AZMIN KERING IDEA JADIKAN “STADIUM PADANG PASIR” MODAL POLITIK!!! ~ SEMUT HITAM


Sekarang ni Si Azmin Ali tu mudah sangat ‘Tersentuh’ bila sebut pasal ‘Pasir’. Memang agak tak lekang perkataan ‘Pasir’ tu menjadi sebutan dihujung bibir dia. Mungkin memang ada kaitan kot.

Maklum la. Sebelum ni, anak sedara dia kantoi kes SPRM pun melibatkan kartel Pasir di negeri Selangor. Jadi, tak heran la kalau tiba – tiba je Si Azmin Ali tu sebut pasal ‘Stadium Padang Pasir’.

Mungkin dalam perancangan jangka masa panjang, Si Azmin Ali tu bercadang nak buat stadium bola sepak pertama di Malaysia yang menggunakan padang pasir seperti yang ada di Iraq.

Siapa tau. Kan Si Azmin Ali ni banyak idea. Malah dia sendiri pernah mendabik dada mendakwa kononnya dia hebat mentadbir negeri Selangor sampai isu stadium pun tak boleh diselesaikan.

Jadi, tak mustahil sekiranya kehebatan Si Azmin Ali tu akan membuatkan dia mengambil keputusan untuk membina sebuah stadium bola sepak pertama di dunia yang menggunakan pasir.

Tapi, jangan pulak dia anggap artikel ni sebagai satu sindiran. Sebaliknya, anggap la artikel ni sebagai satu motivasi buat Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Azmin Ali tu pada ketika ini.

Sebab kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukan sahaja nampak kebudak – budakkan. Tetapi ianya juga membuktikan bahawa Si Azmin Ali tu dah ketandusan idea nak dijadikan modal Politik.

Sindiran dia terhadap tuntutan Persatuan Bolasepak Selangor yang memohon penggunaan Stadium Shah Alam dianggap sebagai satu bentuk penghinaan terhadap sukan bolasepak di Malaysia.

Bahkan kenyataan yang dibuat juga membuktikan bahawa dia bukan sahaja tidak layak menjadi seorang pemimpin. Tetapi dia juga GAGAL untuk menyelesaikan isu sedemikian secara profesional.

Tinggal lagi, perkara seperti itu bukan satu perkara baru. Sebaliknya sebelum ini pun, pelbagai pihak menganggap Si Azmin Ali tu sebagai seorang pemimpin yang GAGAL. Malah parti gabungan Pakatan Haprak tu pun anggap dia Tak Layak jadi pemimpin!!!




Source link

read more

Gerhana Super Blue Blood Moon sebab terusan Venice kering


DESAS-DESUS yang mengatakan Venice bakal tenggelam terbukti tidak akan terjadi dalam tempoh terdekat.

Air pasang surut yang disebabkan oleh fenomena gerhana penuh ‘supermoon’ mengakibatkan paras air menurun sehingga 58 sentimeter (sm) dalam beberapa situasi.

BACA: Gerhana #SuperBlueBloodMoon: Ramai kecewa cuaca mendung

Keadaaan cuaca luar biasa seperti cuaca sejuk, tekanan atmosfera yang tinggi dan taburan hujan yang sedikit turut menjadi penyebab paras air menurun di sebahagian terusan Venice.

Dasar berlumpur di terusan Venice - DailyMail

Menurut laporan DailyMail, ia adalah tahun ketiga berturut-turut fenomena aneh itu melanda kota romantik tersebut.

Paras air di terusan dilaporkan berada di bawah paras air normal iaitu 71sm yang menjejaskan perkhidmatan gondola dan teksi air.

Namun begitu, bandar timur laut Itali itu dilanda banjir beberapa kali dalam setahun.

Bahagian ruang bawah tanah dan aras bawah di Venice sering dilanda banjir apabila fenomena ‘acqua alta’  (aras air tinggi) berlaku.



Source link

read more

Empangan air semakin kering Afrika Selatan berdepan krisis air



GRABOUW: Disebabkan perubahan iklim dan kurangnya taburan hujan, empangan di Afrika Selatan kini berdepan risiko kekurangan air dan kering.

Empangan Theewaterskloof mengalami penurunan paras air yang mendadak.

Theewaterskloof merupakan takungan terbesar di Cape Town, menyediakan kira-kira separuh bekalan air di bandar itu berada dalam keadaan kritikal apabila paras air turun mendadak kepada 13 peratus.

Jika keadaan ini berterusan, dijangkakan dalam tempoh 100 hari bandar Capa Town yang dihuni 4 juta penduduk boleh kehabisan air.

Situasi yang dinamakan Day zero ini boleh disaksikan menerusi imej satelit yang diberikan oleh pihak NASA.

Jelas dapat disaksikan takungan yang begitu besar mula mengering setelah tiga tahun mengalami kekurangan hujan.

Cape Town bergantung kepada enam takungan utama untuk mendapatkan air minuman dan jumlah paras air keenam-enam takungan ini ialah 870,000 megaliter.

Namun kini jumlah takungan terus menyusut dan berada di tahap membimbangkan.

Disebabkan krisis ini, Cape Town melancarkan sekatan kepada warganya untuk mengelakkan berlakunya situasi Day Zero.

Jika sebelum ini penduduk Cape Town dibenar menggunakan sekitar 87 liter air sehari, namun kini ia diturunkan kepada 50 liter air sehari sahaja.

Ini memaksa ramai penduduk di sana mencari sumber air semulajadi dan mengisi air dalam botol untuk menambah bekalan di rumah.



Source link

read more

Abang tahu adik hati kering kalau abang laju tadi… – Shahrol Shiro tegur geng basikal lajak



PELAWAK dan penyampai radio Shahrol Shiro menerusi sebuah entri Instagram (IG)nya menegur geng ‘basikal lajak’ yang menunggang secara berbahaya.
 
Dalam perkongsian tersebut Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 34, memberitahu terserempak dengan lima penunggang ‘basikal lajak’ sedang menuruni bukit dengan cara berbahaya.
 
Bagaimanapun ketika sedang merakam aksi penunggang berusia dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun itu, salah seorang daripada mereka terjatuh di tengah jalan raya.
 
Shahrol kemudiannya turun daripada kenderaannya dan membantu kanak-kanak tersebut.
 
Pada ruangan kapsyen video tersebut Shahrol sempat menegur kumpulan basikal tersebut dan telah mendapat sokongan sebahagian besar pengikut IGnya.
 
“Adik, abang tahu hati adik kering…hati kering biar kena tempat! “Kalau abang laju dah tentu awak dekat bawah kereta dan abang ke dalam dulu untuk bantu siasatan,” tulisnya.
 
Dalam pada itu, Shahrol turut menyeru kepada ibu bapa agar memantau aktiviti anak masing-masing kerana mereka adalah harta tidak ternilai.
 
“Kepada ibu bapa, saya minta tolong sangat-sangat, pantaulah anak-anak anda. Mereka adalah harta yang tidak ternilai buat kita.
 
“Kepada adik-adik basikal lajak, kalau kawan tanya nak ‘berembat’ on tak on? Jangan kasi on! Adik-adik mampu merubahnya,”
tulisnya lagi.
 
Video yang dikongsi Shahrol itu telah ditonton lebih 750 ribu kali dan dikomen lebih 1 ribu pengguna laman sosial.
 



Source link

read more

Dana PBB untuk bantu pelarian Syria semakin kering



KUALA LUMPUR: Duta Khas Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) Angelina Jolie menyatakan bantuan kemanusiaan bukan lagi jalan penyelesaian jangka panjang bagi krisis pelarian Syria.

Ini kerana, katanya, UNHCR tidak mempunyai dana bagi menyediakan keperluan asas secukupnya untuk membantu pelarian berkenaan.

“Pada tahun lalu, hanya 50 peratus yang menyumbang untuk dana kemanusiaan UNHCR, dan setakat tahun ini, baru tujuh peratus yang membuat sumbangan.

“Keadaan ini amat mengecewakan kerana UNHCR tidak berdaya untuk membantu pelarian-pelarian ini,” kata Jolie.

Pemenang anugerah Oscar itu berkata demikian selepas melawat kem Zatari di Jordan.

Ini kali kelima pelakon Hollywod itu melawat kem berkenaan sejak krisis pelarian Syria tercetus.

Kem Zatari ialah kem induk kepada warga Syria yang lari dari konflik peperangan di negara itu.

Setakat Disember tahun lalu, Jordan telah melindungi lebih daripada 655,000 pelarian Syria.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons