Kim Kardashian suami timang bayi ketiga menerusi kaedah ibu tumpang



BINTANG realiti TV, Kim Kardashian dan suami Kanye West umum timang bayi ketiga menerusi kaedah ibu tumpang.

Bayi perempuan itu dilahirkan pada Selasa.

Pasangan itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama atau lokasi bayi itu dilahirkan.

Kim dan Kanye sebelum ini sudah mempunyai dua cahaya mata, North West dan Saint West.

“Kami gembira untuk mengumumkan kelahiran bayi ketiga kami, terima kasih kepada ibu tumpang yang membuatkan impian kami jadi nyata.

“Ini adalah hadiah terindah,” umum Kim menerusi aplikasi telefonnya.

Pasangan itu mengesahkan September lalu menanti kehadiran cahaya mata ketiga menerusi kaedah ibu tumpang.

Kisah Kim mahu mendapatkan anak turut dipaparkan dalam siri TV “Keeping Up with The Kardashians”.

Bintang itu berdepan beberapa kesukaran, kerana didiagnos dengan komplikasi plasenta yang boleh mengancam nyawa.



Source link

read more

Stop this nonsense please – Dr Amalina Bakri enggan dilabel Kim Kardashian Malaysia



EKORAN gaya pemakaian dan penampilan yang hampir sama dengan selebriti antarabangsa Kim Kardashian, pelajar pintar Malaysia, Dr. Amalina Che Bakri sering dilabelkan dengan gelaran Kim Kardashian Malaysia.

Suka atau tidak, Amalina menerusi Twitternya menegaskan dia tidak mahu disamakan dengan sesiapa termasuk Kim Kardashian.

“Hentikan perkara merepek ini!” tegasnya di Twitter.
 

BACA: ‘Rugi belajar jauh-jauh? Saya selamatkan pesakit, apa yang anda buat?’ – Amalina Bakri

GALERI FOTO: Hari konvokesyen Nur Amalina Che Bakri

Hal itu dibangkitkan Amalina apabila sebuah portal tempatan menyamakannya dengan Kim Kardashian baru-baru ini.

Isu itu menarik perhatian penyanyi Yuna yang menyokong tindakan Amalina.

Malah, netizen juga menyokong pendirian Amalina untuk tidak disamakan dengan mana-mana selebriti.

“Anda jauh lebih baik daripada Kardashians,” tulis @hnsyrhx.

“Ini cuma metafora, itu maknanya anda sangat menawan,” puji @aqeef1780.

Amalina melakar rekod apabila menjadi pelajar Malaysia pertama memperoleh keputusan cemerlang 17A1 dalam SPM tahun 2004.

Kini Amalina sedang bertugas sebagai pelatih jurubedah di The Royal College of Surgeons of England selepas menamatkan pengajian di University of Cambridge.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter, IG @dramalinabakri



Source link

read more

Anak buah Kim Swee pamer aksi longlai


Kuala Lumpur: Malaysia gagal mengutip tiga mata pertama dalam aksi sulung kejuaraan B-23 AFC 2018 di China selepas tewas 1-4 di tangan Iraq dalam perlawanan berlangsung di Stadium Changsu.

Gawang Malaysia bolos seawal minit ke-5 hasil tandukan kemas Mohammed Khalid Jaffal Al-Jumaili yang menerima hantaran silang dari sebelah kiri oleh rakan sepasukannya.

Masuk minit ke-28, Iraq menggandakan jaringan menerusi Amjad Attwan yang berjaya menghidu kealpaan pertahanan Malaysia.

Sambung babak kedua, Iraq terus menghukum pertahanan Malaysia dengan jaringan ketiga pada minit ke-56 selepas pemainnya, Alaa Ali Mhawi bijak melepasi perangkap ofsaid.

Malaysia bagaimanapun enggan mengalah dengan penguasaan Iraq dan akhirnya berjaya menyumbat gol sagu hati melalui jaringan Safawi Rasid pada minit ke-79.

Baki lapan minit perlawanan, Hussein Ali Al-Saedi menambah kedukaan Malaysia sekaligus menamatkan perlawanan dengan keputusan 1-4.

Malaysia dijangka akan terus berdepan laluan sukar apabila dijadual bertemu Jordan 13 Januari ini sementara Arab Saudi pada 16 Januari.



Source link

read more

Pemain cukup bersedia galas cabaran di China – Kim Swee


KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee percaya pemainnya mampu memberi tentangan sengit kepada tiga pasukan negara Arab dalam aksi Kumpulan C Kejohanan Bola Sepak B-23 AFC 2018 di China.

Biarpun bakal menghadapi tugas sukar berdepan pasukan Iraq, Jordan dan Arab Saudi, beliau yakin anak buahnya sudah cukup bersedia menentang lawan mereka itu berdasarkan persiapan dilakukan menjelang kejohanan berkenaan.

“Berdepan tiga pasukan hebat akan memberi pengalaman berharga kepada pemain. Kita tahu kita perlu berusaha keras untuk meraih keputusan positif menentang mereka dan saya percaya, pemain akan menampilkan aksi terbaik dalam kesemua perlawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan pada Selasa. Rakaman audio sidang media berkenaan turut diperoleh Bernama.

Mengenai perlawanan pembukaan menentang Iraq di Stadium Changshu pada Rabu, Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu ‘hormat’ berdepan lawan mereka itu yang memiliki rekod baik pada kejohanan tersebut.

“Kita tidak boleh menafikan Iraq sebuah pasukan yang bagus, baik di peringkat remaja dan senior dalam kejohanan AFC, dan saya tidak sabar untuk perlawanan esok menentang mereka.

“Barisan pemain juga sedar kemampuan Iraq pada kejohanan itu berdasarkan rekod mereka sebelum ini, namun jika kita menggunakan strategi yang betul, saya percaya kita boleh mendapat keputusan positif menentang mereka,” jelasnya.

Selepas perlawanan menentang Iraq, skuad Malaysia akan berdepan Jordan pada 13 Jan di venue yang sama, sebelum melengkapkan jadual perlawanan bertemu Arab Saudi di Stadium Kunshan, tiga hari kemudian.

— BERNAMA



Source link

read more

Dituduh berpesta sewaktu anak sakit Saya tiada masa layan haters jawab Kim K



“SAYA tiada masa untuk melayan ‘haters’”.

Bintang TV realiti, Kim Kardashian berang apabila dituduh mengabaikan anaknya, Saint yang diserang pneumonia.

Dalam tweetnya, Kim, 37 tahun menegaskan bahawa dia tidak pernah  meninggalkan anaknya itu walaupun seminit.

Tegas bintang itu, dia dan suami, Kanye West berada di hospital dari Rabu malam hingga Sabtu.

“Malam tahun baharu adalah pada malam Ahad. Orang ramai datang ketika dia (Saint) sudah pun tidur.

“Jangan cuba mempersendakan saya terutamanya membabitkan anak-anak saya,” tegasnya dalam tweet tersebut.

BACA: Saint West diserang pneumonia, Kim dan Kanye bertukar syif jaga anak

Netizen menuduh Kim berpesta malam tahun baharu diketika anaknya yang berusia dua tahun sedang sakit.

Kim menjelaskan, Saint diserang pneumonia pada penghujung tahun 2017.

Bagaimanapun, Saint telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.

Dalam pada itu, Kim turut berterima kasih kepada senua doktor dan jururawat yang menjaga merawat anaknya sehingga sembuh.

Dia turut menyifatkan ia satu pengalaman yang cukup membimbangkan.



Source link

read more

Saya punya lagi besar dan berfungsi- Trump tempelak Kim Jong Un



WASHINGTON: “Butang nuklear milik  saya lebih besar dan lebih baik daripada butang nuklear kamu!”

Itulah mesej dari Presiden Donald Trump kepada Korea Utara Kim Jong Un pada Selasa.

Trump menulis tweet sebagai balasan kepada pengisytiharan Kim pada awal minggu ini bahawa dia mempunyai butang untuk senjata nuklear di atas meja dan seluruh tanah besar AS dan begitu hampir dengan jarinya.

BACA: Amerika jangan main-main, jari saya sentiasa dekat dengan butang nuklear – Kim Jong Un

Ternyata kenyataan Kim itu sangat memberi kesan kepada Presiden Amerika Syarikat itu sehingga terpanggil untuk membalasnya.

Dalam entri itu juga Trump bertanya sama apakah ada seseorang dari rejim kekurangan makanan dan lemah seperti Kim boleh memaklumkan kepadanya bahawa dia juga mempunyai butang nuklear.

Apa yang penting kata Trump butang nuklear miliknya masih berfungsi!



Source link

read more

Saint West diserang pneumonia Kim dan Kanye bertukar syif jaga anak



SAINT WEST, anak kepada pasangan selebriti Kim Kardashian dan Kanye West, dimasukkan ke hospital minggu lepas selepas dijangkiti penyakit pneumonia.

Menurut sumber, Saint, 2 tahun dibawa ke sebuah hospital di L.A. Khamis lalu.

Sumber yang sama turut melaporkan, Kim dan Kanye sentiasa berada di sisi Saint dan bertukar syif menjaga anak mereka.

Saint dibenarkan keluar hospital pada Sabtu dan kini berada di rumah dan semakin sembuh, lapor TMZ.

Beberapa hari sebelum Saint dimasukkan ke hospital, Kim memuat naik gambar keluarganya semasa perayaan Krismas.

Anak selebriti itu juga dimasukkan ke hospital selepas Kim dilihat menghadiri ‘Taco Party’ bersama JLo dan A-Rod pada Rabu.

Kim dan Kanye bakal menimang anak perempuan bulan ini.



Source link

read more

Amerika jangan main-main jari saya sentiasa dekat dengan butang nuklear – Kim Jong Un



PYONGYANG: “Awas, hanya satu butang diperlukan untuk melancarkan peluru berpandu ke Amerika Syarikat.”

Itu amaran pemimpin Korea Utara Kim Jong Un kepada negara Uncle Sam, susulan ketegangan berhubung pembangunan program nuklearnya.

Dalam amanat tahun baharu, Jong Un memaklumkan Amerika Syarikat kini dalam lingkungan sasaran senjata nuklear Pyongyang, dan butang untuk lancarkan peluru berpandu sentiasa berada di jarinya.

“Ini realitinya, ini bukan lagi ancaman,” kata Jong Un dalam amanat yang disiarkan di televisyen.

Sehubungan itu, Jong Un anggap Amerika tidak lagi berada dalam kedudukan untuk melancarkan perang, kerana kemampuan Pyongyang kini adalah sama.

Dalam pada itu, Jong Un memaklumkan akan memberi tumpuan kepada pengeluaran peledak nuklear dan peluru berpandu balistik secara besar-besaran.

Senjata itu akan digunakan apabila kepentingan keselamatan Pyongyang terancam.

Korea Utara melancarkan enam ujian peluru berpandu balistik tahun ini, menimbulkan kebimbangan timbul ketegangan baru di semenanjung Korea.



Source link

read more

Kanye West beli saham 5 syarikat gergasi untuk Kim Kardashian


KUALA LUMPUR: Kanye West menghadiahkan isterinya, Kim Kardashian hadiah Krismas yang tidak disangka dan boleh digandakan nilainya pada masa akan datang.

Menerusi video ‘Instagram Story’ laman Instagram Kim K, beliau menunjukkan hadiah yang diberikan Kanye dengan cara yang menarik.

Kotak hadiah pertama mengandungi patung Mickey Mouse, stokin Adidas, kad hadiah Netflix, kad hadiah Amazon dan fon kepala berjenama Apple.

Tetapi itu hanya petunjuk kepada hadiah utama.

Kanye beli saham 5 syarikat gergasi untuk Kim Kardashian

Kotak hadiah pertama oleh Kanye West

Seterusnya, Kim menunjukkan kotak hadiah kedua yang mengandungi saham dari syarikat-syarikat itu.

Sijil saham syarikat Walt Disney, jelas menunjukkan nilai saham yang dibeli iaitu AS$100,000 dan Kanye dipercayai membeli setiap saham pada nilai yang sama.

Sijil saham 5 syarikat gergasi.



Source link

read more

PlayStation Kim Jong-un kena godam antara ramalan ancaman siber 2018



FIRMA perisikan keselamatan Amerika Syarikat (AS), LogRhythm meramalkan perang siber antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara akan semakin menjadi-jadi pada tahun hadapan dan akan memberi kesan langsung kepada pengguna.

Perang siber itu turut melibatkan serangan ke atas konsul permainan PlayStation milik Kim Jong-un.

“AS dan Korea Utara sudah melancarkan serangan siber sejak beberapa tahun dahulu dan ia dijangka semakin sengit pada tahun ini.

“Tekanan (akibat perang siber) dijangka memuncak dan orang awam dikhuatiri akan mula menerima tempiasnya,” jelas LogRhythm dalam satu kenyatan akhbar baru-baru ini.

Firma itu turut menjangkakan lebih banyak kes membabitkan pengodaman sistem Bitcoin tahun ini dan ia dikhuatiri menyebabkan kerugian besar-besaran kepada pengguna. 

“Peningkatan penggunaan Bitcoin akan mengundang lebih ramai penggodam untuk menceroboh masuk sistem Bitcoin, menyebabkan kerugian besar kepada pemiliknya,” tambah LogRhythm lagi.

Selain itu, LogRhythm menjangkakan jumlah kerugian akibat kebocoran data terbesar akan meningkat sehingga mendorong AS untuk menggubal dasar baharu bagi memperketatkan perlindungan data peribadi.

Turut diramal, peningkatan jumlah kes pencerobohan drone akan memberi ancaman kepada keselamatan siber.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons