May gesa perjanjian keselamatan baharu EU – Luar Negara


MUNICH 17 Feb. – Perdana Menteri Britain, Theresa May menggesa perjanjian keselamatan baharu antara United Kingdom (UK) dengan Kesatuan Eropah (EU) diadakan menjelang tahun depan.

Ini bagi memastikan kerjasama menangani keganasan, perisikan dan tentera antara kedua-dua pihak diteruskan selepas London keluar daripada blok tersebut.

Katanya, aspek penting perkongsian masa hadapan mereka berhubung perkara tersebut akan mula berkuatkuasa bermula 2019.

“Perkongsian yang kita perlukan adalah yang menawarkan UK dan EU cara untuk menggabungkan usaha yang memberi kesan besar bagi kepentingan bersama,” kata May semasa Persidangan Keselamatan Munich. – REUTERS



Source link

read more

Penduduk Florida berang isu keselamatan di sekolah



FLORIDA: Ratusan penduduk berkumpul mengadakan perhimpunan di Florida bagi menyatakan kebimbangan dan rasa tidak puas hati mereka dengan tahap keselamatan di sekolah di negara itu.

Ia susulan kejadian tembakan minggu lalu yang telah membunuh lebih 17 orang.

Perhimpunan juga mengutuk dan mahukan perubahan terhadap undang-undang senjata api agar ia tidak sewenang-sewenangnya diperolehi.

Kebanyakan mereka mahukan tahap keselamatan di sekolah ditingkatkan dengan kehadiran pihak keselamatan bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Bagi mereka kejadian seperti insiden minggu lepas adalah bukan perkara baharu dan ia tidak sepatutnya berlaku.

Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence bagaimanapun telah memberi jaminan bahawa pentadbiran Donald Trump memandang isu keselamatan di sekolah kini telah menjadi agenda utama dan mereka sedang bekerja keras untuk menyelesaikannya.



Source link

read more

Aspek keselamatan sekolah mesti dipertingkatkan


BANGI 14 JULY 2017. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye. NSTP/Surianie Mohd Hanif

MO, 14/2/2018, KUALA LUMPUR: Insiden terbaru membabitkan seorang pelajar tingkatan dua maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput, di Gemas, Negeri Sembilan, semalam, menunjukkan aspek keselamatan di sekolah mesti dipertingkatkan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kejadian berkenaan boleh dicegah sekiranya pihak terbabit mengutamakan keselamatan pelajar.

“Sepatutnya ketika kerja selenggaraan dijalankan, pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan berkenaan, dan sebaliknya. Sekiranya pelajar berada di padang, kerja selenggara tidak boleh dijalankan.

“Kejadian ini memberi pengajaran bahawa keselamatan pelajar perlu diberi perhatian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, semua tempat kerja mempunyai bahaya dan risiko yang perlu ditangani dan menjadi tanggungjawab guru termasuk murid untuk mengenal pasti dan mencegah kemalangan daripada berlaku.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat laporan kemalangan di sekolah yang membabitkan guru, kakitangan dan pelajar. Sebahagian daripada mereka maut,” katanya.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam itu, Nur Afini Roslan, 14 yang juga cucu saudara kepada bekas jaguh Raja Pecut negara, Datuk Rabuan Pit meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kepalanya terpotong dua, dipercayai selepas terkena bilah yang melayang.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Abd Razak, dilaporkan berkata , dua pelajar turut cedera iaitu Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13.



Source link

read more

Tahap keselamatan Gunung Berapi Agung diturunkan



KUALA LUMPUR: Status keselamatan Gunung Agung di Bali telah diturunkan daripada Tahap IV (Awas) kepada Tahap III (Siaga) pada 10 Februari 2018, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataannya hari ini.

Radius kawasan merbahaya telah juga dikurangkan daripada 6km kepada 4km.

“Walau bagaimanapun, memandangkan status keselamatan Gunung Agung tersebut boleh berubah dalam masa yang singkat, pihak berkuasa Indonesia telah memberi peringatan terhadap kemungkinan evakuasi sekiranya status keselamatan itu meningkat,” ujar kenyataan itu lagi.

BACA: Indonesia kecilkan zon berbahaya volkano Gunung Agung di Bali

Justeru, rakyat Malaysia adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri, mengikuti perkembangan berita tempatan dan mematuhi arahan daripada pihak-pihak berkuasa tempatan.

Pada masa sama, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di Bali menerusi e-mel [email protected] atau Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi e-mel [email protected] atau panggilan telefon ke talian +62215224947 dan +6281380813036.



Source link

read more

Pasukan keselamatan Afghanistan musnah bazar dinamakan sempena pengasas Taliban



TALUQAN: Pasukan keselamatan Afghanistan mula memusnahkan sebuah bazar yang dinamakan sempena pengasas Taliban, Mullah Mohammad Omar, pada Jumaat sejurus selepas mengusir anggota kumpulan militan itu dari sebuah daerah utama di utara wilayah Takhar.

“Pasukan keselamatan itu telah meratakan Bazar Omari dengan jentolak dan 30 peratus daripada bazar itu telahpun musnah,” kata jurucakap Abdul Khalil Asir kepada agensi berita China Xinhua.

Terdahulu, pasukan keselamatan Afghanistan telah membersihkan beberapa kampung di daerah Darqad daripada militan Taliban.

Abdul Khalil berkata militan Taliban telah menduduki tanah itu secara haram dan membina sebuah bazar untuk memperkukuh cengkaman mereka di kawasan tersebut.

Ramai anggota militan Taliban telah terbunuh dan cedera dalam beberapa siri operasi di daerah Darqad, kira-kira 100 kilometer di utara bandar Taluqan, yang juga ibu kota wilayah itu.

Militan Taliban belum mengulas laporan itu.

— BERNAMA



Source link

read more

ASEAN akui keganasan ancaman keselamatan paling serius



SINGAPURA: Menteri-menteri Pertahanan ASEAN pada Selasa sebulat suara memperakui keganasan sebagai ancaman keselamatan paling serius bagi rantau ini.

Mereka bersetuju untuk meningkatkan kerjasama memerangi keganasan dalam bidang ‘Resilience, Response, Recovery’ yang akan berperanan mencegah serangan pengganas, menyelaras tindak balas ASEAN bagi menangani ancaman sedia ada dan pulih daripada sebarang serangan pengganas yang berlaku.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di sini, Kementerian Pertahanan Singapura (Mindef) berkata menteri-menteri juga memuji kerjasama kukuh dengan negara rakan dalam menentang keganasan menerusi ‘ADMM-Plus’.

Seiring dengan ini, menteri-menteri mengeluarkan Kenyataan berkenaan Memerangi Keganasan di ASEAN, demikian menurut kenyataan itu.

Pemukiman ADMM dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen.

Malaysia diwakili Menteri Pertahanannya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut Mindef, menteri-menteri juga membincangkan tentang peranan ADMM dan ADMM-Plus dalam keselamatan serantau.

Menteri-menteri menzahirkan sokongan padu terhadap bidang-bidang ADMM 2018 yang diringkaskan sebagai “tiga C”.

Pertama, meningkatkan kerjasama memerangi keganasan; kedua, menambah baik keupayaan bersama ASEAN untuk bertindak balas terhadap ancaman kimia, biologi dan radiologi (CBR) oleh kumpulan pengganas dan pihak yang berkaitan; dan ketiga, mengulangi penegasan akan kepentingan kod pertembungan tidak dirancang di laut dan udara, katanya.

Menteri-menteri Pertahanan ASEAN juga mengadakan mesyuarat tidak rasmi dengan Menteri Pertahanan China Jen. Chang Wanquan yang menyaksikan mereka mengalu-alukan hubungan lebih kukuh di antara ASEAN dan China.

Menteri-menteri membincangkan, khususnya tentang cara menambah baik kerjasama praktikal dan menyambut baik Eksesais Maritim ASEAN-China yang pertama pada hujung tahun ini, katanya.

Sebagai sebahagian program Pemukiman ADMM, Menteri-menteri Pertahanan ASEAN juga melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang meraikan mereka dalam jamuan tengah hari di Pusat Pameran Changi, venue Pameran Udara Singapura 2018 yang sedang berlangsung.

Semasa kunjungan itu, Lee dan Menteri-menteri Pertahanan ASEAN membincangkan tentang isu keselamatan serantau dan agenda ADMM pada tahun depan.

Singapura merupakan Pengerusi ASEAN semasa. — Bernama



Source link

read more

Kerajaan fokus keselamatan penunggang motosikal


KUALA LUMPUR 25 JANUARI 2018. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai diberi penerangan oleh Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Malaysia, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya (kiri) selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Kawasaki di Plaza Tol Sungai Besi. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

MO, 25/1/2018, KUALA LUMPUR: Aspek pemanduan selamat oleh penunggang motosikal dan mengurangkan kadar kemalangan maut membabitkan kelompok itu menjadi fokus kerajaan sepanjang Kempen Keselamatan Jalan Raya 2018.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata langkah ini diambil berikutan statistik kematian membabitkan penunggang motosikal terus merekodkan peningkatan setiap tahun.

Beliau berkata, perlu ada usaha lebih serius oleh pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan serta masyarakat bagi meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan menunggang motosikal, bukan saja kepada kenderaan tapi penunggangnya.

“Tahun ini memang fokus kempen kita adalah kesedaran dalam kalangan motosikal kerana mengikut statistik kemalangan maut 2016, 62 peratus daripadanya membabitkan motosikal.

“Kita tidak boleh ambil ringan isu kemalangan jalan raya sebab itu disarankan semua agensi kerajaan tubuh unit keselamatan jalan raya supaya mereka boleh ingatkan satu sama lain dan bantu rakyat adakan kempen kesedaran,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2018, di sini.

Statistik pada 2016 menunjukkan, seramai 7,152 kemalangan maut direkodkan.

Daripada jumlah itu, 4,082 yang maut dari kalangan penunggang motosikal. Rekod itu menunjukkan peningkatan setiap tahun termasuk tahun lalu.

Tiong Lai berkata, pihaknya juga mahu semua pihak menanamkan sikap positif dalam kalangan penunggang motosikal untuk meningkatkan sifat saling bertolak ansur dan hormat-menghormati.

Sementara itu, beliau menjelaskan kementeriannya akan melancarkan Ops Bersepadu dan Ops Selamat bermula 9 Februari hingga 23 Februari ini di seluruh negara, bersempena Tahun Baharu Cina.

Dalam pada itu beliau berkata, kementeriannya juga sedia meneliti secara serius cadangan untuk tidak membenarkan remaja memiliki lesen B (motosikal berkuasa tinggi) jika terbukti golongan itu banyak terbabit dalam kemalangan membabitkan motosikal kuasa tinggi.

“Saya rasa ini cadangan baik. Sekarang kita ada lesen B2 yang boleh dimiliki remaja berusia 16 tahun.

“Ketika ini memang tiada tindakan lagi, sebab kita dapati mereka yang berusia 16 tahun tidak ramai menunggang motosikal berkuasa tinggi.

“Kalau statistik menunjukkan jumlahnya meningkat, cadangan ini memang kita ambil serius tapi belum ada keputusan setakat ini. Kena lihat cadangan dulu dan kajian akan dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.



Source link

read more

Perancis gesa Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat isu Syria – Luar Negara


ALGIERS 21 Jan. – Perancis menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar berhubung ‘risiko kemanusiaan’ yang mungkin dihadapi dalam pertempuran di Syria ketika ini.

Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian berkata, negaranya prihatin dengan krisis yang berlaku di Syria yang kini semakin memburuk.

“Justeru, kita menggesa supaya Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar untuk menilai sejauh mana risiko kemanusiaan dalam isu ini yang sememangnya sangat dahsyat,” katanya ketika menghadiri satu mesyuarat di Algeria.

Kenyataan Le Drian itu dibuat selepas tentera Turki melancarkan operasi ketenteraan di Afrin, utara Syria dalam usaha menghapuskan kumpulan militan Kurdis di sana. -AFP



Source link

read more

Jaminan hak kerakyatan keselamatan penting bagi pelarian Rohingya



KUALA LUMPUR: Persetujuan tentang penghantaran pulang pelarian Rohingya ke tanah air mereka yang dicapai antara Myanmar dan Bangladesh perlu menjelaskan tentang isu berkaitan kewarganegaraan dan jaminan keselamatan, sebelum ia boleh dilaksanakan.

Bekas Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi Myanmar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata perkara itu penting bagi memastikan pelarian Rohingya akan mendapat layanan sama rata sebagai rakyat Myanmar dan diberi kepastian tentang wujudnya perlindungan bagi mereka.

“Butiran terperinci dan penjelasan tentang persetujuan itu merupakan suatu prasyarat kerana ketika ini terdapat terlalu banyak kelemahan dan ketidakpastian. Sekurang-kurangnya, libatkanlah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan pasukan pengaman lain di sana untuk menyelia dan melindungi  mereka.

“Jika keadaan seperti  sekarang terus wujud, saya ingin menasihati para pelarian supaya jangan pulang ke Myanmar dan mereka perlu tolak cadangan itu,” katanya kepada media selepas merasmikan persidangan khas tentang Rohingya anjuran Majlis Rohingya Malaysia (MRM) di sini hari ini.

Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa Bangladesh dan Myanmar mencapai persetujuan tentang penghantaran pulang pelarian Rohingya dalam masa dua tahun, yang prosesnya akan bermula pada 23 Jan ini.

Ketika ini terdapat kira-kira 700,000 pelarian Rohingya di Bangladesh.

Syed Hamid, yang juga bekas menteri luar, berkata penempatan pelarian di kem sementara, yang dinyatakan dalam perjanjian itu, juga boleh dipertikai.

“Mengapakah mereka hanya diberi penempatan yang setara dengan kem tahanan, di mana mereka tidak boleh bergerak secara bebas di tanah air sendirim dan kem itu juga perlulah dilengkapi sistem sanitasi dan pembetungan sewajarnya. Tiada maklumat terperinci diberi tentang keadaan kem berkenaan,” kata beliau.

Sementara itu, anggota Majlis Penasihat Kebangsaan MRM Jen (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed berkata sekiranya Kerajaan Myanmar benar-benar ikhlas untuk menangani isu Rohingya, ia perlu melaksanakan  syor bekas Setiausaha Agung PBB Kofi Annan.

“Bagi menunjukkan keikhlasan dan niat baiknya, Myanmar perlu menyatakan secara terbuka ia akan melaksankaan cadangan tersebut, buatlah begitu sebagai langkah untuk membina keyakinan terlebih dahulu, kemudian barulah kepercayaan  akan timbul,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Korea Utara kekal satu ancaman kepada keselamatan



NEW YORK: Di sebalik perkembangan positif di semenanjung Korea, Korea Utara masih dianggap satu ancaman kepada keamanan dunia.

Duta United Kingdom ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Jonathan Allen menyifatkan program nuklear Pyongyang masih aktif dan kekal satu ancaman.

“Ketika kami mengalu-alukan kesediaan Pyongyang mengadakan rundingan dengan Korea selatan, hakikat yang tidak berubah adalah program nuklear mereka masih aktif,

“Ia sebenarnya masih dianggap ancaman kepada keselamatan dan kemananan komuniti antarabangsa,”jelas Allen dalam satu pertemuan dengan media sebelum mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.

Korea Utara bersetuju menghantar delegasi untuk menyertai temasya Sukan Olimpik musim sejuk di PyeongChang.

Dua Korea juga bersetuju mengadakan rundingan peringkat tentera bagi mengurangkan ketegangan yang berpanjangan di semenanjung Korea sebelum ini.

Pyongyang bagaimanapun mempertahankan rundingan dengan Seoul tidak akan menyentuh isu program nuklearnya.

Sehubungan itu Allen mendesak supaya Majlis Keselamatan membuat keputusan segera bagi menghukum Pyongyang berhubung program nuklearnya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons