PM Najib kongsi kisah kejayaan seorang wanita


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi mengenai mengenai kisah seorang wanita yang berjaya dalam perniagaannya selepas mendapat bantuan daripada kerajaan.

Wanita berkenaan, Sharifah Dun hilang punca pendapatan apabila suaminya hilang pekerjaan di kilang ketika kegawatan ekonomi sehingga rumah mereka dilelong dan keretanya ditarik.

“Tetapi saya tidak mengalah, dengan hanya ada RM70 dalam poket, bantuan beras dan makanan dari Baitulmal, saya guna sebagai modal berniaga kecil-kecilan nasi lemak di stesen LRT Wangsa Maju.

“Dua bulan saya kumpul duit sedikit demi sedikit, cukuplah untuk sewa tapak berniaga di kaki lima sebuah restoran di Kuala Lumpur. Kemudian saya mohon bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) dan 1AZAM.

“Dari situ dapatlah saya sewa kedai, beli peralatan dapur dan menggaji pekerja,” kata wanita itu dan ia dikongsi oleh Najib dalam blog rasminya www.najibrazak.com.

Sharifah berkata hasil bantuan dan penat lelahnya kini menjadikan beliau memperolehi pendapatan harian antara RM1,000 hingga RM2,000.

Najib berkata wanita itu juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dan sentiasa mencari jalan membantu rakyat meningkatkan taraf hidup mereka.

Sharifah merupakan salah seorang yang menerima bantuan daripada inisiatif kerajaan Barisan Nasional yang meningkatkan hidup dan sosioekonomi rakyat pelbagai latar belakang.

Najib berkata secara keseluruhan, lebih daripada 100,000 peserta 1AZAM berjaya meningkatkan pendapatan.

Katanya, 2.26 juta pekerjaan baharu turut diwujudkan sejak 2010. Pendapatan bulanan sebanyak 98 peratus bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) juga meningkat.

1AZAM yang merangkumi lima program utama iaitu Azam Tani, Azam Niaga, Azam Khidmat, Azam Kerja dan Azam Bandar dilaksanakan bagi menjana dan meningkatkan pendapatan golongan yang tersenarai dalam sistem e-Kasih.

— BERNAMA



Source link

read more

Kisah Kendall Jenner dan jerawat di Golden Globe bikin netizen bising



BINTANG rancangan realiti dan model terkemuka, Kendall Jenner menarik perhatian ramai di majlis anugerah ‘The Golden Globes 2018’ baru-baru ini apabila tampil dengan busana gah namun kulit muka berjerawat.

Ia pantas menjadi isu yang hangat dibincangkan netizen termasuk ada yang memberi komen positif dan negatif dan ada yang berpendapat Kendall tidak selayaknya berada di karpet merah gara-gara ‘diserang’ kulit berjerawat.

Salah satu daripada pos yang menarik perhatian Jenner sendiri ialah dari pengguna Twitter @yellowcustards: “OK, tetapi @KendallJenner tampil dan menunjukkan jerawatnya sambil kelihatan seperti seorang bintang yang cantik, satu-satunya yang perlu difahami oleh semua wanita.”
Kendall turut memberi respon kepada tweet tersebut, “tiada apa yang boleh menghalang anda!

GALERI FOTO: Lihat gemerlapan bintang di Anugerah Golden Globe ke-75!

Respon Jenner diterima meluas oleh pengguna Twitter yang menggunakannya sebagai satu motivasi bagi wanita yang kurang yakin dan tidak berani menunjukkan diri yang sebenar.



Source link

read more

Rindu itu bukan mudah ini kisah benar lagu Cari Aku Jika Rindu



KUALA LUMPUR : Ungkapkan perkataan rindu jika anda merindui pasangan atau sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan anda.

Ini kerana rindu yang anda rasai tetapi tidak diungkapkan mungkin membawa padah kepada diri sendiri.

Kisah benar ini telah memberi inspirasi kepada Zahid Baharudin untuk menggubal sebuah lagu baharu berjudul ‘Cari Aku Jika Rindu‘.

Menurut Zahid, seorang pengikut laman media Instagramnya berkongsi cerita tersebut kepadanya dan mengharapkan beliau akan menjadikan kisah benar itu sebuah lagu.

“Pada mulanya agak sukar bagi saya untuk menjiwai lagu tersebut kerana tidak pernah mengalami keadaan yang sama.

“Namun, setelah mendapat ilham dengan penceritaan dari pencipta lagu tersebut, ia lebih mudah bagi saya untuk mempersembahkan lagu ini,” katanya ketika ditemu bual oleh Astro AWANI.

Lagu yang telah dilancarkan pada Jumaat ditulis oleh Hilmy Aslam dan komposernya adalah Zahid Baharudin, Kautsar Matsin dan Amir Ali.

Tambah Amir, untuk menambah kelainan kepada lagu tersebut, mereka menggunakan seruling sebagai instrumen utama.

“Penggunaan seruling dalam lagu ini untuk memberi nafas baharu agar ia akan lebih dekat dengan pendengar lagu ini,” katanya.

Bagi yang ingin mendengarkan lagu ini, anda boleh dengarkannya di playlist menerusi aplikasi Raku.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Raku di AppStore atau Google Play Store secara perrcuma di telefon pintar anda.



Source link

read more

Solo Kisah Star Wars paling gengster



BELUM lagi kebah demam Star Wars: The Last Jedi, spin-off filem perang galaksi itu Solo: A Star Wars Story sudah mulakan langkah awal promosi.

Menurut salah seorang penggerak utama jalan cerita filem ini Paul Bettany, Solo akan membawa penonton lari sedikit daripada naskhah francais Star Wars seperti yang sedia ada.

“Ia kisah Han Solo dan semestinya ceritanya meloncat-loncat. Pada satu tahap ia adalah filem gengster,” ujar Bettany.

Bettany menggantikan Michael K. Williams selepas pelakon itu menarik diri dalam filem berkenaan kerana pertindihan jadual dengan penggambaran filem The Red Sea Diving Resort.

Masalah berpunca tindakan pengarah asal Phil Lord dan Christopher Miller meninggalkan tugas sekerat jalan selepas berbalah dengan pihak penerbitan dan digantikan dengan pengarah veteran Ron Howard.

Selain Bettany filem ini turut membariskan beberapa lagi nama besar Hollywood antaranya Donald Glover, Woody Harrelson dan Thandie Newton.

Bagaimanapun watak utama Han Solo disandarkan ke bahu pelakon kurang ternama Alden Ehrenreich.

Solo: A Star Wars Story dijadual membuka tirai tayangan pada 25 Mei 2018.



Source link

read more

PAU2017 Lawan Guan Eng pun saya tak kisah – Nong Chik



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyatakan kesanggupannya bertanding dengan Lim Guan Eng jika Setiausaha Agung DAP itu mahu bertanding dengannya di Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Tegasnya, ia sekali gus tanda kesediaannya mencabar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada PRU akan datang.

Jelasnya, kenyataan itu dibuat berdasarkan khidmat satu penggal tanpa jawatan yang diberikan kepada penduduk di kawasan itu.

BACA: Dengar kata, Nurul Izzah nak lari dari Lembah Pantai – Shahrizat

“Wakil daripada pakatan selalu tukar-tukar kawasan. Kami dari UMNO bersedia untuk menghadapi sesiapa pun, Nurul Izzah ke, Lim Guan Eng ke, lawan tetap lawan,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017).

Pada PRU-13, Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi.

Dalam PRU-12 pula, Nurul Izzah merampas kerusi itu dari tangan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.



Source link

read more

Cinta terbahagi dua kisah hidup Azharina menangis ketika proses rakaman


JUARA musim ketiga Gegar Vaganza (GV), Azharina Azhar mengakui single terbaharunya berjudul Cinta Terbahagi Dua adalah adaptasi daripada kisah hidupnya.

Malah Azharina mengakui dia turut mengalirkan air mata ketika merakamkan lagu ciptaan komposer popular, Julfekar itu.

“Ya, saya sebak sebaik sahaja membaca lirik lagu ini. Apatah lagi ia terlalu dekat dengan kisah hidup saya, tetapi biarlah cerita tersebut menjadi memori buat diri saya.

“Saya sendiri tidak sangka akan mengalirkan air mata ketika menyanyikan lagu Cinta Terbahagi Kedua, sehinggakan ketika rakaman berlangsung Julfekar bertanya kepada saya samada mahu teruskan rakaman atau tidak.

“Sebagai penyanyi saya perlu profesional ketika bekerja, emosi harus diketepikan dan akhirnya lagu tersebut selesai dirakam dalam masa 30 minit,” katanya kepada Astro Gempak.

Azharina berkata, Cinta Terbahagi Dua merupakan salah satu lagu yang akan dimuatkan di dalam album studionya yang ketiga.

“Sebenarnya selain lagu ini ada empat buah lagu lagi yang telah siap dirakam ciptaan Julfekar, iaitu Kesetiaanku, Tetap Kan Abadi, Jemput Kenangan dan Kasih Abadi.

“Sejujurnya saya gembira dan teruja untuk perdengarkan lagu-lagu terbaharu saya kepada peminat. Maklumlah saya pun sudah tidak menerbitkan album … Selepas album Nina saya hanya muncul dengan beberapa buah single sahaja.

“Jadi saya berasakan ini adalah masa yang sesuai untuk memberikan hadiah istimewa ini kepada peminat,” katanya ketika ditemui pada majlis pradengar kelima-lima buah lagu barunya nya di kediaman Julfekar di Sungei Besi, baru-baru ini.

Tambah penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu, album ketiganya itu mengambil masa selama hampir setahun sebelum lima buah lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut siap dirakam.

“Album ketiga saya dijangka diterbitkan pada Januari atau Februari depan dan saya berharap peminat dapat menerimanya dengan baik,” katanya yang baru selesai merakamkan video lirik untuk single Cinta Terbahagi dua, pada Rabu lalu.

 



Source link

read more

Microangelo Turki papar kisah Istanbul pada objek miniatur



ISTANBUL: Jika Itali megah dengan lukisan karya agung Michaelangelo, di Turki pula tidak kurang hebatnya dengan kisah seorang artis yang begitu kreatif hingga mencetus fenomena baharu.

Hasan Kale, 57 tahun, sangat terkenal dalam kalangan penduduk sekitar Instanbul sehingga digelar sebagai “Microangelo”.

Dia merupakan seorang pelukis hebat dan mampu menterjemahkan lukisan kebanyakan pemandangan di sekitar Turki di atas objek bersaiz kecil, malah sehingga di atas biji buah-buahan.

GALERI: ‘Microangelo’ Turki menceritakan kisah Istanbul atas objek miniatur

Baginya, tiada objek yang terlalu kecil untuk beliau lakarkan lukisan – dari biji benih sehinggalah kepada penutup botol, juga di atas tulang ikan.

Malah Kale pernah melukis suasana kampung halamannya di Istanbul pada makanan dan objek-objek kecil lain

“Sudah tentu satu-satunya halangan ialah saya tidak boleh gantung di dinding dan melihatnya semasa menghirup kopi. Saya perlu menjiwainya secara mendalam,” kata Kale.

Meraikan ulang tahun ke-22 sebagai seorang artis mikro, Kale berkata beliau setakat ini sudah melukis di atas 350 objek yang berbeza.

Tetapi antara cabaran terbesar dalam menggunakan makanan sebagai kanvas ialah lukisan itu mungkin tidak akan bertahan lama.

Pada masa kini, Kale berkata beliau sedang berusaha untuk membuka muzium objek mikro pertama di dunia untuk mempamerkan hasil karya mikronya.

“Saya berjuang untuk menjadikannya kekal selama-lamanya. Saya cuba membawanya ke tahap tertinggi dan saya mahu memaparkannya di muzium objek mikro yang pertama dan satu-satunya yang saya mahu buka,” katanya lagi.



Source link

read more

Anis Al-Idrus tak kisah jadi tempat luah perasaan Hafiz Hamidun



BAKAL muncul dengan single terbaharu ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun, pelakon Anis Al-Idrus akui sedia terima apa jua kontroversi yang akan timbul.
 
Anis memberitahu single keduanya berjudul “Tak Guna” itu mengisahkan mengenai luahan hati seseorang kepada kekasihnya dalam percintaan.
 
“Lirik itu ditulis sepenuhnya oleh Hafiz, saya tahu ia akan timbul pelbagai persoalan mengenai kisahnya.
 
“Apa yang saya tahu, ia merupakan luahan hati seseorang kepada kekasihnya yang menghadapi konflik dalam percintaan.
 
“Kisah selanjutnya, saya harap peminat boleh tunggu bila ia dilancarkan pada penghujung tahun ini.
 
“Saya sudah bersedia apa sahaja kontroversi yang mungkin akan terpalit kepada saya.
 
“Lagu itu sudah dirakamkan dan saya harap boleh diterima ramai,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Single pertama Anis berjudul “Mengapa” telah dilancarkan tahun lalu.
 
Mengulas mengenai bidang nyanyian, Anis memberitahu dia serius dalam bidang tersebut dan mahu ia seiring dengan kerjaya seninya yang lain.
 
“Kalau tanya sekarang apa yang saya fokus, saya sedang fokus dalam semua bidang iaitu lakonan, pengacaraan, nyanyian dan perniagaan.
 
“Saya seorang yang kuat bekerja dan saya tidak boleh duduk diam tanpa membuat apa-apa.
 
“Menyanyi ini salah satunya, selepas ini mungkin ada lagi lagu terbaharu daripada saya dalam bidang ini,” katanya lagi.
 
Anis kini sedang sibuk di set penggambaran “Dia Pertama” yang menampilkannya sebagai pengacara yang akan menemuramah mereka yang telah memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang tertentu

 



Source link

read more

Komen negatif biarlah- Samantha tak kisah digelar Gadis Nasi Lemak



PESERTA Miss Universe 2017,  Samantha Katie James akui tidak mengendahkan komen negatif selepas gaun ‘nasi lemak daun pisang’ yang digayakannya pada Isnin lalu menjadi tular dan dikritik.

Sebaliknya, Samantha,22, berkata dia berbangga kerana bakal memperagakan pakaian rekaan Brian Khoo itu pada pertandingan yang akan diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat penghujung bulan ini.

BACA: ‘Telur mata kerbau dan nasi lemak sambal ikan bilis’ taruhan Miss Universe Malaysia

“Sejak ia viral, saya terima banyak komen termasuk yang negatif tetapi saya tidak berniat untuk melayan mahu pun membacanya.

“Ada sahaja komen negatif di laman sosial, saya terus alihkan pandangan.

“Buang masa kerana saya tahu baju saya digemari oleh orang luar negara terutama antarabangsa. Mereka suka dan memujinya.

“Lagipun, saya berbangga dengan busana itu kerana ia rekaan yang sangat kreatif daripada Brian dan kebetulan saya memang meminati hasil kerjanya,” katanya kepada Astro Gempak.

BACA: Busana nasi lemak bakal jadi ‘kunci’ kemenangan Miss Universe kita – Pereka Brian Khoo

Samantha ditemui pada majlis tayangan perdana supertelefilem Wanita Terindah yang berlangsung di GSC Pavilion malam tadi.

Pemenang Miss Malaysia Universe itu mengulas kritikan negatif orang ramai mengenai busana tersebut yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk digayakan ke pertandingan besar seperti Miss Universe.

Sementara itu, Samantha memberitahu dia tidak kisah jika namanya selepas ini popular dengan gelaran ‘Gadis Nasi Lemak’.

“Saya tidak kisah pun jika dikenali dengan gelaran ‘Gadis Nasi Lemak’ dan ia terus melekat.

“Baik atau buruk sesuatu publisiti itu ia tetap publisiti. Saya terima,” katanya lagi.

Wanita Terindah merupakan naskah Melayu kedua lakonan Samantha selepas filem Kastil Tua.

Selain Samantha, ia turut membariskan pelakon seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Liza Othman, Redzuan Hashim, Adam Mika dan Sarah Hildebrand.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (saluran 480) bermula 2 November ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons