Jangan hantar tentera ke Afrin amaran Turki kepada Syria



ANKARA: Turki pada Isnin memberi amaran kepada Syria agar tidak menghantar tentera ke daerah Afrin untuk membantu militia Kurdish, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai kanan Turki.

“Keputusan kerajaan Syria untuk menghantar pasukan tentera ke Afrin akan memberi lampu hijau kepada tindakan memecah-belahkan Syria, dan bakal mengundang kesan buruk kepada rantau ini,” kata Timbalan Perdana Menteri Turki, Bekir Bozdag, kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusolgu, telah memberi amaran bahawa jika tentera Syria memutuskan untuk mempertahan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG), maka “tiada apa dan siapa yang boleh menghalang tentera Turki.”

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, telah menghubungi rakan sejawat beliau di Rusia dan Iran, Vladimir Putin dan Hassan Rouhani, untuk memberi amaran berhubung langkah sedemikian.

Ankara menganggap YPG sebagai sekutu Syria dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang telah diharamkan dan merupakan sebuah organisasi pengganas dalam senarai Turki.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat menyokong YPG sebagai sekutunya dalam memerangi militan Daish di Syria.

Turki telah melancarkan satu operasi ketenteraan pada 20 Jan di daerah Afrin untuk mengusir militia YPG dan berjanji akan memperluas operasinya ke Manbij di mana tentera Amerika Syarikat ditempatkan bersama-sama YPG untuk menentang Daish.

— BERNAMA



Source link

read more

Saingan dijangka berpihak kepada UMNO


KOTA BHARU 18 FEBRUARI 2018. Demam pilihanraya sudah semakin terasa berikutan penyokong parti politik masing-masing mula memasang bendera di tepi kiri dan kanan jambatan Jalan Kota Bharu - Pasir Puteh di Pasir Tumboh. NSTP/SYAMSI SUHAIMI

MO, 19/2/2018, KUALA LUMPUR: Pertembungan tiga penjuru di lebih 100 kawasan Parlimen tidak akan menjejaskan jumlah undi di kawasan majoriti Melayu.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata undi majoriti Melayu tidak akan merosot walaupun ada pertembungan tiga penjuru kerana kesedaran tinggi dalam kalangan pemilih.

Beliau berkata, selain itu kepercayaan pengundi kepada pakatan pembangkang tidak mampu meyakinkan pengundi Melayu bahawa mereka akan mampu membela kepentingan Melayu Islam jika berkuasa.

Katanya, apa yang Barisan Nasional (BN) boleh buat untuk memastikan kemenangan lebih mantap adalah dengan menonjolkan segala usahanya dalam memperjuangkan kepentingan Melayu Islam di negara ini yang ada selama ini dan pada masa depan.

Tonjol permasalahan pembangkang

“BN juga perlu menonjolkan segala permasalahan pakatan pembangkang yang menyebabkan mereka tidak akan dapat memerintah dengan baik, malah akan membawa negara ke kancah ketidakstabilan, jika mendapat kuasa,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata pertembungan tiga penjuru itu sebenarnya memberi kelebihan kepada BN.

Justeru, katanya, BN perlu meminimumkan peluang untuk sabotaj sesama sendiri dengan mengekalkan calon menang sedia ada kecuali mereka yang diketahui mempunyai masalah dengan pengundi.

Beliau percaya PRU kali ini menyaksikan kerusi Parlimen bukan hanya menjadi rebutan untuk saingan tiga penjuru, tetapi lebih daripada itu.

“Hampir semua kerusi sebenarnya akan berlaku saingan tiga penjuru dan lebih, ” katanya.

Tumpu kawasan kerusi kelabu

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, BN perlu memberi tumpuan kepada pengurusan kerusi mikro yang dianggap kerusi kelabu (memenangi kurang daripada 10 peratus majoriti).

“Ini untuk memastikan tiada sabotaj, pertentangan dalaman, undi protes daripada ahli dan untuk meyakinkan pengundi atas pagar untuk mengundi mereka.

“Antara kerusi kawasan kelabu ialah Pendang, Ketereh, Setiawangsa dan Padang Terap,” katanya sambil menambah bahawa jentera parti yang berdedikasi dan teratur, pemilihan calon dan isu-isu tempatan akan menentukan pola pengundian.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, pula berkata saingan tiga penjuru dijangka lebih memihak kepada BN tetapi bergantung juga kepada kawasan sama ia menjadi kubu kuat UMNO atau tidak.

Katanya, dalam pertandingan tiga penjuru di antara UMNO, PAS dan PPBM, kelebihan berpihak kepada UMNO.

“Di Parlimen Sembrong di Johor misalnya, BN boleh menang menewaskan PPBM kerana kerusi itu dianggap kubu kuat UMNO dan BN. Di Pagoh, cabaran BN mungkin sukar tapi tidak mustahil untuk menang kerana Pagoh sudah lama dikuasai BN. Tetapi faktor Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin adalah cabaran terbesar BN untuk menang di kawasan itu.

“PAS hanya menjadi pemecah undi. Apa yang dapat dirumuskan semuanya bergantung kepada negeri mana benteng BN kuat atau kubu kuat PAS atau PKR.

“Semua bergantung juga kepada kawasan bandar, luar bandar atau pinggir bandar,” katanya.



Source link

read more

AMD Akan Menghantar APU Kepada Pengguna Untuk Mengemaskini BIOS Papan Induk AM4 Dengan Sokongan APU Ryzen – Amanz


APU AMD Ryzen baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas, dan ia hadir dengan sokongan untuk papan induk AM4 yang pada asalnya hadir untuk CPU AMD Ryzen pada tahun lepas.

Syarikat-syarikat pembina komponen komputer kebanyakannya sudahpun hadir dengan kemaskini untuk memastikan bahawa papan induk AM4 ini boleh menyokong APU terbaru ini, Akan tetapi, bagi mereka yang lebih gemar memasang komputer sendiri, ini merupakan suatu masalah kerana sebelum BIOS papan induk tersebut dikemaskini, komputer tersebut tidak dapat dihidupkan.

AMD sedar akan masalah ini, dan baru-baru ini telahpun mengumumkan bahawa pembina komputer yang telah membeli APU Ryzen ini boleh menulis laporan pada laman web tuntutan jaminan AMD untuk meminta pihak AMD menghantarkan sebuah Boot Kit, iaitu sebuah unit cip pemprosesan yang boleh digunakan untuk menghidupkan komputer tersebut untuk memasang kemaskini BIOS tersebut.

Menurut AMD, mereka akan menghantar satu unit APU A6-9500 dan penyejuk CPU untuk tujuan tersebut, dan pengguna juga diminta menghantar balik APU tersebut setelah tugas kemaskini tersebut selesai.

Untuk memastikan para pembeli Ryzen APU yang sah sahaja mendapat APU tersebut, mereka juga diminta memasukkan nombor siri produk APU mereka untuk mengurangkan masalah penipuan.

Buat masa ini, AMD tidak menyatakan secara khusus negara-negara manakah yang boleh menerima APU ini, tetapi nama Malaysia tersenarai di laman tersebut. Jika anda menghadapi masalah untuk menghidupkan komputer Ryzen APU anda, mungkin anda boleh mencuba nasib untuk mendapatkan Boot Kit tersebut.



Source link

read more

PRU-13, ‘wake-up call’ kepada MCA, yakin rampas kembali Indera Kayangan – Politik


ARAU 19 Feb. – MCA negeri ini optimis masyarakat Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sekali gus merampas semula kerusi berkenaan daripada PKR.

Naib Pengerusi MCA negeri, Chuah Tian Hee berkata, pihaknya yakin separuh daripada 80 peratus pengundi Cina yang menyokong pembangkang pada pilihan raya lalu kembali kepada BN berdasarkan kepada kerja keras parti tersebut sepanjang tempoh lima tahun ini.

Dalam masa sama, beliau juga percaya pengundi Cina khususnya sudah mula sedar kegagalan pembangkang membela nasib mereka di kawasan tersebut.

“Kekalahan pada pilihan raya lalu memberi pengajaran dan bagaikan satu wake-up call kepada MCA untuk terus bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan masyarakat Cina.

“Kekalahan pada pilihan raya lalu juga disebabkan pengundi terikut-ikut trend beralih-arah kepada pembangkang selain terpedaya dengan dakyah pembangkang.

“Selain itu, mereka juga sedar, kemenangan pembangkang hanya di satu kerusi di kawasan Parlimen Kangar itu tidak mampu membantu masyarakat Cina,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Dataran RPA Arau, di sini malam tadi.

Pada PRU-13, buat pertama kalinya kerusi DUN Indera Kayangan yang menjadi kubu kuat BN selama ini jatuh ke tangan pembangkang.

Calon BN ketika itu, Por Choo Chor tewas kepada Chan Ming Kai dari PKR dengan majoriti 1,092. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Uber Sekali Lagi Dilaporkan Ingin Menjual Perniagaan Asia Tenggara Kepada Grab – Amanz


Pada bulan Januari lepas, kita telah mendengar laporan awal mengatakan Grab mungkin mengambil-alih operasi Uber di Asia Tenggara. Namun, pihak Uber bergerak pantas dan menyangkal laporan berkenaan – selain menyatakan mereka komited untuk pengguna di rantau ini.

Hari ini, CNBC melaporkan perkara sama sekali lagi, mengatakan Uber dalam persediaan untuk menjual bahagian operasi Asia Tenggara mereka kepada Grab. Sebagai ganti untuknya, Uber dikatakan akan mengambil sejumlah pegangan besar pada syarikat Grab.

CNBC turut melaporkan yang mana tiada sebarang kata putus telah dicapai buat masa ini.

Sekiranya hal ini benar, maka kita akan melihat startegi yang lebih kurang sama seperti berlaku di China. Sebelum ini, Uber telah menarik diri dengan menjual operasi Uber di China kepada Didi – dan sebagai ganti, menerima pegangan sebanyak 20% dalam Didi. Langkah ini juga sekaligus mengurangkan kerugian Uber di sesuatu pasaran kerana tidak lagi perlu bersaing dengan syarikat lain.

Seperti biasa, buat masa ini, laporan ini hanya dikategorikan sebagai desas-desus sahaja.



Source link

read more

Twitter Bookmarks Mula Diperkenalkan Kepada Beberapa Pengguna – Amanz


Twitter sebelum ini telah mengumumkan sebuah ciri baru yang sedang diuji mereka, dinamakan Bookmarks. Melaluinya, pengguna boleh menyimpan sesuatu tweet untuk bacaan pada kemudian masa. Berbeza dengan “Like”, Twitter Bookmark hanya boleh dilihat oleh anda sahaja – bermakna anda sahaja boleh melihat apakah Tweet yang disimpan, dan tidak boleh dilihat pihak ketiga seperti Twitter Like.

Twitter Bookmark

Buat masa ini, ciri ini dilihat diperkenalkan secara berperingkat kepada beberapa pengguna. Daripada ujian kami sendiri, ia telah hadir pada akaun Twitter @amanz kami, tetapi tidak terdapat pada akaun Twitter peribadi.

Berkemungkinan Twitter ingin mengujinya secara berperingkat, dan mengaktifkan ia kepada semua pengguna secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.

Bagi anda yang menggunakan Twitter, adakah anda telah mula menerima ciri Bookmarks ini?



Source link

read more

MAIPs sumbang dua buggy kepada Masjid Al-Aqsa


KANGAR, 14 Feb -- Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua, kiri) yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyampaikan sumbangan dua unit kereta bugi untuk kegunaan di Majlis Al-Aqsa yang diterima oleh Imam Besar masjid tersebut Sheikh Dr E'krima Sa'eed Sabri (tengah) pada Program Prihatin Al-Quds 2018 di Majlis Tuanku Syed Putra malam tadi. Turut sama Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (kiri), Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor (kanan). --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** MENGIRINGI BERITA

MO, 14/2/2018, KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyumbang dua kenderaan buggy kepada pengurusan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, bagi kemudahan jemaah warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang beribadat di masjid berkenaan.

Majlis penyerahan replika kenderaan itu disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekremah Sai’d Sabri, malam tadi.

Ia diadakan sempena program Pidato Prihatin Al-Quds anjuran MAIPs dengan kerjasama Aman Palestin di Masjid Tuanku Syed Putra, di sini.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Raja Muda Perlis yang juga Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyerahkan replika sumbangan kutipan terkini daripada rakyat Perlis melalui MAIPs kepada Tabung Untuk Aqsa Negeri Perlis yang bernilai RM102,579.80.

Kutipan tersebut ialah untuk tempoh empat hari sejak kempen berkenaan dilancarkan Sabtu lalu dan akan terus dikutip sehingga Jumaat ini.

Terdahulu pada program yang sama turut diadakan pidato khas disampaikan Sheikh Dr Ekremah yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu.



Source link

read more

Peningkatan dividen KWSP durian runtuh kepada pencarum


kwsp-logo.jpg.transformed_7MO, 11/2/2018, KUALA LUMPUR: Peningkatan ketara dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 1.2 peratus bagi 2017, membuktikan keberkesanan strategi kerajaan dan KWSP dalam mengukuhkan pelaburannya.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, berkata peningkatan kadar dividen itu adalah durian runtuh kepada lebih 14 juta pencarum di negara ini.

Katanya, MTUC turut berterima kasih atas keterbukaan kerajaan dan KWSP dalam melaksanakan inisiatif tertentu bagi memastikan pencarum mendapat pulangan dividen yang positif berbanding tahun sebelumnya.

“MTUC mengetahui 2016 adalah tahun kewangan yang tidak baik disebabkan beberapa keadaan, antaranya penurunan nilai Ringgit serta suasana politik yang menimbulkan kegusaran bagi pelabur.

“Namun, keyakinan kami bertambah baik bagi tahun 2017 selepas pertemuan dengan Perdana Menteri yang bersedia melakukan anjakan dalam memastikan peningkatan peratusan dividen ini menjadi kenyataan,” katanya.

KWSP mengisytiharkan dividen 6.9 peratus bagi simpanan konvensional dan 6.4 peratus bagi simpanan syariah bagi 2017.

Untuk rekod, dividen bagi simpanan konvensional 2016 adalah 5.7 peratus.

Abdul Halim turut mencadangkan kerajaan meminda Akta KWSP untuk menaikkan kadar dividen wajib yang ketika ini ditetapkan pada 2.5 peratus.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pengumuman dividen itu adalah kejutan manis kepada pencarum kerana ia adalah kadar tertinggi sejak tahun 1997 dan 1998.

Katanya, kadar dividen itu juga lebih tinggi daripada paras inflasi negara, menandakan simpanan pencarum terpelihara daripada ‘hakisan’ inflasi.

“Lebih penting adalah strategi pelaburan luar negara dilihat membuahkan hasil yang baik.

“Perkara ini juga berdasarkan Strategi Alokasi Aset (SAA) mereka yang akan mengambil kira faktor pulangan dan risiko pelaburan bagi setiap kelas aset,” katanya.

Mohd Afzanizam melahirkan keyakinan pada prestasi masa depan KWSP, berdasarkan suasana kenaikan kadar faedah di negara maju yang memberi isyarat bahawa eknomi global sedang bertumbuh lebih stabil tanpa sokongan dasar monetari berlebihan.

“Faktor ini akan membantu menaikkan prospek pulangan pelaburan sama ada dalam pasaran ekuiti atau bon, sejajar dengan risiko pelaburan diambil,” katanya.

Mengulas mengenai kadar dividen bagi simpanan syariah lebih rendah berbanding konvensional, Mohd Afzanizam berkata ia bergantung pada prestasi aset, selain ia tidak termasuk dalam saham perbankan.

Bagaimanapun, katanya, kadar 6.4 peratus adalah satu pengumuman positif kerana ia kali pertama diumumkan sejak simpanan syariah dibuka pada Ogos 2016.



Source link

read more

Boko Haram bebas 13 tebusan kepada kerajaan Nigeria


MAIDUGURI: Militan Boko Haram membebaskan 13 tebusan kepada kerajaan Nigeria, ujar kerajaan negara itu pada Sabtu, selepas rundingan dilakukan dengan puak militan itu.

Penculikan itu merupakan sebahagian daripada kempen serangan tahun lalu oleh militan berkenaan yang menuntut untuk mewujudkan sebuah negara Islam di timur laut, menyaksikan sekurang-kurangnya 20,000 orang terbunuh dan memaksa kira-kira 2.7 juta menjadi pelarian sejak 2009.

Tiga daripada tebusan itu adalah pensyarah dari University of Maiduguri yang diculik semasa perjalanan penjelajahan minyak di Magumeri, di timur laut Borno, pada Julai 2017.

Sementara 10 yang lain adalah pegawai polis wanita yang diculik dalam serbuan pada konvoi bulan sebelumnya.

Antara mangsa yang diculik militan Boko Haram. Imej yang diambil dari video pada 15 Jan 2018. - REUTERS
“Pembebasan mereka mengikuti beberapa rundingan seperti yang diarahkan oleh Presiden (Muhammadu) Buhari dan diuruskan oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),” kata seorang jurucakap jabatan presiden dalam satu kenyataan.

ICRC berkata ia bertindak sebagai pengantara neutral dalam pembebasan tebusan.

“ICRC tidak terlibat dalam sebarang rundingan yang membawa kepada penyerahan 13 tebusan tersebut.
Militan yang bersenjata itu menyerahkan 13 tebusan kepada wakil ICRC yang kemudian membawa mereka ke pihak berkuasa Nigeria,” katanya dalam satu kenyataan.

ICRC juga bertindak sebagai perantara dalam pembebasan pada Oktober 2016 dan Mei 2017 yang menyaksikan lebih daripada 200 kanak-kanak perempuan yang diculik oleh Boko Haram dari bandar timur laut Chibok pada tahun 2014.

Antara mangsa-mangsa yang diculik militan Boko Haram. Imej yang diambil dari video pada15 Jan 2018. FOTO: Boko Haram Handout/Sahara Reporters via REUTERS



Source link

read more

Pelan Celcom FIRST Kini Menawarkan Tiket Penerbangan Dan Langganan iFlix Percuma Kepada Pelanggan – Amanz


Apakah faktor pelanggan memilih pelan pasca-bayar? Secara peribadi kami memilih berdasarkan kuota data yang tinggi pada harga yang mampu milik. Pelan Celcom FIRST sebelum ini menawarkan data untuk penstriman sehingga 100GB kepada pelanggan pakej tertentu. Hari ini mereka mengumumkan beberapa keistimewaan baru seperti tiket penerbangan ke destinasi di ASEAN, tiket wayang percuma atau rebat pembelian aplikasi peranti pintar.

Bagi pelanggan Celcom FIRST Platinum Plus dan FIRST Platinum selama 12 bulan, mereka boleh menikmati tiket penerbangan percuma ke mana-mana destinasi ke sembilan negara ASEAN atau menebus dua tawaran bulanan dari rakan perniagaan Celcom. Pelanggan hanya boleh memilih satu daripada dua tawaran ini.  Antara yang ditawarkan ialah tiket wayang percuma dari GSC, voucher 11Street, dua perjalanan percuma menggunakan Grab, voucher Tealive, rebat pembelian Google Play dan rebat pembelian App Store.

Selain daripada itu pelanggan turut boleh menikmati kelebihan lain seperti perayauan di negara ASEAN tanpa had, akses kepada iFlix, Yonder Music dan banyak lagi.

Bagi pelanggan First Gold Supreme, Gold Plus dan Gold selama 12 bulan pula boleh menikmati tiket penerbangan percuma ke mana-mana destinasi di Malaysia atau memilih satu tawaran bulanan dari rakan-rakan perniagaan Celcom seperti diumumkan di atas.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej, terma dan syarat sila layari laman rasmi Celcom.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons