BESAR KEMUNGKINAN ANWAR KENA KENCING!!!


Seperti mana yang dijelaskan sebelum ini, pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Haprak itu tidak mengundang implikasi yang diharap – harapkan oleh mereka.

Sebaliknya, keputusan pucuk pimpinan Pakatan Haprak dan pengumuman yang dibuat sebelum ini lebih banyak mencetuskan konflik didalam parti gabungan pembangkang itu sendiri.

Khususnya buat PKR yang memang semua orang sedia maklum sedang berhadapan dengan konfik kepimpinan sejak wujudnya dua kem yang berkepentingan peribadi didalam parti itu.

Dalam masa yang sama, kebanyakkan Otai Reformasi 1998 masih lagi mengekalkan pendirian mereka yang hanya mahukan Si Ketua Penipu itu sebagai calon Perdana Menteri, bukannya Tun M.

Tetapi, buat masa ini, mereka terpaksa “Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju” diatas keputusan yang dibuat sementara menunggu Si Ketua Penipu itu dari penjara sebelum diangkat menjadi PM.

Namun jika dilihat dari satu sudut, semua orang seolah – olah sudah tertipu. Pernahkah Pakatan mengumumkan sebarang perjanjian bertulis untuk mengesahkan pelantikan Si Ketua Penipu tu sebagai PM?

Ada ke tidak puak Pakatan Haprak tu mengumumkan tempoh masa untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Sementara? Berapa lama tempoh yang diberikan kepadanya untuk pegang jawatan tersebut?

Sebulan? 2 bulan? Setahun? Dua Tahun? Atau sehingga habis penggal yang akan datang? Itu yang menjadi bahan persoalan dikalangan rakyat, terutama buat pengikut PKR itu sendiri.

Kerana bagi mereka, Tun Mahathir ni seorang yang pemimpin Politik yang licik dan penuh dengan tipu muslihat. Maka tidak mustahil sekiranya Si Ketua Penipu dan pengikut – pengikut tegarkan akan dikencing oleh bekas Perdana Menteri itu buat sekian kalinya!!!



Source link

read more

GILIRAN PAN TITIWANGSA PULAK KENA KENCING!!! ~ SEMUT HITAM


Selepas PAN Johor dan Perak menyatakan rasa kecewa berhubung pembahagian kerusi dalam kalangan Pakatan Haprak tu sebelum ini, kini giliran PAN Titiwangsa pula berbuat demikian.

Parti Ternakan DAPigs Bahagian itu mendakwa langsung tidak mendapat sebarang kerusi walaupun sudah melakukan gerak kerja secara konsisten sejak ianya ditubuhkan, dua tahun lalu.

Sumber sebuah portal berkata pihaknya amat berharap agar PAN Pusat boleh berbuat sesuatu dan sekurang – kurangnya mengusahakan agar PAN Titiwangsa mendapat paling kurang satu kerusi Parlimen.

“Kita lebih kepada rasa kecewa apabila tiada langsung kerusi Amanah di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) kerana gerak kerja telah dilakukan sejak Aamanah Titiwangsa ini ditubuhkan lagi.

“Ideanya seperti pilihan raya umum ke-13, bertanding di Putrajaya dan Titiwangsa. Tetapi di Putrajaya kita dah bagi pada PPBM atas semangat setia kawan. Jadi sekurang-kurangnya kita (Amanah) dapat satu kerusi pun cukup iaitu di Titiwangsa,” kata sumber itu.

Dari satu sudut, kenyataan itu membuktikan bahawa pucuk pimpinan Pakatan tidak mengambil peduli segala kehendak dan kemahuan mereka yang berada diperingkat bawahan.

Malah, semua usaha yang telah dilakukan sebelum ini hanya dianggap sebagai Sampah semata – mata dan tidak memberi sebarang kesan yang siginfikan terhadap pucuk pimpinan.

Terdahulu PAN Johor dan Perak memboikot Konvensyen PH di IDCC, Shah Alam, semalam, berikutan membantah jumlah kerusi yang terlalu sedikit diberikan kepada partinya.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAN mengarahkan supaya parti di peringkat negeri menghormati keputusanyang dibuat dan mahu mereka melihat ia dari konteks yang lebih besar.

Apa yang jelas, keputusan berkaitan dengan pengagihan kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak itu menimbulkan rasa kurang senang bagi pimpinan bawahan yang sudah bertungkus lumus selama hari ini. Namun, segala usaha mereka itu tidak dihargai!!!




Source link

read more

PAN JOHOR BENGKAK KENA KENCING!!! ~ SEMUT HITAM


Kesian! Malang sungguh nasib yang menimpa puak PAN Johor ni. Kena maki dengan bekas rakan seperjuangan dah sekian. Didakwa menjadi parti Ternakan DAPigs pun dah sekian juga.

Tapi akhirnya pengorbanan yang telah ditonjolkan selama hari ini sehingga dilabelkan sebagai Pengkhianat kepada PAS lansung tidak dihargai oleh pemimpin puak Pakatan Haprak tu.

Sebaliknya, mereka pulak yang dipaksa supaya tunduk kepada ketetapan yang telah dibuat. Sekarang, diorang pulak yang diberi tekanan supaya menjadi lembu yang telah dicucuk hidungnya.

Maka sebab itu PAN Johor memboikot Konvensyen Pakatan yang berlangsung hari ini berikutan tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen sesama parti – parti gabungan pembangkang itu.

Pekara itu disahkankan Pengerusi PAN Johor berkata tindakan itu diambil kerana partinya hanya diberi dua kerusi Parlimen sahaja untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Kita minta lima kerusi Parlimen tapi dapat dua kerusi, Parit Sulong dan Pulai saja. Kita ingat tak payah datang. Semua pemimpin Amanah Johor tak datang,” katanya memetik laporan sebuah portal.

Dilaporkan PH telah memuktamadkan soal pembahagian kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia di antara empat parti menerusi mesyuarat yang berakhir kira-kira 8.30 malam tadi.

Ketidakpuasan hati itu timbul selepas PAN dilaporkan hanya mendapat dua kerusi Parlimen sahaja di Johor, manakala PPBM dibenarkan bertanding 10 kerusi, PKR 8 dan DAPigs pula 6 kerusi.

“Kita nak setimpal seperti apa yang komponen lain terima. Kita sama-sama bangunkan PH di Johor ini dan hubungan ini bermula telah lama dulu sejak Pakatan Rakyat lagi.

“Kita juga berkorban dengan meninggalkan PAS dan menubuhkan Amanah demi bersama PH. Jadi sekurang-kurangnya kita mahukan angka yang setimpal dan seimbang dengan rakan komponen lain.

“Kita bukan minta banyak kerusi, cuma lima. Tapi akhirnya dapat dua saja. Itu yang kita tak puas hati,” kata sumber sebuah portal yang merupakan seorang pemimpin PAN.

Dikatakan dalam mesyuarat malam tadi juga, PH sudah memuktamadkan calon perdana menteri dan timbalannya, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dimana ia akan diumumkan di dalam konvensyen PH hari ini.




Source link

read more

LYNAS JADI MODAL PAKATAN “KENCING” RAKYAT!!! ~ SEMUT HITAM


UMNO Bahagian Indera Mahkota kesal apabila pembangkang menggunakan isu kilang Lynas untuk menggagalkan usaha murni Kerajaan Barisan Nasional dalam menjana ekonomi penduduk setempat.

Jurucakap UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Suhaimi Sulong berkata, kilang Lynas yang menyediakan peluang pekerjaan termasuk penyokong pembangkang digagalkan hanya kerana hujah dangkal Pakatan Harapan.

“Kilang Lynas yang memproses nadir bumi untuk menghasilkan produk antaranya skrin telefon pintar dan lampu kalimantan seperti mana di rumah, ianya cukup besar, bajetnya cukup besar disediakan.

“Malahan mereka yang bersama pembangkang turut diberikan peluang pekerjaan, ianya telah menyumbang kepada ekonomi untuk negeri dan negara.

“Walaupun rakyat tampak lebih rasional, tapi akhirnya mereka tetap menghukum kita di Parlimen Indera Mahkota, khususnya di Kuantan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Katanya lagi, walaupun kilang Lynas menyumbang pelbagai kebaikan kepada semua peringkat masyarakat, namun pembangkang terus berhujah berteraskan fiksyen hingga rakyat termakan hasutan mereka.

“Pihak pembangkang mengatakan semua hidupan liar mati, sungai dalam daerah Kuantan akan mati, dengan hujan radioaktif, mungkin berlaku letupan yang akan menelan seluruh Kuantan.

“Sudah terang lagi bersuluh, pihak pembangkang makanannya fitnah, minumannya adu domba, ayuh jangan biarkan mereka bermaharajalela,” katanya lagi.

Dan yang terbaru, puak Pakatan Haprak tu cuba memulakan langkah sumbang mempertikaikan pembinaan kawasan perindustrian MCKIP yang sedang dalam proses pada ketika ini.

Secara tidak lansung, tindakan yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu memperlihatkan sifat mereka yang Anti Establishment dan menentang apa saja projek Kerajaan walaupun hakikatnya ia memberi keuntungan kepada rakyat secara menyeluruh!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons