Saham RHB tinggi susulan kemungkinan jualan pegangan oleh Mubadala


KUALA LUMPUR: Saham RHB Bank Bhd diniagakan tinggi hari ini susulan berita mengenai potensi penjualan oleh pemegang saham kedua terbesarnya, dana negara Abu Dhabi, Mubadala Investment Co.

Pada 3 petang hari ini, harga saham RHB Bank berada pada RM5.16, naik dua sen, dengan 1.23 juta saham bertukar tangan.

Menurut portal web yang dikendalikan oleh akhbar harian, Mubadala sedang meninjau pilihan bagi pegangannya dalam RHB Bank Bhd termasuk kemungkinan penjualan.

Katanya Mubadala telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan penasihat berpotensi untuk mendapatkan cadangan mengenai pegangannya sebanyak 17.8 peratus dalam RHB Bank selepas melihat pegangannya dalam pemberi pinjaman keempat terbesar di Malaysia itu sebagai bukan teras.

Ia sedang mempertimbangkan pilihan bagi pegangan tersebut sebagai sebahagian daripada kajian semula portfolionya yang luas.

Pegangan Mubadala bernilai RM3.66 bilion berdasarkan harga penutup pada Khamis dan mengikuti di belakang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dana pencen terbesar Malaysia, yang memiliki 40.7 peratus.

Mubadala, yang portfolionya bernilai kira-kira US$127 bilion (US$1=RM3.97), memperoleh pelaburan RHB melalui penggabungan dengan dana negara, International Petroleum Investment Co, yang dimuktamadkan pada tahun lepas.

— BERNAMA



Source link

read more

Saham AirAsia, AirAsia X Meningkat Susulan Kemungkinan Penyusunan Semula Laluan


indexMO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Saham syarikat penerbangan tambah rendah AirAsia dan sekutu jarak jauhnya, AirAsia X, meningkat pada sesi pagi hari ini.

Ini susulan siri tweet oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, yang membayangkan penyusunan semula laluan kedua-dua syarikat penerbangan itu.

Pada 11.03 pagi, saham AirAsia melonjak tujuh sen kepada RM3.84 dengan 3.82 juta saham bertukar tangan, manakala saham AirAsia X meningkat setengah sen kepada 38.5 sen dengan 7.47 juta saham didagangkan.

Fernandes dalam tweetnya berkata AirAsia akan memindahkan laluan yang membabitkan penerbangan lebih empat jam kepada AirAsia X memandangkan AirAsia sudah matang dan boleh menggunakan kapasiti untuk menawarkan laluan jarak pendek yang lebih menguntungkan.

“Imbangan pembayaran AirAsia X bagi permulaan suku keempat 2018, nampak bagus,” katanya.

Beliau juga berkata AirAsia X tidak berminat dalam pasaran jarak jauh seperti Berlin dan London, antara lain, memandangkan syarikat penerbangan itu berpendapat pasaran itu belum bersedia, dan akan terus kekal memberi tumpuan kepada laluan jarak sederhana.
— BERNAMA



Source link

read more

Guan Eng Tidak Tolak Kemungkinan Perbicaraan Rasuah Jejas Pencalonannya


indexMO, 12/1/2018, GEORGE TOWN – “Mungkin.” Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa didesak pemberita untuk memberikan jawapan sama ada perbicaraan kes rasuahnya akan menjejaskan pencalonannya pada pilihan raya umum ke-14.

Lim, yang merupakan setiausaha agung DAP berkata beliau perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang beberapa kali dengan setaip kali untuk tempoh empat hingga lima hari sepanjang Mac dan Mei. Mahkamah Tinggi menetapkan 23 hari bagi perbicaraan antara 26 Mac dan 25 Mei.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kuasa sebagai ketua menteri untuk manfaat diri dan isterinya Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Emblem Sdn Bhd bagi menukar status tanah pertanian kepada status perumahan dengan menggunakan kedudukannya dalam mesyuarat jawatankuasa perancang negeri dipengerusikannya pada 18 Julai, 2014.

Lim juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan manfaat menerusi pembelian sebuah rumah daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta iaitu lebih rendah daripada harga pasaran RM4.27 juta pada 28 Julai, 2015.

Phang, yang merupakan presiden Magnificent Emblem turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Lim dalam pembelian rumah di Jalan Pinhorn itu daripadanya pada harga RM2.8 juta iaitu di bawah harga pasaran atau RM4.27 juta.

Dalam perkembangan lain, Lim, yang bercakap kepada pemberita di sini, berkata kerajaan negeri telah menjelaskan bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan untuk tiga lebuh raya menerusi kaedah tukar tanah bernilai RM208 juta.

Beliau berkata kerajaan tidak membuat sebarang bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut seperti didakwa Gerakan.

Keutamaan kerajaan negeri adalah tiga lebuh raya itu dan bukannya terowong dasar laut yang dijangka siap hanya pada 2027, katanya.

Selasa lepas, Gerakan Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri telah membayar RM208 juta bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut menerusi kaedah tukar tanah.

— BERNAMA



Source link

read more

BESAR KEMUNGKINAN ANWAR KENA KENCING!!!


Seperti mana yang dijelaskan sebelum ini, pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Haprak itu tidak mengundang implikasi yang diharap – harapkan oleh mereka.

Sebaliknya, keputusan pucuk pimpinan Pakatan Haprak dan pengumuman yang dibuat sebelum ini lebih banyak mencetuskan konflik didalam parti gabungan pembangkang itu sendiri.

Khususnya buat PKR yang memang semua orang sedia maklum sedang berhadapan dengan konfik kepimpinan sejak wujudnya dua kem yang berkepentingan peribadi didalam parti itu.

Dalam masa yang sama, kebanyakkan Otai Reformasi 1998 masih lagi mengekalkan pendirian mereka yang hanya mahukan Si Ketua Penipu itu sebagai calon Perdana Menteri, bukannya Tun M.

Tetapi, buat masa ini, mereka terpaksa “Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju” diatas keputusan yang dibuat sementara menunggu Si Ketua Penipu itu dari penjara sebelum diangkat menjadi PM.

Namun jika dilihat dari satu sudut, semua orang seolah – olah sudah tertipu. Pernahkah Pakatan mengumumkan sebarang perjanjian bertulis untuk mengesahkan pelantikan Si Ketua Penipu tu sebagai PM?

Ada ke tidak puak Pakatan Haprak tu mengumumkan tempoh masa untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Sementara? Berapa lama tempoh yang diberikan kepadanya untuk pegang jawatan tersebut?

Sebulan? 2 bulan? Setahun? Dua Tahun? Atau sehingga habis penggal yang akan datang? Itu yang menjadi bahan persoalan dikalangan rakyat, terutama buat pengikut PKR itu sendiri.

Kerana bagi mereka, Tun Mahathir ni seorang yang pemimpin Politik yang licik dan penuh dengan tipu muslihat. Maka tidak mustahil sekiranya Si Ketua Penipu dan pengikut – pengikut tegarkan akan dikencing oleh bekas Perdana Menteri itu buat sekian kalinya!!!



Source link

read more

Fenomena air pasang Terengganu Bomba sedia hadapi kemungkinan



KUALA NERUS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan fenomena air pasang yang dijangka boleh menyebabkan banjir.

Fenomena itu diramalkan berlaku selama tiga hari minggu ini bermula Selasa sehingga Khamis.

Komander Operasi Kanan JBPM Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah, berkata rondaan dan pemantauan turut dilakukan di kawasan berisiko yang menjejaskan penduduk.

Katanya, pihaknya turut bersedia bagi menghulurkan bantuan memindahkan mangsa yang terlibat.

“Kita telah menggerakkan pasukan-pasukan kita sepanjang pesisir pantai daripada daerah Besut sehingga ke Kemaman.

“Pasukan kita melakukan rondaan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko berlakunya kenaikan paras air, yang akan menjejaskan penduduk, supaya berwaspada dengan fenomena ini,” kata Mohamed Zulkhairul.

Beliau turut mengingatkan penduduk agar sentiasa berjaga-jaga dan mengikuti perkembangan semasa, ekoran bimbang kadar hujan serta fenomena air pasang akan menyebabkan kenaikan paras air.

Jelasnya, selain menghadapi bencana banjir, pihaknya juga memberikan komitmen yang tinggi dalam kes kebakaran dan kemalangan jalan raya.

“Dalam tempoh monsun timur laut, walaupun sepanjang tempoh bencana banjir, kita juga masih menerima panggilan-panggilan kecemasan berkaitan dengan pemadaman kebakaran kediaman,” katanya.

Sepanjang tempoh 10 hari bermula 27 November, sebanyak 25 kes kebakaran telah direkodkan termasuk dua buah kediaman.

Beliau turut menasihatkan mangsa banjir agar berhati-hati dalam menggunakan kembali peralatan elektrik yang ditenggelami air bagi mengelak insiden tidak diingini.



Source link

read more

Pakatan Harapan bersedia kemungkinan PPBM dibatalkan menjelang PRU



KUANTAN: Pakatan Harapan bersedia dengan kemungkinan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibatalkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata perkara itu bukan perkara baharu bagi pembangkang kerana situasi sama pernah dilalui DAP menjelang PRU13 pada 2013.

“Tidak ada masalah…Jika RoS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) buat tindakan mengejut, Pakatan Harapan akan bersama-sama dalam menanganinya. Sebelum ini pun, mereka (RoS) buat masalah dengan DAP.

“…kami sentiasa bermesyuarat dan bersama-sama dalam apa juga keadaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung dan ADUN Teruntum Sim Chon Siang.

PPBM berhadapan kemungkinan pendaftarannya dibatalkan RoS kerana melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti iaitu tidak mengadakan mesyuarat tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.

Ditanya jika beliau akan mengarahkan kepimpinan PPBM supaya segera menyelesaikan konflik dalaman mereka, Wan Azizah berkata beliau yakin dengan kepimpinan parti itu dalam membuat keputusan yang terbaik.

Pada PRU13, DAP berdepan kemungkinan logo ‘Roket’ tidak boleh digunakan dalam pilihan raya selepas pendaftaran parti itu mungkin terbatal ekoran kemelut berhubung pemegang jawatan yang dibentuk semasa pemilihan parti pada 15 Dis 2012.

Semasa itu, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP memaklumkan parti itu bercadang menggunakan logo PAS di Semenanjung dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak, jika isu itu tidak diselesaikan sebelum pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun, pada 18 April 2013, RoS mengesahkan bahawa DAP masih boleh menggunakan logo mereka memandangkan pendaftaran parti itu tidak terbatal kerana siasatan masih dijalankan berhubung kemelut dalaman parti itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Pita data CIMB hilang Polis buka kertas siasatan kemungkinan cuai



KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung kehilangan pita data sokongan CIMB Bank yang hilang pada 13 November lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan awal polis mendapati kecuaian menjadi punca kehilangan pita tersebut.

“Kita telah buka kertas siasatan dan menjalankan siasatan. Setakat yang kita tahu berdasarkan siasatan, kita belum terima apa-apa petunjuk lagi.

“Mungkin ada sedikit unsur kecuaian melibatkan kakitangan yang mengendalikan pita data tersebut,” katanya pada sidang media selepas program Perhimpunan Pegawai Awam Ke-11 bersama Ketua Polis Negara di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras hari ini.

BACA: Pita data sokongan hilang, CIMB tingkatkan langkah keselamatan

Beliau pada masa sama menafikan sebarang unsur sabotaj dalam kes itu.

Ujarnya, orang awam tidak perlu khuatir akan kes tersebut kerana ia tidak mendatangkan masalah kepada pelanggan.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Kes dikendalikan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.



Source link

read more

Tentera tawan pusat penyiaran rasmi Zimbabwe kemungkinan rampasan kuasa



HARARE: Krisis politik Zimbabwe semakin membarah selepas tentera negara itu dilaporkan menawan pusat penyiaran rasmi negara itu, ZBC.

Saksi turut menyatakan mereka mendengar tiga letupan di ibu negara, Harare.

Laporan media tempatan menyebut, kakitangan ZBC tidak diapa-apakan sebaliknya tentera hanya melindungi kawasan berkenaan.

Parti pimpinan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe sebelum ini menuduh komander tentera negara itu Constantino Chiwenga, berpaling tadah kerana  didakwa cuba campur tangan dalam menangani kemelut politik dalaman.

Ia selepas konvoi bersenjata dilihat mara ke luar  Harare.

Chiwenga sebelum ini memberi amaran campur tangan tentera bagi menyelesaikan krisis politik Zimbabwe.

Kenyataan dibuat selepas Mugabe memecat Naib Presiden Emmerson Mnangagwa, yang disokong tentera.
Tindakan dipercayai bagi memberi laluan kepada isterinya Grace Mugabe untuk dilantik ke jawatan berkenaan.



Source link

read more

DBKL siasat kemungkinan projek pembangunan punca banjir kilat



KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka kertas siasatan terhadap projek pembangunan sekitar yang didakwa menjadi punca utama berlakunya banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan di sini semalam.

Lebuhraya itu dari arah Kuala Lumpur menuju Shah Alam sesak teruk lebih lima kilometer selepas tiga daripada empat lorong ditenggelami air bermula pukul 3 petang selepas hujan lebat selama dua jam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata berdasarkan pemerhatian, dipercayai punca banjir kilat yang melimpahi ke lebuh raya itu berikutan berlaku longkang tersumbat akibat kerja-kerja di tapak projek berdekatan.

“Sekiranya benar projek pembangunan di kawasan itu telah menyebabkan banjir kilat semalam, kita akan keluarkan notis ‘stop work order’ kepada pemaju sehingga mereka membina Temporary Detention Pond dan Cut Off Drain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk Pantai Dalam, Bangsar Selatan dan kawasan sekitar.

Mhd Amin Nordin berkata beliau telah meninjau ke kawasan yang terjejas semalam bersama pemaju dan mengenal pasti langkah-langkah kawalan selanjutnya di kawasan berkenaan antaranya menaik taraf kapasiti perangkap kelodak longkang dan membaiki efisiensi parameter longkang.

Katanya DBKL juga komited untuk membina beberapa kolam takungan banjir bagi tujuan mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku khususnya di pusat bandar.

“Projek ini dijangka bermula tahun depan melibatkan beberapa lokasi tumpuan termasuk di Jalan Duta dan kawasan Universiti Malaya,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons