KALAU LAYAK, KENAPA AZMIN TIDAK DICALONKAN??? ~ SEMUT HITAM


Itu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang sahabat sewaktu membaca kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman media baru – baru ini. Nampak gayanya, persoalan dia tu ada logiknya juga.

Kalau betul Si Azmin Ali tu layak untuk menjadi Perdana Menteri mewakili Pakatan Haprak, kenapa nama dia tidak menjadi pilihan utama berbanding Tun Mahathir sebelum ini?

Bahkan, kata sahabat itu, nama Si Azmin itu juga tidak timbul sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sebaliknya, nama Wan Azizah yang dianggap ‘Tunggul Kayu’ tu pula yang disebut – sebut.

Menurut laporan yang disiarkan melalui laman media tersebut, kelayakan Si Azmin Ali dibuat berdasarkan kepada ‘Kejayaan’ yang dicapai selama dia menjadi Menteri Besar Selangor.

“Pentadbiran cemerlang Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi penanda aras bahawa Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa itu mampu menggalas kepimpinan negara.” lapor media tersebut.

Malah menurut kata salah seorang pemimpin Pakatan Haprak melalui laporan yang sama mendakwa dia berpuas hati dengan bantuan – bantuan yang diberikan oleh Rejim Pakatan pimpinan Azmin.

Apa yang jelas, nampak sangat kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Haprak Selangor tu hanya sekadar nak mengampu bontot Si Azmin Ali tu sahaja tanpa berselindung.

Hakikatnya, pemimpin Pakatan Selangor tu seolah – olah sengaja melupakan bahawa semua bantuan yang “diberikan” oleh Si Azmin Ali tu hanya merupakan ‘Bantuan Warisan’ yang diperolehi.

Pemimpin Pakatan Haprak tu lupa bahawa Si Azmin Ali tu hanya mewarisi bantuan – bantuan tersebut dari pemimpin terdahulu yang telah berjaya dicantas dan disingkirkan sebelum ini.

Sebaliknya, kejayaan yang dicapai oleh Si Azmin Ali tu hanya penyelewengan kuasa yang didedahkan kepada umum, termasuk yang melibatkan kroni serta kaum keluarganya sendiri. Kot itu pun dianggap sebagai kelayakan untuk jadi PM Pakatan, tak tau la nak kata apa!!!




Source link

read more

Saya takut kenapa jadi begini – Siti Sarah cuak Shuib undur diri dari Sinar.fm



MALAM ketika Siti Sarah dimasukkan ke hospital, suaminya pula, Shuib mengundurkan diri daripada stesen radio Sinar.fm serentak hari sama.

Sedih atas kejadian yang berlaku, kata Sarah dia juga terkejut apabila suaminya membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya yang paling disukainya.

“Saya pernah tanya Shuib, apa yang dia paling suka lakukan? Jawabnya menjadi deejay!

“Namun, tiba-tiba dia memaklumkan mahu berhenti daripada Sinar.fm. Sejujurnya ketika itu saya takut, kenapa jadi begini?

“Mesti ada something wrong somewhere…,” cerita Sarah ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BACA: Shuib menangis, sebak umum tinggalkan Sinar.fm

Namun, Shuib menjelaskan kepada Sarah tindakan yang dilakukan demi memberikan fokus kepada bidang perniagaan yang sedang giat diceburinya.

“Keputusan yang dilakukan Shuib benar-benar mengubah dirinya. Saya lihat dia lebih bersemangat dalam Sepahtu Reunion setiap minggu kualiti kerjaya sangat memberangsangkan.

“Jadi, saya sebagai seorang isteri menyokong sahaja keputusan yang Shuib pilih dan percayakan dia sepenuhnya,” katanya.

Shuib berada di Sinar.fm untuk segmen Sepahtu Sinar bersama Jep dan Rahim sejak 30 Nov 2015 hingga 29 Nov 2017.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Eh bapa kau meninggal kenapa tak balik- Nonny sedih dikecam



BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) Nonny Nadirah kecewa kerana dikecam tidak pulang ke kampung ketika bapanya meninggal dunia.

Nonny menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu dia bukan sengaja tidak dapat berbuat demikian tetapi tidak sempat kerana penerbangannya tiba lewat.

Lebih menyedihkan ketika Nonny sampai urusan jenazah sudah pun selesai dan bapanya telah dikebumikan.

Penyanyi dan pelakon berasal dari Sabah itu berkata dia hanya sempat melihat pemergian bapanya menerusi ‘video call’ sahaja.

Bagaimanapun, Nonny akui dia terpaksa reda dengan pemergian bapanya.

Berikut merupakan luahan hati Nonny:
 

Sakit sangat sangat.. aku redha.. tapi… aku x sempat jumpa.. Ya Allah rasa sakit & sedih tu sampai skrg.. time kerja,time tgh sembang,tgh gelak,tgh driving, bila2 masa lah.. airmata tu sendiri jatuh x henti.. aku nak jumpa.. tapi x sempat… mama… kenapa sakit sgt… aku rasa mcm arwah masih ada.. dari pagi aku & adik aku cari flight utk blk kampung,petang baru dpt.. sampai je semua dah selesai.. orang boleh ckp ”eh bapa kau meninggal apsal x balik?” diorg xtau mcm mana payah aku pegi cari tiket nak blk sbb masa tu semua flight dah full..bukan 1 airport aku pegi,check online,semua aku cari..tapi org boleh ckp mcm tu..diorg xtau cerita sebenar.. aku sempat video call je.. sedih kan?.. petanda yg sgt sakit,masa tu tgh shooting cerita Cinta Hati Abah.. Lagu ni sgt bermakna buat aku,aku buat mmg utk arwah.. terima kasih akak..terima kasih abg… . aku kerja jauh dari keluarga,aku dtg sini cari rezeki utk tlg keluarga aku. . ada dua : arwah nenek & arwah bapa.. aku x sempat jumpa… . Allahu akbar . Astaghfirullahal’adzim . Al-FATIHAH ………………………..

A post shared by Nonny Nadirah binti Zainuddin (@nonnynadirah) on



Source link

read more

Kenapa unlike video saya – Datuk Aliff Syukri



AHLI perniagaan yang kini berjinak-jinak dengan dunia nyanyian, Datuk Aliff Syukri, pelik apabila video lirik lagu nyanyian menerima dislike yang banyak.

Video lirik lagu berjudul Abang Nak Tegur itu dimuat naik ke laman YouTube pada 23 November lalu.

Ketika artikel ini ditulis, ia telah menerima hampir 600,000 tontonan.

Namun, jumlah like dan dislike mencatatkan perbezaan yang amat ketara, dengan jumlah dislike ketika ini mencecah 53,000, manakala jumlah like hanya 7,000 sahaja.

Dalam kemas kini status di akaun Instagramnya, Datuk Aliff menyatakan rasa terkilan dengan situasi itu.

Pengasas jenama D’Herbs yang popular dengan panggilan Abang Terlajak Laris itu mempersoalkan mengapa video itu menerima dislike yang begitu banyak, sedangkan ia hanya sebuah video lirik.

Video lagu terbitan KRU Muzik itu yang turut menampilkan Nur Sajat, ketika ini berada di tangga keempat paling trending di YouTube Malaysia.



Source link

read more

Kenapa golongan muda gemar pertikai fatwa di media sosial? – Nasional


KUALA LUMPUR 27 Nov. – Pendekatan baharu yang lebih praktikal perlu digunakan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mengelakkan wujudnya kesangsian dalam kalangan umat Islam terutama golongan muda terhadap sesuatu perkara baharu yang difatwakan.

Pendakwah terkenal, Sheikh Hussain Yee berkata, kebanyakan golongan yang menentang fatwa-fatwa baharu ini adalah kerana mereka tidak begitu faham dengannya atau mungkin dipengaruhi oleh unsur-unsur politik apatah lagi dengan penggunaan media sosial tanpa batasan ketika ini.

Untuk itu, beliau mencadangkan agar khutbah Jumaat dijadikan platform Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menerangkan dengan lebih jelas mengenai keputusan majlis tersebut agar lebih mudah difahami dan tidak mengelirukan.

“Saya perasan bahawa kebanyakan golongan ini menolak kerana mereka merasakan fatwa tersebut tidak begitu jelas dan wujud unsur politik. Masyarakat perlu dididik kerana secara amnya, segelintir ahli agama gagal mendekati masyarakat, gagal mengatasi isu semasa kerana tidak begitu praktikal dan hanya menilai sahaja.

“Jika fatwa hanya dikeluarkan mengikut pandangan, itu yang timbul masalah, orang awam pun ada pandangan mereka sendiri. Pandangan dengan pandangan tidak akan dapat selesai, sebab itu Allah berfirman apabila kamu berselisih faham dalam apa juga urusan, kembalilah kepada al-Quran dan as-sunnah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online selepas menghadiri majlis penutup Persidangan Khayr Ummah 2017 (KUC) yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Sheikh Hussein mengulas pertanyaan mengenai tindakan segelintir masyarakat Islam di negara ini yang gemar menentang fatwa-fatwa baharu yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan di media sosial.

Mengulas lanjut, beliau berkata, umat Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan keraguan masyarakat serta menimbulkan fitnah terhadap agama.

“Masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku sebaliknya timbul kerana kekeliruaan umat Islam itu sendiri. Contohnya, kita tidak boleh minum arak tetapi bolehkah kita pakai botol arak dengan memasukkan air lain ke dalamnya dan minum? Bukan tidak halal tetapi tidak cantiklah.

“Botol itu bukannya haram, tetap botol tetapi oleh kerana ada jenama yang umumnya orang nampak sudah tahu itu adalah minuman haram, tidak perlulah sampai ke peringkat itu. Kita umat Islam janganlah membuat sesuatu yang boleh mendatang kekeliruan kepada diri, fitnah kepada agama,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

‘Kenapa sampai ada parti serpihan?’ – Politik


KOTA BHARU 21 Nov. – Parti serpihan tidak sepatutnya wujud hanya kerana menentang kesepakatan UMNO dan Pas sebagai dua parti yang berkongsi perjuangan sama iaitu untuk mendaulatkan Islam di negara ini.

Datuk Md. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) berkata, parti serpihan seumpama itu membuktikan ada pihak berfikiran sempit yang menganggap UMNO dan Pas perlu bertelagah dan bermusuh selama-lamanya.

“Ada yang melihat konflik UMNO dan Pas ini sangat besar, seolah-olah tidak boleh dipertemukan langsung. Sehingga ada pula parti serpihan kerana tidak mahu kebaikan (kerjasama) ini berlaku.

“Kenapa sampai begitu sekali? Tidakkah kita ada tanggungjawab kepada Allah SWT untuk kukuhkan Islam di bumi ini. Jadi apa bekalan kita di akhirat kelak? Pergaduhan dan konflik sesama sendiri?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet Kelantan 2018 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

KATA UNTUNG BILLION, TAPI KENAPA BAJET GUAN ENG DEFISIT??? ~ SEMUT HITAM


Heran kan? Kenapa pulak Si Lim Guan Eng tu umum belajawan Rejim DAPigs Pulau Pinang DEFISIT sedangkan sebelum ini dia bangga dengan jumlah pendapatan Negeri yang diperolehi?

Kalau sebelum ini, bukan main lagi Si Guan Eng tu mendabik dada kononnya peningkatan ekonomi di Pulau Pinang dibawah Rejim pemerintahannya itu cukup memberansangkan pada ketika ini.

Tapi malangnya, peningkatan hasil jumlah pendapatan itu gagal diterjemahkan oleh Guan Eng melalui pembentangan Bajet Pulau Pinang yang mengalami Defisit sebanyak RM 748 juta.

Malah peningkatan Defisit itu pula dilihat semakin bertambah sebanyak RM 81 juta berbanding tahun lalu. Adakah itu satu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh Lim Guan Eng?

Namun, Guan Eng cuba menutup kemaluannya itu dengan mendakwa kononnya anggaran defisit sebanyak RM 748 juta itu akan ditanggung sepenuhnya melalui Simpanan Wang Terkumpul.

Tambah menghairankan ialah apabila Guan Eng mendakwa defisit itu berpunca dari pindahan RM600 juta wang Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Perbangunan berjumlah RM684.97 juta.

Dalam erti kata mudahnya, hasil pendapatan yang diperolehi itu dipindahkan untuk melaksanakan projek – projek pembangunan Negeri yang berjumlah hampir sebanyak RM 700 juta.

Dari satu sudut, secara tidak lansung, tindakan Guan Eng itu membelanjakan wang rakyat dengan cara yang tidak berhemah sedangkan banyak projek pembangunan negeri masih lagi terbengkalai.

Sebagai contoh, projek Terowong Dasar Laut yang dilaporkan telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 305 juta bagi menyediakan kertas laporan yang masih belum disiapkan.

Bayangkan. Nak sediakan kertas laporan sahaja menelan belanja sebanyak itu. Belum lagi kita bangkitkan isu tebatan banjir yang sehingga ke hari ini masih GAGAL dilaksanakan oleh Rejim DAPigs itu.

Secara kesimpulannya, dakwaan Guan Eng yang selama hari ini berbangga dengan pencapaiannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ternyata hanya sekadar omongan kosong semata – mata sedangkan hakikatnya, dia GAGAL mentadbir negeri dengan baik!!!




Source link

read more

KEBAJIKAN AHLI, KENAPA DYANA TERDIAM!!! ~ SEMUT HITAM


Herankan? Kenapa tiba – tiba Srikandi DAPigs yang juga merupakan ‘Ayam Tambatan’ kepada Lim Kit Siang tu hanya mendiamkan diri bila isu berkaitan kebajikan ahli parti dibangkitkan?

Jika sebelum ini, bukan main lagi Si Dyana DAPigs tu melatah tak tentu arah apabila bulu ketiak dia diusik oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam satu ceramah.

Malah, Si Dyana tu juga turut membuat dakwaan bahawa dirinya sudah cukup bijak kerana memilih DAPigs sebagai wadah untuk memperjuangkan isu – isu yang ada kaitan dengan rakyat.

Sedangkan hakikatnya, kewujudan orang Melayu seperti Si Dyana tu hanya dianggap sebagai watak tempelan dan tidak diberikan sebarang perhatian oleh pucuk pimpinan DAPigs.

Bahkan kehadiran orang Melayu yang menyertai DAPigs seperti Dyana hanya sekadar alat propaganda parti bagi menunjukkan seolah – olah parti itu tidak mengamalkan diskriminasi kaum.

Jika benar Si Dyana tu nak memperjuangkan isu – isu berkaitan dengan rakyat, kenapa dia tidak membuat desakan agar pucuk pimpinan DAPigs memberikan bantuan kepada Ahli Parlimen Raub?

Sebaliknya, Si Dyana tu sehingga ke hari ini hanya mendiamkan diri dan tidak tampil membuat desakan agar Ahli Parlimen DAPigs itu mendapatkan rawatan perubatan yang lebih baik.

Tidakkah itu membuktikan bahawa Dyana hanya sekadar menjadi boneka yang diperalatkan oleh DAPigs untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka semata – mata?

ATAU, adakah Si Dyana itu juga turut berpendirian bahawa penyakit yang sedang dideritai oleh Ahli Parlimen Raub itu pada ketika ini tidak ada sebarang kaitan pun dengan parti mahu pun pemimpin – pemimpin DAPigs yang lain???




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons