Pekerja kilang dakwa diberhentikan tanpa notis tuntut pampasan



KUANTAN: Seramai 118 bekas pekerja sebuah kilang keluli di Kawasan Perindustrian Gebeng menuntut pembelaan selepas mereka diberhentikan tanpa sebarang pampasan daripada syarikat itu.

Seorang bekas pekerja, Zafran Ahmad, 43, berkata kesemua mereka merupakan pekerja tempatan yang telah bekerja di kilang terbabit di antara 15 hingga 20 tahun.

Menurutnya, pihak kilang memberhentikan pekerja dalam tiga peringkat.

Dalam peringkat pertama, 39 pekerja telah diarahkan untuk tidak datang bekerja selama 12 hari. Apabila mereka kembali ke kilang pada hari ke-13, mereka dimaklumkan telah pun diberhentikan kerja.

Peringkat kedua membabitkan 56 orang pekerja yang telah diberikan notis berhenti kerja sementara.

Peringkat ketiga pula membabitkan 23 pekerja yang diberi memo yang menyatakan mereka telah diberhentikan kerja.

Zafran berkata, dalam memo yang dikeluarkan, syarikat berkenaan berjanji untuk melunaskan gaji tertunggak namun sehingga kini mereka masih belum menerimanya.

“Pada 17 Nov lalu, semua pekerja diberi notis peringkat terakhir yang menyatakan kami semua tidak perlu masuk kerja lagi.

“Kami masih ada gaji tertunggak dan tiada pampasan diberikan oleh syarikat.

“Pada 30 Nov pula, kami diminta ke Pejabat Buruh untuk berjumpa dengan majikan tetapi malangnya pihak majikan tidak menghantar wakil,” katanya.

Seorang lagi bekas pekerja, Mohd Khaizal Idris, 42, mendakwa masalah membabitkan pekerja tempatan di kilang berkenaan berlaku pada awal 2016 dan usaha pekerja di situ untuk berjumpa dan berbincang dengan pengurusan tertinggi syarikat seperti tidak dilayan.

Katanya, mereka amat memerlukan tunggakan gaji berkenaan untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak serta membayar hutang.

“Kami harap sangat ada yang sudi membela dan mengetengahkan masalah ini ke peringkat yang lebih tinggi. Sekurang-kurangnya bolehlah kami membiayai anak-anak ke sekolah dan bolehlah bayar sikit mana-mana hutang yang ada,” ujarnya.

Kesemua bekas pekerja kilang keluli itu mahu pihak syarikat membayar tunggakan gaji serta pampasan atau faedah penamatan kerja seperti yang termaktub di bawah Akta Kerja 1955 dan undang–undang buruh berkaitan.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, wakil syarikat berkenaan yang berjaya dihubungi mereka berkata, pihaknya hanya akan membuat pembayaran tunggakan gaji dan pampasan selepas proses perbincangan selesai dan jumlah sebenarnya dimuktamadkan.

“Jumlah yang dianggarkan hanyalah RM700,000 dan kita kini dalam proses perbincangan dengan kesatuan pekerja untuk terus bertindak.

“Selain itu jumlah tuntutan yang sebenar perlu dimuktamadkan oleh peguam dan apabila semua sudah selesai baru syarikat boleh membuat pembayaran kepada mereka,” katanya.



Source link

read more

Pekerja kilang di Kampung Jawa diculik sekumpulan lelaki



SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang pengeluar penapis di Kampung Jawa di sini dilarikan sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di hadapan pintu masuk kilang itu hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa S. Jothimani, 48, ditarik masuk ke dalam kereta jenis Mercedez Benz berwarna putih yang sedang menunggu di luar pintu masuk kilang itu oleh salah seorang lelaki dalam kereta itu.

Adik mangsa, yang hanya dikenali sebagai Ruvan, berkata kakaknya sebelum itu menerima panggilan daripada seorang individu mendakwa dirinya daripada sebuah syarikat beli-belah dalam talian dan hendak menghantar barang.

“Kakak saya keluar untuk berjumpa seorang lelaki di hadapan pintu masuk kilang itu.

“Namun setibanya di hadapan pintu masuk, beliau menemui seorang lelaki memakai baju putih, manakala dua lagi lelaki menunggunya di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kakaknya dipaksa menaiki kereta itu sebelum ditarik seorang lelaki dari dalam kenderaan itu.

Ruvan hanya mengetahui kejadian yang menimpa kakaknya itu setelah salah seorang daripada dua anak lelaki mangsa menerima panggilan telefon daripada penyelia kilang itu kira-kira 15 minit selepas kejadian.

Beliau mendakwa kakaknya tidak mempunyai musuh dan pihaknya juga tidak mengenali lelaki itu berdasarkan rakaman CCTV dan tidak pernah menerima sebarang ugutan daripada mana-mana individu.

“Saya dimaklumkan ahli keluarga bahawa kenderaan yang dinaiki penculik juga merupakan kereta curi yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di Subang Jaya,” katanya.

Rakaman CCTV berdurasi 33 saat berhubung kes penculikan itu tersebar luas dalam WhatsApp hari ini di mana ia menunjukkan wanita itu ditarik masuk oleh seorang lelaki ke dalam kereta itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

– BERNAMA



Source link

read more

Kebakaran hutan California jejas muzium kilang wain lebuh raya



LOS ANGELES: Kebakaran hutan yang besar berlaku di Los Angeles pada awal pagi Rabu waktu tempatan, tidak jauh dari muzium The Getty Centre yang menempatkan koleksi karya seni kelas dunia.

Ia merebak hingga ke lereng Gunung Santa Monica dan turut menjejaskan kawasan kejiranan Bel Air yang mewah, memusnahkan beberapa buah rumah, kilang wain serta penempatan haiwan liar.

Lebih memburukkan, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan angin bertiup kencang pada 22 dan 33 batu sejam.

Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti berata, sekurang-kurangnya enam buah rumah telah musnah akibat kebakaran di Bel Air.

Api meletus awal pagi Rabu bermula di Sepulveda Pass, laluan komuter utama di antara bahagian barat Los Angeles dan lembah San Fernando di utara.

Kebakaran merebak di lereng bukit di sebelah timur sehingga ke kawasan kejiranan mewah menyebabkan lebih 1,000 orang diarahkan berpindah.

Kebakaran dilaporkan seluas 150 ekar dengan pembendungan sifar.

Ketika ini, kira-kira 500 anggota bomba dikerah bersama helikopter membawa air dan kapal terbang dalam usaha memadamkan kebakaran itu.

Beberapa saksi juga dilihat memuatnaik kejadian berkenaan di media sosial. 



Source link

read more

Dua maut puluhan cedera letupan di kilang



SEKURANG-KURANGNYA dua maut manakala puluhan lagi cedera dalam satu kejadian letupan di Ningbo, barat China.

Jurucakap kerajaan tempatan berkata, kejadian berlaku di sebuah kilang pada jam 9 pagi waktu tempatan di daerah Jiangbei dan menyebabkan beberapa bangunan berdekatan runtuh.

Sekurang-kurangnya 30 orang dikejarkan ke hospital dan operasi mencari dan menyelamat kini giat dilakukan.

Media tempatan melaporkan kejadian berpunca daripada tong gas yang meletup namun punca sebenar kejadian masih disiasat pihak berkuasa.

Kemalangan di tempat kerja semakin meningkat di China sehingga mendorong industri untuk meningkatkan aspek keselamatan.

Pihak kerajaan telah meningkatkan penguatkuasaan di tempat kerja serta melaksanakan hukuman lebih ketat.

Susulan ini jumlah kematian di tempat kerja pada 2017 jatuh lebih 25 peratus berbanding tahun sebelumnya namun ia masih tinggi. Sekurang-kurangnya 29,000 mangsa dilaporkan maut di tempat kerja tahun ini.



Source link

read more

Kilang sawit punca pencemaran ammonia di LRA Sembrong Barat – Alam Sekitar


KLUANG 19 Nov. – Sebuah kilang memproses kelapa sawit di Jalan Batu Pahat, dekat sini dikenal pasti menyebabkan pencemaran ammonia terhadap bekalan air mentah Loji Rawatan Air (LRA) Sembrong Barat hingga operasinya dihentikan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, berikutan itu kilang tersebut digantung operasi serta-merta.

“Kilang berkenaan juga berdepan kompaun RM250,000. Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan notis penggantungan operasi kilang ini selama tiga bulan.

“Notis penggantungan lesen diambil di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Pelesenan) 1977,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat LRA tersebut di sini sebentar tadi.

Tinjauan selama satu jam itu turut disertai JAS, Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (Bakaj), SAJ Ranhill Sdn. Bhd. (SAJ) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam SAJ dalam kenyataannya memberitahu, sumber air mentah di Empangan Sembrong dikesan dicemari ammonia menyebabkan LRA Sembrong Barat dihentikan operasi mulai petang semalam.

Penutupan LRA Sembrong Barat menjejaskan 45,000 pemegang akaun di daerah ini dan pencemaran ammonia itu merupakan kali keempat dalam tahun ini di Johor. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kilang gentian kelapa sawit musnah terbakar – Nahas & Bencana


GUA MUSANG 16 Nov. – Sebuah kilang membuat gentian berasaskan tandan kelapa sawit yang dibuka sejak setahun lalu di kawasan Perindustrian Gua Musang di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.40 pagi itu, menyebabkan hampir 70 peratus bangunan tersebut musnah.

Difahamkan kilang berkeluasan 12,263 meter persegi tersebut menghasilkan gentian untuk barangan asas perabot.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 1.49 pagi daripada pekerja kilang terbabit.

“Seramai 18 anggota bersama empat jentera tiba di tempat kejadian 11 minit kemudian kira-kira 2.02 pagi.

“Api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit. Namun, proses pemadaman secara keseluruhan mengambil sedikit masa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Anuar, tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan kerana semasa kejadian kilang itu tidak beroperasi.

“Ketika kejadian, terdapat pekerja yang berada di kawasan tersebut, ternampak kepulan asap sebelum menghubungi pihak bomba.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak kami,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kilang tekstil meletup, lima maut – Nasional


ANKARA 8 Nov. – Kira-kira lima orang terbunuh manakala 16 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang tekstil di barat laut negara itu hari ini, dipercayai berpunca daripada dandang.

Rakaman di tempat kejadian menunjukkan letupan itu mengakibatkan bumbung kilang tersebut runtuh dan menyebabkan kerosakan pada beberapa kenderaan berdekatan.

Ujar Menteri Buruh, Julide Sarieroglu, kesemua mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital wilayah dan keadaan mangsa dilaporkan stabil. – REUTERS



Source link

read more

Tangki diesel kilang terbakar di Rawang – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 3 Nov. – Sebuah tangki simpanan diesel musnah dalam kebakaran di sebuah kilang di Jalan Kuang Kuala Garing, Rawang dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.24 petang tadi sebelum 30 anggota dari tiga balai bomba berdekatan bergegas ke lokasi kejadian.

“Buat masa ini, api telah berjaya dipadamkan dengan bantuan tiga balai bomba melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, BBP Batu Arang dan BBP Selayang.

“Kita sedang mengesan tiga lelaki dipercayai mangsa dilaporkan hilang dalam kejadian ini,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons