Tunggu… perang dadah akan kembali – Ketua Polis Filipina



MANILA: Di sebalik kecaman antarabangsa, polis anti narkotik Filipina bersedia melancarkan kembali operasi perang dadah secara besar-besaran di negara itu.

Ketua Polis Filipina Ronald Dela Rosa dalam pengesahannya memaklumkan operasi yang dikenali sebagai Oplan Tokhang ini akan bermula dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Menurut Dela Rosa, pihaknya seboleh mungkin mahu mengelak pertumpahan darah, namun jika berdepan tentangan atau provokasi tindakan sewajarnya perlu diambil demi mempertahankan diri.

Tokhang sepatutnya tidak melibatkan petumpahan darah kerana semangat Tokhang itu sendiri jika dilaksanakan dengan betul adalah ‘ketuk dan mengaku’,” jelas Dela Rosa pada sidang medianya di Manila pada Jumaat.

Dela Rosa bagaimanapun tidak menjelaskan sebab mengapa operasi berkenaan disambung kembali.

Kempen yang diilhamkan sendiri Presiden Filipina Rodrigo Duterte beberapa bulan selepas mengambil alih kuasa itu bertujuan untuk membebaskan negaa itu dari belenggu dadah.

Bagaimanapun momentumnya hilang selepas Duterte sendiri mengarahkan pihak polis menggantung seketika kempen itu pada 11 Oktober tahun lalu selepas menerima tekanan dari dalam dan luar negara.

Bermula tarikh sama peranan menangani kes dadah diserahkan kepada Agensi Peguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) sementara pihak polis hanya berperanan sebagai unit bantuan.

Sepanjang operasi yang bermula sejak Jun 2016, hampir 4,000 orang maut di tangan pihak berkuasa.

Ia lantas mendapat kritikan aktivis kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa polis melakukan pembunuhan di luar batas undang-undang.

Aktivis pada masa sama mendakwa dalam kebanyakan kes, suspek tidak diberi peluang untuk menyerah diri sebaliknya terus ditembak mati

Dela Rosa lantang menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya menegaskan suspek ditembak kerana mereka bertindak ganas ketika cuba ditahan.

Bagi menyokong hujahya Dela Rosa merujuk kepada lebih 117,000 lagi suspek yang ditahan pihak berkuasa sepanjang operasi berkenaan yang berada dalam keadaan selamat.

“Satu jawatan kuasa pemerhati akan dibentuk, dan jika ada peruntukan setiap anggota polis yang terlibat dalam serbuan akan dilengkapkan dengan kamera badan.

“Bagi operasi kali ini kami akan pastikan ia dijalankan dengan sewajarnya dan sesiapa yang cuba melawan akan menerima padah,” tambahnya lagi.



Source link

read more

Cacah tular di Facebook ketua yakuza akhirnya ditahan selepas 15 tahun diburu



PERSEMBUNYIAN selama 15 tahun seorang ketua gengster Jepun atau yakuza berakhir selepas dia ditahan polis Thailand pada Rabu.

Puncanya gara-gara gambar tatu atau cacah pada badannya menjadi tular di laman Facebook.

Shigeharu Shirai diburu kerana membunuh musuhnya yang merupakan anggota kumpulan yakuza lain pada 2003.

Gambar lelaki dalam buruan berusia 74 tahun itu yang menyerlahkan cacah pada badannya diambil seorang rakyat Thailand yang kemudian memuatnaiknya di Facebook tanpa mengetahui identiti sebenar Shirai.

Gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki tua yang kurus dengan keseluruhan bahagian belakang badan dan sebahagian besar dadanya dicacah. Ketika ia dirakam Shirai sedang melepak bersama beberapa lagi warga emas di tepi jalan.

Turut kelihatan dalam gambar itu sebahagian jari kelengkingnya yang putus. Adalah menjadi amalan biasa bagi anggota Yakuza untuk memotong jari sendiri sebagai hukuman bagi menebus kesalahan.

Gambar itu kemudiannya tular sehingga sampai ke pengetahuan polis Jepun yang kemudian memohon bantuan polis Thailand untuk mengesan dan menahan lelaki tersebut.

Shirai diberkas di bandar Lopburi, utara Bangkok dan akan diekstradisi ke Jepun bagi menghadapi pertuduhan bunuh. Dia juga berdepan dakwaan menyalahgunakan visa.

Menurut polis Thai, Shirai mengaku dirinya seorang anggota yakuza namun menolak dakwaan terlibat dalam pembunuhan berkenaan.

Dia meninggalkan Jepun pada 2005, dua tahun selepas kejadian bunuh itu didakwa berlaku.

Yakuza yang menyamai kumpulan mafia telah menjadi sebahagian daripada budaya moden Jepun dengan jumlah anggotanya dianggarkan mencecah 60,000 orang.



Source link

read more

Ketua Pemuda PPBM diugut ahli parti sendiri


04partid.transformedMO, 3/1/2018, KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat laporan polis hari ini, mendakwa menerima mesej ugutan dan kata-kata kesat, susulan tegurannya terhadap perjalanan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, Sabtu lalu.

Mohd Asyraf Muhammad Asri, 30, yang mengetuai Pemuda PPBM Bahagian Kuantan, berkata beliau menerima mesej selepas kenyataannya disiarkan dalam laporan Buletin Utama TV3 pada malam selepas perhimpunan berkenaan.

Beliau yang membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, mendakwa mesej terbabit dihantar seorang individu dalam PPBM peringkat pusat, dikenali sebagai Mr Zack.

“Dalam mesej itu, Mr Zack turut menyatakan seluruh Malaysia ingin berkenalan dengan saya dan meminta saya ‘standby’ (berhati-hati),” katanya.

Mohd Asyraf mendakwa, surat itu juga antara lain mengandungi ayat kesat selain menuduhnya terbabit dengan penyalahgunaan dadah serta dikatakan menjadi tali barut parti lawan.

“Saya percaya ugutan dan kecaman itu kerana saya mengeluarkan kenyataan kesal apabila golongan muda tidak berpeluang menyoal berkaitan sebarang isu terkini mengenai kepemimpinan parti (PPBM).

“Dalam temubual (media) itu, saya memberi kenyataan apa sebenarnya berlaku, termasuk isu suara golongan muda seakan disekat dan tiada konsep demokrasi dalam parti,” katanya.

Berikutan ugutan yang diterima, Mohd Asyraf berkata, beliau bimbang keselamatan diri dan keluarganya, sekali gus meminta polis menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan sewajarnya.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Asyraf yang juga perwakilan ke perhimpunan agung sulung parti berkenaan di Shah Alam, Selangor, kesal kerana generasi muda tidak berpeluang menyoal pemimpin parti berkaitan isu terkini.

Beliau juga dilaporkan berkata, suara generasi muda seakan disekat dan tiada konsep demokrasi dalam parti.



Source link

read more

Gretchen Carlson dilantik Ketua Lembaga Pengarah Organisasi Miss America



BEKAS penyampai berita Fox News Channel dan juga Miss America 1989, Gretchen Carlson dinamakan sebagai Ketua Lembaga Pengarah Organisasi Miss America yang menganjurkan pertandingan ratu cantik.

Organisasi tu mengumumkan pemilihan itu pada Isnin sekaligus menjadikan ia kali pertama bekas pemenang pertandingan berkhidmat sebagai pemimpin organisasi yang berusia hampir 100 tahun itu.

Organisasi itu juga mengumumkan pelantikan tiga Miss America yang lain iaitu  Laura Kaeppeler Fleiss, Heather French Henry and Kate Shindle.

Pelantikan mereka semua berkuatkuasa serta merta.

Ketua Pegawai Eksekutif dan beberapa ahli lembaga pengarah yang lain meletak jawatan susulan laporan yang mendakwa beberapa pegawai atasan  mengejek penampilan, daya pemikiran dan kehidupan seks bekas Miss America dalam e-mel.



Source link

read more

87 sertai Kejohanan Endurance Piala Ketua Polis Negara 2017 – Nasional


KUALA LUMPUR 16 Dis. – Sebanyak 87 peserta menyertai Kejohanan Endurance Piala Ketua Polis Negara 2017 di Pusat Equine Universiti Putra (UPM), di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, program yang diadakan dengan kerjasama UPM tersebut diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat.

“Sukan berkuda ini amat bagus disertai anggota polis kerana dapat membina kekuatan fizikal dan mental kerana pertandingan ini memerlukan peserta dalam kategori 50 kilometer dan 80 kilometer bermula dari malam hingga pagi,” katanya ketika ditemui dalam majlis kejohanan tersebut di sini hari ini.

Kejohanan yang menyaksikan penyertaan paling banyak sejak diadakan pada 2015 itu di bahagikan kepada tiga kategori iaitu 25 kilometer, 50 kilometer dan 80 kilometer. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Urusan pengebumian Isteri Ketua Polis Negara berjalan lancar – Nasional


KUALA LUMPUR 16 Dis. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan keluarganya menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua pihak yang membantu dalam melancarkan proses pengebumian isterinya, Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58 yang meninggal dunia semalam.

Mohamad Fuzi berkata, segala urusan pengebumian Allahyarham yang meninggal dunia akibat barah pagi ini di Kampung Rapat Jaya, Ipoh telah dipermudahkan Allah SWT.

“Setinggi-tinggi terima kasih juga kami ucapkan kepada semua pihak yang telah mengirimkan ucapan belasungkawa dan bersama kami dalam saat-saat kami kehilangan insan tersayang.

“Maaf jua dipinta kerana kami tidak mampu untuk membalas kesemua ucapan takziah tersebut satu persatu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga mendoakan semoga roh isterinya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan soleh. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PM Najib ucap takziah kepada Ketua Polis Negara



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas kematian isterinya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada Jumaat.

Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, menghembuskan nafas terakhir di PPUM pada jam 7.02 malam akibat sakit kanser.

Najib, yang ketika ini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Bahrain, turut mendoakan agar roh Azizah, yang menghidap kanser sejak tahun 2002, dicucuri rahmat.

“Takziah kepada Ketua Polis Negara Tan Sri @Fuzi_Harun dan keluarga atas pemergian isteri tercinta, Puan Sri Azizah Hamdi. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya menerusi laman Twitter.

Jenazah Azizah disembahyangkan di Surau Khalid Al-Walid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam kira-kira 10 malam selepas tiba dari PPUM kira-kira 8.30 malam tadi untuk dimandi dan dikapankan di surau berkenaan.

Jenazah Allahyarhamah kemudian dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, untuk dikebumikan kira-kira 9 pagi esok.

Allahyarham, yang mengambil alih jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia pada 4 Sept lalu, meninggalkan tiga orang anak. — Bernama



Source link

read more

Jenazah isteri Ketua Polis Negara disemadi bersebelahan kubur anak lelaki



IPOH: Jenazah isteri kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam sekitar 10.20 pagi di Kampung Rapat Jaya, dekat sini pada pagi tadi.

Allahyarham, 58, yang menghembuskan nafas terakhir  kira-kira pukul 7.02 malam semalam akibat barah disemadikan bersebelahan kubur anak lelaki tunggalnya yang meninggal dunia pada tahun 2007.

Difahamkan, jenazah tiba di rumah ibu Allahyarham sekitar pukul 1 pagi di Kampug Rapat Jaya selepas disembahyangkan di Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada pukul 9 malam semalam.

BACA: Jenazah isteri KPN disembahyang di surau IPK Selangor

BACA: Isteri KPN meninggal dunia

Azizah, yang mengambil alih jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia pada 4 Sept lalu meninggal dunia di PPUM pada 7.02 petang semalam.

Allahyarham yang dikenali sebagai seorang berjiwa kental pergi selepas 15 tahun bertarung dengan penyakit kanser dan meninggalkan tiga anak.

Dalam pada itu,seawal pukul 7.30 itu, kira-kira 300 individu telah berkumpul di sekitar Masjid Kg Melayu Gunung Rapat dekat sini di  mana jenazah disembahyangkan.

Sejurus selepas itu, sekitar 1,000 individu termasuk kakitangan PDRM dari pelbagai jabatan,pemimpin, malah orang awam hadir memberi penghormatan terakhir kepada Mohd Fuzi sekeluarga dan menyertai talkin di tanah perkuburan tersebut.

Antara yang hadir adalah, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman (StaRT), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,Datuk Seri Abd. Rahim Hanafi,Pengarah Cawangan Khas PDRM,Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan serta ketua-ketua polis negeri lain.



Source link

read more

Najib ucap takziah kepada Ketua Polis Negara – Nasional


KUALA LUMPUR 16 Dis. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas kematian isterinya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, semalam.

Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, menghembuskan nafas terakhir di PPUM pada jam 7.02 malam akibat sakit kanser.

Najib, yang ketika ini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Bahrain, turut mendoakan agar roh Azizah, yang menghidap kanser sejak tahun 2002, dicucuri rahmat.

“Takziah kepada Ketua Polis Negara Tan Sri @Fuzi_Harun dan keluarga atas pemergian isteri tercinta, Puan Sri Azizah Hamdi. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya menerusi laman Twitter semalam.

Jenazah Azizah disembahyangkan di Surau Khalid Al-Walid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam kira-kira 10 malam tadi selepas tiba dari PPUM kira-kira 8.30 malam untuk dimandi dan dikapankan di surau berkenaan.

Jenazah Allahyarhamah kemudian dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, untuk dikebumikan kira-kira 9 pagi hari ini.

Allahyarham, yang mengambil alih jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia pada 4 Sept lalu, meninggalkan tiga orang anak.- BERNAMA



Source link

read more

Isteri Ketua Polis Negara meninggal dunia – Nasional


KUALA LUMPUR 15 Dis.- Isteri Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.



Azizah Hamdi

AZIZAH HAMDI

Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, meninggal dunia kira-kira pukul 7.02 malam ini akibat barah.

Difahamkan, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebelum dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, Perak untuk dikebumikan.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons