Kesejahteraan umat Islam wajar dirasai semua insan – Nasional


TRANG, Thailand 13 Jan. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kesejahteraan umat Islam sebagai umat yang membawa rahmat ke seluruh alam, sewajarnya dirasai oleh semua insan di dunia ini.

Baginda bertitah, oleh sebab itu, tiada tempat di dalam agama itu ciri-ciri keganasan, sikap yang keras dan inklusif berhubung kebajikan, sebaliknya umat Islam dituntut bekerjasama ke arah kebaikan dan ketakwaan.

“Ini selari dengan tujuan utama mewujudkan kesatuan umat yang bukanlah untuk bermusuh dengan pihak yang lain tetapi adalah untuk bersama-sama membina sebuah tamadun atau peradaban tinggi yang mengimbangi antara pembangunan material dan kebendaan serta keteguhan rohani.

“Sebuah tamadun sejahtera yang membawa kepada kehidupan manusia, kedamaian, hikmah dan kebijaksanaan, merentasi kaum, bangsa, tempat dan juga agama,” titah baginda.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat bercemar duli merasmikan majlis Penutupan Seminar Ummatan Wahidah 2018 di sini, hari ini.

Majlis itu dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama majlis-majlis agama Islam di enam wilayah Andaman bersempena program Ziarah Mahabbah MAIPs 2018.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Gabenor Wilayah Trang, Siriphat Phatthakul dan Naibnya, Chaiporn Pattanarak serta ahli-ahli majlis MAIPs dan ahli-ahli jawatan kuasa kewangan MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin seterusnya bertitah, perbezaan negara juga seharusnya tidak menghalang untuk kedua-dua umat Islam di negara berjiran itu saling bekerjasama membangunkan kekuatan ekonomi, pendidikan dan kepakaran dalam pelbagai bidang.

Sebagai rekod, matlamat utama MAIPs melawat umat Islam di wilayah Andaman ialah untuk menyebarkan misi ummatan wahidah, iaitu umat yang satu, yang mencintai kebaikan dan kedamaian dalam kalangan manusia.

Pada masa sama, MAIPs yang diterajui baginda selaku Yang Dipertuanya berhasrat saling membantu membina tamadun dan kemajuan hidup sesama umat Islam agar menjadi penyumbang kebaikan kepada seluruh manusia tanpa mengira kaum, bangsa, negara dan agama.

Antara ahli panel di seminar yang dihadiri 400 peserta tersebut ialah Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Rektor Universiti Fatoni Dr. Ismail Lutfi Abdul Rahman Japakiya.

Terdahulu daripada itu baginda berkenan menerima kunjungan mengadap hormat oleh yang dipertua-yang dipertua majlis agama Islam di enam wilayah Andaman. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pusat Kesejahteraan Siber akan diwujudkan – Nasional


HULU TERENGGANU 15 Dis. -Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bercadang mewujudkan Pusat Kesejahteraan Siber (Cyber Wellness Centre) tahun depan dalam usaha menangani ketagihan internet dalam masyarakat yang semakin membimbangkan.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, keperluan ke arah itu turut dirasakan mendesak susulan kajian  oleh SKMM  sejak tahun 2010 dalam beberapa fasa bersama universiti tempatan, International Medical University dan Heriot-Watt University Malaysia.

“Hasil kajian itu terhadap responden yang mendapati sebahagian besar daripadanya mengalami masalah ketagihan internet malah mengakui mengalami kemurungan yang tinggi sekiranya tidak mempunyai akses kepada internet.

“Daripada 725 responden, 89 peratus ketagih kepada internet, 67 peratus menunjuk kepada tahap keresahan diikuti 32 peratus menunjuk kepada tahap kemurungan… maknanya memang membimbangkan,” katanya kepada pemberita selepasa merasmikan Majlis Berkhatan dan Bertindik Parlimen Hulu Terengganu di Dewan Sivik Ajil, hari ini.

Bagi menjayakan usaha itu, modul-modul intervensi akan dibangunkan dalam menangani isu ketagihan bermain permainan dalam talian, ketagihan melayari kandungan lucah dalam talian dan sistem sokongan keluarga.

“Pihak SKMM turut bekerjasama dengan beberapa pihak lain kini berusaha melaksanakan program kesedaran awam mengenai penggunaan Internet termasuklah  dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui program Digital Dakwah dan Kementerian Pendidikan melalui program Pembimbing Rakan Sebaya.

“Juga Persatuan Pengakap Malaysia melalui program Digital Literacy and Leadership di samping Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara melalui pembangunan modul Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak,” ujar Jailani. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Hikayat cinta sejati sememangnya wujud netizen doakan kesejahteraan Fattzura



KUALA LUMPUR: Belumpun sampai seminggu selepas pengumuman pertunangan aktor popular Fattah Amin bersama aktres, penyanyi dan usahawan Nur Fazura, malam tadi peminat kedua-duanya dikejutkan dengan berita bahawa pasangan ini sudah sah bergelar suami isteri.

Di media sosial, ramai yang akui belum lagi ‘move on’ dengan keterujaan bahawa pasangan #Fattazura sudah bertunang, namun kini bergembira dengan berita pernikahan mereka.

Majlis pernikahan berlangsung sekitar jam 9.50 malam tadi di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. 

BACA: Fattah peristerikan Fazura dengan sekali lafaz 
BACA: ‘Kami tidak bernikah di Mekah, bertunang 13 Nov lalu’ – Fattah 

“Cinta sejati wujud,” kata beberapa peminat yang sudah mengikuti pasangan ini ketika digandingkan dalam drama bersiri ‘Hero Seorang Cinderella’ (HSC).

Bukan peminat tegar #Fattzura turut mengucapkan tahniah dan turut mendoakan kebahagian pasangan ini. 

BACA: Fattah, Fazura berangkat menunaikan umrah, minta peminat doakan

Garis masa media sosial turut dibanjiri dengan ucapan tahniah.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons