18 terbunuh dalam serangan bom kereta Mogadishu



MOGADISHU : Dua letupan bom kereta di ibu kota Somalia membunuh sekurang-kurangnya 18 orang pada Jumaat dan mencabuli tempoh bertenang yang ditetapkan selama sebulan di Mogadishu, yang sering menjadi sasaran serangan oleh kumpulan pelampau al-Shabab.

Letupan itu berlaku sehari selepas Menteri Dalam Negeri Somalia memberi amaran mengenai ancaman bom kereta di lokasi tertentu di ibu negara itu.

Letupan pertama berlaku berhampiran ibu pejabat perisikan negara, menurut ketua polis Kapten Mohamed Hussein.

Letupan kedua berlaku berhampiran ibu pejabat Parlimen, di mana kenderaan itu cuba merempuh pintu masuk ibu pejabat itu sebelum pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadapnya.

Kenderaan itu dipercayai cuba melakukan serangan terhadap Istana Presiden.

Menurut pihak berkuasa, 18 mayat ditemui dan 20 orang lagi cedera selepas letupan itu.

Al-Shabab yang berpangkalan di Somalia mengaku bertanggungjawab atas serangan itu menerusi saluran radio Andalus yang disiarkan.

Mogadishu merupakan sasaran satu kes letupan trak pada Oktober yang membunuh 512 orang dalam serangan paling dahsyat dalam sejarah negara Afrika.



Source link

read more

ECRL kereta api rakyat | Merdeka Online


imageMO, 23/2/2018, KUANTAN  – Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang turut menjadikan Kotasas di sini sebagai salah sebuah stesen utamanya merupakan projek berteraskan rakyat.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyambut baik pelaksanaan projek mega itu yang memberi kesan positif dan besar antaranya memudahkan pergerakan serta membangunkan pertumbuhan bandar-bandar baharu.

“ECRL ini saya anggap adalah projek untuk rakyat, kereta api rakyat. Ia dapat mendekatkan mereka yang berada di Pahang, Kelantan dan Terengganu dengan Selangor (Lembah Klang)…orang jauh menjadi lebih dekat.

“Negeri inj beruntung kerana berada di tengah-tengah dan saya percaya ia mampu memberi nilai tambah kepada Pahang,” titah baginda ketika merasmikan Ibu Pejabat Tanah Makmur Berhad (TMB) dan Galeri Jualan Kotasas di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Eksekutif TMB, Tengku Amir Nasser Tengku Ibrahim.

Pada 9 Ogos tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan majlis pecah tanah projek ECRL di Kotasas yang menandakan bermulanya projek mega yang menjadi pencetus perubahan dan pemangkin pertumbuhan ekonomi baharu di Pantai Timur.

Projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) itu melibatkan pembinaan landasan sepanjang 688 kilometer dengan kos sebanyak kira-kira RM55 bilion.

 

– UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PROF JAYUM: KERETA TANPA PENUMPANG MASIH BANYAK DI ATAS JALAN RAYA


jayum

KUALA LUMPUR: Isu peningkatan kos sara hidup dan kemiskinan bandar dilihat bukan cabaran besar untuk Barisan Nasional (BN) menjelaskannya pada kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekalipun ia mungkin menjadi senjata pembangkang dalam kempen mereka.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan, berkata beliau tidak melihat cabaran baharu yang perlu dihadapi BN pada pilihan raya kali ini berbanding sebelumnya.

Katanya, pengundi luar bandar lebih tertarik kepada isu asas walaupun ramai yang berpendapat ia tidak mencerminkan proses matang dalam demokrasi berbanding pengundi bandar yang lebih cenderung ke arah isu tadbir urus, ketelusan, integriti dalam kepimpinan dan kerajaan.

“Sesetengah ahli ekonomi berhujah mengenai kenaikan kos sara hidup dengan mengaitkannya dengan harga minyak dan kos yang tinggi untuk membeli rumah.

“Namun jika dilihat, semua isu itu sudah pun lama. Walaupun penting, ia adalah isu ekonomi yang biasa dihadapi sejak dahulu lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, walaupun dikatakan kos hidup semakin meningkat oleh segelintir ahli ekonomi, belum terdengar kes rakyat Malaysia yang menderita kelaparan atau jatuh sakit akibat tidak makan.

“Harga bahan api adalah tinggi untuk sebuah negara pengeluar minyak seperti Malaysia, tetapi kesesakan lalu lintas tidak berkurang malah pengangkutan awam juga masih bukan pilihan ramai untuk mengurangkan kos pengangkutan.

“Kereta tanpa penumpang masih banyak dilihat di jalan raya malah bilangannya tidak berkurang sehingga menyumbang kepada kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar-bandar utama,” katanya.

Mengikut Jayum, ada juga ahli ekonomi mengatakan ekonomi negara tidak berkembang baik, tetapi rakyat masih melihat pembinaan bangunan komersial dan hartanah kediaman yang semakin meningkat di mana-mana dengan kos jualan juga semakin meningkat.

“Kita lihat pula pekerja warga asing, mereka masih berduyun-duyun datang ke Malaysia dan rakyat kita pula masih ramai yang bercuti di luar negara sekalipun ringgit dikatakan lemah.

“Jadi secara tidak langsung, semua keadaan yang berlaku ini menunjukkan bahawa ekonomi negara masih bersemangat dan ini bertentangan dengan analisis beberapa ahli ekonomi.

“Sebab itu saya kata, isu kos sara hidup ini bukan perkara baru menjadi mainan pembangkang kerana BN sudah terbukti menjadikan ekonomi Malaysia mapan.

Pelbagai program melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) sudah dirangka dengan baik untuk terus merangsang aktiviti ekonomi sekali gus memberi manfaat rakyat pelbagai kaum dan etnik di seluruh negara.

SUMBER: BERITA HARIAN 17/3/2018

http://www.al-azharrisiddiq.com



Source link

read more

Tiga parah kemalangan dua kereta – Nasional


IPOH 18 Feb. – Tiga parah manakala seorang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Simpang Pulai menghala Cameron Highlands di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, anggota dihantar ke lokasi kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Waja dan Perodua Myvi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.38 pagi.

Katanya, semasa sampai di lokasi tersebut, didapati pemandu wanita kereta Proton Waja berusia lingkungan 20-an tersepit di dalam kenderaannya namun hanya mengalami kecederaan ringan.

“Tiga lagi mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita berusia 40-an dan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun pula telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Ketiga-tiga mereka cedera parah dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dan ambulans hospital untuk rawatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kereta kabel Langkawi rosak, 800 pelancong dan petugas terkandas


LANGKAWI – Kira-kira 800 orang pelancong dan petugas terkandas selepas sistem kereta kabel Langkawi SkyCab di sini mengalami kerosakan sejak lewat petang ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata 50 orang daripada mereka berada di dalam kereta kabel manakala selebihnya berada di stesen puncak pertama di Gunung Machinchang, yang setinggi 713 meter itu.

Beliau berkata sepasukan 16 orang petugas Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi yang diketuai Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hisham Ibrahim bergegas ke tempat kejadian di Oriental Village, Teluk Burau di sini selepas dimaklumkan tentang kejadian itu pada 6.53 petang in

“Setibanya di tempat kejadian pada 7.06 malam, pasukan itu membantu pekerja syarikat kereta kabel untuk membawa alat ganti ke stesen puncak pertama dengan cara mendaki gunung itu,” katanya.

Menurutnya kerosakan itu dijangka dapat dibaiki dalam tempoh dua hingga tiga jam.

— BERNAMA



Source link

read more

Lelaki maut kereta terjunam dalam gaung – Nahas & Bencana


JEMPOL 16 Feb. – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter di Kilometer 13, Jalan Bahau-Rompin, di sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Mohammad Nor Amirrul Haffiz Arshad, 23, memandu seorang diri dari Bahau menghala ke Rompin.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian , mangsa dipercayai gagal mengawal kereta jenis Proton Wira lalu terbabas dan terjunam ke dalam gaung.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya telah dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat,” katanya, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Peter Davis pening bila anak jadikan kereta kanvas seni



Hujung minggu adalah untuk diluangkan bersama keluarga dan anak-anak namun apa yang terjadi kepada petinju Peter Davis ini sangat lucu.

Peter kelihatan pening dengan kerenah anaknya-anaknya apabila ditinggalkan selama hanya 10 minit, dan hampir separuh daripada kereta mewah jenis Audi miliknya dijadikan kanvas lukisan anak-anaknya.



Source link

read more

Pencuri hubungi pemilik kereta selepas gagal hidupkan enjin



SEORANG pencuri kenderaan di Amerika Syarikat ditahan polis hanya selepas sejam melakukan jenayah itu akibat gagal menghidupkan enjin sebuah kereta yang dicurinya.

Edward Leroy Wilson pada mulanya mencuri kereta Jeep Grand Cherokee milik seorang wanita yang diparkir di kawasan letak kereta pasar raya Walmart di bandar Minneapolis, Minnesota, dalam kejadian yang berlaku awal minggu ini.

Menurut portal USA Today, pemilik kereta itu pada mulanya menghidupkan enjin ketika dia masih berada di dalam pasar raya menggunakan alat kawalan jauh.

Namun sebaik keluar dari pasar raya itu, dia mendapati kereta itu sudah tiada.

Kira-kira sejam kemudian, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa pekerja sebuah bengkel kereta yang memaklumkan dia gagal menghidupkan enjin kereta tersebut.

Polis yang dimaklumkan tentang insiden itu berjaya mengesan Wilson dan menjumpai kereta itu di sebuah kawasan di pinggir bandar.

Wilson, dalam pengakuannya kepada polis memberitahu, “Dari awal lagi saya tahu mencuri kereta itu adalah tindakan bodoh”.



Source link

read more

Perancis haramkan penggunaan telefon bimbit dalam kereta walaupun ketika berhenti



PARIS: Menggunakan telefon bimbit walaupun selepas memberhentikan kenderaan boleh menyebabkan lesen memandu seseorang digantung di Perancis, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan berita tempatan.

Dalam satu penghakiman mahkamah tinggi pada Februari, pemandu di Perancis dilarang menggunakan telefon bimbit bukan sahaja ketika memandu malah sewaktu enjin kenderaan dimatikan, selagi seseorang itu tidak berhenti di kawasan parkir yang telah ditetapkan, lapor akhbar Le Figaro.

Seorang pemandu yang melanggar undang-undang itu mungkin berdepan penggantungan lesennya secara serta-merta, satu hukuman yang lebih berat berbanding tindakan memotong mata atau denda seperti sebelumnya.

Satu-satunya pengecualian ialah apabila kereta rosak dan ketika seseorang itu terlibat dalam kemalangan, menurut penghakiman baharu tersebut.

Perancis telah memperketat tindakan terhadap pemanduan berbahaya berikutan kadar kemalangan jalan raya yang semakin meningkat.

Baru-baru ini, ia turut mengurangkan had laju di jalan raya dua lorong dari 90 kilometer kepada 80 kilometer sejam.

— BERNAMA



Source link

read more

SpaceX bawa kereta sport ke Marikh



CAPE CANAVERAL: Syarikat SpaceX yang mempelopori bidang pembuatan kenderaan angkasa lepas berjaya melancarkan roket dengan membawa sebuah kereta sport.

Ketua Eksekutif SpaceX, Elon Musk berkata misi tersebut bukan sekadar membawa kenderaan tersebut ke angkasa lepas malah turut menyasarkan memasuki orbit planet Marikh.

Roket The Falcon Heavy dilancarkan menerusi Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada Selasa iaitu lokasi sama digunakan Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) bagi menghantar manusia ke bulan 50 tahun lalu.

Terdahulu, pelancaran yang disaksikan ribuan tetamu itu terpaksa mengalami kelewatan atas faktor angin kencang.

The Falcon Heavy mempunyai sebanyak 27 engin sekaligus menjadikan ia sebagai roket angkasa paling besar setakat ini.

Kejayaan misi ini sekaligus memungkinkan pendaratan manusia pertama ke Marikh yang hanya mengambil masa selama sehari.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons