Berkasih dengan DAP kerana kuasa – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 18 Jan. – Keputusan Pas untuk bertanding bersendirian di kira-kira 130 kerusi pada pilihan raya umum kelak disifatkan menjadi punca Tun Dr. Mahathir Mohamad membenci parti tersebut kerana dipercayai boleh menghalang cita-citanya untuk berkuasa semula.

Bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wahazir Abd Wahabi berkata, kerana kuasa juga Pengerusi Pakatan Harapan itu sanggup `berkasih’ dengan DAP iaitu sebuah parti yang pernah digelar sebagai perkauman oleh beliau suatu ketika dahulu.

Jelasnya, inilah wajah sebenar Dr. Mahathir, seorang negarawan terbilang yang berjuang menggunakan nama bangsa Melayu melalui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) demi memperoleh kuasa dan menyelamatkan periuk nasi anak-beranak beliau.

“Pada asalnya asas perjuangan PPBM adalah demi membela nasib rakyat namun lama-kelama peranannya berubah demi menjayakan agenda peribadi. Dr. Mahathir selama ini telah menanam benci dalam diri anak muda supaya membenci DAP, nampaknya kini beliau berkawan baik dengan parti itu demi kuasa.

“Bagi saya Dr. Mahathir tidak layak untuk menggelar Pas sebagai pengkhianat oleh kerana tidak mahu bersekutu dengan Pakatan Harapan, Pas mempunyai akar umbi yang kuat dan lebih lama ditubuhkan daripada PPBM , justeru mereka mempunyai hak untuk bertanding secara bersendirian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas episod kebencian Dr. Mahathir terhadap Pas sehingga memaksa parti itu menyatakan pendirian sama ada menyokong beliau atau Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri menjelang pilihan raya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tiga wanita ditahan berbogel di khalayak umum lima lagi kerana dadah



SINGAPURA: Tiga daripada lapan wanita ditahan kerana berbogel di khalayak umum dalam satu serbuan di premis hiburan, kata polis dalam kenyataan media pada Isnin.

Lima lagi wanita ditahan atas kesalahan dadah.

Operasi bersepadu yang dilakukan Biro Narkotik pada minggu lalu selama enam jam bermula 11 malam.

“Tiga daripada wanita yang ditahan dikatakan berbogel di khalayak ramai. Manakala dua daripada mereka didapati melanggar undang-undang imigresen dan pekerjaan,” lapor portal Channel News Asia.

Portal itu difahamkan, kesemua wanita terbabit ditahan di Plaza Cuppage.

Siasatan ke atas suspek sedang dijalankan, kata polis.



Source link

read more

Tidak mahu berpisah kerana orang ketiga- Janji Aeril Zafrel kepada Wawa Zainal



UCAPAN pelakon Aeril Zafrel kepada isterinya, Wawa Zainal sempena ulang tahun perkahwinan keenam mereka telah membuatkan peminat tersentuh dan kagum.
 
Aeril telah berkongsi ucapan istimewa tersebut disertai foto percutian mereka sekeluarga di Seoul, Korea menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut Aeril menyatakan rasa bersyukur kerana diberi peluang dan kekuatan untuk membimbing keluarganya.

“Alhamdulillah sudah 6 tahun perkahwinan kami. Terima kasih isteri kerana memberikanku kekuatan untuk terus menjaga dan mengetuai nakhoda ini.

“Aku ingin hubungan kita di dunia ini berakhir dengan bahagia, berpisah bukan kerana orang ketiga atau kerana perbezaan. 

“Tetapi aku ingin kita berpisah disaat aku tak lagi mampu berdiri dan bernafas untukmu,” tulisnya.

Tambah Aeril dia juga memohon agar orang ramai sentiasa mendoakan kebahagian mereka. 

Dalam pada itu, entri tersebut telah dipenuhi dengan ucapan tahniah dan peminat juga mendoakan semoga pasangan ini berkekalan hingga akhir hayat.
 

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi



Source link

read more

62 murid SK Kuala Bok tidak sekolah kerana banjir – Nahas & Bencana


MIRI 15 Jan. – Seramai 62 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Bok, Baram di sini, tidak dapat mengikuti sesi persekolahan pagi ini ekoran sekolah mereka dilanda banjir.

Ketua Bomba Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, banjir di sekolah berasrama itu turut menjejaskan 15 kakitangan sekolah termasuk 12 guru.

Katanya, buat masa ini, paras air masih meningkat naik tetapi belum ada kawasan pemindahan untuk menempatkan mangsa dibuka setakat ini.

“Air banjir melimpah ke kawasan sekolah disebabkan hujan lebat semalaman di kawasan hulu sungai.

“Sekolah tidak beroperasi hari ini disebabkan paras air semakin dalam,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Beliau berkata, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku berpunca daripada bencana itu setakat ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kerana nak kaya lelaki sanggup gali kubur rakan curi tali pocong



MISTERI sebuah kubur yang dikorek akhirnya terungkai selepas polis Indonesia menahan seorang lelaki di Ciputan, Tanggerang, Indonesia.

Lelaki berkenaan mengaku bersalah menyelongkar kubur rakan karibnya sendiri semata-mata untuk mengambil tali pocong atau tali kain kafan.

Muhammad  Irpan, 34, percaya dengan memiliki tali kafan itu rezekinya akan melimpah-ruah.

Memetik laporan portal berita Detiknews, Irpan yang bekerja sebagai pemandu van penumpang dan rakan baiknya Suhendra hidup bergelandangan sejak empat bulan lalu dan menumpang teduh di masjid.

Bagaimanapun Suhendra meninggal dunia pada 28 Disember 2017 dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan masjid itu.

Namun beberapa hari kemudian penduduk gempar apabila mendapati kubur berkenaan diselongkar.

Tambah mengejutkan empat tali yang mengikat kafan jenazah didapati hilang.

Irpan yang ditahan pada 6 Januari lalu mengaku melakukan perbuatan itu.

Jelasnya lagi, dengan hanya menggunakan tangan dan sebatang kayu dia mula menggali kubur berkenaan pada jam 12 tengah malam dan mengambil masa tiga jam bagi mendapatkan apa yang dihajatinya.

Bagaimanapun tali pocong berkenaan tiada lagi padanya kerana telah dibuang ke sungai.

Dalam keterangannya kepada polis, Irpan menyatakan dia membuang tali kafan itu kerana ia tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.

Jelas Irpan ketika membawa tali berkenaan, dia gagal mendapatkan walau seorang pun penumpang.

Berang dengan keadaan itu dia bertindak membuang tali kafan itu ke sungai.

Rabu lalu, Kesemua tali kafan yang dibungkus dalam plastik hitam itu ditemui di dalam Sungai Pessangrahan, 750 meter dari lokasi ia dibuang.

Irpan bakal berdepan hukuman penjara maksimum setahun empat bulan atas perbuatannya itu



Source link

read more

Trafik di London terhenti kerana Tom Cruise



AKTOR Tom Cruise menyebabkan trafik di sebahagian besar kawasan tengah London tidak berfungsi.

Semuanya gara-gara Cruise mahu berlari di atas bumbung jambatan Blackfriars Bridge.

Tetapi aksi ini bukan disengajakan.

Cruise sebenarnya sedang menjalani penggambaran filem sekuel terbaru “Mission: Impossible”.

Pihak produksi terpaksa meminta laluan trafik dihentikan bagi membolehkan aktor itu melakukan aksi lagak ngeri di atas Sungai Thames.

Perkhidmatan bot di kawasan berkenaan juga diminta menangguhkan operasi buat sementara.

Penggambaran babak berkenaan dirakam dari sebuah helikopter.

Cruise, 55 tahun, dirakam berlari pantas melintasi jambatan berkenaan.

Aktor itu terkenal kerana memilih untuk melakukan sendiri aksi lagak ngerinya.



Source link

read more

Wanita diasingkan kerana haid akhirnya mati sesak nafas



ADAT, budaya atau tradisi. Bagaimanapun, ada di antaranya dilihat memudaratkan jika sesuatu komuniti itu taksub untuk mengaplikasikan adat, budaya dan tradisi tersebut.

Perkara itu berlaku di sebuah kawasan terpencil di Nepal apabila tradisi memaksa wanita yang datang haid untuk mengasingkan di sebuah bangsal bersendirian membawa padah.

Terbaharu, seorang wanita berusia 21 tahun di kawasan terpencil di Nepal itu ditemui mati dipercayai sesak nafas akibat asap daripada api yang dinyalakan bagi memanaskan diri dengan suhu tinggi kampung di pergunungan itu,” katanya pegawai kerajaan Tul Bahadur Kawcha.

Wanita itu dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

Malah, kematian tetap berlaku walaupun pengubal undang-undang tahun lalu menetapkan amalan memaksa wanita keluar dari rumah ketika haid adalah salah.

Di bawah undang-undang, sesiapa yang menguatkuasakan amalan itu berdepan hukuman penjara tiga bulan dan denda $30.

Amalan ini, yang dikenali sebagai Chhaupadi, telah menjadi tumpuan selepas sekurang-kurangnya dua wanita meninggal dunia tahun lalu ketika tidur di bangsal.

Ramai wanita haid masih lagi meninggalkan rumah mereka di bawah tradisi Hindu purba dan berlindung di pondok yang tidak bersih, tidak selamat atau bangsal lembu sehinggalah kitaran bulanan mereka berakhir.

Semasa diasingkan, wanita-wanita ini berdepan ancaman cuaca sejuk melampau atau serangan haiwan liar selain keadaan yang tidak bersih yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

Wanita yang datang haid atau yang baru melahirkan kadang-kadang dilihat sebagai ‘tidak suci’ atau  ‘pembawa nasib buruk’.

Mereka dilarang menyentuh lembu dan lelaki, serta dihalang daripada menggunakan tandas.

Pengasingan mereka ke ‘pondok haid’ itu juga mengehadkan wanita-wanita muda pergi ke sekolah.



Source link

read more

Dua anggota polis peniaga dipenjara sebat kerana rompak wanita


KUALA LUMPUR: Dua anggota polis dan seorang peniaga masing-masing dijatuhi hukuman penjara 11 dan 13 tahun serta sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang wanita, dua tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail membuat keputusan itu selepas ketiga-tiga tertuduh didapati bersalah selepas gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tertuduh pertama, Konstabel Adri Hazwan Ahmad, 29 dikenakan hukuman penjara 11 tahun dan empat sebatan manakala Lans Koperal Mohamad Fauzi Ariffin, 27, dikenakan hukuman penjara 13 tahun enam sebatan.

Seorang lagi tertuduh, yang merupakan abang Mohamad Fauzi iaitu Mohd Fairuz, 30, dihukum penjara selama 13 tahun dan enam sebatan atas kesalahan sama.

Kesemua tertuduh, yang diwakili peguam Zuhaidi Akmal Hasan Basri, didapati bersalah melakukan rompakan berkumpulan ke atas Rahmah Omar, 55, dengan mengambil wang tunai berjumlah RM3,050.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat Lot 589, Kampung Tanjong Badang di sini, pada 18 Mac 2016 pada jam 11.15 malam, dan dihukum di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Zuhaidi Akmal, dalam rayuannya, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan ia merupakan kesalahan pertama yang dilakukan oleh anak guamnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar memohon hukuman setimpal memandangkan dua daripada tertuduh merupakan anggota polis yang sepatutnya melindungi orang awam.

— BERNAMA



Source link

read more

Apple disiasat di Perancis kerana dakwaan penipuan


PARIS: Pendakwa raya Perancis memulakan siasatan rasmi berhubung pendedahan Apple didakwa secara rahsia memperlahankan prestasi telefon pintar versi lamanya.

Pejabat pendakwa raya memaklumkan kertas siasatan dibuka minggu lepas, berhubung dakwaan Apple secara terancang melakukan penipuan melibatkan beberapa produk keluaran syarikat itu.

Siasatan diketuai badan yang mengawal selia penipuan produk, di bawah Kementerian Kewangan Perancis.

Ia susulan aduan rasmi yang difailkan kumpulan pengguna Perancis, yang mensasarkan untuk menghentikan penipuan terancang produk oleh syarikat pengeluar.

Di Perancis, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pengeluar dengan sengaja memendekkan jangka hayat produk dengan tujuan menggalakkan pengguna membeli produk baru.

BACA: Sengaja perlahankan iPhone, Apple berdepan sembilan saman

BACA: Apple mohon maaf prestasi iPhone perlahan

Akta berkenaan dikuatkuasa pada 2015, dengan penalti diperuntukkan sehingga dua tahun penjara dan denda sehingga lima peratus daripada perolehan tahunan syarikat terlibat.

Apple mengemukakan permohonan maaf Disember lalu kerana secara rahsia memperlahankan prestasi iPhone, langkah yang didakwa terpaksa dilakukan untuk mengelakkan telefon pintar itu kehilangan kuasa secara tiba-tiba, susulan kegagalan bateri.

Dalam kenyataan di laman web mereka, Apple memaklumkan tidak pernah dan tidak akan memendekkan jangka hayat produk Apple atau mengurangkan pengalaman pengguna supaya mereka menaik taraf telefon.

Kumpulan hak pengguna, yang dikenali sebagai HOP, memfailkan saman pada 27 Disember lalu.

Ia mendakwa Apple memperlahankan prestasi iPhone versi lama, supaya pengguna menukar telefon mereka kepada versi terbaru iPhone 8, yang baru dilancarkan.

Selain Perancis, Apple ketika ini turut berdepan saman berhubung penipuan terancang di Amerika Syarikat dan Israel.



Source link

read more

Tahniah Tun Mahathir kerana berjaya mempergunakan pembangkang – Anina


KUALA LUMPUR: Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika menang PRU14 kelak akan menambah kecelaruan terhadap parti gabungan itu sendiri.

Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin berkata, ia sebenarnya pembuka jalan bagi perpecahan Pakatan Harapan (PH) yang semakin menyerlah selepas pengumuman tersebut.

“Sebelum berlangsung konvensyen, Amanah Johor memboikot Konvensyen Harapan. Difahamkan Amanah Perak juga memboikot konvensyen tersebut.

“Terdapat sumber dalaman memberitahu sudah mula suara tidak berpuas hati dalam kalangan pemimpin serta ahli Amanah yang rasa tertipu sebaik pengumuman Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

“Ternyata Tun Mahathir adalah satu-satunya pemimpin yang hebat dalam PH, bukan mana-mana pemimpin PH yang lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bukan juga Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang jauh ketinggalan dari bapanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

BACA: Pakatan dalam keadaan bercelaru – Musa Aman

BACA: Tun M calon PM: Usaha PH untuk tawan kubu UMNO – Penganalisis

Tegasnya, kenyataan mengkritik oleh PKR Selangor juga membuktikan rasa kecewa dengan keputusan yang dibuat.

“Takziah kepada pembangkang, nampaknya keputusan yang diharapkan dapat memberikan impak positif kepada pembangkang untuk menarik sokongan rakyat ditolak mentah-mentah oleh akar umbi sendiri.

“Pengumuman tersebut sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan tetapi sebaliknya memberikan implikasi buruk kepada mereka sehingga menambah kecelaruan dan tidak mustahil bakal mengundang perpecahan dalaman dalam kalangan rakan parti dalam gabungan itu.

“Nampaknya keputusan yang diharapkan dapat memberikan impak positif kepada pembangkang untuk menarik sokongan rakyat ditolak mentah-mentah oleh akar umbi sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Ainina berkata, meletakkan Tun Mahathir membuktikan Harapan ketandusan ‘winnable candidates‘ yang diharap mampu mengemudi negara jika mereka menang kelak.

“Sekarang PPBM boleh tersenyum dengan kerusi Parlimen di Semenanjung paling banyak mereka peroleh, namun perlu diingat tanpa kerjasama dan persefahaman dengan rakan parti lain mustahil mereka mampu bergerak bersendirian untuk berdepan pilihan raya kerana jentera yang dimiliki tidak sekuat rakan parti seperti Amanah dan PKR.

“Jika Amanah Johor dan Perak serta PKR kecewa dengan keputusan pencalonan semasa konvensyen itu, rakyat di bawah ini pastinya lebih kecewa apabila mereka meletak calon yang sudah banyak kali melakukan onar kepada negara,” jelasnya.

Beliau yang juga bekas Ketua Srikandi PPBM berkata, pemilihan Mahathir juga memberikan petunjuk, anaknya, Mukhriz hanya mampu berdiri di belakang ayahnya.

“Ternyata Tun Mahathir merupakan satu-satunya pemimpin hebat dalam Harapan, bukan mana-mana pemimpin lain termasuk Muhyiddin.

“Bukan juga Mukhiz yang jauh ketinggalan dari bapanya. Pada usia Tun Mahathir 93 tahun juga Mukhriz gagal mengatasi bapanya,” katanya.

Ainina turut menyifatkan Mukhriz sebagai pemimpin muda paling gagal dan tidak layak mendepani masa depan generasi milennial Malaysia.

“Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Besar namun terpaksa berpaut di belakang bapanya apabila lemas dalam survival politiknya sendiri.

“Syabas sekali lagi untuk Tun Dr Mahathir. Tahniah juga kerana berjaya mempergunakan pembangkang untuk meletak anaknya, Mukhriz sebagai perdana menteri baharu nanti dan takziah kepada pembangkang kerana dipergunakan.

“Kepada seluruh pengundi Malaysia, tepuk dada tanyalah selera marhaen. Jangan terpedaya selera ahli politik di depan mata,” ujarnya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons