Didakwa aniaya Farid Kamil Taj beri kerjasama kepada polis



PEGUAM yang mewakili dua individu yang didakwa Datuk Farid Kamil berhubung dakwaan terlibat memasukkan dadah dalam minuman pelakon itu berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang.

Menurut peguam Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar, anak guamnya penyanyi kumpulan Innuendo, Ahmad Tajuddin atau Taj dan Ahmad Fairuz atau Osh daripada kumpulan Firdaus mengganggap diri mereka dianiaya.

“Sebenarnya saya baru dilantik oleh Taj untuk mewakili dirinya kerana dia baru mengetahui mengenai perkara ini.

“Kami akan beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.

“Soal mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan Farid akan dibuat selepas ini berdasarkan keputusan siasatan polis.

“Perkara ini dilakukan untuk membersihkan semula nama kedua-dua anak guam saya ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu Akmal memberitahu kedua-dua anak guamnya juga akan memberi kenyataan dalam sebuah sidang akhbar yang akan berlangsung dalam waktu terdekat. 

“Barangkali kami akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Taj enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu dan dilihat terus memasuki balai polis berkenaan. 

Sebelum ini, Farid membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis memasukkan bahan terlarang ke dalam minumannya sehingga mendorong dia bertindak ganas dalam sebuah balai polis, bulan lalu. 

Dia turut mendakwa diberikan rokok yang sudah disapu dengan minyak dipercayai daripada bahan dadah.

Sebelum ini, Sofi ditahan pada 6 Februari lalu ketika hadir memberikan keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan polis yang dibuat Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan Sofi diikat jamin sebanyak RM3,000 berserta seorang penjamin.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.



Source link

read more

Grab Dan Samsung Mengumumkan Kerjasama Strategik – Amanz


Grab, salah satu syarikat memfokuskan tempahan pengangkutan hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan salah satu syarikat teknologi terkemuka dunia, iaitu Samsung Electronics. Melalui kerjasama strategik ini, kedua-dua pihak akan berkongsi sejumlah perkara yang menguntungkan kedua-dua pihak dan juga pengguna Grab di rantau Asia Tenggara.

Grab Samsung

Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menyertakan sejumlah perkara, termasuk pengalaman membuat tempahan yang lebih baik, sokongan inforia dalam kenderaan menggunakan tablet Samsung, dan juga sokongan skim mikro-kewangan untuk pemandu Grab.

Grab dan Samsung akan memperkenalkan pelbagai perkara ini secara berperingkat dari bulan ke bulan dirantau Asia Tenggara.



Source link

read more

Jalin kerjasama dengan Celcom Axiata OlaBola The Musical janji persembahan luar biasa



KUALA LUMPUR: Celcom Axiata pada Selasa telah diumumkan sebagai rakan digital untuk OlaBola The Musical yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, 8 Februari ini.

Kerjasama itu akan menyaksikan pementasan teater terbesar tahun ini akan dipersembahkan dengan teknologi tercanggih yang pernah disaksikan penonton di Malaysia.

Dalam satu pratonton khas, media dan tetamu jemputan telah dipertontonkan dengan demonstrasi mengagumkan teknologi yang digunakan dalam OlaBola The Musical, seperti paparan pemetaan #D, bunyi sekeliling 360 darjah, visual animasi dan teknologi pencahayaan paling terkini.

“Kami berbangga menjadi rakan digital rasmi untuk pementasan OlaBola The Musical yang dinanti-nantikan ini. Kisah dalam pementasan ini menggambarkan negara kita dan secara tepat menampilkan kesungguhan, keazaman dan kepelbagaian kita dalam usaha mencapai matlamat bersama.

“Ia adalah sesuatu yang luar biasa bagi syarikat hiburan terkemuka seperti Enfiniti yang tahu mengenai manfaat menggunakan teknologi canggih untuk memberikan pengalaman lebih emersif bagi audiens teater,” kata Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad.

Bagi Presiden Kumpulan Enfiniti yang juga pengarah dan penerbit OlaBola The Musical, Datin Seri Tiara Jacquelina, penyertaan Celcom Axiata dalam pementasan OlaBola The Musical merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan landskap industri seni kreatif.

“Ini akan membawa teater ke tahap baru, bukan sahaja di Malaysia atau Asia Tenggara, tetapi ia berkemungkinan pertama kali dalam dunia untuk teater melalui pengalaman seumpamanya,” kata Tiara.

OlaBola The Musical diadaptasi dari filem pecah panggung 2016, akan menjadi acara pembuka tirai Istana Budaya selepas menjalani proses renovasi, dan akan dipentaskan selama 32 hari, dari 8 Februari hingga 11 Mac ini.

Tiket-tiket bagi OlaBola The Musical ditawarkan pada harga dari RM50 – RM350 dan boleh dibeli di laman web www.olabolamusical.com.

Pelanggan Celcom layak membeli semua kategori tiket pada harga diskaun 20 peratus untuk 500 pembeli tiket pertama.



Source link

read more

Korea Utara batal kerjasama acara Olimpik dengan Korea Selatan



SEOUL:

Korea Utara telah membatalkan kerjasama acara persembahan kebudayaan dengan artis Korea Selatan.

Menurut Kementerian Kesatuan Korea Selatan pada Isnin, Pyongyang telah membatalkan acara tersebut yang sepatutnya diadakan pada 4 Feb 2018 di Gunung Kumgang, Korea Utara.

Acara itu merupakan antara siri program menjelang Sukan Olimpik Pyeongchang Musim Sejuk 2018, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonghap.

Menurut laporan Yonghap, Korea Utara membatalkan kerjasama itu disebabkan laporan media yang dianggap berat sebelah.

Ini berikutan apabila media Korea Selatan menyatakan kebimbangan acara kerjasama itu boleh melanggar sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) terhadap program senjata nuklear Pyongyang.

Pyongyang juga membangkitkan isu ‘acara dalaman’, merujuk kepada perarakan tentera Korea Selatan yang dijangka diadakan pada 8 Feb sempena ulang tahun Tentera Korea ke-70.

Pada Jumaat, Menteri Kesatuan Korea Selatan, Cho Myoung-gyon berkata perarakan tentera itu dijadualkan sehari sebelum sukan Olimpik bermula.

“Kim Jong-un nampaknya mahu menunjukkan kuasa mutlaknya,” Cho dipetik berkata dalam laporan Yonhap.

Sebelum ini, kedua-dua negara Korea ini bersetuju untuk mengadakan kerjasama pasukan hoki ais wanita di bawah satu ‘bendera kesatuan’ pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.

Sementara itu, Seoul menyifatkan pembatalan itu sebagai “sangat mengecewakan”.
 



Source link

read more

ASEAN-India setuju tingkat kerjasama maritim



NEW DELHI: Pemimpin ASEAN mengalu-alukan hasrat India untuk mempertingkat kerjasama maritim antara ASEAN dan India dengan menjadikannya sebagai satu keutamaan dalam hubungan strategik kedua-dua pihak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah menekankan bahawa ASEAN dan India harus terus menggalakkan kerjasama serantau dalam keselamatan maritim terutamanya dari segi pembinaan keupayaan, pertukaran dan perkongsian maklumat yang boleh menghalang serta memerangi kegiatan jenayah di laut termasuk juga ancaman tidak konvensional seperti keganasan dan extremisme serta kegiatan lanun.

“Sehubungan dengan ini kerjasama strategik dalam bidang maritim ini juga menunjukkan bahawa potensi yang boleh kita raih melalui cara kita mengeksplotasikan semua sumber maritim dengan kaedah pembangunan mampan yang sentiasa menekankan pemeliharaan alam sekitar.

“Ini adalah pendekatan yang sebaik-baiknya. Potensi maritim dan sumber laut ini adalah amat besar dan seharusnya dimanfaatkan untuk kepentingan kita bersama,” katanya kepada pemberita Malaysia di sini, hari ini.

Perdana menteri berada di New Delhi atas undangan Perdana Menteri India Narendra Modi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bersempena ulang tahun ke-25 hubungan dialog ASEAN-India.

Terdahulu, perdana menteri menghadiri sesi pemukiman bersama pemimpin-pemimpin ASEAN dan India yang bertemakan kerjasama maritim dan keselamatan.

Dalam pada itu, Najib berkata pemimpin 10 blok negara ASEAN turut mengambil maklum bahawa pada 2016 perdagangan barangan ASEAN-India mencecah US$58.4 bilion, iaitu 2.6 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan ASEAN.

“Ini menempatkan India sebagai rakan dagang ASEAN yang keenam terbesar selepas China , Kesatuan Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan,” katanya.

Mengikut statistik yang dikeluarkan kerajaan India, perdagangan ASEAN-India hampir mencecah US$72 bilion tahun lepas.

Sementara itu, Najib menyertai Modi dan pemimpin negara anggota ASEAN yang lain melancarkan set setem peringatan bersempena sidang kemuncak itu.

Set setem itu bagi menandakan 25 tahun hubungan ASEAN-India, mengandungi 11 setem iaitu masing-masing 1 setem untuk India dan 10 negara anggota ASEAN.

Bagi Malaysia, setem itu menampilkan Gerbang Torana di Little India, Brickfields, hadiah daripada kerajaan India kepada Malaysia sebagai lambang persahabatan kukuh antara kedua-dua negara.

Monumen itu yang dirasmikan secara bersama oleh Modi dan Najib pada 2015 mempunyai seni reka Hindu dan Buddha di benua kecil India.

— BERNAMA



Source link

read more

PDRM, JPBM Tandatangani Nota Kerjasama Dalam Siasatan Kebakaran – Zahid


IMG_20180126_142017MO, 26/1/2018, KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam siasatan kebakaran.

Nota kerjasama itu ditandatangani Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim di Maktab PDRM di sini.

Melalui kerjasama tersebut, semua siasatan kes kebakaran yang dilaksana PDRM diserahkan kepada JBPM berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun, sekiranya hasil siasatan oleh JBPM mendapati kejadian kebakaran mempunyai unsur jenayah, jabatan itu akan melapor dan menyerahkan laporan siasatan kepada PDRM supaya siasatan lanjut dari sudut jenayah dapat dilakukan.

Ahmad Zahid dalam ucapannya pada majlis itu berkata nota kerjasama pintar berkenaan akan memberi impak yang tinggi terutama dari segi mengurangkan jangka masa siasatan selain mengelak pertindihan tugas kedua-dua agensi.

Ahmad Zahid berkata kerjasama itu memecahkan kerja bersifat silo kedua-dua agensi berkenaan selama ini sehingga berlaku kelewatan dalam menyelesaikan kes kebakaran.

Katanya, 3,901 kertas siasatan kes kebakaran dibuka PDRM sejak tiga tahun lepas namun 477 kes tertangguh dan belum selesai.

“Ketika itu, bomba bergantung kepada PDRM, PDRM bergantung kepada bomba. Mudah-mudahan dengan kerjasama ini, ia (siasatan kes kebakaran) dapat dimuktamadkan segera.

“Siasatan konklusif dapat dilakukan, masing-masing (PDRM dan JBPM) tidak lagi boleh main tarik tali siapa lebih berkuasa dan siapa yang ada bidang kuasa yang lebih dalam soal ini,” tegasnya.

Beliau sekali gus meminta kementerian, jabatan dan agensi lain supaya mencontohi PDRM dan JBPM dalam melaksanakan kerjasama pintar ke arah memberi khidmat lebih baik kepada rakyat.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, mahu hanya seorang jurucakap mewakili agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana ditugaskan memberi kenyataan media bagi mengelak kekeliruan maklumat kepada orang ramai.

“Ini supaya kenyataan selaras dan rakyat tidak keliru,” kata timbalan perdana menteri sambil menambah sebarang maklumat rahsia juga tidak harus didedahkan kepada umum.

Setelah menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama itu, Ahmad Zahid menyempurnakan majlis pelancaran PDRM Night Run 2018 pada 17 Mac ini di Dataran Merdeka sempena Hari Polis ke-211.

— BERNAMA



Source link

read more

Malaysia jalin kerjasama dengan La Liga Sepanyol


JOHOR BAHRU: Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama La Liga Sepanyol dalam usaha membantu meningkatkan kualiti Liga Malaysia (Liga_M).

Melalui perjanjian persefahaman itu, La Liga akan membuka jalan kepada pemain liga Sepanyol itu untuk bermain di Malaysia serta mengatur perlawanan antara pasukan La Liga di Malaysia semasa pramusim.

MoU selama tiga tahun itu ditandatangani Pengerusi PMLLP, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), manakala La Liga diwakili oleh Pengarah Pembangunan Antarabangsa, Oscar Mayo Pardo.

Tunku Ismail berkata kerjasama itu merangkumi setiap aspek dalam pembangunan badan bola sepak di negara kita.

“Ini merupakan pelan pembangunan bola sepak untuk jangka masa panjang dan saya yakin kerjasama ini akan membantu kejayaan bola sepak kita di masa akan datang,” katanya  kepada pemberita selepas majlis menandatangani  MoU itu di sini.

Perbincangan antara FMLLP dengan La liga yang berlangsung selama empat bulan sebelum ini merangkumi pertukaran maklumat, informasi di samping berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam meningkatkan tahap liga bola sepak di kedua-dua negara.

“Kedua-dua pihak akan berkongsi maklumat dan pengalaman serta penganjuran seminar mengenai liga profesional dan pengurusan kelab terutama dalam bidang pemasaran turut menjadi agenda dalam perjanjian ini,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Kesali kerjasama dengan Woody Allen Rebecca Hall derma gaji kepada Times Up



PELAKON Hollywood, Rebecca Hall, akan mendermakan bayaran gaji dari filem terbarunya bersama pengarah Woody Allen, kepada pertubuhan Time’s Up.

Hall menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya berkata, dia sebelum ini bersetuju berlakon dalam filem Allen, ‘A Rainy Day in New York’, tetapi kini menyesali keputusannya untuk bekerja bersama pengarah tersebut.

Katanya, ini berikutan tuduhan anak Allen, Dylan Farrow, bahawa bapanya didakwa pernah mencabulinya semasa dia berusia 7 tahun.

Bagaimanapun, Allen menafikan dakwaan tersebut.

Hall sebelum ini pernah berlakon dalam filem ‘Vicky Cristina Barcelona’ arahan Allen pada 2008.

Pelakon terkenal itu bagaimanapun tidak menyatakan jumlah yang akan diberikan kepada organisasi yang baru ditubuhkan tahun ini itu sebagai bantahan terhadap kes serangan seksual.

Time’s Up juga ditubuhkan bagi mengumpul dana untuk membantu mereka yang pernah menjadi mangsa serangan seksual di tempat kerja.



Source link

read more

PTPTN kerjasama dengan KPT dalam isu IPTS tidak telus – Shamsul


KUALA LUMPUR: Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu lebih telus dan tidak menyeleweng dalam menguruskan pinjaman pelajar mereka sendiri.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut kuasa yang diperuntukkan jika menerima laporan rasmi berkaitan kes penyelewengan.

“Secara rasmi, PTPTN tidak menerima aduan daripada pelajar berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media mengenai isu IPTS perdaya pelajar.

“Namun demikian, kita pandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan lanjut sesuai dengan bidang kuasa mengikut akta dan peraturan yang kita ada.

“Bagi PTPTN, sewajarnyalah IPTS mesti lebih telus dalam menguruskan perihal pelajar,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Khamis.

BACA: IPTS kaut untung? ‘Songlap’ sebahagian wang PTPTN dan zakat penuntut

Sebelum ini, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mendakwa ada IPTS memperdaya pelajar dan menyeleweng pinjaman PTPTN yang mereka uruskan.

PPIM turut mendedahkan seorang pelajar perempuan terpaksa menanggung bebanan hutang hampir RM70,000 gara-gara pemotongan bayaran berasingan yang ditolak melalui pinjaman PTPTN bagi setiap semester oleh pihak kolej.

Dalam pada itu Shamsul berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan IPTS dan pelajar berkenaan mengenai isu yang dinyatakan dalam tempoh terdekat.

“PTPTN akan meneliti perkara ini bagi memastikan pelajar yang menerima pembiayaan mendapat pembelaan.

“Jika terbukti dan ada beberapa perkara yang berlaku itu di bawah bidang kuasa PTPTN, kita akan mengambil tindakan mengikut kuasa yang ada.

“Jika ia di bawah kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) maka kita akan berbincang dengan mereka agar perkara ini diselesaikan,” katanya.

Katanya, ia akan dilakukan sebaik sahaja pihaknya memperoleh maklumat lengkap mengenainya.

Nadzim pada sidang medianya turut meminta supaya KPT bersama PTPTN memantau operasi IPTS.

Tegasnya, mereka tidak mahu sesiapa mengambil kesempatan, terutama dalam isu pendidikan yang dianggap amat sensitif kepada masyarakat.



Source link

read more

PDRM kerjasama dengan polis Pakistan kenal pasti motif seludup senjata api



KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan pihak berkuasa Pakistan bagi mengenal pasti motif seorang rakyat Malaysia yang cuba menyeludup senjata api dari negara itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata maklumat awal mendapati lelaki berusia 20-an itu cuba menyeludup senjata berkenaan masuk ke negara ini.

Malah, polis masih memerlukan maklumat berkenaan kumpulan yang disertai lelaki berasal dari Sarawak.

BACA: Seludup senjata: Polis sahkan rakyat Malaysia ditahan di Pakistan

“Kita akan berhubung dengan pihak polis Pakistan dan ingin tahu apa kegiatan dia semasa dia berada di Pakistan termasuk kemungkinan dia terlibat dengan kumpulan ekstremis Daish.

“Sudah semestinya pihak Pakistan akan menjalankan siasatan dan kita berhubung dan kongsikan maklumat yang diperolehi dan baru kita dapat tahu apa tujuan sebenar apa pendirian dia, siapa rakan-rakan dia, kita nak tahu juga siapa jaringan rangkaian dia,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman di sini hari ini.

BACA: Rakyat Malaysia cuba bawa keluar senjata api dari Pakistan ditahan

Minggu lalu, pihak berkuasa Pakistan menemui senjata api dan peluru selepas menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki berkenaan di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi, Pakistan.

Suspek ditahan selepas didapati membawa komponen empat senjata api, lapan kelopak peluru termasuk 70 butir peluru hidup.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons