Profil PlayStation Kini Boleh Diakses Melalui Web – Amanz


Sebelum ini, ia mungkin sedikit sukar untuk mengakses profil PlayStation milik anda atau rakan anda di luar platform PlayStation atau melalui pelayar web. Kini, pihak Sony mengatasi masalah berkenaan, dan membawa penggunaan profil PlayStation untuk diakses melalui web pada sebarang peranti.

PlayStation Profil

Ditawarkan melalui panel My PlayStation di web, pengguna boleh melihat dan mencari rakan-rakan lain, selain melihat notifikasi, menghantar mesej dan sebagainya.

Anda juga boleh membandingkan skor dengan rakan-rakan, serta kekal berhubung dengan rakan tanpa perlu menggunakan konsol PS4 atau melalui aplikasi mudah-alih.

Bagi anda yang mempunyai akaun PlayStation, boleh mengakses panel My PlayStation hari ini melalui web.

Layari : My PlayStation



Source link

read more

Xiaomi Mi Sphere Camera Kit Dan Mi Dashcam Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM248 – Amanz


Xiaomi mula menawarkan pelbagai produk keluaran mereka selain peranti pintar dan powerbank sejak tahun lalu. Kesemua produk ditawarkan pada harga yang mampu milik. Hari ini dua lagi produk kamera mula dijual di Malaysia iaitu Xiaomi Mi Sphere Camera Kit dan Mi Dashcam.

Mi Sphere Camera Kit dilancarkan tahun lalu di China. Ia adalah kamera kompak dengan kemampuan rakaman video 360 darjah. Dua sensor kamera Sony IMX206 sebesar 16-Megapixel digunakan dengan sokongan EIS. Mi Panoramic mampu mengambil gambar pada resolusi 23.9-Megapixel dan video pada resolusi 3.5K. Bateri sebesar 1600 mAh yang digunakan mampu membelikan rakaman sehingga 90 minit. Kamera ini kalis air IP67 dan dijual di Malaysia pada harga RM 1198.

Mi Dashcam pula kamera untuk merakam video ketika memandu. Ia dilengkapi sensor Sony IMX323 yang dipadankan dengan lensa 160 darjah f/1.8. Setiap kamera dilengkapi bateri sebesar 240 mAh. Bagi yang berminat Mi Dashcam dijual pada harga RM 248 sebuah.

Layari : Mi Store



Source link

read more

Facebook Messenger Kini Memudahkan Lagi Proses Untuk Membuat Panggilan Berkumpulan – Amanz


Facebook sedia menawarkan sokongan panggilan video berkumpulan sebelum ini, tetapi proses untuk melakukannya sedikit sukar. Sebelum ini, sekiranya anda ingin mengubah panggilan individu kepada panggilan berkumpulan, anda perlu menamatkan panggilan, membuat perbualan berkumpulan pada Messenger, dan memulakan panggilan melaluinya.

Facebook Messenger Call

Kini, Facebook memudahkan proses berkenaan pada Messenger. Bermula hari ini, Facebook menambah sebuah ikon baru ketika membuat panggilan video, iaitu ikon “Add Person”.

Ketika membuat panggilan perseorangan, kini anda boleh tap pada ikon berkenaan, dan menambah rakan atau ahli keluarga baru untuk turut menyertai panggilan video berkenaan.

Ciri baru ini ditawarkan bermula hari ini untuk semua pengguna Android dan iOS seluruh dunia untuk panggilan video dan juga panggilan suara.



Source link

read more

Facebook Kini Memudahkan Anda Berkongsi Kandungan Objek 3D – Amanz


Facebook sebelum ini sedia menawarkan sokongan berkongsi kandungan objek 3D, dan hari ini, mereka menambah-baiknya lagi dengan penambahan sokongan untuk gITF 2.0 pada News Feed.

Dengan penambahan ini, pengguna boleh berkongsi kandungan 3D terus ke Facebook, sekaligus memudahkan pengguna lain melihat dan berinteraksi dengan kandungan berkenaan dengan lebih realistik.

Facebook dilihat menambah sokongan ini sebagai langkah mengalakkan arena realiti-maya dan realiti-gabungan. Gergasi laman sosial ini sendiri mengatakan yang mana mereka akan menambah lebih banyak sokongan untuk kandungan 3D ini dari masa ke semasa.

Bagi anda yang mempunyai kandungan 3D, atau telefon pintar Xperia XZ1, mungkin boleh mencuba hasilkan kandungan objek 3D anda, dan berkongsi terus ke Facebook hari ini.



Source link

read more

Nah Pok Ya Cong Codei kini setaraf Fattah Amin


“YA, benar bagai dikata. Percayalah.”

Populariti watak Pok Ya Cong Codei sudah menyamai Fattah Amin yang meningkat naik gara-gara watak juruterbang bernama Ejaz Fakhri dalam ‘Suri Hati Mr Pilot’.

Kisahnya, saya berada di Kelantan untuk liputan menjelang #MalaysiaMemilih, tetapi secara tak sengaja terserempak dengan kisah-kisah tular Pok Ya Cong Codei yang terus diperkata sehingga kini.

Aneh dan ajaib, bagaimana kisah watak rekaan, umpama bagai satu sosok yang benar-benar ada kalangan penduduk di sini.

Sabri Yunus, si gedebe kampung dalam drama ‘Pok Ya Cong Codei’ itu, tak lagi dipanggil dengan namanya sendiri, tetapi sudah lekat dengan nama Pok Ya.

Hangatnya nama Pok Ya Cong Codei di negeri serambi Mekah ini, hinggakan ada satu majlis minum petang dianjurkan khusus untuk peminat bersua muka dengan beliau.

Majlis minum petang bersama Pok ya Cong Codei

 Populariti Pok Ya Cong Codei mendorong penganjuran Majlis Minum Petang di sebuah hotel di Kota Bharu – Gambar Astro AWANI/Marlina Manaf

Jualan tiket umpama persembahan ‘stand up comedy’, di mana setiap peminat dikenakan bayaran RM50 untuk majlis hi-tea di sebuah hotel.

Inilah mirip apa yang dilalui Fattah Amin, pasca berakhir tayangan ‘Suri Hati Mr Pilot’ di kaca televisyen.

Majlis-majlis minum petang bersusun dianjurkan kelab peminat, sehingga ke Singapura dan Brunei, demi memenuhi kegilaan peminat melihat Ejaz Fakhri.

Sama cerita yang berlaku sekarang kepada Pok Ya Cong Codei.

Hebatnya penangan Pok Ya Cong Codei yang dimainkan Sabri, peminat sanggup bayar untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Kisah Pok Ya belum tenggelam, biarpun selepas sebulan drama ‘Pok Ya Cong Codei’ ditayangkan di Astro Citra.

Rakan di Kuala Lumpur menghubungi saya dan memaklumkan, ada pula jualan DVD cetak rompak drama ‘Pok Ya Cong Codei’, secara meluas.

DVD cetak rompak Pok Ya Cong Codei dijual di Kelantan

 DVD Drama ‘Pok Ya Cong Codei’ kini dijual secara meluas. – Gambar Astro AWANI/ Marlina Manaf
 

Saya ke Wakaf Che Yeh meninjau kesahihan itu.

Dapatan tinjauannya?

Ye betul. DVD cetak rompak drama Pok Ya Cong Codei berharga RM5 sekeping berlambak dijual.

Ketika melangkah ke gerai DVD, kisah Pok Ya Cong Codei inilah yang sedang disusun untuk dipamerkan.

“Buleh jual seribu copy doh kak, dale maso seminggu ni,” (Dah seribu salinan DVD dijual dalam masa seminggu) kata si penjual DVD yang tidak perlulah saya namakan.

“Cerito ni loni hok laku skali, nok tunggu sambungan nombor duo tok tubik lagi,” (Cerita ini paling laris sekarang, tunggu sambungan Pok Ya yang kedua belum dikeluarkan), tambahnya.

BACA: Pok Ya Cong Codei viral, sudah ada fan page & lagu rap

BACA: Ada apa dengan Pok Ya Cong Codei

BACA: Ramai orang macam Pok Ya Cong Codei – Sabri Yunus

BACA: ‘Saya imam, bukan pelakon’

Kalau ikut kajian kes populariti si Fattah Amin, lama lagi sosok seorang Pok Ya ini akan jadi bualan peminatnya.

Mungkin berpotensi untuk dikembangkan lebih lagi dan kini ia dianggap satu jenama kebanggaan rakyat Kelantan.

Siapa tahu, kelak menyusul sekuel drama Pok Ya atau kisah itu diangkat pula ke layar perak satu hari nanti.

Insya-Allah.



Source link

read more

Pendaftaran Untuk Para Pelajar Malaysia Menyertai Google Games SEA 2018 Kini Dibuka – Amanz


Google Games merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Google, dimana melaluinya sejumlah pasukan daripada universiti akan menyertainya dan bersaing untuk menjadi antara yang terbaik.

Google Games akan diadakan di pejabat Google, dan mempertandingkan sejumlah perkara, termasuk dari segi trivia, tekaria, pengaturcaraan dan sebagainya. Setiap pasukan akan disertai oleh empat orang.

Google Games

Untuk para pelajar tempatan, anda boleh mendaftar untuk menyertai Google Games SEA 2018 ini sebelum 28 Februari 2018 ini, dan menyertai acara berkenaan yang dijadualkan untuk diadakan di Kuala Lumpur pada 17 Mac 2018 kelak.

Daftar : Google Games SEA 2018



Source link

read more

Google Kini Hadir Dengan Ciri Menyunting Dan Berkongsi Screenshot Terbina Di Dalam Aplikasi Google – Amanz


Mengambil screenshot  dengan peranti Android merupakan sesuatu yang biasa sahaja. Tidak seperti iOS, ciri pengambilan screenshot Android tidak membenarkan para pengguna mengedit ataupun berkongsi imej tersebut dengan mudah.

Semua itu bakal berubah tidak lama lagi kerana Google baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menambahkan ciri mengedit dan berkongsi screenshot di dalam aplikasi Google seperti Google Feed, Google Search dan Chrome Custom Tabs.

 

Apabila diaktifkan melalui menu tetapan Google, setiap kali anda mengambil screenshot pada aplikasi-aplikasi Google yang dinyatakan sebelum ini, sebuah menu akan keluar dari bawah, memberikan anda pilihan untuk samada mengedit screenshot tersebut ataupun kongsikannya melalui emel ataupun media sosial.

Ciri edit ini membenarkan anda memotong screenshot yang diambil, disamping menconteng dan menyorokkan butiran yang hadir pada gambar tersebut. Gambar yang sudahpun diedit ini kemudiannya boleh dilihat pada folder Screenshot didalam peranti anda.

Ciri ini baru sahaja hadir melalui aplikasi Google versi 7.21 yang kini berada di dalam beta, dan sesiapa sahaja yang ingin mencuba ciri ini boleh ke laman web penguji beta Google untuk mendaftar sebagai seorang penguji beta Google.



Source link

read more

Wanita Arab Saudi kini dibenar berniaga tanpa kebenaran mahram



RIYADH: Kementerian Perdagangan dan Pelaburan Arab Saudi secara rasmi mengumumkan golongan wanita Arab Saudi dibenarkan bergiat dalam bidang perniagaan tanpa kebenaran mahram.

Negara yang terkenal dengan undang-undang ketat terhadap wanita itu bertindak demikian sebagai usaha ke arah menjadi masyarakat lebih terbuka selain tuntutan sektor swasta yang makin mendesak.

Perubahan dasar yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Khamis lalu disifatkan sebagai satu langkah besar berbanding amalan sistem mahram yang ketat sejak berdekad lalu.

“Kaum wanita kini boleh jalani perniagaan dan mendapat faedah daripada perkhidmatan elektronik (e-perkhidmatan) tanpa perlu membuktikan kebenaran daripada penjaga,” kata kementerian berkenaan di laman web rasminya.

Sebelum ini, wanita Arab Saudi dikehendaki mengemukakan bukti kebenaran mahramnya dalam banyak urusan yang melibatkan dokumen kerajaan, perjalanan serta pendaftaran di bawah sistem penjagaan Arab Saudi.

Pertama kali dalam sejarah, kerajaan Arab Saudi telah membuka 140 jawatan bagi wanita di lapangan terbang dan zon lintasan sempadan, hingga menerima sehingga 107,000 permohonan.

Sebelum ini, sejarah tercatat di bumi Arab Saudi apabila larangan mengenai wanita yang tidak dibenarkan memandu dan juga menghadirkan diri di tempat umum seperti menonton perlawanan di stadium, dimansuhkan.

BACA: Wanita Arab Saudi kini boleh memandu trak, menunggang motosikal

BACA: Arab Saudi benarkan wanita tonton perlawanan bola sepak



Source link

read more

Fitbit Ionic Kini Boleh Didapati Dengan Diskaun RM100 – Amanz



RM1288 RM1399 -8%

Fitbit Ionic merupakan jam tangan pintar pertama daripada Fitbit, dan telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM1399 sejak beberapa bulan lepas. Kini, beberapa penjual turut menawarkannya pada harga kurang RM1300, sekaligus menjimatkan anda lebih RM100.

Fitbit Ionic

Ditawarkan oleh All IT Hypermarket, jam tangan pintar ini boleh didapati pada harga RM1299. Selain All IT Hypermarket, anda turut boleh mendapatkannya daripada AONE Plus pada harga RM1288.

Bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan jam tangan pintar ini dalam tempoh terdekat, boleh menyemak penawaran daripada para penjual ini hari ini.

Beli : Fitbit Ionic di AONE Plus



Source link

read more

Google Play Store Kini Menambah Tab Baru Untuk Memaparkan Notifikasi – Amanz


Google kini dilihat telah mengemaskini aplikasi Play Store, dan menambah sebuah tab baru yang dinamakan sebagai “Notifications”. Ia diposisikan dibawah bahagian “My Apps & Games”, dan dilihat ingin memudahkan para pengguna untuk mengikuti pelbagai notifikasi dengan mudah melaluinya.

Google Play Store Notifications

Daripada halaman tetapan yang ditawarkan, ia dilihat halaman ini akan memaparkan pelbagai notifikasi berkaitan aplikasi dan permainan kegemaran anda. Ia juga dijangka menawarkan notifikasi mengenai promosi aplikasi dan juga pra-daftar untuknya.

Bagi kami sendiri, tab baru ini dilihat telah aktif, tetapi masih tiada kandungan yang dipaparkan padanya buat masa ini.

Untuk anda, adakah anda sudah menerima tab baru Notifications pada Google Play Store anda?



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons