Dota 2 Fnatic kesal situasi pertukaran Ohaiyo


SELEPAS beberapa hari kontroversi pengumuman yang melibatkan pertukaran pemain Dota 2 Khoo Chong Xin (Ohaiyo), Fnatic kini tampil memberi penjelasan bagi pihaknya.

Ketua Pegawai Permainan Video Fnatic (CGO) Patrik Sättermon memulakan kenyataannya dengan permohonan maaf dan meluahkan rasa kekesalan pihaknya.

“Kami kesal dengan tindakan kami baru-baru ini yang mengecewakan Ohaiyo dan peminat kami.

“Masa untuk proses pertukaran bertambah rumit berikutan pertindihan pendaftaran Dota Pro Circuit baru-baru ini dan pusingan kelayakan kejohanan ‘major’,” katanya menerusi blog rasmi pasukan itu pada Rabu.

BACA: Dota 2: Tindakan Fnatic memang kejam dan menyedihkan – Ohaiyo

Sättermon menjelaskan pemain yang menggantikan Ohaiyo iaitu Saahil Arora (Universe), meninggalkan pasukan lamanya Evil Geniuses secara rasmi pada 13 Januari dan hanya boleh mewakili Fnatic selepas tarikh itu.

Beliau juga berkata Ohaiyo masih akan menerima gajinya berikutan lebihan baki kontrak sedia ada dengan Fnatic dan akan diberikan ganjaran kemenangan dalam kejohanan ESL One Katowice. 

“Ohaiyo juga diberikan kebebasan untuk mencari peluang di pasukan lain dan kami akan berikan yang terbaik untuk membantunya,” tambah Sättermon.

Dalam kenyataan sama, beliau berkata Fnatic menghargai kesetiaan Ohaiyo terhadap pasukan itu.

“Kami hargai dan bersyukur dengan usaha dan dedikasi Ohaiyo dalam perkhidmatannya bersama pasukan ini, terutama pada awal penglibatan kami di peringkat Asia Tenggara.”

Walau bagaimanapun, Sättermon berkata Fnatic yang mahu menjadi pasukan yang kompetitif di peringkat antarbangsa pada jangka masa yang panjang.

Sejak 2015, Ohaiyo merupakan antara tonggak utama Fnatic selepas pasukan itu membuat kemunculan semula dalam arena e-sukan.

Antara sumbangan terbesar Ohaiyo bersama Fnatic adalah ketika pasukan tersebut mendapat tempat keempat kejohanan terbesar dunia Dota 2, The International 2016 yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5.7 juta.



Source link

read more

Zulin Aziz kesal digelar perempuan Melayu jahat


PELAKON dan penyampai radio, Zulin Aziz kesal apabila digelar ‘wanita jahat’ oleh seorang wanita yang tidak dikenali.

Perkara itu berlaku gara-gara kenyataannya dalam artikel ‘Zulin tak kisah bermadu’ baru-baru ini.

Kekecohan bermula apabila pengguna laman sosial Facebook (FB) berkongsi artikel tersebut dengan menulis kapsyen ‘Perempuan Melayu S****l’.

Zulin yang terguris kapyen ditulis wanita tersebut kemudiannya membalas di akaun FB dan telah mendapat sokongan para peminat.

“Saya bukan tahu jodoh saya dengan siapa… Kalau saya cakap tak nak nanti, itu yang saya dapat…Sebab itu saya reda je lah, itu pun kena kecam.

“Ada yang salah ke ayat saya tu? Tang mana yang salah?,” tulisnya merujuk kepada posting dibuat wanita tersebut.

Bagaimanapun, menerusi sebuah komen, wanita tersebut mendakwa akan menyaman Zulin yang dianggapnya sebagai pembuli siber.

Wanita itu juga mendakwa sudah membuat laporan polis terhadap Zulin.
 

Bagaimanapun Zulin tidak gentar dengan komen wanita tersebut dan mendakwa ada komen-komen lain yang lebih dahsyat ditulis serta ditelah di ‘screenshot’.

Sementara itu di akaun Instagram Zulin turut memberitahu dia telah memadam beberapa posting atas nasihat peguam dan pengurusnya.


 

 



Source link

read more

Kalau tak suka pun hormatlah – Peminat Jonghyun kesal kematian idola diperlekeh



SEMALAM peminat muzik Korea dikejutkan dengan berita kematian vokalis kumpulan SHINee, Jonghyun.

Tatkala ramai yang masih bersedih dengan pemergian Jonghyun yang dianggap antara ikon muzik K-Pop, terdapat juga satu golongan yang mempertikaikan mengapa kematiannya perlu diperbesarkan di media.

Ayat-ayat sinis seperti “Siapa dia ni?” dan “Apa sumbangan dia pada negara?” antara yang kerap dijumpai ditinggalkan di laman sosial.

Malah ada juga yang menjadikan punca kematian Jonghyun yang dipercayai membunuh diri sebagai hujah untuk mempersoalkan berita kematiannya.

Situasi ini nyata tidak disenangi penggemar muzik Korea yang berpendapat, siapa dan bagaimanapun seseorang itu meninggal dunia, ia tidak patut menjadi penyebab untuk tidak mempunyai rasa simpati atau menghormati si mati.

Golongan peminat ini juga terkilan apabila yang meninggalkan komen-komen sedemikian rata-ratanya adalah mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Apa yang penting dan perlu difikirkan, kata mereka, kematian Jonghyun meninggalkan mesej bahawa isu kesihatan mental bukan perkara remeh.

Jonghyun, 27, ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya, sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Punca kematiannya adalah disebabkan mendiang telah menghidu asap karbon monoksida yang berpunca daripada arang yang dibakar di dalam biliknya.



Source link

read more

Bunuh kerat bakar isteri Saya kesal dan sedia dihukum mati



JAWA BARAT: Seorang lelaki yang kini berdepan perbicaraan kerana menjadi suspek utama dalam kes bunuh paling gempar di Indonesia, Muhamad Kholili, 23, mengaku sedia menerima hukuman mati atas kesalahannya.

Menurut kronologinya, pembunuhan itu terjadi pada Isnin (4 Disember) lalu.

Bermula daripada pertengkaran, Kholili yang memukul isterinya, Siti Saadah, 21, hingga tidak sedarkan diri melakukan lebih daripada itu.

Dia telah mengerat jasad isterinya kepada tiga bahagian, membuangnya di dua lokasi berbeza dan datang semula pada hari berikutnya untuk membakar keratan jasad itu kerana bimbang ditemui orang ramai.

Dalam satu laporan media tempatan, Kholili berkata, pada Isnin malam itu dia masih tidur di rumah sewa mereka, dengan mayat isterinya.

“Saya letakkan mayat Siti di ruang tengah, dia atas karpet. Saya tidur di ruang depan,” akuinya.

Pada keesokan harinya, Selasa (5 Disember), Kholili terpikir untuk membuang mayat Siti, namun terlebih dahulu dia mengeratnya.

BACA: ‘Saya hanya menangis, terbayang anak ketika mengerat tubuh isteri saya’

“Saya sedia dihukum mati. Ini tanggungjawab saya,” ujar Kholili dalam satu wawancara eksklusif dengan Suara.com di Karawang, Jawa Barat, Jumaat lalu.

Dalam wawancara itu, Kholili menyatakan kekesalan atas perbuatannya – yang boleh membawa hukuman mati, atau hukuman penjara seumur hidup, atau penjara sementara selama 20 tahun.

Kholili memberitahu, ibu bapanya sempat menemuinya ketika dalam tahanan.

Menurutnya, mereka sama sekali tidak menyangka dirinya sanggup membunuh isteri sendiri sekejam itu, mamandangkan sebelum ini dia tidak pernah ada masalah dengan pihak polis dan undang-undang.

“Saya meminta maaf kepada orang tua saya, karena selalu menyusahkan mereka. Saya juga ingin minta maaf kepada orang tua Siti. Saya minta maaf kerana telah gelap mata. Saya akan terima apapun hukumannya,” tuturnya.

Kholili yang bekerja sebagai pembantu am pejabat sebelum ini pernah mendakwa, dia bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan desakan isterinya yang mahu dibelikan kereta.

BACA: Bosan didesak beli kereta, suami kerat dan bakar isteri

“Jangankan hendak beli kereta, beli susu untuk anak kami pun susah,” ujarnya yang hanya bergaji bulanan sekitar 3.8 juta Rupiah (RM1,140). Kholili dan Siti Saadah mempunyai bayi yang baru masuk usia dua tahun.

Dalam wawancara eksklusif itu, Kholili berkata, oleh kerana pendapatan yang hanya ‘cukup-cukup’ untuk menyara tiga orang, Siti ambil keputusan untuk bekerja.

Siti mendapat pekerjaan sebagai petugas pemasaran kompleks perumahan di Karawang.

“Dia dapat gaji 5 juta Rupiah (RM1,500). Kerana perbezaan gaji itu, harga diri saya diinjak-injak,” tuturnya.

Kholili berkata, isterinya itu sudah mula lupa tugas sebagai isteri, malah dirinya sering dimarahi dan dikasari secara fizikal. Malah, anak mereka diminta dihantar ke rumah ibu bapa Kholili di Bogor untuk menguruskannya.

Pada masa sama, perbelanjaan untuk keperluan Siti  semakin meningkat tapi semua itu menggunakan wang Kholili. Dari soal makan (Siti tidak mahu memasak lantas serng makan di luar), hinggalah menanggung ansuran motosikal Kawasaki Ninja.

Selain kos belanja yang bertambah kerana suka mendandan diri di salon, akhirnya puncak kemarahan Kholili apabila Siti mendesak mahu dibelikan kereta pula, atas sebab terpengaruh dengan teman-teman berkereta dan alasan memerlukannya untuk ke tempat kerja.

Ketika itulah pertengkaran berlaku, hingga membawa kepada kes pembunuhan itu.

Pihak polis memberitahu, Kholili telah cuba membuat laporan kepada pihak berkuasa tentang kehilangan isterinya selepas itu.

Oleh kerana terdapat banyak kecurigaan dalam laporannya, pihak polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas untuk membongkar dan menyelesaikan kisah pembunuhan tersebut.

Sehingga hari ini, kes bunuh itu masih menjadi antara liputan utama di semua syarikat media Indonesia, dan terus diperbualkan oleh rakyat dan netizen republik tersebut.

BACA: ‘Lelaki laknat, gak punya otak!’ Netizen Indonesia berang kes suami bunuh isteri



Source link

read more

Kesal serah anak kepada pasangan tidak dikenali ibu rayu anak dikembalikan



IPOH: Seorang ibu merayu bantuan pihak-pihak yang berkenaan untuk menuntut semula bayi perempuannya berusia dua bulan yang diserahkan sebagai anak angkat kepada sepasang suami isteri pada September lepas.

Zawanie Ab Rahman, 32, berkata keperitan hidup mendesaknya menyerahkan anak ketiganya, Nur Dynas Hamidah Abdul Qayyum, kepada pasangan itu pada 18 September lepas, tiga hari selepas melahirkannya di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Katanya, pada awalnya beliau tidak meragui langkahnya menyerahkan Nur Dynas ke tangan keluarga angkat itu kerana menginginkan kehidupan lebih baik buat bayi tersebut.

“Saya didatangi oleh sepasang suami isteri di hospital berkenaan setelah mereka mendapat tahu bahawa saya ingin menyerahkan anak saya setelah dia lahir.

“Perkenalan kami pada awalnya diatur seorang rakan Facebook yang saya kenali selama dua tahun,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

“Wanita (ibu angkat) itu memberikan saya cek bernilai RM6,000 walaupun saya tidak memintanya kerana saya bukan berniat menjual anak,” katanya sambil menambah, cek itu bagaimanapun tidak boleh ditunaikan.

Menurut Zawanie, beliau mulai mengesyaki ketelusan pasangan tersebut setelah menerima mesej daripada nombor tidak dikenali menawarkannya untuk menjadi seorang ‘biomum’.

Bimbang dirinya kemungkinan tanpa sedar terlibat dalam sindiket jual beli yang dipercayai mensasarkan bayi baru lahir, dia membuat laporan polis.

“Mengejutkan saya, pihak polis memberitahu yang wanita tersebut (ibu angkat anaknya) disyaki adalah seorang yang dikehendaki. Dia disyaki mempunyai rekod jenayah,” dakwanya lagi.

Tambahnya, beliau telah menghubungi pasangan itu yang tinggal di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, namun mereka tidak membenarkannya berjumpa anaknya.

Katanya, bimbang dengan latar belakang pasangan yang masing-masing berusia 37 dan 32 tahun itu, dia kemudiannya membuat lima laporan polis di Pulau Pinang dan Perak dalam tempoh dua bulan.

“Saya dimaklumkan mereka bekerja sebagai doktor dan peguam. Namun semuanya terbongkar apabila saya mendapati wanita itu tidak bekerja manakala lelaki itu kerja biasa sahaja.

“Pasangan itu juga meminta saya membayar ribuan ringgit kepada mereka sekiranya saya ingin mendapatkan anak saya semula,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Batang Padang, Rainnie Amisani, berkata beliau amat kesal sekiranya kes tersebut dibiarkan tanpa sebarang siasatan lanjut daripada pihak berwajib.

Jelasnya, sepanjang 16 tahun bertugas, ini kali pertama beliau berhadapan dengan kes sedemikian yang membabitkan penyerahan anak yang mempunyai unsur sindiket jual beli.

Tambah Rainnie, kes tersebut wajar dikelaskan dan disiasat mengikut peruntukan undang-undang Seksyen 35, Seksyen 37 dan Seksyen 113 Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 (Akta 1511) yang memperuntukkan mengenai prosedur sebenar penyerahan anak angkat.

“Proses yang betul melibatkan prosedur di mana kami akan meneliti, memeriksa dan memastikan kesahihan latar belakang dan kemampuan keluarga angkat yang akan membesarkan anak berkenaan,” katanya.

Dia berpendapat kes itu perlu diberi perhatian pihak berwajib, sambil menambah, beliau berpegang teguh kepada prinsip di bawah Akta Kanak-kanak 2016 yang menginginkan yang terbaik buat kanak-kanak di negara ini.



Source link

read more

Noh kesal dua PBT Selangor tiada wakil terima geran persekutuan



SHAH ALAM: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar pada Selasa meluahkan rasa kesal berikutan kegagalan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor menghantar wakil untuk menerima geran tahunan dalam satu majlis yang berlangsung di sini.

Noh berkata tindakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang tidak menghantar wakil untuk menerima geran itu daripada kementeriannya menunjukkan seolah-olah mereka tidak menghargai sumbangan kerajaan pusat.

“Hari ini (Selasa) wakil 10 daripada 12 PBT Selangor hadir menerima geran tahunan daripada saya, cuma MBPJ dan MPK tak hadir.

“Kalau mereka tak berminat, saya akan pulang balik duit peruntukan ini kepada Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan geran tahunan kepada 10 PBT Selangor berjumlah kira-kira RM36.907 juta tersebut.

MBPJ dan MPK masing-masing diperuntukkan RM5 juta sebagai sumbangan geran tahunan.

Noh berkata penerimaan geran tahunan itu penting bagi memastikan segala projek yang dirancang oleh kerajaan pusat di kawasan pentadbiran PBT dapat berjalan lancar.

Dalam perkembangan lain, Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor, berkata Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos layak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa yang ketika ini disandang Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pada Isnin, Jamal menyatakan minat untuk bertanding di kawasan itu kerana lebih mencabar dan memerlukan kerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons