans.

Sementara itu, peminat memuji sikap yang ditunjukkan oleh Neelofa dan Hans di ruangan komen.

Biarpun pernah bercinta dan putus di tengah jalan, mereka tetap berkawan dan profesional atas dasar kerja.

Hans muncul di MeleTOP untuk mempromosikan program baru, Lawak Ke Der Coverline setiap Jumaat, jam 9.30 malam di Astro Warna dan Astro Warna HD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Video: YouTube & Instagram @meletop

 



Source link

read more

Malaysia akan kembali lebih kuat – Bola Sepak


BURIRAM, Thailand 13 Nov. – Ketika banyak komen negatif dilemparkan kepada Harimau Malaya kerana kegagalan melayakkan diri ke Piala Asia 2019 ekoran kekalahan kepada Korea Utara malam ini, namun ketua jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada tetap yakin pasukannya mempunyai masa depan yang cerah.

Malaysia kalah 1-4 dalam kedua-dua perlawanan menentang Korea Utara di Stadium I-Mobile, sekali gus meletakkan mereka ke kedudukan tercorot Kumpulan B dengan satu mata daripada lima perlawanan.

Anak-anak buah Vingada masih mempunyai baki satu perlawanan dalam kempen kelayakan menentang Lebanon pada 27 Mac, tahun depan, namun pertemuan tersebut sudah tidak memberi sebarang makna.

“Dua perlawanan menentang Korea Utara memberi banyak pengajaran kepada pasukan. Menentang pasukan yang lebih kuat dengan tempoh persediaan yang singkat memberi kesukaran kepada kami.

“Begitupun, saya percaya semua pengalaman yang dikutip di Buriram akan menjadikan Malaysia lebih kuat pada masa akan datang,” kata jurulatih dari Portugal itu kepada pemberita.

Hatrik Kim Yu Song pada minit ke-15, 20 dan 44, selain jaringan Pak Kwan Ryong pada minit ke-79 memastikan kemenangan Korea Utara, sekali gus menghadiahkan kekalahan keempat buat Malaysia sepanjang kempen kelayakan Piala Asia 2019.

Pasukan negara sebelum ini kalah 1-2 kepada Lebanon, diikuti seri 1-1 serta tumpas 0-2 di tangan Hong Kong.

Vingada pula masih gagal mencatat kemenangan pertama selepas membimbing Harimau Malaya dalam tujuh perlawanan sejak mengambil alih tugas ketua jurulatih pada Mei lalui. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Saad Hariri akan kembali ke Lebanon – Luar Negara


BEIRUT 13 Nov. – Saad al-Hariri dijangka kembali ke Lebanon dari Arab Saudi dalam tempoh dua atau tiga hari lagi bagi mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri negara itu namun memberi bayangan beliau mungkin menarik balik keputusan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam temubual yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen miliknya, kenyataan umum pertamanya selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan itu lapan hari lalu di Riyadh.

Menurut Saad, Lebanon di ambang sekatan ekonomi Arab berikutan campur tangan kuat kumpulan Hezbollah yang disokong oleh Iran di Yemen dan Bahrain.

Kata beliau, peletakan jawatannya adalah demi kepentingan negaranya dan menegaskan semula bahawa Lebanon perlu bebas daripada konflik rantau Arab. – Reuters



Source link

read more

Jalaluddin Hassan kembali bergelar suami kerusi urut RM20000 jadi hantaran



AKTOR veteran, Datuk Jalaluddin Hassan sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Rapidah Abdul Ghani, dalam satu majlis ringkas sebentar tadi.

Jalaluddin, 63 tahun, dan Rapidah, 44, dinikahkan oleh abang pengantin perempuan dalam majlis yang berlangsung di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Jalaluddin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Rapidah, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Rapidah menerima lima dulang hantaran, termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000, dan menyerahkan tujuh dulang hantaran sebagai balasan.

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumahtangga dengan Hashimah Mad Ehsan yang meninggal dunia pada November 2016 akibat komplikasi penyakit paru-paru berair dan buah pinggang.

Oktober lalu, Jalaluddin memberitahu media dia sedang dalam proses mengenali seorang ibu tunggal yang dikenali melalui laman sosial Facebook.



Source link

read more

Taylor Swift kembali dengan album Reputation



ALBUM penyanyi pop antarabangsa Taylor Swift yang dinanti-nanti ramai telah dilancarkan pada Jumaat (10 November).

Berjudul ‘Reputation’, ia merupakan album ‘comeback’ Swift album terakhirnya iaitu ‘1989’ pada tahun 2014. 

Beberapa jam selepas pelancaran tersebut, ia mendapat ulasan positif dari media antarabangsa seperti The Telegraph, Rolling Stone, The New York Times dan HITS.

Pada masa yang sama, Swift turut berkongi paparan skrin ulasan berkenaan di laman Instagramnya.

Thank you

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift) on

Thank you

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift) on

Thank you

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift) on

Terdapat sembilan paparan skrin yang dikongsi oleh Swift di Instagram.

Single pertama yang dilancarkan adalah ‘Look What You Made Me Do’ pada Ogos 2017 yang menyindir beberapa artis terkenal seperti Kanye West.

Oleh kerana itu, lirik lagu kepada kesemua 15 lagu di dalam ‘Reputation’ membuat para peminatnya berteka-teki tentang maksud yang tersirat di dalam liriknya. 

Sekaligus ia menjadi trending di media sosial, khususnya di Twitter.



Source link

read more

Awas warga KL Si penendang wanita sudah kembali



KUALA LUMPUR : Lelaki yang pernah dipenjarakan kerana menendang seorang wanita dari belakang hingga mengakibatkan wanita berkenaan tersungkur kembali melakukan aktiviti ‘gila’ tersebut.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar media sosial, lelaki yang sama dilihat menendang seorang wanita ketika hingga wanita berkenaan jatuh terduduk.

Dalam kejadian terbaru Isnin lalu kira-kira 1.30 petang, lelaki berkenaan dilihat menendang belakang badan mangsa mengakibatkannya jatuh terduduk di tangga jejantas sebelum lelaki berkenaan berlalu pergi.

Kejadian terbaru Isnin lalu berhampiran jejantas dari BNM ke Jalan Raja Laut

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan lelaki berkenaan adalah individu yang sama pernah ditahan dahulu.

“Siasatan awal kami mendapati lelaki berkenaan telah dibebaskan daripada penjara Julai lalu akibat kesalahan yang sama sebelum ini,

“Berdasarkan kes terdahulu, kami mengesyaki suspek mengalami kecelaruan mental, namun kami masih menungu laporan perubatan mental suspek,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Lelaki yang menendang wanita dari belakang pada Julai 2016 dihukum penjara tiga bulan.

Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Marmi Zabrin Mian, 33, atas kesalahan menendang belakang Shakira Mohd Khalid, 28, setiausaha di Bukit Aman, tanpa sebab.

Tambah Shaharuddin Abdullah, pihaknya masih berusaha mengesan suspek dan akan mempertimbangkan untuk mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik terhadap suspek bagi mengelakkan suspek mengulangi perbuatannya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons