Apple Watch Mungkin Menambah Sokongan Untuk Muka-Jam Daripada Pihak Ketiga – Amanz


Apple Watch telah diperkenalkan pada 2015 yang lepas, dan sejak daripada itu, penawaran muka jam hanya terhad kepada penawaran daripada pihak Apple sahaja, tanpa sokongan pihak ketiga seperti beberapa jam tangan pintar yang lain. Namun, perkara ini dijangka berubah tidak lama lagi.

Melalui kod pembangunan yang ditemui oleh <em9to5Mac, ia dilihat Apple mungkin kelak menambah sokongan muka-jam daripada pihak ketiga tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperkenalkannya secara rasmi. Namun, dengan pembangunan sokongan untuknya yang telah mula diintegrasikan, kita mungkin akan dapat melihatnya tidak lama lagi – sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam menjadikan paparan jam Apple Watch selari dengan citarasa mereka.



Source link

read more

Aplikasi Pihak Ketiga Untuk Twitter Mungkin Tidak Berfungsi Dengan Lancar Selepas Jun – Amanz


Twitter mempunyai sejumlah aplikasi pihak ketiga seperti Tweetbot, Talon, Twitterrific dan Tweetings. Aplikasi ini bergantung kepada API daripada Twitter untuk beroperasi, sekaligus menawarkan pengalaman yang baik kepada pengguna.

Namun, ia mungkin berubah tidak lama lagi. Selepas 19 Jun 2018 kelak, Twitter akan membuang sokongan “perkhidmatan penstriman” yang ditawarkan kepada pembangun – sekaligus menjadikan ciri seperti push-notification, dan kemaskini garis-masa tidak berjalan dalam bentuk masa-nyata.

Dengan perubahan ini, ia membuatkan aplikasi Twitter pihak ketiga tidak menawarkan notifikasi kepada seseorang pengguna dengan baik – selain mungkin menjadikan paparan garis-masa mengalami sedikit lengah masa berbanding kebiasaan. Hal ini mungkin tidak digemari pengguna klien Twitter pihak ketiga memandangkan mereka mungkin akan mengalami sedikit kelewatan dalam mengikuti berita-berita terkini.

Pembangun aplikasi pihak ketiga untuk Twitter kini dilihat bersatu untuk memastikan Twitter mengatasi masalah ini, atau menawarkan penyelesaian yang sesuai. Pada masa yang sama, sebuah laman khusus disediakan dalam memastikan pengguna mengetahui masalah yang mungkin dialami mereka menjelang bulan Jun kelak.



Source link

read more

Teknologi Rantaian Blok Menjadi Tema TNB Blockathon Ketiga – Amanz


Hackathon merupakan salah satu acara yang sentiasa digemari berikutan kebolehan peserta untuk menghasilkan projek dalam satu masa singkat. Pelbagai organisasi telah mengadakannya dan mendapat hasil darinya. Baru-baru ini Tenaga Nasional Berhad telahpun mengadakan acara Hackathon mereka yang tersendiri dalam siri iCON Hackathon.

Siri ICON Hackathon dari TNB diadakan bagi mencari solusi-solusi pintar yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Bermula pada pertengahan tahun 2017, mereka telah mengadakan Hackathon yang menarik seperti menambah baik produktiviti pekerja menerusi penggunaan IoT, dan juga penambahbaikan sistem sokongan pelanggan menerusi fungsi ChatBot pada akhir tahun 2017.

Berbeza dengan siri terdahulu, siri Hackathon ini merupakan kali ketiga yang dianjurkan mereka dan memerlukan peserta memanfaatkan teknologi rantaian blok (Blockchain). Bertemakan pembangunan sumber manusia, peserta perlu membangunkan sistem berasaskan rantaian blok yang memberikan ganjaran dalam bentuk token, dan sistem tersebut haruslah telus sama seperti rantaian blok.

Terdapat 5 pasukan yang telah mempersembahkan projek mereka dan berikut merupakan tiga projek yang telah disenarai-pendek bagi mempersembahkan projek mereka di acara utama pada bulan Mei ini.

Team Midori – Pasukan ini telah mencipta sistem yang menggalakkan penggunaan sumber tenaga hijau (renewable energy). Pengguna umum dan juga ahli kumpulan pekerja TNB boleh mendaftar dan mendapatkan ganjaran apabila ahli keluarga dan rakan-rakan mereka mendaftar dalam program ini. Ia menggunakan Net Energy Metering yang terdapat pada panel solar photovoltaic pengguna. Pengguna akan menerima ganjaran dalam bentuk Token, dan boleh digunakan pada kedai-atas talian TNB.

EPC Blockchain – Syarikat ini telah mempersembahkan sistem rantaian blok yang menggalakkan penjimatan tenaga dan memberikan token berdasarkan penjimatan tenaga tersebut. Penjimatan tenaga ini juga boleh digunakan di rumah, kilang, pejabat, bangunan dan pelbagai lagi.

Gyantope Platform – Sedikit berbeza dengan yang pasukan yang lain, pasukan ini telah membangunkan platform perkongsian ilmu yang boleh digunakan oleh pekerja TNB. Menerusi platform ini, mereka akan diberi ganjaran untuk sebarang aktiviti seperti bertanyakan dan menjawab soalan, berkongsi video dan artikel, dan pelbagai lagi. Ganjaran tersebut diterima sebagai token, dan boleh digunakan dalam ekosistem TNB.

Keputusan pemenang untuk acara ini akan dilakukan pada acara TNB Blockchain Conference yang bakal diadakan sekitar bulan Mei 2018. Acara Hackathon sebegini patut dipopularkan oleh syarikat-syarikat besar dalam memajukan sektor ICT tempatan, sekaligus membawa kemajuan kepada pengguna.

Penafian: Advertorial dari TNB



Source link

read more

Lelaki atau perempuan Putera William dan Kate Middleton masih tidak tahu jantina bayi ketiga



LOS ANGELES: Apakah jantina bagi bayi ketiga pasangan diraja popular Putera William dan Duchess of Cambridge, Kate Middleton?

Tatkala ramai yang mula berteka-teki dengan jantina bayi tersebut, dilaporkan bahawa kedua pasangan ini juga masih tidak tahu akan jantina bayi mereka.

Memetik laporan portal E! News,  sumber terdekat kedua pasangan berkenaan mendedahkan berita tersebut.

“William dan Kate sukar melakukan persiapan kerana mereka masih tidak mengetahui jantina bayi tersebut,” dedah sumber tersebut secara eksklusif kepada E! News.

Kate dijangka bakal melahirkan bayi tersebut pada April ini.

Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa Kate sudah mula bercuti dan dijangka akan kembali menjalankan tugas rasminya selepas musim luruh.



Source link

read more

Android P Bakal Dilancarkan Pada Suku Ketiga 2018 – Amanz


Google pada awal hari ini telah melancarkan Android P Developer Preview secara rasminya, sekaligus membolehkan para pembangun aplikasi untuk memuat-turun dan menggunakannya dalam lebih mengoptimasikan aplikasi mereka.

Android P dijangka hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk sokongan untuk skrin takuk, penawaran Smart Reply untuk beberapa aplikasi, penambah-baikkan pada talam notifikasi, pengoptimasian sistem operasi, dan pelbagai ciri-ciri baru.

Android P Latar Masa

Lanjutan daripada penawaran Android P Developer Preview, Google juga kini berkongsi latar pembangunan, dan menyasarkan pengenalan Android P kepada pengeluar menjelang suku ketiga 2018 kelak.

Jadi, kita mungkin akan dapat melihat pengenalan rasmi Android P bersama-sama dengan nama akhir sistem operasi berkenaan sekitar September 2018 ini.



Source link

read more

Tragedi kepala air: Mangsa ketiga ditemukan


WhatsApp_Image_2018-02-20_at_7.57.23_AM.jpeg.transformedMO, 20/2/2018, KUALA LUMPUR  – Mayat ketiga mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Gasi, Sungai Buloh, dekat sini semalam ditemukan kira-kira lapan kilometer dari lokasi kejadian.

Jurucakap bomba memaklumkan, mayat ketiga merupakan mayat wanita namun masih belum disahkan identitinya.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses pengecaman dan bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Pihak bomba sedang giat menjalankan operasi pencarian dua lagi mangsa.



Source link

read more

Usaha bantu Rohingya dapat sokongan negara dunia ketiga


KUALA LUMPUR – Usaha kerajaan menempatkan hospital medan di Cox’s Bazar, Bangladesh mendapat sambutan luar biasa daripada negara-negara dunia ketiga yang lain.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, usaha mewujudkan ‘perkampungan global’ membela kebajikan pelarian etnik Rohingya juga mendapat pandangan positif.

Beliau berkata, kerjasama Malaysia, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memperjuangkan nasib Rohingya berjaya menarik minat negara-negara dunia ketiga berganding mempergiatkan lagi kerjasama serantau.

“Misi bantuan Rohingya yang kita sedang laksanakan ketika ini mendapat sambutan luar biasa daripada negara lain kerana hala tuju murni kita sangat jelas dan ikhlas.

“Sebelum ini kita telah mewujudkan hubungan triliteral dalam menangani ancaman keselamatan terutama sekali melibatkan keganasan anggota Daesh.

“Namun dengan bantuan yang dihulurkan secara bersama untuk masyarakat Rohingya ini, hubungan kerjasama triliteral bersama negara lain dapat terus diperkukuhkan lagi ke arah mencapai misi secara bersama,” katanya.

Sebelum itu, Hishammuddin melawat tapak projek pembangunan Kompleks Wisma Bintara Angkatan Tentera Malaysia dan memantau proses pembinaan kompleks bernilai RM30 juta itu yang dijangka siap menjelang Oktober 2019 di Jalan Padang Tembak, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Kompleks itu merangkumi sebuah blok kediaman 10 tingkat yang mempunyai 200 unit bilik serta 115 tempat letak kereta berbumbung dan berpuas hati dengan perkembangannya yang kini 28 peratus siap iaitu lapan hari lebih awal daripada yang ditetapkan.

“Sekiranya semua pihak mampu mengekalkan mementum dan prestasi kerja, projek ini mampu disiapkan sepenuhnya pada 3 Oktober tahun hadapan,” katanya.

Menurut Hishammuddin, pembinaan Kompleks Wisma Bintara ATM itu merupakan keperluan utama kementerian serta para anggota yang sudah lama menantikannya.-theRakyat



Source link

read more

NGO benteng ketiga kerajaan – Kelantan


KOTA BHARU 28 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merupakan benteng ketiga dalam membantu merealisasikan dasar-dasar yang diperkenalkan.

Perdana Menteri berkata, peranan NGO mampu mempengaruhi pemikiran rakyat selain menggerakkan perubahan di peringkat akar umbi.

“Kerajaan tidak mampu berdiri tanpa dibantu NGO kerana mereka berperanan sebagai benteng ketiga kerajaan. Kehadiran NGO yang begitu ramai pada hari ini juga menunjukkan kesetiaan bersama kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya berjanji akan terus berkhidmat kepada rakyat kerana saya bukan bekerja untuk seorang sebaliknya untuk 30 juta rakyat di negara ini,” katanya ketika berucap sempena majlis Sepetang Perdana Menteri bersama NGO .

Seramai 1,500 orang hadir pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi NGO Kelantan, Datuk Abdul Aziz Derashid.

Dalam pada itu, Najib berkata, pertemuan yang berlangsung pada hari ini amat penting dalam menentukan hala tuju negara.

“Ini masa depan anak cucu kita, tidak boleh ikut perasaan dalam membuat keputusan. Pertimbangan yang rasional dan waras amat penting dalam memilih kerajaan yang terbaik,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Saya nak semua girl – Jimmy Shanley timang anak ketiga



Pengacara Jimmy Shanley mendedahkan dia baru menimang cahaya mata ketiga sebulan lalu.

Kata Jimmy, bayi perempuan kedua yang dilahirkan menerusi perkahwinan keduanya itu dalam keadaan sihat dan diberi nama Lisa Shanley.

“Alhamdulillah anak dan isteri saya sihat dan ini anak kedua saya dengan Mariam.

“Bertambah lagi seorang anak perempuan saya, sebenarnya kalau boleh saya mahukan semua anak perempuan.

“Semoga semuanya berjalan lancar sepanjang tahun ini,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi perkahwinan dengan Mariam Jamilah Abdul Jalil, Jimmy dikurniakan cahaya mata sulung, Hannah Shanley, 3 tahun.

Manakala, Jimmy yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy pada 2010 memiliki seorang cahaya mata perempuan, Zahrah Rania Shanley, 7 tahun.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @jimmyshanley, @mirulgeneration, Utusan Malaysia



Source link

read more

Samsung Cloud Tidak Lagi Melakukan Salinan Pendua Untuk Aplikasi Pihak Ketiga Bermula 6 Februari – Amanz


Perkhidmatan Samsung Cloud membolehkan pengguna melakukan salinan pendua peranti kandungan peranti Samsung mereka. Selama ini ia membenarkan salinan pendua keseluruhan peranti tetapi bermula 6 Februari ini perubahan akan dilakukan.

Samsung CloudPengguna Samsung Cloud mula menerima emel tentang perubahan terma dan syarat perkhidmatan ini. Pada tarikh tersebut salinan pendua tetapan untuk aplikasi pihak ketiga tidak lagi akan disokong. Kini ia hanya menyimpan salinan pendua tetapan skrin perumah, senarai aplikasi yang dimuat turun, senarai alamat, kalendar, Samsung Notes, gambar, video, muzik dan Documents sahaja.

Kesemua salinan pendua yang dilakukan sebelum perubahan terma dan syarat ini akan dipadam oleh pihak Samsung dari storan.



Source link

read more