“STADIUM PADANG PASIR” AZMIN KENA TROLL!!! ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! Dek kerana nak sangat tunjuk hebat dengan mendabik dada mendakwa kononnya dia ‘Cemerlang’ menjadi pemerintah di Negeri Selangor membuatkan Si Azmin ni hilang kemaluan.

Tak heran la kenapa nama Si Azmin Ali ni tidak disenaraikan oleh pucuk pimpinan Pakatan untuk menjadi calon Perdana Menteri seperti yang dinyatakan oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Rupanya, Si Azmin Ali ni hanya pandai untuk memperbodohkan dirinya sendiri dan akhirnya, kebodohan dia tu menjadi bahan lawak jenaka dikalangan pengguna laman media sosial.

Ekoran kenyataan yang dibuat menyindir tuntutan Persatuan Bolasepak Selangor yang mahu menggunakan Stadium Shah Alam mengundang kritikan hebat dan menjadi troll di media sosial.

Antara lainnya, ada dikalangan netizen yang mendakwa kononnya Si Menteri Besar Selangor tu berhajat nak membina sebuah stadium bolasepak padang pasir pertama di dunia.

Ada juga yang menganggap Si Menteri Besar Selangor tu mampu merealisasikan hasrat membina stadium tersebut memandangkan anak saudaranya terlibat dalam kartel penjualan pasir.

Begitu juga dengan isu perumahan Selangorku. Mereka kata, mungkin selepas ini Si Azmin Ali tu akan kata, “Di Iraq, rakyat tak tinggal dalam rumah. Tapi diorang duduk dalam khemah.

Walau apa pun sindiran yang diberikan, kenyataan Si Azmin Ali itu jelas menunjukkan rasa kurang hormat dan dianggap satu penghinaan terhadap kemampuan pasukan bolasepak Selangor.

Mentang – mentang la dia bukan lahir di Selangor, tapi sibuk nak mendabik dada mendakwa kononnya dia dah banyak berjasa, tidak memberikan dia hak untuk mengutuk tuntutan yang dibuat secara terbuka. Itu haramjadah namanya!!!




Source link

read more

Pensyarah kena jerat pemburu pedofilia minta peluk cium gadis 13 tahun



SEORANG pensyarah kanan University of Hull, United Kingdom, tidak menyangka pesanan yang dihantar kepada individu yang dipercayainya sebagai gadis berusia 13 tahun memakan diri.

Dalam mesejnya Sunil Shastri meminta pelukan dan ciuman daripada ‘gadis’ itu. Pensyarah berusia 62 tahun itu turut memaklumkan dia mungkin dipenjarakan jika mereka bertemu.

Hakikatnya Shastri bukan berhubung dengan individu seperti yang dia sangka, sebaliknya dia masuk dalam perangkap kumpulan pemburu pedofilia, Guardian of the North.

Natijahnya dia ditahan selepas bahan bukti diserahkan kepada pihak polis. Malah dia bertindak meletak jawatannya sebagai pensyarah kanan di Jabatan Biologikal dan Sains Alam Sekitar di universiti berkenaan.

Bapa kepada seorang anak ini mengaku menghantar mesej berbaur lucah meskipun yakin ‘gadis’ berkenaan di bawah umur.

Dia juga meminta ‘gadis’ berkenaan menghantar gambarnya dengan hanya berseluar dalam.

Shastri dijatuhi hukuman penjara empat bulan. Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan dua tahun kerana mengambil kira pesalah merupakan seorang ketua rumah yang berkerja keras menyara keluarga.

Selain itu risiko untuknya mengulangi perbuatan sama amat rendah selepas menunjukkan penyesalan di atas perbuatannya.

Shastri turut diperintahkan menjalani kelas pemulihan selama sepuluh hari dan diarahkan untuk menyertai program rawatan bagipesalah seks.

Jurucakap University of Hull enggan mengulas lanjut atas alasan Shastri tidak lagi berkhidmat untuk institusi pendidikan itu.



Source link

read more

REJIM AZMIN BODOH, MUDAH KENA KENCING!!! ~ SEMUT HITAM


Bodoh sangat ke Si Azmin Ali ni menjadi Menteri Besar sehingga Rejim Pakatan pimpinannya mudah kena tipu dengan pihak pemaju projek perumahan Selangorku tu sebelum ini?

ATAU, adakah Si Menteri Besar Selangor ni ingat rakyat dibawah Rejim pemerintahannya terlalu bodoh sehingga mudah kena kencing dengan dia apabila diberikan alasan sedemikian?

Mungkin Azmin ingat bila dia bagi alasan kononnya pihak pemaju yang gagal menjalankan kerja dan menyiapkan projek perumahan Selangorku tu, dia akan terlepas dari dipersalahkan.

Tapi Si Azmin Ali tu tak sedar bahawa tindakan dia membuat kenyataan sedemikian hanya mengundang rasa marah dikalangan rakyat yang menganggap Rejim Pakatan Haprak tu telah menipu mereka.

Bagi mereka, Rejim dibawah kepimpinan Si Azmin Ali tu hanya sekadar pandai bercakap besar, mendabik dada kononnya mereka membawa kecemerlangan menerajui pentadbiran Negeri.

Sedangkan realitinya, takde apa pembaharuan pun yang dibawa oleh Si Azmin Ali tu. Sebaliknya, dia hanya mengekalkan apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar selebum dia sahaja.

Namun dek kerana nak menyembunyikan kemaluan diri dia sendiri, maka terpaksa la Si Azmin Ali tu menunding jari dan menyalahkan pihak pemaju projek perumahan Selangorku tu.

Azmin hanya menjadikan pihak pemaju tu sebagai Kambing Hitam bagi menutup kelemahan dan kegagalan dia sebagai seorang Menteri Besar yang memerintah Rejim Pakatan Selangor tu.

Pokok pangkalnya, kegagalan Rejim Pakatan dibawah pemerintahan Si Azmin Ali tu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak tu memang tidak boleh dipercayai. Baru dapat memerintah Negeri pun diorang boleh kena kencing dengan pemaju!!!




Source link

read more

Rafizi kena jel 30 bulan


DVZq9PEU0AAKpW-MO, 7/2/2018, SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 30 bulan kerana mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Rafizi dan seorang lagi tertuduh, bekas kerani bank Johari Mohamad didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen, Shah Alam hari ini kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).

Hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar berkata pihak pendakwa telah membuktikan perkara itu melampaui keraguan munasabah.

Berita lanjut menyusul



Source link

read more

Kena bijak tapis berita dalam media sosial


SERDANG – Kakitangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) diingatkan agar menapis menilai berita yang diperoleh di media sosial dengan bijak dalam usaha mendapat maklumat yang tepat dan sahih.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sama, kakitangan kementerian jangan pula sesekali menjadi penyampai berita atau fakta tidak benar terutama melibatkan polisi atau dasar kerajaan.

Beliau menjelaskan, tindakan itu boleh menjadi fitnah yang mengelirukan pemikiran masyarakat.

“Hari ini media sosial telah muncul sebagai media arus perdana yang menjadi bahan rujukan utama masyarakat setiap hari.

”Terdapat banyak berita yang tidak benar yang disogokkan kepada pembaca. Saya harap kakitangan awam kementerian berhati-hati dan lebih arif menapis dan menilai berita yang dibaca di media sosial.

“Namun bila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said kata kerajaan akan gubal akta berkaitan berita palsu di media sosial , ia bukan gambaran untuk sekat kebebasan di media sosial.

“Perdana Menteri hari ini sebenarnya lebih bebas media daripada Perdana Menteri dahulu apabila menghapuskan ISA dan AUKU.

“Namun kebebasan media bukan bermakna kita bebas untuk buat fitnah, berbohong dan cerita tidak benar.

“Kakitangan kementerian pula masih boleh guna di kumpulan Whatsapp dan tiada halangan namun yang perlu dikekang adalah cerita fitnah,” katanya.

Kena bijak tapis berita dalam media sosial

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap kepada media pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang 2017 KKLW di MAEPS, Serdang. foto FAREEZ FADZIL, 05 FEBRUARI 2018.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang KKLW 2017 di MAEPS di Serdang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan sedia ada komited untuk mengekalkan kakitangan awam pada masa akan datang.

Namun jelasnya berlainan pula kerajaan di negeri pembangkang yang berhasrat ingin memberhentikan separuh jumlah kakitangan awam.

“Kerajaan sedia ada bukan sahaja hendak kekal kakitangan awam malah tambah lagi kemudahan-kemudahan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2018.

“Jadi peranan kakitangan awam adalah dengan memperkukuhkan kerajaan dan memperbetulkan cerita yang tidak betul.

“Kakitangan kerajaan perlu bantu kerajaan menjadi kuat dan stabil agar dihormati pihak luar seperti isu Malaysia membantu pelarian Rohingya yang membuka mata negara luar,” katanya.

Sementara itu, APC 2017 menyaksikan seramai 2,889 kakitangan KKLW dan agensi di bawahnya menerima penghargaan.-theRakyat



Source link

read more

Rakyat Selangor kena bangkit sokong BN


SELANGOR – Untuk apa lagi rakyat Selangor hendak menyokong parti komponen Pakatan Harapan (PH) kalau pemimpinnya sering bertelingah dan bergaduh antara satu sama lain.

Pergaduhan itu bukan kerana hendak membela nasib rakyat, tetapi berebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sesama sendiri.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Rosni Sohar, setiap kali hampir pilihan raya, sama ada umum mahupun pilihan raya kecil, parti komponen PH bergaduh sesama mereka untuk meletakkan calon masing-masing bertanding.

“Kalau macam ini keadaannya, tinggal harapan sajalah rakyat Selangor. Mereka nak tunggu apa lagi, bangkitlah tunjukkan protes kepada Pakatan Harapan yang hanya mementingkan diri daripada rakyat.

“Rakyat Selangor kena pastikan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Selangor jika mereka mahu kehidupan mereka mendapat pembelaan, negeri yang aman dan perpaduan kaum terus terjalin,” katanya di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ulu Bernam berkata, perang mulut antara PKR dengan Parti Amanah Negara (PAN) Selangor semakin ketara apabila kerusi tradisi PKR selama ini cuba diambil alih oleh calon PAN.

Kata Rosni, antara komponen itu saling bertelingkah berebut kerusi sedangkan tempat adalah terhad.

“Semuanya nak kerusi, semuanya nak tempat, sedangkan tempat itu terhad. Kalau ini pun tak dapat diselesaikan, nampaknya sia-sia sajalah rakyat Selangor menyokong mereka.

“Cuba tengok BN. Kita satu pakatan yang paling kukuh. Kita saling hormat menghormati antara UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Malah, kita bersetuju dengan pengagihan kerusi. Kalau ada perubahan pun kita bincang dan capai persetujuan.

“BN dalam satu pakatan yang kuat. Tak ada berlaku MCA bertanding dengan UMNO dan sebagainya, tetapi mereka (PH) berbeza, dalam satu pakatan kononnya, tetapi antara satu dengan lain bergaduh, berebut tempat,” katanya.

Beliau berkata, nampak sangat strategi PH ialah tempat dan kepentingan individu, tanpa memikirkan langsung soal rakyat. – theRakyat



Source link

read more

Pembuat, penyebar berita palsu pasti kena hukuman setimpal – Zahid


HUTAN MELINTANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pembuat dan penyebar berita palsu bahawa mereka tidak akan terlepas daripada hukuman yang setimpal dengan perbuatan itu.

Beliau berkata penyebaran berita palsu dilihat semakin meningkat terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi meracuni pemikiran rakyat.

“Berita palsu dicipta untuk pengaruhi rakyat dan memburukkan keadaan dengan seolah-olah dirinya (penyebar berita) seronok apabila berita itu tular dan banyak (orang) ‘like’.

“Tunggu harga yang sepatutnya anda bayar kalau berani buat berita palsu. Tunggu tindakan yang akan dilakukan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Teluk Buluh, Kampung Selekoh dan Pekan Bagan Datuk di sini, hari ini.- BERNAMA



Source link

read more

Bantu kaum India? Pembangkang kena cermin diri – Vell Paari


KUALA LUMPUR – Pembangkang perlu lihat rekod sendiri sebelum mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memperjuangkan nasib kaum India.

Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari membidas Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar yang mendakwa BN tidak pernah membuat sebarang jasa kepada kaum India.

“Baru-baru Jeyakumar mengkritik usaha kerajaan BN kononnya AS1M tidak banyak memberi manfaat kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah B40, kononnya mereka tiada kepentingan.

“Mungkin beliau telah tertinggal maklumat penting sebanyak RM500 juta peruntukkan pembiayaan khas dalam bentuk skim pinjaman tanpa faedah bagi 100,000 keluarga B40 yang telah diumumkan pada bajet lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Jangan hanya keluarkan kenyataan hanya kerana mahu lantang membangkang, jangan sengaja tertinggal maklumat penting seolah-olah mahu kelirukan rakyat,” katanya hari ini.

“Adakah anda tahu tentang usaha yang telah dilakukan dan sedang dilaksanakan oleh kami?” soal Bendahari MIC itu.

Dalam pada itu, Vell Paari turut memaklumkan usaha yang kerajaan yang cuba menyelesaikan masalah dokumentasi yang dihadapi oleh komuniti India.

“Antara 2010 sehingga 2015 di bawah MyDaftar, kemudian di bawah kempen Mega MyDaftar sehingga 2017, kita telah menerima 12,726 permohonan.

“Daripada itu, kita telah selesaikan 7,049 kes. 4,974 pula dalam proses. Adakah Jeyakumar tidak tahu?

“Jadi mengapa masih bercakap dan mengelirukan masyarakat seolah-olah kita tidak lakukan apa-apa untuk masyarakat India? Cukuplah, sekadar mendapatkan undi, jangan terus menipu rakyat,” tegasnya.-theRakyat



Source link

read more

Berita palsu Selfie kena langgar kereta api sebenarnya tidak wujud pun



MINGGU lalu heboh kita digemparkan oleh satu video swafoto atau selfie seorang pelajar 25 tahun di Hyderabad, India yang dikatakan dilanggar kereta api.

Insiden itu juga mendapat liputan meluas pelbagai media yang melaporkan dia mengalami kecederaan di kepala dan tangan namun selamat.

Berita itu tular dengan pantas dan pada masa sama menunjukkan peningkatan kemalangan membabitkan kecuaian diri sendiri khususnya ketika bergambar di landasan kereta api.

Belum pun reda mengenai insiden itu, pelajar terbabit, R. Shiva Kumar sekali lagi mendapat perhatian apabila dia sebenarnya tidak dilanggar kereta api pun.

BACA: Nak sangat ‘selfie’ dengan kereta api, itu padahnya!

Menurut laporan berita ABN Telugu, rakaman video itu telah dipalsukan leh Shiva dan rakan-rakannya.
Saluran berita itu menyiarkan rakaman video terbaharu Shiva yang turut disertai rakan-rakannya sambil tertawa dan bergurau.

Wartawan yang bertugas di saluran berita berkenaan, Nellutla Kavitha menerusi twitter, memuat naik rakaman video berkenaan dengan kapsyen, pelajar yang didakwa jurulatih kecergasan itu telah melarikan diri sejak videonya  ‘berselfie’ dilanggar kereta api menjadi tular.

Saluran berita itu turut mendakwa Shiva telah ditahan atas perbuatannya. 



Source link

read more

Polis Sabah nafi kes budak kena potong kepala


29palsu.transformedMO, 29/1/2018, KOTA KINABALU: Polis memberi amaran kepada orang awam supaya tidak menyebarkan berita kononnya penduduk menemui dua budak dengan kepala serta kaki dan tangannya dipotong, selain kehilangan organ dalam badan di Kampung Longgom, Kudat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata kes itu palsu dan sengaja disebarkan pihak tertentu.

Beliau berkata tindakan menyebarkan maklumat palsu di media sosial adalah salah di segi undang-undang selain menggusarkan orang ramai.

Katanya polis sedang memantau perbuatan itu.

“Polis sedang menjalankan siasatan ke atas penyebaran maklumat palsu ini dan akan mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit.

“Bagi mereka yang menerima kiriman melalui Facebook dan WhatsApp mengenai isu yang tidak benar ini, diminta tidak menyebarkannya,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Ramli berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia iaitu menyebarkan khabar angin dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

“Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Kerajaan akan keluarkan garis panduan baharu berkenaan pelepasan sisa buangan ke dalam sungai untuk bendung pencemaran sungai seluruh negara – Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons